Selasa, 3 Ogos 2010

Gelombang selamatkan Selangor Darul Ehsan..dari kaca mata Wak J

    8:56:00 PG   16 comments

Taman Putra Kajang.. Malam 1 Ogos 2010 Berhampiran dengan tempat kediaman wak telah diadakan satu sesi penerangan atau cermah politik anjuran Umno-BN. Jam menunjukkan tepat 8.30 minit malam, wak dah terpacak di tapak ceramah tersebut sambil menunggu ketibaan para penceramah yang telah dijanjikan akan hadir. Wak sampai awal masa tu, nasib la ada hiburan nasyid yang desidakan oleh pihak penaja, tak-lah bosan sangat. Ini kali pertama sepanjang 27 tahun wak hidup pergi dengar ceramah politik. Sebelum ni wak memang tak ambil port sangat pasal ceramah-ceramah politik, sebab wak sibuk dengan kerja. Walau wak tak ambil port sangat masa tu, tapi tak bermakna wak tahu langsung pasal isu-isu politik semasa yang berlaku di Malaysia ni. See the leg laa..Semanjak BN kehilangan bebrapa buah negeri masa dalam PRU 12, wak dah mula minat untuk mengikuti perkembangan politik semasa. Sepanjang dua tahun dan sampai sekarang wak banyak mengikuti isu  politik semasa Malaysia melalui penulisan blog selain dari portal berita online. Tak kira blog dari pro Kerajaan atau pro pembangkang, semuanya wak ikuti...tapi mana blog-blog yang penulisanya merapu dan tak masuk dek akal memang wak tak baca langsung. Terdapat dua skrin besar disediakan..Fuhhhh.. macam tengok EPL beramai-ramai di kedai mamak siap dengan sound sistem sekali, video yang ditanyangkan semua pasal Raja Kelentong Malaysia....Anuwar Ibrahim..jijk bila sebut nama nih.. Siapa-siapa yang sokong bang nuar jangan marah wak yer..






 Jam dah pukul 9 lebih, akhirnya muncul penceramah pertama iaitu Dato Sri Noh Omar selaku Menteri Asas Tani Malaysia. Setelah bersalam-salaman dengan penduduk setempat, beliau tersus naik kepentas dan terus menyampaikan ceramah. Banyak juga isu-isu semasa yang dikupas  oleh beliau berkenaan isu-isu semasa yang berlaku dalam negeri Selangor terutama sekali isu air dan isu pasir yang sedang hangat diperkatakan oleh media massa sekarang ni. Tak lama beliau berceramah muncul pula kelibat Saudara Zaid Md Arip yang baru sampai dan terus naik ke pentas duduk bersama-sama pemimpin BN yang hadir pada  malam tu. Setelah selesai memberikan ceramah pertama, wak nampak Dato Noh Omar terus bergegas ke tempat lain, dengar-degarnya ada sesi ceramah di Puchong.


Setelah Dato Noh Omar berucap kini tiba giliran Suadara Zahid Md Arip pula untuk menyampaikan penerangan yang seterusnya. Begini rupa orangnya Zahid Md Arip ni, yang selalu disebut-sebut dalam blog. Yang dulu semasa dalam PKR merupakan ayam tambatan kepada Anuar Ibrahim. Orangnya chubby sedikit tapi bila bab manyampaikan hujjah memang ada umphh!! siap dengan fakta yang di bawa sekali masa ceramah malam tadi. Baru wak tahu saudara Zahid ni merupakan cucu kepada arwah Tun Gaffar Baba. Sesi ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak membalun Anuar Ibrahim darik mula sampai habis. Pandai berlawak juga saudara Zahid ni..yang paling kelakar sekali bila beliau menyebut perkataan TORON..semua hadirin yang hadir ketawa..



Dalam pertengahan ceramah suadara Zahid Md Arip muncul pula tatamu yang dinanti-nanti oleh para hidirin yang hadir termasuk wak sekali malam tu, iaitu Senator Ezam Md Nor, sesi penerangan terhenti seketika untuk menyabut kedatangan Senator Ezam sambil diringi tepukan. Tak sia-sia wak tunggu malam tu, memang terasa aura dan semangat yang dibawa oleh saudara Ezam untuk menyelamatkan bangsa melayu, cina dan indai dari peliwat tegar Malaysia. Apa yang wak tahu, masa dalam PKR dahulu, saudara Ezam merupakan panglima kepada anuar ibrahim, banyak kali masuk jel keluar jel pada reformasi 1998 semata-mata hanya nak membela si peliwat bernama Anuwar. Nasib saudara Ezam cepat sedar, kalau tidak..orang lain yang sedap-sedap meliwat kita pulak jadi balaci kat bawah...memang idiot siapa yang jadi macam tu terlalu taksub. Sesi penerangan yang di bawa oleh beliau banyak mengupas mengenai kes liwat antara Saipul Bukhari Azlan dengan Anuar, selain itu hubungan Anuar dengan dunia luar terutama sekali dengan kunco-kunco zionis Yahudi dan skandal World Bank. wak paling suka apabila beliau mengajuk cara Anuwar ibrahim bercakap, memang sbiji macama gaya Anuar cakap dalam tv..Tergelak dibuatnya bila dengar slank gaya bahasa Bang Nuar. Hujan rintik-rintik turun malam tu, hadirin masih tak berganjak dari tempat duduk masing-masing, ada yang duduk bawah pokok, tepi longkang, atas motor, semua setia mendengar penerangan yang cuba disampaikan oleh beliau. Setiap kali kata-kata semangat yang dilontarkan disambut dengan tepukan..



