Isnin, 3 November 2014

Anwar Ibrahim Sekali Lagi Disahkan Meliwat Saiful Bukhari

    9:56:00 PTG   8 comments

anwar-sah-meliwat

Mahkamah Persekutuan pada Isnin diberitahu bahawa profil DNA yang diperolehi dari tiga barangan yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan profil 'Lelaki Y' yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiga barangan tersebut ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperoleh dari lokap ketika Anwar ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL).

"Jabatan kimia peroleh DNA tertuduh dari tiga barangan tersebut. DNA inilah yang dikatakan 'Lelaki Y'. Ia kemudian dibandingkan dengan sampel 'Lelaki Y' yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful.

"Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful...'Lelaki Y' juga. Jadi kita harus bandingkan profil itu dengan satu bandingan yang kita tahu adalah DNA kepunyaan perayu," katanya di hadapan barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini, Isnin.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

http://www.infoanda.net/2014/11/bilik-untuk-disewa-di-sri-ria.html

Bercakap kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Muhammad Shafee berkata ketika hujahannya, beliau turut mematahkan hujah pihak pembelaan sebelum ini yang membangkitkan kesahihan profile DNA yang dikatakan milik Anwar.

Menurutnya, dakwaan kononnya Anwar diperangkap untuk diambil sampel DNA ketika ditahan di IPKKL adalah tidak berasas.

"Apa yang kita buat ialah bandingkan dengan exhibit-exhibit dalam lokap yang kita tahu orang lain tak gunakan. Hanya beliau yang gunakan. (Kaedah ini) sebab perayu tak beri beliau punya DNA.

"Oleh sebab itu kita harus ambil DNA yang kita perolehi daripada inisiatif kita," katanya.

Prosiding pada Isnin yang masuk hari kelima akan disambung semula pada Selasa dengan Muhammad Shafee akan meneruskan penghujahannya pada sesi pagi.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
8 ulasan:
Write comments
  1. wakakakakka

    Seorang berusia 64 tahun pi meliwat seorang pemuda beusia 26 tahun. Lepass tu tak berberak selama 4 hari. wakakakkakakaka. Sembahyang tak?

    Lu percaya kah? wakakakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cian ko ni.....tak faham2 lagi.....ko baca la hujahan shafee abdullah di mahkamah...kalau ko tak faham juga...tak tahu la nak kta apa

      Padam
    2. la byk lagi yg rupanya yg mcm ko...patut la senang lenang anuar...

      Padam
    3. ko tadah lubang kunyit kt anuar baru ko tau

      Padam
    4. Tok kau (3Nov)pon kalau bagi CinaDoll akn terbeliak mata dia..Umor???? yg bawah tuu mana ada umorkan.....

      Padam
    5. laaaaa... ada lagi spesies macam ni,, kahkahkah

      Padam
  2. kaki sodom mana kisah umur brp. kepala penuh kunyit. bye bye nuar

    BalasPadam
  3. Dah x ramai spesis sodom kat msia ni bebb...

    Ari ni raja sodom masuk penjara...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.