Khamis, 31 Mei 2012

Jika Azmin Masuk 'Dalam', Peluang Anwar Rapatkan Kembali Hubungan Dengan Shamsidar

    3:21:00 PTG   2 comments

Wak J: Maaf, tajuk di atas hanya sekadar hiasan

Semenjak Anwar Ibrahim berhenti menyara hidup Raja Petra di London, sebagai tukang fitnah bagi memburuk-burukan nama pemimpin negara, kini hidup Raja Petra boleh diibarat seperti 'polong' terbuang yang sangat dahaga darah tuanya.

Belum pun sempat tiba hari pembalasan, segala dosa-dosa fitnah yang pernah dilakuan oleh Anwar bersama Raja Petra dahulu dengan memperdajal Najib Razak sekelurga, kini telah mula memakan diri, apabila polong belaan mula berpaling tadah mengenakan kembali tuanya.

Cerita tentang kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin Ali bersama isterinya bukanlah perkara baru. Jika kita sering mengikuti rapat perkembangan berkenaan isu ini, pasti tidak akan merasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra baru-baru ini.

Tidak kira macam mana sekali pun Azmin cuba menepis atau membuat penafian terhadap dakwaan terbaru Raja Petra ini, rakyat sememangnya sudah tahu lebih awal tentang harta kekayaan yang dimiliki oleh Azmin sekarang. Mungkin dengan pendedahan terbaru oleh bekas pegawai BPR ini, ia dapat membantu menguatkan lagi bukti-bukti sedia ada untuk dibawa ke muka pengadilan agar kes rasuah yang di arahkan tutup oleh Anwar semasa menjadi TPM dulu dapat dibicarakan semula.

Sekiranya Azmin sangat yakin bahawa dirinya di pihak yang benar, apa tunggu lagi, sila ambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra, kerana tuduhan yang dilemparkanya itu sangat berat dan boleh menyebabkan reputasi sebagai wakil rakyat yang bersih dan suci tercemar teruk. Itu pun kalau Azmin betul-betul anak jantanlah.


Pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra tentang kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin, telah membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan. Mereka marah bukan sebab cerita yang disampaikan itu tidak benar tetapi disebabkan rasa tertipu dan malu kerana selama ini mereka menganggap segala 'wahyu' yang ditulis oleh Raja Petra berkenaan cerita-cerita buruk pemimpin kerajaan (BN) semuanya benar belaka.

Jika tak lupa, semasa Raja Petra masih dibayar Anwar untuk melakukan fitnah terhadap ahli keluarga Najib Razak dengan menjadikan isu pembunuhan Altantunya sebagai modal, tanpa sedikit pun penyokong Pakatan ini merasa curiga dan terus mempercayainya bulat-bulat seperti menelan tahi kambing tanpa rasa geli terhadap cereka fitnah yang disebarkan oleh Raja Petra melalui laman webnya.

Bila terkena batang hidung sendiri, pandai pula kata tuduhan ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan. Itu sajalah modal yang sering dimainkan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan apabila aib atau perkara mungkar yang pernah mereka lakukan dahulu dilondeh satu per satu sehingga menjadi buah mulut rakyat.

Diharap kepada anda-anda yang sememangnya Anti Anwar/Azmin, tidak perlu terlalu ghairah dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra ini. Tapi, tidak bermakna kita membiarkan lauk-pauk yang sedia terhidang ini menjadi sejuk begitu sahaja tanpa digodeh-godeh, dikacau-kacau bagi mengekalkan kehangatanya.

Rabu, 30 Mei 2012

Selangor Bakal Berdepan Catuan Bekalan Air Yang Dahsyat Sekiranya PR Terus Mentadbir Negeri

    12:30:00 PTG   No comments



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak.

Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal.

Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi.


Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Apabila konsesi-konsesi ini diambil alih kerajaan, diandaikan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dengan kelulusan kerajaan negeri Selangor.

Sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap pembinaannya, penduduk Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa berada dalam tempoh ‘catuan’ air dan pastinya memberi kesan pada kawasan-kawasan perindustrian yang beroperasi di Selangor dan kawasan sekitanya.

Sekiranya diteliti, masalah ini berpunca dari polisi 20 meter padu air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat sekiranya kerajaan negeri menguruskan sendiri konsesi-konsesi air, kenaikan tariff air dapat dibendung dan kerajaan negeri Selangor berupaya untuk meneruskan program pemberian 20 meter padu air terawat percuma kepada rakyat Selangor.

Kerajaan pusat sebaliknya tidak menghalang pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi ini oleh kerajaan negeri, walau bagaimanapun tawaran kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat konsesi ini telah ditolak.

Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada satu ketika membidas kerajaan negeri Selangor yang mempolitikkan isu penstrukturan semula air dengan mengatakan tidak timbul isu tariff air di Selangor akan naik jika kerajaan negeri memberi kelulusan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.


