Jumaat, 1 Oktober 2010

PENEROKA MENANG!!..Duit dah dapat belum?

    11:34:00 PG   1 comment


Seronok sakan betul orang-orang Pas terutama sekali Anak Aliman kita, apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka. Dahulunya golongan-golongan seperti ini lah yang paling sukar sekali nak terima keputusan mahkamah apabila ia tidak memyebelahi mereka tak kira dalam apa jua kes sekalipun. Mungkin kali ini mereka ini sudah nampak habuan yang bakal diterima selepas peneroka-peneroka felda tersbut dapat wang pampasan kut.

Kalau anda baca kenyataan mereka ini di HAPRAK daily, begitu jahat sekali ayat yang digunakan untuk menunjukan kemenangan yang macam dah mutlak. Mungkin bagi blogger ia adalah lumrah dan sudah biasa mendegar ayat tersebut. Bayangkan kalau peneroka Felda  yang ada di seluruh pelusuk tanah air membaca akhbar tersebut, pasti boleh mengamuk jadinya.

Inilah antara kenyataan paling tak best untuk didengar oleh peneroka yang betul-betul sayangkan FELDA. Kenyataan ni keluar dari mulut Salahudin Kuyub.

"Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu"

Sampai macam tu sekali..tak beringat langsung bila bercakap, sehingga lupa segala jasa-jasa baik Felda selama ini yang telah banyak membantu peneroka-peneroka sampai hidup senang sekarang ini. Kalau dulu hidup susah dan merempat di mana-mana, selepas itu diberi peluang pula menyertai Felda. Akhirnya tangan tuan yang selama ini menyuap nasi ke mulut mereka, digitnya kembali..Manusia sepisis apa agaknya dia orang ni?

Untuk sambungan artikal ni anda baca ulasan dari Blog Generation Cyber di bawah ini.


ULASAN GENERATION CYBER:-

Saya dapat merasakan bahawa pada ketika ini Mazlan Aliman dan sekutu-sekutunya sedang mengadakan perbincangan bagi merancang pelan tindakan mereka untuk menyerang FELDA dengan adanya isu di atas.

Kepada mereka yang tidak memahami isu sebenar mungkin ada yang menganggap "FELDA KALAH & PENEROKA MENANG" kerana keputusan yang di buat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya.

Sebenarnya, semua peneroka yang membuat keputusan untuk tanam semula sendiri boleh menuntut bayaran tanam semula berjumlah RM1,700.00 seekar atau RM17,000.00 tersebut daripada FELDA DENGAN SYARAT MEMATUHI GARIS PANDUAN / PEKELILING YANG DITETAPKAN OLEH FELDA. Sebab itulah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan menyatakan bahawa "bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda" (Seperti artikel di atas).

Saya ingin tekankan di sini bahawa, semua peneroka yang tanam semula sendiri boleh menuntut bayaran tanam semula daripada FELDA tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ini bermakna, walau pun dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) sekalipun, semua peneroka terlibat mesti mematuhi syarat-syarat tersebut bagi membolehkan mereka menerima wang tanam semula.



Wak J: Mahu ke peneroka-peneroka terbabit ikut segala garis panduan yang ditetapkan oleh Felda sebelum dapatkan bayaran mereka. Sebab degil tak mahu ikut, tu la yang jadi macam ni..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. tak lama mane kegembiraan dorg menang tu.. kita kalau gigit balik tangan yg suap kita makan dulu2, anak derhaka namanyer tu.. tangan yang disuap, nk digigitnyer.. yang duit dari sumber perjudian, dikatanyer halal.. taubat la banyak2..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.