Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2014

Guru Besar & Guru Kantoi 'Mukadimah Zina' Dipercayai Penyokong PAS!

    3:42:00 PTG   7 comments
guru-mukadimah-zina

Wak J: Kenapa kes-kes macam ini kerap sangat berlaku di Kelantan yang terkenal dengan jolokan negeri 'Serambi Mekah'?

Sebagai sebuah negeri yang dulu dan kini ditadbair oleh para Ulama terkenal sepatutnya perkara sumbang seperti zina ini tak akan berlaku. Kalau ada pun pastinya ia kes-kes terpencil sahaja.

Ramai yang marah bila isu ini dikaitkan dengan politik terutamanya penyokong PAS yang tidak dapat terima kenyataan bahawa perkara maksiat sering berlaku di sana, tapi tak pernah berfikir kenapa ia terus berlaku dan menaya di mana silapnya.

Ada yang kata, kekerapan tangkapan maksiat di Kelantan bukti pengawai agama di sana rajin turun padang buat kerja. Memang betul dan setuju tapi bila difikir balik, kerap sangatkah rakyat Kelantan melakukan maksiat sampai terpaksa kena buat tangkapan setiap hari?

Sudah 20 tahun lebih PAS tadbir Kelantan, paling lama jadi Menteri Besar jadi Tok Guru dan Imam kepada rakyat Kelantan ialah Nik Aziz. Sedikit sebanyak perkara maksiat yang berlaku di negeri itu Nik Aziz dapat sahamnya. Sebab apa!....Sebab GAGAL mentarbiyah atau mendidik rakyat Kelantan menjadi insan yang beriman.

Bila orang agama sibuk mengejar dunia, maka begini lah jadinya.

Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri

KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

Sinar Harian

Rabu, 16 Oktober 2013

Polis Bukan Hakim..Habis Tu Penjenayah Siapa? Bapak Kau Ke Surendran

    9:41:00 PTG   5 comments
surendran keling bodoh

Wak J: Bodoh punya keling!

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran berkata polis harus menghentikan tindakan menembak sewenang-wenangnya.

Surendran berkata demikian kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di mana beliau menerima cabaran untuk mengiringi polis mengadakan serbuan terhadap penjenayah bersenjata setelah menerima tawaran daripada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter Jumaat lepas.

Surendran berkata, "Mereka terus mengatakan mereka menembak penjenayah tetapi sebenarnya mereka menembak suspek. PDRM bukan hakim dan mereka harus cuba yang terbaik untuk menangkap tanpa perlu menncetuskan keganasan."

Apabila ditanya sama ada beliau takut, beliau berkata bahawa beliau tidak takut. "Saya tidak takut, saya lebih prihatin untuk orang ramai. Ini adalah risiko yang dihadapi oleh semua orang," katanya.

Surendran kemudian masuk untuk dipakaikan baju kalis peluru, tetapi pihak media tidak dibenarkan masuk.

Malah peguam yang mengiringi beliau juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon dan komputer riba.

Surendran berkata butiran sah "pengembaraan" beliau akan dikendalikan oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasaiah manakala satu lagi pengendalian adalah daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor.

Ahad, 26 Mei 2013

Melepassss...Saipul Juga Yang Dapat Nik Suryani

    12:09:00 PTG   4 comments
saipul-kahwin-wakj

Wak J: Pertama sekali wak nak ucap tahniah dan selamat pengantin baru kepada Saipul bersama pasanganya yang juga merupakan wartawan TV3 iaitu Nik Suryani Megat Deraman. Semoga dia orang berdua ni kekal bahagia hingga ke akhir hayat serta dikurniakan anak yang ramai.

Memang tak sangka, selepas banyak halangan yang ditempuhi sebelum ini dapat juga Saipul mengakhiri zaman bujangnya walau teruk dikecam oleh penyokong buta Pembangkang dan diancam keselamtan diri siang malam oleh Anwar Ibrahim bersama kuncu-kuncunya.

Wak yakin dengan ikatan perkahwinan ini, pasti akan dapat memberi kekuatan baru kepada Saipul untuk berdepan dengan Anwar apabila rayuan kes liwat terhadapnya didengar semula pada bulan Jun ini.

Semoga Saipul dan Nik Suriani tabah menghadapi dugaan mendatang dan istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan. Blog ini dan juga rakan blogger yang lain sentiasa memberi sokongan padu sehingga sang Peliwat durjana meringkuk kembali pada habitat asalnya (Penjara Sg Buloh).