Beliau turut menyatakan sebarang caj air ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan pusat. Sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dimuktamadkan secepat mungkin, akan tiba satu ketika penduduk di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akan mengalami krisis air yang serius.

Kerajaan negeri Selangor pada hari ini masih lagi mencongak-congak kos pembinaan projek yang dikatakan membazir itu, pelbagai cadangan yang dikatakan lebih baik dan menjimatkan diberikan pada saat-saat akhir ini sedangkan segala kajian dan rekabentuk telah dibuat untuk Loji Rawatan Air Langat 2 sejak tahun 2006 lagi.

Dalam keadaan yang agak mendesak, seharusnya sesuatu dilakukan untuk mitigasi bagi masalah yang bakal melanda dan bukannya mengalihkan tumpuan tentang
apa yang sepatutnya dilakukan pada peringkat permulaan. Kebajikan rakyat haruslah diutamakan dengan mengetepikan sentimen politik.

Harga yang perlu dibayar sekiranya krisis air berlaku Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos pembinaan projek itu sendiri.

Amy Search Masuk UMNO, PAS Kekal Sebagai Port Untuk Orang Yang Kecewa Dalam Hidup

    10:00:00 PG   No comments

Tersebarnya berita tentang penyertaan beberapa orang lagenda rock tanah air ke dalam UMNO, telah membuatkan seluruh penyokong Pakatan Pembangkang terutama sekali pengikut PAS terkejut babi dan kecewa bila mendengar berita tersebut.

Berbakul-bakul cacian serta kata-kata kesat dilemparkan penyokong Pakatan Pembangkang setelah mendapat tahu idola kesayangan mereka sanggup berpaling tadah dengan menyertai UMNO.

Antara ramai-ramai artis yang menyertai UMNO, Amy Search di antara artis yang paling banyak menerima kutukan serta tohmahan dari penyokong Pakatan Pembangkang. Tak cukup isu pribadi diungkit, hal keluarga turut diheret sama.

Selain dari sangkaan baik dari orang yang boleh menerima ketentuan Tuhan di atas apa yang berlaku, sangkaan buruk serta fitnah jahat yang sudah sebati dengan jiwa penyokong Pakatan turut mengiringi sama masuknya beberapa lagenda rock ini ke dalam UMNO.

Ada dari kalangan mereka mendakwa, penyertaan artis-artis ini ke dalam UMNO disebabkan niat-niat tertentu seperti ingin mendapatkan gelaran atau kelebihan lain.

Tentu ramai daripada kita tidak menyangka macam mana boleh terbuka hati Amy Search untuk menyertai UMNO. Sebelum ini, ramai yang menyangka Amy akan menyertai PAS setelah melihat kelibat penyayi rock itu begitu mesra dengan Tok Guru, sehinggakan sanggup menjemput Tok Guru merasmikan restoran miliknya.


Kegembiraan penyokong PAS sejak beberapa tahun lepas setelah melihat Tok Guru seakan-akan berjaya menjinakkan beberapa orang artis terkenal termasuk Amy Search untuk menyertai PAS bagai disentap kerana apa yang diharapkan hari ini tidak menjadi kenyataan.

Seperti biasa, apabila berlaku perkara yang tidak menyebelahi Pakatan, mula timbul perangai tidak matang penyokongnya. Jika dulu semua lagu yang dinyanyikan Amy menjadi siulan, lauk pauk di restoranya sedap-sedap belaka, kini setalah Amy menyertai UMNO, setiap perakara yang melibatkan penyanyi tersebut akan diboikot  habisan-habisan.

Apa yang jelas hari ini, dengan penyertaan golongan artis ke dalam UMNO, telah membuktikan bahawa parti keramat orang Melayu ini bukan sahaja diterima oleh semua, malah turut mengekalkan PAS dan Pakatan sebagai sebuah parti politik yang hanya disertai oleh golongan atau insan-insan yang kecewa dalam perjuangan atau kehendaknya tidak dilayan.

Selasa, 29 Mei 2012

'Lebuh Raya Rakyat' Sekadar Gurauan Atau Bakal Menjadi Kenyataan

    10:00:00 PG   2 comments

Setelah 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan, baru sekarang Allah membukakan pintu  hati Nik Ajis untuk membina sebuah lebuhraya bertaraf antarabangsa bagi kemudahan rakyat Kelantan.

Majlis upacara pecah tanah yang disempurnakan oleh 'Bapak Kafir' PAS baru-baru ini, seolah-olah memberi harapan baru kepada seluruh rakyat Kelantan agar dapat merasai nikamat menggunakan lebuh raya yang sempurna dan selesa setelah sekian lama menanti.

Untuk menjadikan pembinaan lebuhraya rakyat ini sebagai realiti, kerajaan PAS Kelantan telah melancarkan satu dana khas, di mana melalui dana tersebut rakyat Kelantan juga turut diberi peluang menyumbang dalam pembinaan lebuhraya rakyat yang tidak diketahui bila tarikh siapanya.

