Jumaat, 27 Februari 2015

Sanggupkah Agong Minum Teh Bersama Seorang Peliwat?

    10:56:00 PTG   3 comments
agong-anwar-minum-teh

Banduan jenayah liwat, Anwar Ibrahim perlu dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan, termasuk menghadiri majlis minum petang diraja bersama Yang di-Pertuan Agong selepas acara pembukaan, kata anaknya.

"Bapa saya perlu dibenarkan memenuhi jemputan Seri Paduka Baginda untuk minum petang bersama. Ada tempat khas untuk bapa saya dalam majlis itu," kata Nurul Izzah, juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Dalam sidang media di pejabat PKR hari ini, Nurul yang pernah dikaitkan dengan skandal 'blowjob' bersama seorang professor lelaki di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, menunjukkan kad jemputan ke sidang Parlimen pada 9 Mac sehingga 9 April ini daripada yang dipertua dewan.

Surat rasmi itu dihantar menggunakan sampul surat bertulis 'Urusan Seri Paduka Baginda', tambah Nurul Izzah.

Menurutnya, surat undangan kepada Anwar dihantar selepas beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara pada 10 Februari.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata kuasa untuk membenarkan Anwar keluar untuk menghadiri sidang mulai 9 Mac terletak pada peguam negara.

Menurutnya lagi, pandangannya itu berbeza dengan timbalannya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi sebelum ini berkata Anwar boleh membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri jika mahu menghadiri sidang Parlimen.

Walaupun bersalah dan layak dilucutkan jawatan, Anwar masih lagi sah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan.

Keluarganya menfail petisyen pengampunan diraja awal minggu ini.

Selasa, 24 Februari 2015

Ahli Keluarga Terpaksa Rayu Pengampunan Diraja Atas Kesalahan Liwat Anwar

    10:39:00 PTG   No comments
Keluarga-Anwar-pengampunan-diraja
 
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengemukakan petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kesalahan kes liwat II Ketua Pembangkang itu. 
    
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata petisyen itu telah diserahkan kepada pihak istana di Istana Negara pada kira-kira pukul 3.30 petang ini.
 
Petisyen telah dikemukakan di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
    
Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri seberapa segera selepas sabitan. Kemudiannya selepas tiga tahun dari tarikh sabitan dan selepas itu, lat dua tahun.
 
Sementara itu, pihak Istana Negara mengesahkan telah menerima petisyen itu petang ini. 
 
Tian Chua berkata petisyen itu dibuat atas faktor bahawa keluarga Anwar percaya ada penyelewengan dalam sistem pengadilan ketika dia (Anwar) disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 34. 
 
"Dengan ini petisyen berkenaan meminta pihak istana campur tangan bagi memberi pengampunan kepada Anwar," katanya.
 
Tian Chua berkata satu salinan petisyen telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini petang ini.
 
Naib Presiden PKR itu menjelaskan bahawa petisyen itu dikemukakan atas dasar mendapatkan keadilan untuk Ketua Pembangkang itu dan bukan atas dasar kerana mahu kedudukan Anwar sebagai anggota parlimen Permatang Pauh dipertahankan.
 
"Kedudukannya sebagai anggota Parlimen bukan lagi isu, terpulang kepada Speaker Dewan mahu membatalkannya, ini soal keadilan kepadanya," katanya. - Bernama

Rabu, 18 Februari 2015

Anwar Masih Berupaya Setubuhi Wan Azizah Pelbagai Posisi Walau Sakit Pinggang

    10:08:00 PTG   No comments
Wak J: Tak dapat nak bayangkan macam mana orang sakit pinggang boleh lakukan hubungan intim dalam pelbagai teknik dan gaya.

Patut pun masa awal perbicaraan dulu Anwar beriya-iya sangat mahu ia dijalankan secara tertutup. Rupa-rupanya ada cerita syok lagi berair yang tidak mahu dikongsikan bersama penyokong tegranya.

anwar-wan-azizah-seks

KUALA LUMPUR - Peguambela kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan butiran 'panas' mengenai kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu dalam sesi Dialog Khas bersama beliau di Akademi Kapten Husin, Kelana Jaya, malam tadi.

Pendedahan kisah ‘intim’ di antara Anwar dan Mohd Saiful itu ternyata membuat semua para hadirin termasuk petugas media ‘tergamam’ dan tersipu malu tatkala Shafee menyatakan Anwar Ibrahim sempat mencubit puting dada Saiful sebelum melakukan s3ks luar tabii.

“Sebelum meliwat, Anwar meminta Mohd Saiful menyapu krim pelincir K-Y Jelly di bahagian zakarnya sebelum meliwat Mohd Saiful.

“Bagaimanapun, ketika Anwar sedang meliwat Mohd Saiful, tertuduh secara tidak sengaja terpicit botol pelincir tersebut kerana menahan kesakitan yang menyebabkan Anwar ‘naik angin’,” katanya.

