Sabtu, 20 September 2014

Presiden PAS Hilang Sabar, Gelar 2 Adun Partinya 'Barua' PKR

    10:15:00 PTG   3 comments

Saari Sungib Hasnul Baharuddin Barua

Tahap kesabaran Presiden PAS, Hadi Awang terhadap gelagat dua ahli partinya yang bertindak membelakangkan parti Islam itu dengan menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong isteri Anwar Ibrahim menjadi calon Menteri Besar Selangor (MB) sampai ke kemuncaknya hari ini apabila secara terbuka menggelarkan dua Adun tersebut sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hadi Awang dalam satu kenyataanya mendakwa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap telah melanggar baiah atau sumpah taat setia kepada parti yang dilafazkan semasa menjadi calon PRU ke-13.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, Presiden PAS itu turut mendakwa rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR telah membeli dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan mejoriti bagi membolehkan isteri kepada Katua Umum PKR dipilih sebagai MB Selangor yang baru.
Sering diganggu makhluk halus? Di sini kaedah rawatanya

Melihat kepada keadaan ini, Hadi turut mengingatkan seluruh ahli PAS agar tidak memandang ringan terhadap kekalutan yang berlaku atau mengambil mudah dengan membiarkan amanah berat yang dipikul oleh menteri besar diserahkan kepada orang yang tidak layak seperti Wan Azizah.

Menurut Hadi, dirinya tidak bersedia dan sanggup membawa ahli PAS ke Neraka Jahanam akibat tersalah pilih sehingga menyebakan berlakunya pertelingkahan dan perpecahan yang boleh mendatangkan mudarat dan mengundang bala Allah.

Bagaimanapun Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Namun sekiranya calon PAS diperkenan oleh pihak Istana, parti itu tidak mempunyai halangan untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Pemimpin Pas kini semua bangang,....biul,bengong,.....buta hati,....hitam dan busuk,...
    topeng islam,....lidah bercabang,....hudud tinggal fantasi,....jauh sekali amal sunnah Rasullullah SAW,....pemimpin dah jadi jahil,cinta dunia,....yaALLAH kau hancurkan pemimpin sebegini,......lahirlah pemimpin yg cinta pada Islam Tulen,....

    BalasPadam
  2. Aku setuju bila DSHH kata PAS tak berminat nak rebut jawatan MB Selangor .. aku pun setuju sebab dari awal lagi aku tau parti juara kampung PAS memang tak akan mampu mentadbir Selangor yang punya pelbagai ragam.. kilang carlsberg, pusat judi, pusat hiburan, pusat pelacuran dan pelbagai pusat lagi .. PAS pasti akan tertelan kahak hijau yang diludah dilangit ... tapi aku juga sokong jika calon PAS jadi MB selangor.. sekurang kurangnya kita nak tengok juga kemampuan PAS yang selama ini bangga dengan pemerintahan dinegeri orang Melayu ..Kelantan .. ayo PAS tunjukkan kejantanan kamu ...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.