Khamis, 2 Oktober 2014

Tun M Sependapat Dengan Blog Wak Jengkol Dalam Isu Kenaikkan Harga Petrol

    9:04:00 PTG   4 comments

awek tudung cun
Klik sini untuk ke blog saya
Wak J: Semalam wak ada mengulas sedikit pasal kenaikan harga petrol Ron95 yang dipotong subsidinya oleh Kerajaan menyebabkan harga bahan api tersebut naik sebanyak 20 sen (baca sini).

Semalam juga, wak ada sebut langkah Kerajaan menaikkan harga pertro Ron95 dan Diesel itu dapat mengurang dan mengelak berlakunya ketirisan dan penyelwengan.

Tapi tak sangka pula hari ini penasihat Proton, Tun Mahathir boleh sependapat dengan wak dalam isu yang sama.

Maknanya memang betul lah apa yang tulis semalam bahawa hanya dengan cara ini sahaja Kerajan boleh mengawal ketirisan dan penyelewengan terhadap diesel dan petrol bersubsidi.

Jika semalam sejak berita kenaikkan harga minyak tersebar berbakul-bakul kutukan dilontar ke batang tubuh Najib. Jadi, dalam artikel kali ini wak nak tengok keberanian penyokong BN maki hamun Tun Mahathir kerana menyokong tindakan Kerajaan memotong subsidi minyak dan menaikkan harga petrol.

Ada beran!

tun-mahathir-dr

Pengurangan Subsidi Minyak Mampu Tangani Ketirisan - Tun Mahathir

Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital' di Kolej Wadi Sofea di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis.

Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.

"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas pergolakan politik di Selangor, Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu bangkit semula dan perlu berbuat sesuatu.

Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sedih terdapat pergolakan dalam Pakatan (Rakyat) namun tidak nampak Umno dapat nikmat.

"Apa jadi pada Umno? Umno pun lemah dan tidak boleh nak pulih semula, nak jadi kerajaan di Selangor. Apa jadi? Dulu kita menguasai Selangor tetapi orang berpecah pun kita tidak ada peluang," katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi,"..ini kenyataan menyindir..mn ada harga minyak di Arab mahal??ketirisan tiap2 hari teruk smpi kena naikkn minyak??dah xda cr lain lg kah??

    BalasPadam
  2. Perkara ni memang betul wak...tapi yang buat ramai angin satu badan bila kerajaan kata potongan tu dibuat untuk disalurkan kepada BR1M...tahun lepas pun macam tu jugak....penerima BR1M berapa juta ???...yang tak terima BR1M berapa juta???..yang 50/50 patut dapat tapi tak dapat berapa juta orang wak ???...apa akibat berantai kepada semua sektor ???

    Macam aku, meniaga kedai makan kat luar bandar je, pekerja 3 orang, gaji RM 900 sebulan, nak beri gaji 600 ke 700 diaorang tak nak kerja. Kalau sesiapa yang biasa ke pasar basah mesti tau, harga ikan dan sayur tak naik 10 sen 20 sen, sekali naik main RM2..cili besar biasa buat perangai naik RM 4 secara mendadak, limau nipis naik sekali RM 2 ke RM 3. Dua tahun lepas udang boleh dapat RM 18 ke RM 20 +++, tapi sekarang RM 30-32 ++++.

    Cakap pasal ketirisan, kepala bapak dia orang la, tiris sebab apa ??? sebab LEMAH !!!, semua benda nak masuk bab politik !!! Minyak dan barangan/komoditi alami ketirisan kenapa ??? sebab kena seludup lah, kenapa kena seludup ??? sebab RASUAH la, kenapa rasuah sebab SOP standard untuk pelaksanaan tugas tidak diamalkan !!! Dulu heboh gantung Akujanji Perkhidmatan kat tembok2 Jabatan atau Kementerian, tapi apa yang berlaku ??

    Jadi, perkara ni bukan salah rakyat, ini salah pemerintah dan penjawat awam yang diberi tugas untuk memastikan semua perkara ikut SOP sebab semua Ketua2 dalam kerajaan telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dan menjaga kerahsiaan negara.

    JADI KENAPA BEBAN DIPIKUL KEPADA RAKYAT KERANA KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN ???































































































































    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..semua tu silap penjawat awam terutamanya yg berkerja dibahagian peguatkuasaan yang diberi tugas tapi tidak amanah...

      Senin

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.