Selasa, 5 Oktober 2010

Belia FELDA kutuk Azmin hina Dr Mahathir

    10:12:00 PG   1 comment

 Rumah Felda yang lama, macam ni lah rupabentuk asalnya dulu. Tapi wak tak tahu ni rumah siapa..cuma bentuk sepattern je

JOHOR BAHRU: Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."

Presidennya, Anuar Manap, berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu adalah usaha terdesaknya untuk meraih sokongan.
"Janganlah terlalu mudah melabelkan pemimpin kita dan menghina hanya kerana ingin menang dalam perebutan jawatan dalam parti yang kita tahu sedang bergolak dan kacau bilau," katanya.
Anuar mengulas kenyataan Azmin yang menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur".

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam. Sumber BERANAMA

Wak J
: Lepas ni harap-harap ada lebih ramai yang bangkit mengutuk si Azmin dayus. Bukan sahaja dari Belia Felda Malaysia, tapi seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan Tun. Dasar manusia yang tak pernah sedar diuntung. Masa mula-mula baru belajar merangkak dalam politik, Tun lah yang menatihnya. Kini bila hidup dah senang lenang, lupa segala jasa-jasa Tun yang suatu masa dahulu pernah menjadi bapa angkatnya.

Mungkin suara kecil wak sukar nak didengari oleh seluruh rakayat Malaysia yang sayangkan Tun. Wak harap ada suara-suara besar seperti PERKASA atau Bloger-Bloger Otai  yang sudi mendesak Azmin Ali supaya memohon maaf secara terbuka di atas keterlanjuran kata-katanya itu terhadap Tun Mahathir. Agar ia dapat memberi sedikit pengajaran kepada si dayus ini bagaimana cara untuk menghormati orang yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. cakap besar.. Tuhan tu maha kaya.. sendiri dah tersungkur esok baru tau..
    http://www.duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.