Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Selasa, 9 Jun 2015

Suara Dari Tirai Besi Rayu Pas Jangan Berpisah Dari Pakatan

    9:40:00 PTG   1 comment
anwar-banduan-liwat

Ketua umum PKR yang disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantu pribadinya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PAS mengkaji semula keputusan muktamar parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Banduan penjara Sg. Buloh itu turut menyatakan rasa kesal dan bimbang kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

“DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan,” katanya.

“Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara mengirim kenyataan tersebut melalui anggota biro politik PKR, N Surendran yang juga MP Padang Serai.

Pesanan sama turut dikirim kepada pemimpin utama PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, katanya.

Bekas MP Permatang Pauh itu juga berkata, PAS perlu menilai harapan penyokong Pakatan yang berharap agar gabungan parti itu akan dapat menyelesaikan masalah politik dan ekonomi bawah BN.

“Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda,” katanya.

Selasa, 23 Julai 2013

Bekas Calon 'Pil Kuda' PKR Nak Saman Hadi Awang..Kah..Kah..Kah

    12:39:00 PG   No comments
calon pil kuda pkr

BESUT: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin serta dua yang lain akan memfailkan saman fitnah terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnah.

Menurut Mohd Shamsul, tindakan saman itu akan dibuat berikutan kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang mendakwa calon PKR terlibat dalam aktiviti penjualan pil kuda.

"Saya menderita akibat fitnah ini. Saya sentiasa mengalami masalah kemurungan, kurang keyakinan diri dan yang paling menjatuhkan maruah saya ialah masyarakat menganggap saya adalah pengedar pil kuda," katanya seperti yang terkandung dalam laporan polis berhubung perkara itu di sini, Isnin.

Mohd Shamsul tampil membuat laporan polis dan kenyataan media di sini, dua hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada Rabu ini.

Ditanya mengapa hanya tampil membuat kenyataan ketika kempen pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan, Mohd Shamsul berkata: "Sebab Abdul Hadi buat kenyataan masa dah dekat pilihanraya, jadi saya rasa patutlah jika saya buat kenyataan ini pada masa sebelum pilihan raya kecil ini.

"Lagipun di sini ramai wartawan, jadi saya rasa kenyataan saya akan mendapat liputan meluas."

Jelas Mohd Shamsul, dua lagi bekas calon PKR iaitu Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd Yusof (Seberang Takir) turut akan memfailkan saman fitnah terhadap Abdul hadi.

Abdul Hadi dikatakan berkata demikian bagi menjelaskan mengenai tindakan PAS meletakkan calon menentang calon PKR di tujuh kawasan seluruh negara termasuk membabitkan tiga kerusi di Terengganu itu.

Pada 22 April lalu, ketika berceramah di Kampung Tebakang, Mukim Alor Limbat, Marang, Abdul Hadi dilaporkan berkata, mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

"Ada calon-calon yang kita khuatif, berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang PAS tidak boleh kerja dengan calon macam ini," kata Abdul Hadi.

Selasa, 30 April 2013

Apa Macam Penjawat Awam..Seronok Tak Bila Digelar Kera?

    10:00:00 PG   7 comments
md-hashim-kera-dalam-kerajaan

Nah! amik kaw..Jangan marah naaaa..Baik punya kutuk dari calon PKR yang bertanding di Johor Baharu. Nasib lah wak bukan bekerja dengan kerajaan atau menjadi kakitangan awam di agesi-agensi kerajaan. Kalau tidak, sudah tentu istilah KERA yang digambarkan oleh calon pilihan Anwar ini terpalit pada wak.

Cuba tengok muka calon PKR dekat atas tu, sikit pun tak rasa bersalah bila menggelar dan melabelkan penjawat awam sebagai kera belaan yang diberi makan pisang, kacang dan kelapa. Kenapa lah pemimpin PR suka sangat membuat perbandingan atau perumpaan manusia dengan haiwan?

Macam inikah calon yang kita nak pilih kelak? Tak tahu lah sekiranya masih ada penjawat awam yang buta hati buta mata, pekak telinga sanggup mengundi bekas Jeneral ini yang mana satu sen haram pun tak berguna.

Sejak klip video youtube di bawah ini tersebar, suara-suara penjawat awam yang bengang dengan kenyataan  biadap dan tak berotak yang dilempar calon PKR terhadap mereka.

