Jam dah pukul 9 lebih, akhirnya muncul penceramah pertama iaitu Dato Sri Noh Omar selaku Menteri Asas Tani Malaysia. Setelah bersalam-salaman dengan penduduk setempat, beliau tersus naik kepentas dan terus menyampaikan ceramah. Banyak juga isu-isu semasa yang dikupas oleh beliau berkenaan isu-isu semasa yang berlaku dalam negeri Selangor terutama sekali isu air dan isu pasir yang sedang hangat diperkatakan oleh media massa sekarang ni. Tak lama beliau berceramah muncul pula kelibat Saudara Zaid Md Arip yang baru sampai dan terus naik ke pentas duduk bersama-sama pemimpin BN yang hadir pada malam tu. Setelah selesai memberikan ceramah pertama, wak nampak Dato Noh Omar terus bergegas ke tempat lain, dengar-degarnya ada sesi ceramah di Puchong.
Setelah Dato Noh Omar berucap kini tiba giliran Suadara Zahid Md Arip pula untuk menyampaikan penerangan yang seterusnya. Begini rupa orangnya Zahid Md Arip ni, yang selalu disebut-sebut dalam blog. Yang dulu semasa dalam PKR merupakan ayam tambatan kepada Anuar Ibrahim. Orangnya chubby sedikit tapi bila bab manyampaikan hujjah memang ada umphh!! siap dengan fakta yang di bawa sekali masa ceramah malam tadi. Baru wak tahu saudara Zahid ni merupakan cucu kepada arwah Tun Gaffar Baba. Sesi ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak membalun Anuar Ibrahim darik mula sampai habis. Pandai berlawak juga saudara Zahid ni..yang paling kelakar sekali bila beliau menyebut perkataan TORON..semua hadirin yang hadir ketawa..
Dalam pertengahan ceramah suadara Zahid Md Arip muncul pula tatamu yang dinanti-nanti oleh para hidirin yang hadir termasuk wak sekali malam tu, iaitu Senator Ezam Md Nor, sesi penerangan terhenti seketika untuk menyabut kedatangan Senator Ezam sambil diringi tepukan. Tak sia-sia wak tunggu malam tu, memang terasa aura dan semangat yang dibawa oleh saudara Ezam untuk menyelamatkan bangsa melayu, cina dan indai dari peliwat tegar Malaysia. Apa yang wak tahu, masa dalam PKR dahulu, saudara Ezam merupakan panglima kepada anuar ibrahim, banyak kali masuk jel keluar jel pada reformasi 1998 semata-mata hanya nak membela si peliwat bernama Anuwar. Nasib saudara Ezam cepat sedar, kalau tidak..orang lain yang sedap-sedap meliwat kita pulak jadi balaci kat bawah...memang idiot siapa yang jadi macam tu terlalu taksub. Sesi penerangan yang di bawa oleh beliau banyak mengupas mengenai kes liwat antara Saipul Bukhari Azlan dengan Anuar, selain itu hubungan Anuar dengan dunia luar terutama sekali dengan kunco-kunco zionis Yahudi dan skandal World Bank. wak paling suka apabila beliau mengajuk cara Anuwar ibrahim bercakap, memang sbiji macama gaya Anuar cakap dalam tv..Tergelak dibuatnya bila dengar slank gaya bahasa Bang Nuar. Hujan rintik-rintik turun malam tu, hadirin masih tak berganjak dari tempat duduk masing-masing, ada yang duduk bawah pokok, tepi longkang, atas motor, semua setia mendengar penerangan yang cuba disampaikan oleh beliau. Setiap kali kata-kata semangat yang dilontarkan disambut dengan tepukan..
Jam 12 dah nak hampir, mata pun dah naik ngantuk, berkahir lah sesi penerangan malam tu, tapi memang puas hati walau baru 1st time pergi ceramah politik macam ni. Semangat nak selamatkan Selangor dan bangsa melayu terus membara. Walaupuan wak anak jati johor dan menetap di Selangor, wak tak sanggup nak lihat negeri di mana wak tumpang mencari rezeki ini dilakukan sedemikan oleh mereka-mereka yang rakus, tamak dan tidak bertanggung jawab. Kalau anda berada di kejiranan wak, macam-macam ada, rumah urut bersebelahan karaoke pun ada. Begitu lah jadinya kalau dapat menteri basar yang dicucuk hidungnya. Ada pemimpin yang mengaku lebih islam dari orang lain, cakap berdegar-degar tapi habuk pun takda hampeh.. Wak harap entry wak kali ni tak munyinggung mana-mana hati dan persaan, setiap orang ada pertimbangan tersendiri dalam isu politik, siapa yang anda sokong itu pilihan anda, wak tak mahu campur, pada wak semangat dan jiwa politik itu hadir dangan sendirinya dalam diri kita dan bukan hanya ikut-ikutan..Politik itu seni..Salam..
