Khamis, 14 Ogos 2014

Beranikah PAS Selangor Pecat 2 Wakil Rakyatnya Yang Sudah Melanggar Baiah?

    11:11:00 PTG   3 comments

penyembah-azizah-sungip

Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang sanggup membelakangkan pendirian parti kerana terlalu taksub  menyokong isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari kepimpinan PAS Selangor sendiri.

PAS Selangor melalui setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman memberitahu bahawa pihaknya yang mewakili seluruh kepimpinan PAS di negeri itu menzahirkan rasa amat kecewa  apabila dua Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin telah memilih untuk menuruti kehendak Anwar dan mengingkari arahan pimpinan PAS supaya terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sehingga pendirian rasmi parti dibuat  pada Ahad ini.

Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataanya sebentar tadi mengingatkan kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS supaya menghormati pendirian  dan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama berhubung kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut setiausaha PAS Selangor itu lagi, tindakan gopoh dan sikap terlalu taksub yang ditunjukkan oleh dua wakil rakyatnya itu hanya akan merugikan PAS kelak. Turut dipersoalkan mengapa kedua-dua Adun-nya tidak boleh menunggu sehingga tamatnya mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini?
Dalam satu sidang media bersama pemimpin PKR dan DAP, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin telah mengeluarkan satu kenyataan berbentuk ungutan bahawa mereka tidak  akan teragak-agak untuk keluar parti sekiranya pucuk pimpinan PAS memboikot Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Sehubungan itu, jelas Mohd Khairuddin, PAS Selangor telah mengeluarkan arahan supaya kedua-dua wakil rakyat itu menarik balik pendirian mereka dalam tempoh masa 24 jam. Menurutnya, tindakan dua Adun PAS Selangor yang membelakangkan pendirian parti adalah perkara serius dan perlu diambil tindakan supaya tidak menjadi contoh tauladan pada pemimpin PAS yang lain.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam pada mereka berdua untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi kesan ekoran tindakan mereka," Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman

Sebelum itu, dalam satu kenyataan media lain, Wan Azizah hari ini telah mengumumkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim setelah 30 Adun Pakatan termasuk dua Adun PAS menyatakan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepadanya dan merancang untuk mengadap Sultan Selangor untuk menyatakan tentang perkara ini dalam masa terdekat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Konsep dan praktik kepemimpinan dalam Islam sangat penting untuk menjaga umat agar tetap satu suara, satu langkah dan satu visi untuk mewujudkan tata kehidupan yang lebih membahagiakan di dunia dan akhirat. Di samping kepemimpinan juga sangat penting untuk menjaga keutuhan serta harmoni kehidupan seluruh umat manusia.

    Dalam konteks kehidupan bernegara misalnya, konsep kepemimpinan yang terejawantahkan dalam sebuah bentuk pemerintahan yang modern dan demokratis, diharapkan mampu membawa rakyatnya menuju masyarakat sejahtera yang aman, berkeadilan dan tentu saja berke-Tuhanan.

    Atau dengan kata lain, konsep dan praktik kepemimpinan dalam konteks kenegaraan pada gilirannya diharapkan mampu mewujudkan apa yang disebut sebagai welfare state atau al-madinah al-fadhilah sebagaimana pernah diintrodusir oleh al-Farabi.

    Oleh karenanya, untuk merealisasikan hal tersebut penting untuk menjadi dan/atau memilih pemimpin-pemimpin yang kredibel dan berkualitas, yang mampu mengantarkan masyarakat yang dipimpinnya sampai pada tujuan yang berkebahagiaan dan berkemakmuran.

    Menurut Al-Farabi, pemimpin yang dapat mewujudkan hal itu adalah pemimpin yang memiliki karakter seperti halnya Nabi dan para filsuf. Karakter itu antara lain: adil, shiddiq, amanah, fathanah, tabligh, mampu berjihad dan berijtihad, peduli terhadap rakyat kecil dan lain-lain.

    http://bit.ly/1AaHaHv

    BalasPadam
  2. Perghhhh ! Ketayap pun dah buka...standardddd !

    BalasPadam
  3. Hikmah bagi PAS. Sekarang PAS tahu siapa dalang2 Anwar. Menyertai PAS untuk kukuhkan Anwar bukan PAS.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.