Jumaat, 14 Oktober 2016

Bila Kera Di Hutan Sertai Bersatu

    1:16:00 PG   2 comments

ezam-bersatu

Tidak tahu samada hendak menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan gembira penulis sekarang ini bila mendengar khabar mengatakan Ezam Md Nor telah menghantar borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau panggilan popularnya Parti Cap Bunga.

Perkara ini sudah penulis jangka akan berlaku selepas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang dipungut Umno itu membuat keputusan keluar parti baru-baru ini.

Ketika itu ramai tidak percaya apa yang penulis katakan terutamanya rakan-rakan seperjuangan dahulu yang kini menjadi pengikut setia Mahathir bahawa Ezam akan menyertai parti mereka.

Nah! Sekarang apa yang penulis katakan sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan.

Setelah mendapat jawatan Senator dan kemudian dilantik sebagai pengarah komunikasi Kementerian Kewangan serta diberi pelbagai ganjaran kerana meninggalkan PKR, akhirnya Ezam menunjukkan kerektor sebenarnya yang disembunyikan selama ini.

Penulis yakin dengan penyertaan Ezam ke dalam parti Cap Bunga akan membuatkan penyokong serta ahli parti berkenaan merasa tidak senang kerana terpaksa mendukung biawak hidup.

Biarpun dahulu Ezam merupakan individu yang paling lantang mengkritik dan mencaci, menghina Mahathir sebagai Bapa Rasuah namun demi mencapai matlamat masing-masing, kahak hijau yang telah diludah sanggup dijilat kembali.

Begitu juga dengan nasib penyokong parti Cap Bunga, kerana hendak menunjukkan kesetiaan kepada Mahathir, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk bekerjasama dengan syaitan yang selama ini mereka lawan.

Penyertaan Ezam ke dalam parti Mahathir turut menimbulkan beberapa persoalan yang sukar dijawab antaranya ialah sanggupkah ahli Cap Bunga menerima Ezam sebagai ahli parti sedangkan mereka sendiri tahu bertapa jijiknya perangai individu berkenaan dan soalan popular yang banyak ditanya netizen di laman sosial ialah berapa kotak pula kali ini rahsia yang akan dibawanya sebagai modal berkempen bagi pihak Cap Bunga?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.