Dalam sesi dialog terbuka yang dihadiri lebih 200 orang itu, Shafee turut mendedahkan bahawa Anwar turut meminta dan bertanya kepada Saiful sama ada boleh mengadakan hubungan seks dengan tertuduh pada hari kejadian.

"Can I F**K you today?" tanya Anwar pada Saiful

Bagaimanapun, Saiful menolak permintaan ketua pembangkang itu dan ini menjadikan kes liwat itu sebagai tanpa kerelaan mangsa pada hari tersebut.

“Seksyen 377B Kanun Keseksaan sekiranya (Mohd Saiful) melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun.

“Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan jika dilakukan tanpa kerelaan (Mohd Saiful), pesalah boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun,” jelasnya.

PASSWORD 'MOKHTAR'

Mengulas mengenai mengapa Saiful tidak melawan, Shafee mendedahkan bahawa Saiful juga turut 'dikepung' oleh rakan-rakan Anwar.

"Unit 11-5-1 dan 11-5-2, dimiliki oleh teman baik Anwar. Kalau orang tanya kenapa Saiful tak menjerit? Macam mana dia nak menjerit kalau dua unit itu kawan Anwar yang punya?

"Nak masuk rumah pun 'security' bawa. Ada 'passcode' dan selepas mereka 'bersetubuh' ada orang yang sediakan karipap dan nescafe. Jadi, segala gerak geri Saiful dan Anwar memang dikawal rapi.

Susulan insiden itu, Saiful pada keesokkan harinya terus menulis surat perletakan jawatan sebagai pembantu Anwar Ibrahim.

Dedah Shafee lagi, Saiful pernah mengaku melakukan hubungan songsang itu bersama Anwar sebanyak 9 kali.

ANWAR BOHONG SAKIT PINGGANG

Sebelum ini juga, Anwar pernah membuat kenyataan pada media bahawa dia mengalami sakit pinggang. Justeru itu, bagaimana pula dia boleh dikatakan mampu meliwat seorang lelaki yang muda darinya.

"Dia sendiri yang 'kantoi' tak sakit pinggang. Apabila di soal siasat bila kali terakhir Anwar bersetubuh dengan Wan Azizah, Anwar cakap baru beberapa minggu lepas dan beliau juga disoal mengenai posisi yang dilakukan.

"Jadi, bagaimana seorang yang dikatakan sakit pinggang boleh bersetubuh dan melakukan beberapa posisi dalam hubungan seks?," kata Shafee kepada penonton yang hadir.

Selasa, 17 Februari 2015

Beribu-Ribu Nyamuk Ganggu Tidur Anwar Di Penjara

    9:40:00 PTG   3 comments
Wak J: Harap-harap si Ketum ni kena jangkitan denggi. Biar cepat sikit jalan. Kalau tidak, sepanjang lima tahun si kaki liwat ni hidup dalam penjara macam-macam cerita tidak masuk akal keluar. Daripada sembur nyamuk dalam penjara, lebih sembur Anwar dengan racun serangga. Puiiii!

nyamuk-ganggu-anwar

Ketua Pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru seminggu menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh diganggu nyamuk setiap malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan kes saman Anwar terhadap Anifah Aman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini.

Wan Azizah berkata, akibat diganggu serangga itu, waktu tidur suaminya turut terganggu. "Beratus-ratus nyamuk yang ada. Terdapat banyak kesan gigitan pada badan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mahu memberikan sebotol penyembur racun serangga untuk kegunaan Anwar di dalam penjara. "Malangnya tidak dibenarkan tapi pihak penjara berjanji akan menyelesaikan masalah itu" katanya lagi.

Wan Azizah berkata, prosiding perbicaraan ini dapat mengubati kerinduan keluarga terhadap Anwar.

"Alhamdulillah, terubat rindu padanya. Ini adalah pertemuan keluarga," katanya.

Beliau berkata, Anwar kelihatan kurus sedikit namun masih bersemangat dan berkeadaan baik.

"Dia kurang makan di sana," katanya. Menurutnya, suaminya itu juga turut mengadu sakit belakang.

"Anwar sedang membiasakan diri dengan masalah itu, tapi nampaknya ia menjadi lebih teruk terutamanya bahagian bahu,"katanya.

Berikutan itu, Wan Azizah memohon pihak penjara menyediakan tilam yang lebih baik.

"Pihak penjara berjanji namun kami masih menunggu. Saya minta tidaklah tebal, hanya dua inci selain tandas cangkung yang tidak sesuai dengan keadaan fizikalnya," katanya.

Wan Azizah tiba di mahkamah jam 8.25 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk anak lelaki tunggal, Ehsan.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan Anwar terhadap sabitan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28.