Kepada setan-setan Pembangkang yang mempertikai dari mana datangnya jumlah mas kahwin yang diberikan kepada pihak pengantin perempuan, cuba tanya kepada Anwar Ibrahim berapa gaji yang dia bayar pada  pembancuh kopinya dengan siap ektra servis sekali. Pasti lumyan..

saipul-niksuryani-kahwin

KUALA TERENGGANU: Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, selamat diijabkabulkan dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi.

Pasangan pengantin yang mengenakan persalinan indah beRwarna putih dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.
Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam ini, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Jumaat, 1 Februari 2013

Sultan Selangor Ada Kuasa Tolak Nasihat MB Bubar DUN

    12:11:00 PG   1 comment

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkenankan permohonan Abdul Khalid sebagai Ketua Eksekutif di negeri itu bagi tujuan berkenaan.

"Berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan, Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong atau Ketua Negeri iaitu raja atau sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam soal pembubaran Parlimen atau DUN.

"Agong atau sultan boleh untuk tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri atau Menteri Besar berdasarkan alasan dan pertimbangan tertentu mengikut budi bicara mereka," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Bagaimanapun Nik Ahmad Kamal berkata secara amalannya, agong atau sultan akan memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen atau DUN sekiranya wujud permohonan daripada Ketua Eksekutif.

"Dalam kes Selangor, sekiranya Sultan Selangor enggan bersetuju sudah pasti ia akan menimbulkan satu konflik Perlembagaan dan menjadi 'precedent' kerana ia berlaku di luar amalan dan kebiasaan.

"Tambahan pula berdasarkan situasi semasa apabila tempoh matang DUN Selangor hampir tamat pada April nanti. Jadi pastinya akan menimbulkan masalah sekiranya permohonan untuk dibubarkan DUN ditolak," katanya.

Selain itu Nik Ahmad Kamal yang juga Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy yakni raja yang sentiasa kena mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya bagi melaksanakan tiga fungsi iaitu melantik seorang Perdana Menteri; tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen dan meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

Peruntukan yang sama dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri menerusi Jadual Kelapan Perkara 71 sebagai peruntukan tetap yang menyentuh mengenai kuasa budi bicara seorang sultan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Selangor sedia membubar DUN pada akhir Februari ini iaitu selepas sambutan Chap Goh Mei, jika Kerajaan Pusat tidak membubarkan Parlimen pada waktu itu nanti.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia, Syahredzan Johan berpendapat Abdul Khalid tidak mempunyai saluran undang-undang sekiranya wujud situasi apabila Sultan Selangor menolak permohonannya untuk membubarkan DUN.

"Saya tidak dapat lihat secara realistiknya cara lain untuk Menteri Besar Selangor membubarkan DUN sekiranya baginda tidak membenarkannya.

"Perkara ini mungkin boleh dibawa ke mahkamah, tetapi saya tidak rasa ianya sesuatu yang Kerajaan Selangor ingin lakukan. Saya juga tidak yakin sama ada keputusan akan berpihak kepada mereka," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia.

Sumber: Mstar

Rabu, 23 Januari 2013

PAS Tak Tahu Atau Tak Kisah Sebenarnya

    12:35:00 PTG   No comments

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.

"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.
Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Sumber: Mstar

Penyokong PAS Kecewa Najib Dan Rosmah Berjaya Jejak Kaki Di Bumi Gaza

    12:30:00 PG   No comments

RAFAH (Palestin): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Gaza pada Selasa untuk lawatan kemanusiaan bersejarah ke Palestin.

Mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama melawat kawasan yang diduduki pengganas, lawatan itu merupakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja selama tiga Najib ke Kaherah, Mesir serta Gaza, yang berjiran dengan Palestin.

Melalui perjalanan darat dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir dekat sempadan Gaza, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui sempadan melintasi Rafah dan memasuki bilik menunggu sementara menunggu pasport mereka untuk pemeriksaan.

Najib dan isteri memasuki Gaza selepas pemeriksaan pasport dan berjumpa dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh.

Najib disambut dalam satu majlis rasmi yang mengalu-alukan kedatangan mereka.
Perdana Menteri kemudiannya akan menuju ke bandar Gaza, yang mengambil masa 40 minit dengan menaiki kereta.

Sumber: Mstar
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.