Apa yang pasti, setelah siap sepenuhnya lebuhraya rakyat yang diilhamkan oleh Nik Ajis ini, pengguna kenderaan yang melalui lebuhraya tersebut tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol kerana segala kos penyelenggaraan lebuhraya rakyat itu nanti akan ditanggung oleh rakyat sendiri. Nama pun lebuhraya rakyat.

Dengan tercetusnya idea pembinaan lebuhraya di Kelantan yang dipanggil sebagai 'Lebuhraya Rakyat' ini, telah berjaya mendiamkan mulut ramai pihak yang selama ini begitu lantang mengkritik kemampuan kerajaan PAS Kelantan dalam membangunkan negeri itu.

Adakah projek lebuhraya rakyat ini hanya gah disebut pada hari perasmiannya  atau terus senyap begitu sahaja selepas ini, seperti mana projek-projek mega yang telah diilhamkan atas nama RAKYAT yang terkandung dalam janji menifesto Pakatan Pembangkang. Sama-sama kita tunggu dan saksikan.

Isnin, 28 Mei 2012

Gara-Gara Tak Boleh Kahwin Lebih Dari Satu, Punca LGE Pasang 'Kekasih Gelap'

    10:50:00 PTG   No comments

Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng.

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah?

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai

Kerajaan Pakatan Selangor Beri Jaminan, Air Mentah Tidak Dirawat Selamat Untuk Diminum

    12:30:00 PTG   No comments

Malang buat rakyat Selangor kerana dianugerahkan seorang Menteri Besar dari Pakatan Haram, PKR,PAS dan DAP yang memiliki sifat ego, bebal dan bodoh sombong serta gagap. Akibat dari sifat-sifat yang dimilikinya ini, rakyat Selangor terpaksa menanggung kesusahan kerananya.

Khalid Gagap melalui kenyataan di portal berita BERNAMA, bertegas mempertahankan pendirian kerjaan negeri Pakatan Selangor bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor yang bakal menghadapi krisis air pada masa hadapan.

Sekiranya rancangan kerajaan negeri Pakatan Selangor menjadi kenyataan, seluruh rakyat Selangor akan dipaksa menggunakan air mentah yang tidak dirawat dalam melaksanakan rutin kehidupan seharian.

Kerana kosnya lebih murah jika disalurkan dari Tasik Kenyir, kerajaan negeri Pakatan sanggup merisikokan nyawa penduduk Selangor dengan memaksa rakyat minum dari air mentah tidak dirawat.

Jika air mentah itu lebih penting dari air yang dirawat, apa perlunya kerajaan negeri mengimport air dari Tasik Kenyir sedangkan di Selangor sendiri mempunyai bekalan air mentah belum dirawat  yang mencukupi dan boleh didapati dari sungai-sungai dan lombong-lombong tinggal yang ada.


Tidak ada istilah membazir, jika perkara yang hendak dibuat itu melibatkan kepentingan rakyat. Melainkan kerajaan negeri Pakatan ada agenda tertentu atau ingin menjaga air mukanya kerana projek penyaluran air mentah dari Pahang ini melibatkan kerajaan BN dan sudah tentut sukar kerajaan negeri mendapatkan kredit daripadanya.

Kenapa perlu dibazirkan wang sebanyak RM700 juta lagi semata-mata untuk kerja penyambungan paip air baru, sedangkan segala faseliti dan kemudahan untuk membekalkan air dari Pahang ke Selangor semuanya telah disiapkan oleh Kerajaan Persekutuan (BN). Hanya menunggu persetujuan dari kerajaan negeri sahaja.

Jika ini pendirian Khalid Gagap dalam menangani krisis air di Selangor, tindakan segera perlu diambil bagi menghalang kerajaan negeri dari meneruskan rancanganya untuk membekalkan secara terus air mentah tidak dirawat kepada seluruh rakyat Selangor.

Penggunaan air mentah yang tidak dirawat, boleh mendatangkan bahaya serta boleh mengancaman nyawa penggunanya, ia berpunca dari wabak  penyakit  bawaan air tersebut yang tidak dirawat.

Dalam hal ini rakyat Selangor perlu bijak bertindak dalam membuat pilihan walau terpaksa menukar kerajaan negeri sedia ada, ia perlu demi kesejahteraan hidup di masa hadapan.


'Bapa Kafir' PAS Restu Bukan Islam Jadi PM

    10:00:00 PG   No comments

Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.

Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.

Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.

Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.

Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.

Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.

Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.

Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.

Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.

Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.

Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.

Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?

Ahad, 27 Mei 2012

Suara 2 Juta Belia Nyatakan Sokongan Kepada PM

    11:25:00 PTG   No comments



PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.


Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.


Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.



“Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya.


Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia.


Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.


“Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, “ katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.


 

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini,” ujarnya.


Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.


“ Kami sangat yakin dengan kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan ‘Najib Adalah Jaguh Aspirasi Belia’ sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau.

“Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya disertai dengan sorakan menyokong Perdana Menteri.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.