P/S: Harap maaf kualiti gambar yang terpapar dalam blog wak ni tak begitu memuaskan, kerana Wak menggunakan kamera Cap Ayam. Nanti dapat gaji wak beli satu yang baru..baikkk punya..
tak suka dgr ceramah politik.cukup ayah je yg involve dalam ni.bosan.
BalasPadamJanji nampak gambar Wak..tak kira lah apa cap..cap ayam ke cap itek ke..hehe!
BalasPadamGadis Comel..Politik Ayah awak lebih condong ke mana?
BalasPadamRelevan
Tapi still x puas hati..gambo x clear
Salam Perjuangan,
BalasPadamTerima kasih kerana cover citer kat saner. Lebih-lebih lagi, nak bantu anak Selangor dalam Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan.
Apa ada hal wak. Kita berjuang bukan diberi peruntukan dari duit rakyat RM15juta. Kita berjuang diatas kesedaran, demi Agama, Bangsa dan Negara.
Teruskan perjuangan wak...
ermmm....sape yg sokong PKR n Anwar Ib....memang la....
BalasPadamJanganlah sampai negeri kita jatuh ke tangan PKR....hidup UMNO.....hidup JOHOR....
wak j ada malam tu ya. gap pun ada..gap dah linkkan kisah menarik ni kat blog gap. jam 4 petang hari ni keluar.
BalasPadamtahniah
Salam to all
BalasPadamKalam timur
TQ sudi jenguk blog wak, tetiba je rasa nak join gelombang selamtkan selangor..wak mmg x harap apa-apa pun..janji hati rasa puas.
Cikgu
Wak tak akan biar biarkan bang nuar rosakan keharmonian di johor..
Gap kembali
komentar yang wak tunggu selamani..ada jgk mlm tu mcm kenal je..huhuuu..sejak lps pru12 wak dah lama follow blog hang..thanks sudi singgah di blog wak.
salam wak... terimakasih kerana paparan wak seba sedikit dapat memberi gambaran sesi SSDE yg bergema di selangor skrg. tak sempat nak follow satu pon cerama kerana ada tugas lain hanya ikut melalui blog internet je.
BalasPadammungkin ada hikmah Allah memberikan kemenangan kepada PR di negeri2 yg berkenaan supaya rakyat dapat menilai tahap keikhlasan mereka apabila menjadi pemerintah.. maka ini lah hasilnya setelah lebih 2 tahun berkuasa...
Salam Wak..
BalasPadamTerima kasih wak kerana memberikan gambaran sebenar..
BalasPadamizinkan untuk link dengan The Flying kick...
Apa pun, kita tidak mahu jadi anak negeri yang tiada negerinya lagi!
macam di Pandan Indah... alahai... bila la puak-puak SSDE nak datang ke sini!
Salam Wak J.
BalasPadamDi mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Tahniah kerana Wak tahu mana yang HAK mana yang BATHIL, kita bantu siapa sahaja atau negeri mana sahaja yang di rampok oleh pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara.
mohon linkkan http://melayupasirgudang.blogspot.com dalam blok list Wak J.
Salam buat sahabat Melayu Pasir Gudang..
BalasPadamDah lama wak tak pi Pasir gudang..Dulu rajin jugak lepak2 kat kebayan..
Tolong menolong amalan mulia...
Ok wak link skrg
Assalamualaikum,
BalasPadamSalam Perjuangan, Pemimpin yang zalim, bukan pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya dia hanya memperjuangkan nafsunya sahaja, bagi puas...
Tahniah wak kerja keras, teruskan
BalasPadamkalau semua macam wak pasti berjaya.
tahniah pada WAK ...saya lebih menghormati wak seribu kali ganda dari anak selangor sendiri yg membodohkan diri , merelakan negeri tempat tumpah darahnya dirosakkan , dihancurkan digadai secara halus ..
BalasPadamnama je anak selangor , tapi haprak ...hampas , buat apa !
Salam..
BalasPadamBila rasa tanggung jawab tu mula ada..kt mana bumi di pijak sekalipun tetap wak pertahankan agam 7 bangsa wak dari dijual..mengukin lepas ni ramai anak selangor akan bangkit membawa gelombang perubahan..InsyAllah..
terima kasih untuk Rinandamku & komentar2 yg len..