Selasa, 15 Julai 2014

MB Selangor Perlu Letak Jawatan Jika Sayangkan PKR

    7:04:00 PTG   3 comments

Wak J: Pening macam ni, Khalid Ibrahim dalam dilema sekarang, sama ada nak utamakan rakyat Selangor atau kena lebihkan parti dan kehendak Anwar Ibrahim. Kesian pula wak tengok, masuk UMNO sajalah.


Krisis PKR Makin Teruk Jika MB Pertahan Jawatan

SHAH ALAM - Krisis dalaman PKR dijangka menjadi semakin kritikal jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap mempertahankan jawatannya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan Dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, jika Abdul Khalid tetap bertegas untuk tidak berundur, isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada PKR, malah PR juga akan terjejas.

“Kalau menteri besar tidak mahu letak jawatan, impak yang lebih besar dari segi politik dapat kita lihat dan bakal berlaku krisis politik yang lebih teruk dalam parti PKR.

“Jika benar ramai Adun yang mahu memaksa Abdul Khalid berundur, mereka perlu membawa undi tidak percaya dalam Sidang Dun, itu memang cara yang kita boleh pakai untuk buat menteri besar sekarang berundur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada jika berlaku pertukaran jawatan menteri besar akan memberi kesan kepada kestabilan politik dan ekonomi di Selangor.

Nik Ahmad Kamal bagaimanapun yakin pertukaran menteri besar ini tidak memberi kesan ketara pada ekonomi negeri kerana pelabur akan teruskan pelaburan mereka seperti biasa kerana mereka sudah terbiasa dengan ekonomi negeri.

Beliau berkata, tidak kira siapa saja yang bakal menggantikan menteri besar kini, keputusan muktamad hanya terletak pada tangan Sultan Selangor.

"Tidak kiralah apa saja keputusannya, Sultan yang berhak menentukan sebarang keputusan, tiada sapa yang boleh sangkal jawapan yang ada pada sultan,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan calon yang bakal menggantikan Abdul Khalid adalah di antara Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali atau Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan perbincangan tertutup berhubung kedudukan menteri besar itu juga sudah dibuat secara tertutup dan persefahaman sudah dibuat, bagaimanapun, langkah itu tidak dibuat secara tergesa-gesa.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Khalid kena respek PKR tapi PKR tak perlu respek Khalid. What the @#$& man.

    BalasPadam
  2. Kalau Faktor Sayangkan Parti...

    Anwar Ibrahim Letak Semua Jawatan lah...

    Wan Azizah Pie ukak Bontot iar Anwar Liwat Dia Siang Malam...

    Pas tuu Aman Lah PKR

    BalasPadam
  3. Salam Bro,aku rasa daripada Khalid dipaksa letak jawatan adalah lebih baik Khalid BUBARKAN Kerajaan sedia ada dan buat pilihanraya baru.Baru puashati ! Ok ,tak ?

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.