Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Disember 2017

Adibah Noor Dilantik Ikon Rakyat Terbeban?

    12:14:00 PTG   No comments
adibah-noor-ikon-rakyat-terbeban

Jangan terkejut! Tajuk dan gambar di atas hanya sekadar hisasan sahaja. Apa yang ingin penulis kongsikan ialah berita gembira seorang artis jelita yang juga usahawan berjaya di mana beliau telah dilantik menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Air Asia.

Biarpun Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor pernah menjadi sebahagian daripada sejarah dalam hidup penulis satu ketika dahulu, namun perkembangan mengenai artis berwajah comel itu baik dalam bidang seni atau perniagaan tidak pernah terlepas dari radar pemerhatian penulis.

Walau kini penulis berstatus 'bekas' setelah habis madu dihisap sepah dibuang merata-rata, namun hati ini tetap merasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi beliau sekarang. Rasa menyesal pula berpisah dengan dia dulu.

Neelofa-Air-Asia

Perlantikan Neelofa sebagai Non-Executive Independent Director yang diumumkan baru-baru ini memang tepat pada masa dan orangnya. Ini lah salah satu contoh artis yang tidak banyak merungut tapi lebih banyak berusaha. Tidak seperti Ahmad Idham, Adibah Noor, Shiela Majid, Fathia Latif dan yang seangkatan denganya.

Bagi penulis beliau memang layak dipilih ke jawatan tersebut. Bukan kerana rupa parasnya yang cantik tetapi beliau turut memiliki kelebihan lain seperti petah bercakap, bijak dan merendah diri. Maka, tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Tun Razak melantik beliau menjadi Duta TN50.

Semoga apa yang dicapai Neelofa hari ini menjadi contoh kepada kita semua. Jangan diikut perangai buruk segelintir artis pro Pembangkang yang ada hari ini, asyik menyalahkan kerajaan apabila karier masing-masing mulai merundum, tidak popular dan kurang mendapat job dalam dunia hiburan.

Khamis, 7 Disember 2017

Dari 'Bigo Live' Tiba-Tiba Menjadi Pejuang Rakyat

    4:04:00 PTG   4 comments
Fathia-Latiff-menari-ghairah-nampak-tetek

Negara kita Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dan hak kebebasan bersuara bagi rakyatnya juga tidak pernah disekat melainkan kebebasan yang diberi itu disondol hingga mengganggu sensitiviti pihak lain.

Tidak menjadi kesalahan atau halangan sekiranya Fathia Latif, Shiela Majid atau siapa pun ingin menyertai mana-mana platform politik tak kira parti pemerintah atau parti pembangkang.

Tidak menjadi kesalahan juga bagi mana-mana pihak termasuk golongan artis yang ingin meluahkan pendapat atau menyuarakan sesuatu isu yang berkaitan dengan rakyat secara terbuka melalui apa sahaja medium yang ada termasuk di media sosial.

Tapi harus diingat, sebelum tercebur ke dalam kancah politik atau hendak meluahkan pendapat secara terbuka, satu perkara ini perlu difikirkan semasak-masaknya. Jika hati tidak cukup kering, kental berdepan dengan kritikan balas atau cabaran dalam kubang politik, elok lupakan sahaja niat itu.

Hati kering, jiwa kental, tahan maki dan tidak mudah sentap merupakan ciri-ciri asas sebelum terjebak dalam dunia politik. Kalau sekadar ikut-ikutan atau ingin mencari publisiti murahan elok lupakan sahaja niat hendak bermain politik.

Ada satu perkara hendak disampaikan kepada golongan artis yang tidak sedar diri ini, sebelum kita ingin menjadi juara dalam isu rakyat, elok nilai dulu amalan gaya hidup masing-masing.

Agak menjengkelkan apabila orang yang hidupnya selama ini senang lenang dan bermewah-mewah tiba-tiba menjaja cerita tentang bebanan hidup, kesengsaraan dan kesusahan rakyat. Tak rasa pelik ke?

