Isnin, 1 September 2014

Dua Tali Barut Anwar Dalam Pas Terima Kecaman Dari Dewan Ulama Dan Akar Umbi Parti

    10:00:00 PG   2 comments

tali-barut-anwar-pas

Desakan dari akar umbi Pas yang mahu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama akhirnya mendapat maklum balas positif apabila Dewan Ulama Pas Selangor hari ini meluluskan usul mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kedua-dua Adun tersebut.

Kedua-dua wakil rakyat itu yang juga merupakan tali barut Anwar Ibrahim yang dihantar untuk memporakperandakan Pas dikecam kerana tindakan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong isteri kepada Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baru tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Menurut kenyataan Dewan Ulama Pas Selangor, usul mengecam dan mengutuk tindakan kedua-dua Adun tersebut telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam muktamar yang diadakan di Dewan Al-Munirah, Klang dekat sini pada Ahad.

Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat juga turut dimaklumkan berhubung perkara tersebut untuk mengenakan tindakan lanjut ke atas dua Adun berkenaan mengikut Fasal 82, Perlembangaan Pas (Pindaan) 2011.

Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin dalam satu kenyataan media yang dibuat bersama kepimpinan PKR baru-baru ini telah menyatakan  sokongan mereka secara terbuka terhadap pencalonan isteri kepada Ketua Umum (KETUM) PKR, Wan Azizah sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu secara terbuka telah menyokong Khalid, yang dipecat daripada PKR kekal memegang jawatan MB Selangor.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Dlm PAS semua ada
    Talibarut
    Tali lembu
    Tali rapia
    Tali guni
    Tali plastik
    Tali taik
    Tali spenda putih
    Tali mah bini org
    Tali muhong fitnah
    Tali gantung ayaq kencing
    Tali guling atas jalan
    Tali barua

    Semua ada. Bukan 2...
    Rmi gilerrrr

    BalasPadam
  2. Kalau Tuanku Sultan Selangor umumkan PRN Selangor, harap kan PAS-piss-pussy sepak terajang dua2 babi Anwar Al-Juburi ni dari jadi calun PAS sekali lagi. Biaq depa jadi berok tunggal terhegeh2 kat KetUm Peliwat depa tu....kharrrk ptuiiihhhhh.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.