Jam 12 dah nak hampir, mata pun dah naik ngantuk, berkahir lah sesi penerangan malam tu, tapi memang puas hati walau baru 1st time pergi ceramah politik macam ni. Semangat nak selamatkan Selangor dan bangsa melayu terus membara. Walaupuan wak anak jati johor dan menetap di Selangor, wak tak sanggup nak lihat negeri di mana  wak tumpang mencari rezeki ini dilakukan sedemikan oleh mereka-mereka yang rakus, tamak dan tidak bertanggung jawab. Kalau anda berada di kejiranan wak, macam-macam ada, rumah urut bersebelahan karaoke pun ada. Begitu lah jadinya kalau dapat menteri basar yang dicucuk hidungnya. Ada pemimpin yang mengaku lebih islam dari orang lain, cakap berdegar-degar tapi habuk pun takda hampeh.. Wak harap entry wak kali ni tak munyinggung mana-mana hati dan persaan, setiap orang ada pertimbangan tersendiri dalam isu politik, siapa yang anda sokong itu pilihan anda, wak tak mahu campur, pada wak semangat dan jiwa politik itu hadir dangan sendirinya dalam diri kita dan bukan hanya ikut-ikutan..Politik itu seni..Salam..

P/S: Harap maaf kualiti gambar yang terpapar dalam blog wak ni tak begitu memuaskan, kerana Wak menggunakan kamera Cap Ayam. Nanti dapat gaji wak beli satu yang baru..baikkk punya..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
16 ulasan:
Write comments
  1. tak suka dgr ceramah politik.cukup ayah je yg involve dalam ni.bosan.

    BalasPadam
  2. Janji nampak gambar Wak..tak kira lah apa cap..cap ayam ke cap itek ke..hehe!

    BalasPadam
  3. Gadis Comel..Politik Ayah awak lebih condong ke mana?

    Relevan
    Tapi still x puas hati..gambo x clear

    BalasPadam
  4. Salam Perjuangan,

    Terima kasih kerana cover citer kat saner. Lebih-lebih lagi, nak bantu anak Selangor dalam Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan.

    Apa ada hal wak. Kita berjuang bukan diberi peruntukan dari duit rakyat RM15juta. Kita berjuang diatas kesedaran, demi Agama, Bangsa dan Negara.

    Teruskan perjuangan wak...

    BalasPadam
  5. ermmm....sape yg sokong PKR n Anwar Ib....memang la....
    Janganlah sampai negeri kita jatuh ke tangan PKR....hidup UMNO.....hidup JOHOR....

    BalasPadam
  6. wak j ada malam tu ya. gap pun ada..gap dah linkkan kisah menarik ni kat blog gap. jam 4 petang hari ni keluar.

    tahniah

    BalasPadam
  7. Salam to all

    Kalam timur
    TQ sudi jenguk blog wak, tetiba je rasa nak join gelombang selamtkan selangor..wak mmg x harap apa-apa pun..janji hati rasa puas.

    Cikgu
    Wak tak akan biar biarkan bang nuar rosakan keharmonian di johor..

    Gap kembali
    komentar yang wak tunggu selamani..ada jgk mlm tu mcm kenal je..huhuuu..sejak lps pru12 wak dah lama follow blog hang..thanks sudi singgah di blog wak.

    BalasPadam
  8. salam wak... terimakasih kerana paparan wak seba sedikit dapat memberi gambaran sesi SSDE yg bergema di selangor skrg. tak sempat nak follow satu pon cerama kerana ada tugas lain hanya ikut melalui blog internet je.
    mungkin ada hikmah Allah memberikan kemenangan kepada PR di negeri2 yg berkenaan supaya rakyat dapat menilai tahap keikhlasan mereka apabila menjadi pemerintah.. maka ini lah hasilnya setelah lebih 2 tahun berkuasa...

    BalasPadam
  9. Terima kasih wak kerana memberikan gambaran sebenar..

    izinkan untuk link dengan The Flying kick...

    Apa pun, kita tidak mahu jadi anak negeri yang tiada negerinya lagi!

    macam di Pandan Indah... alahai... bila la puak-puak SSDE nak datang ke sini!

    BalasPadam
  10. Salam Wak J.

    Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Tahniah kerana Wak tahu mana yang HAK mana yang BATHIL, kita bantu siapa sahaja atau negeri mana sahaja yang di rampok oleh pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara.

    mohon linkkan http://melayupasirgudang.blogspot.com dalam blok list Wak J.

    BalasPadam
  11. Salam buat sahabat Melayu Pasir Gudang..

    Dah lama wak tak pi Pasir gudang..Dulu rajin jugak lepak2 kat kebayan..

    Tolong menolong amalan mulia...

    Ok wak link skrg

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,
    Salam Perjuangan, Pemimpin yang zalim, bukan pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya dia hanya memperjuangkan nafsunya sahaja, bagi puas...

    BalasPadam
  13. Tahniah wak kerja keras, teruskan
    kalau semua macam wak pasti berjaya.

    BalasPadam
  14. tahniah pada WAK ...saya lebih menghormati wak seribu kali ganda dari anak selangor sendiri yg membodohkan diri , merelakan negeri tempat tumpah darahnya dirosakkan , dihancurkan digadai secara halus ..

    nama je anak selangor , tapi haprak ...hampas , buat apa !

    BalasPadam
  15. Salam..

    Bila rasa tanggung jawab tu mula ada..kt mana bumi di pijak sekalipun tetap wak pertahankan agam 7 bangsa wak dari dijual..mengukin lepas ni ramai anak selangor akan bangkit membawa gelombang perubahan..InsyAllah..

    terima kasih untuk Rinandamku & komentar2 yg len..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.