Sabtu, 28 Jun 2014

Felixia Yeap Akan Peluk Islam 5 Ramadan Ini Tapi Tidak Bercadang Sertai PAS

    2:00:00 PTG   2 comments
Felixia-Yeap-peluk-islam
Wak J: Syukur! Akan bertambah lagi satu saudara baru seagama sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Felixia Yeap juga telah membuktikan pada kita semua bahawa untuk mendalami Islam serta hukum hakamnya tidak perlu masuk parti politik atau lebih tepat lagi menyertai PAS.

Wak doakan semoga Lim Guan Eng dan seluruh ahli keluarganya mendapat hidayah dari Allah agar terbuka hati untuk mendekati Islam sempena hari baik dan bulan baik ini.

Felixia Yeap  Secara Rasmi Peluk Islam 5 Ramadan ini

Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.

Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada media tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.

Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.

Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.

"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.

Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.

Selasa, 10 Jun 2014

Berita Baik!! Izreen Azminda Kini Sah Bergelar Janda

    9:59:00 PTG   No comments
Izreen-Azminda-Aznam
Wak J: Sila beratur, tolong jangan potong barisan. Tak akan lari 'gunung' dikejar. Alangkah seronok kalau ada kuasa ajaib boleh bertukar jadi baby seperti dalam gambar tu..Kepada Izreen wak ucapkan 'welcome to the club'.

Pelakon, Izreen Azminda, 29, sah diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi semalam.

Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang, malah tiada wakil media yang hadir ketika sebutan kes berlangsung.

Sebelum ini, beberapa sumber pernah melaporkan menerusi sumber bahawa Riza, 31, dilaporkan melafazkan cerai ke atas Izreen di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu ketika pelakon itu menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, siaran TV3.

Bagaimanapun, Riza kemudian tampil mempertikaikan apa yang terjadi.

Ketika dihubungi petang tadi, Izreen menjelaskan beliau tidak menuntut apa-apa daripada bekas suami, selain kebajikan untuk anak mereka, Adrian Umar.

“Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya," katanya.

Izreen mengaku lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. Demi anak, Izreen dan bekas suami juga sepakat untuk terus berkawan.

“Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain.

“Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” katanya.

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.

Sumber

Ahad, 8 Jun 2014

Angelina Jolie Dedah Rahsia Kecantikan Walau Payudara Tinggal Sebelah

    6:15:00 PTG   1 comment
Angelina-Jolie

Pelakon Hollywood Angelina Jolie seringkali dijadikan sebagai idola kerana mempunyai wajah yang cantik.

Pelakon ini melalui Daily Mail mendedahkan rahsia kecantikannya iaitu dengan melakukan perawatan wajah Traid Facial yang dilakukan oleh pakar kulit David Colbert.

Bagaimanapun, dia memberitahu terpaksa membelanjakan hampir RM3,000 untuk sekali rawatan.
Katanya, pakar akan memberi langkah rawatan seperti midrodermabrasion, laser dan glycoloic peel.

Selain Jolie, bintang-bintang seperti Naomi Watts, Rachel Weisz dan Michelle Williams juga menggunakan kaedah tersebut.

Sabtu, 14 Disember 2013

Skandal Adi Putra: Si Bini Syok Tayang Lurah..Si Suami Pula Gila Cari Publisiti Murahan

    12:03:00 PG   11 comments
aida-skandal-adi-putra

Wak J: Memandang kes Adi Putra ni tengah viral di laman sosial dan medium blog, wak pun nak tumpang semangkuk komen tentang perkara ini.

Wak cuma nak bagi sedikit nasihat percuma kepada si Suami wanita yang terlibat dengan skandal ini.
Sudah-sudah lah tu cari publisiti murahan dengan bermodalkan isu ini. Seronok sangat menjaja aib sendiri sampai tak perasan aset milik bini terjojol dilihat orang.

Kalau begini lah cara bini anda berpakaian, bukan setakat Adi Putra sahaja yang nak bersekandal dengannya, malah pak lebai dari parti bulan mengambang pun sanggup...asal syok!

aida tayang lurah


Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.