Sekarang semua dah jelas, terpulang pada penjawat awam samada mahu duduk dalam sangkar macam kera yang diberi makan pisang, kacang dan kelapa seperti yang dibayangkan oleh Jeneral bersara itu atau terus mengekalan BN sebagai sebuah kerajaan yang telah banyak memberi manfaat kepada penjawat awam selama ini.

Pilihan terbaik..undilah BN

Jumaat, 26 April 2013

Macam Mana Ni PAS.. PKR Pun Tolak Hudud.. Jatuh Kafir Tak?

    12:00:00 PTG   4 comments
khalid-kafirkah-aku

"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.

Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.

Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.

Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.

Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa, komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara.

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat.

Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud, bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas Khalid. Jika UMNO dianggap kafir, maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid, bukan begitu?

Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.

Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam. Itu sahaja nawaitunya sedari dulu.

PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat, maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.

Hujung-hujungnya kelak, selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.

Sabtu, 16 Mac 2013

Tian Chua Bakal Jadi Batu Penghalang Pakatan Pembangkang Menang PRU13

    2:00:00 PTG   1 comment
pengkhianat-tian-chua

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan sandiwara Umno, akhirnya mula memakan dirinya. Terutamanya dalam memastikan dirinya terus terpilih sebagai calon yang mewakili PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

Timbul cakap-cakap di kalangan pemimpin dalaman parti itu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan mula melahirkan rasa kecewa ekoran tindakan bodoh Tian Chua itu, kerana telah merugikan pakatan pembangkang khusunya PKR.

Tambah membimbangkan mereka, bilamana penurunan mendadak sokongan pengundi di kalangan anggota polis dan tentera yang sebelum ini, dilihat mula beralih kepada pakatan pembangkang.

Namun ekoran perkembangan di Lahad Datu, pakatan bukan sahaja bakal kehilangan undi anggota polis dan tentera, namun akan turut menyaksikan penurunan sokongan di  kalangan keluarga, sanak saudara dan golongan atas pagar dari kumpulan tersebut.

Kegagalan Tian Chua dalam menjaga sensitiviti tersebut, dilihat akan memberikan kesan terhadap calon-calon PKR yang bakal diletakkan bertanding khususnya di kawasan yang mempunyai peratusan majoriti undi Melayu. Malah menurut sumber tersebut, penurunan secara mendadak sokongan rakyat di Sabah juga amat merungsingkan, kerana sebelum ini, mereka hampir pasti dapat merampas negeri tersebut dari pengaruh BN/Umno.

“Kenyataan bodoh Tian Chua itu, akan menyebabkan ramai calon-calon ‘favorite’ PKR ‘tersungkur’, malah kalau Ketua Umum (Anwar Ibrahim) gagal menjelaskan dan menarik kembali sokongan rakyat boleh menyebabkan Pas dan DAP turut menerima kesan yang sama” menurut sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurutnya lagi, sebelum ini dia yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya yang lalu, namun ekoran kenyataan tersebut telah menyebabkan ramai dikalangan pengikut dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Untuk rekod, beliau sebelum ini adalah merupakan salah seorang ahli parlimen yang bertanding atas tiket PKR di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

Seorang lagi pemimpin PKR yang ditemui menjelaskan, hasil kajian dan analisa yang dilakukan melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan sebagainya juga melihatkan penurunan sokongan pengundi atas pagar khususnya generasi muda.

Walaupun pada mulanya mereka hanya ingin melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah terjadi, namun kegagalan pimpinan PKR dalam menjawab kembali semua dakwaan yang dilemparkan telah memburukkan keadaan. Ia kerana tragedi berdarah ini,  telah memakan masa yang agak lama dan menelan angka korban yang ramai khususnya di kalangan anggota keselamatan. Maka perasaan simpati mereka, telah bertukar kepada tanda tanya dan persoalan yang akhirnya telah menyebabkan mereka mula sangsi dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber tersebut, ada dikalangan ahli dan penyokong akar umbi yang telah mula mendesak pimpinan kawasan agar mengusulkan kepada pimpinan PKR pusat agar mengugurkan Tian Chua dari senarai calon PKR. Ia bagi mengelakkan isu tersebut terus digunakan dan dimainkan oleh media BN/Umno untuk menarik undi simpati.

“Sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan PKR pusat, kerana isu Tian Chua telah mula menjadi liabiliti kepada parti” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar Perdana Menteri tidak mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat. Ini kerana, PKR memerlukan sedikit masa untuk memastikan jentera penerangan dapat digerakkan secara menyeluruh bagi membetulkan keadaan.

“Kalau (Datuk Seri) Najib bubar Parlimen, sebelum pimpinan PKR pusat sempat mengerakkan jentera bagi membetulkan keadaan, maka PKR bakal berhadapan dengan satu masalah yang besar” katanya lagi.

Khamis, 10 Januari 2013

January 12 Rally To Legalize Anwar-Shamsidar's Adultery

    1:51:00 PG   No comments

January 12 is an important date for Pakatan Rakyat where they will organize Himpunan Kebangkitan Rakyat, the sequel and climax of their desperate attempt to cause chaos in Malaysia as GE13 draws closer. Considering that a few of their previous demonstrations showed a huge decline in terms of number of supporters, this demonstration is hoped to be able to raise their supporter's motivation which is running thin.

However, at the same day, there is rumored that there will be another demonstration which will also be organized by the opposition. The demonstration is known as Himpunan Shamsidar, Azmin's wife who is the main character in Anwar Ibrahim's 1st Sodomy case. She is claimed to be Anwar's secret lover where their relationship is believed to have resulted to the birth of a child out of wedlock. What surprises us is that the relationship is said to have become possible through Azmin's blessing.

All of this is still in the trial record which is still being discussed in the political arena. And since then, no one really tried to clear Shamsidar's image. Her name stayed rotten, just as same as both Anwar and Azmin.

The highlight of the issue would be the media statement given by Nallakaruppan, Anwar's former friend cum Shamsidar's pimp, entitled “Nallakaruppan claims that Anwar is a bisexual".

Unable to handle the pressure of urging him to prove that Nalla's claim is not true, Anwar then filed a defamation suit against Nallakaruppan and a publishing company, Utusan Melayu (M) Bhd. which published the story. From there, the case will be heard in a few days from now where Anwar will have to face a few witnesses, where most of them are listed as his sexual partners - including Shamsidar. Unable to realize that he is falling to a trap, Anwar tried to appeal so that the names would be dropped from the list of witnesses. However, his appeal was rejected.

That is why, this Himpunan Shamsidar on January 12 is seen as Anwar's desperate attempt to ensure that Shamsidar would not become a witness. It is also seen as the first step towards clearing her name. Whatever it is, it seems obvious that Anwar is panicking and he is scared to face Shamsidar as well as other witnesses.

When the fact is, logically, if he is innocent, why ask for the names to be dropped? Shouldn't Anwar be happy because the names would prove that he is not a bisexual, like what is claimed by Nallakaruppan?

However, the opposition is saying that the demonstration is just another one of Barisan Nasional's stupid propaganda. With the huge scale Himpunan Kebangkitan Rakyat being organized on the same day, it is illogical to organize Himpunan Shamsidar as well, because it would never provide a huge impact.

It seems like opposition supporters somehow missed their own leaders' strategy. Didn't BERSIH previously rallied Himpunan Hijau along with them because they are worried that they might not get the number they targeted? Don't the opposition love to rally at places that are packed with people such as mosques right after Friday prayers?

We can even see the same strategy with Himpunan Shamsidar where it would be merged with Himpunan Kebangkitan Rakyat so that both the demonstrations could show huge amount of turn up.
Thus, opposition supporters do not have to question whether the demonstration is true or it is just a propaganda. It would be better for them to question why wouldn't Anwar accept Shamsidar as a witness?

We are certain, opposition supporters would definitely be able to guess the answer to that, because everything which is claimed against Anwar and Shamsidar, is true.

The demonstration to safe Shamsidar is just a demonstration to legalize the act of adultery between husband and wife with other people's husband. Himpunan Shamsidar is just a demonstration to cover one of the most dirty cases, especially the fact that it is case involving a politician who brings the image of Islam and wishes to be the Prime Minister of an Islamic state.

That is why, either this Himpunan Shamsidar is a propaganda or not, let us all think about it ourselves...
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.