Rabu, 11 Februari 2015

Ketum Masuk Penjara Tarif Elektrik Turun, Kalau Ketum Kojol

    11:10:00 PTG   1 comment
anwar-lilin
 
Wak J: Alhamdulillah, syukur. Wak doakan Malaysia kembali aman semula selepas ini.
 
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tarif baharu elektrik yang diumumkan pada Rabu, selaras dengan penurunan kos bahan api dan penjanaan, dapat membantu meringankan kos sara hidup.

Dalam catatan di laman Facebook dan Twitter, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Setelah semakan semula kos bahan api dan penjanaan, Kabinet pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 Mac 2015, katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj), manakala purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu setelah dimaklumkan kos penjimatan ICPT yang boleh dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk tarif yang lebih rendah adalah RM726.99 juta setelah mengambil kira penurunan kos bahan api global dan penjanaan.

Selasa, 10 Februari 2015

Minta Pengampunan Tuhan, Bukan Dengan Agong Lah Setannnn

    10:15:00 PTG   1 comment
anwar-liwat-penjara
 
Laluan perundangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu berhubung hukuman penjara lima tahun terhadap kes meliwat bekas pembantu peribadinya telah sampai ke penghujung dengan pilihan terakhirnya ialah memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata pakar undang-undang. 
    
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana Mahkamah Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di negara ini dan apa jua keputusan yang dijatuhkannya tidak dapat dirayu.
    
Beliau berkata Anwar hanya boleh dilepaskan daripada hukuman penjara jika mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. 
    
"Perkara ini tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut pengampunan boleh diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama.
    
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.    
   
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.
    
Ahmad Marthada berkata Lembaga Pengampunan dianggotai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara dan tiga ahli yang dilantik, dan dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.
    
Pengampunan untuk pembebasan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk seseorang pesalah biasanya dibuat pada hari keputeraan Seri Paduka selepas pihak kerajaan mencadangkan kepada baginda untuk berbuat demikian.
 
Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata ia satu manifestasi bahawa semua rakyat adalah sama rata di bawah undang-undang.  
    
"Ia adalah adil tidak kira kepada rakyat biasa atau yang mempunyai kedudukan," katanya. 
    
Katanya, proses penghakiman juga mengesahkan bahawa mahkamah membuat keputusan atas dasar fakta yang dihujah dan bukannya kerana pengaruh luar misalnya seperti politik tempatan.
    
Penganalisis Politik, Dr Baharuddin Aziz keputusan tersebut merupakan satu keadilan kepada mangsa iaitu Mohd Saiful Bukhari yang selama ini berdepan tekanan hebat daripada masyarakat dan tohmahan pembangkang ke atas beliau.
    
"Ini soal maruah diri, tiada insan yang mahu mendedahkan keburukan yang terjadi kepada dirinya terutama yang berkaitan dengan kehormatan dirinya,    
 
"Tambahan pula dia merupakan rakyat biasa yang tidak punya sebarang pengaruh dan terpaksa berjuang selama tujuh tahun untuk membuktikan dirinya di pihak yang benar," kata bekas pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa itu. - Bernama

Ahad, 8 Februari 2015

'Jokomin' Selar Penduduk Tempatan Bantah Projek Datum Jelatek Sebagai Rasis

    10:31:00 PG   1 comment
azmin-datum-jelatek

Projek kondominium mewah Datum Jelatek tetap diteruskan meskipun di bantah malah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang bantahan bersifat perkauman dan ekstremisme sempit.

Menurutnya, protes yang dicetuskan kumpulan penduduk terhadap projek perumahan Datum Jelatek itu didalangi kumpulan pendesak Melayu yang sengaja membangkitkan ketegangan kaum di Selangor.

“Saya sedia bertemu dengan semua pihak sekiranya ada bantahan tetapi bantahan itu mestilah tidak menjurus kepada sentimen perkauman.

“Kita telah berkali-kali adakan perbincangan, saya sendiri turun ke kawasan dan bertemu wakil penduduk, wakil masjid dan surau begitu juga pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi sentimen kaum yang sempit terus dimainkan mereka,” katanya ketika sidang media selepas majlis penutupan International Youth Gathering 2015 kali ke-12 di sini, semalam.

Beliau turut memberi mesej kepada rakyat Selangor bahawa tiada ruang untuk orang yang fanatik dan rasis.

“Jangan main sentimen kaum dan agama kerana ia tidak membantu pembangunan sama ada peringkat negeri atau negara.

“Sekiranya ada cadangan yang baik boleh membantu pembangunan, kerajaan negeri sedia mendengar pandangan dan teguran,” katanya yang mahu membangunkan negeri untuk rakyat Selangor dan serius mempertahankan mereka yang memerlukan perumahan.

25 Januari lalu, seramai 100 penduduk berarak ke tapak projek dan bertindak memecahkan zink malah sebahagian lagi menceroboh masuk ke  tapak projek kondominium mewah itu.

Terkini, Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) melantik peguam membantu mereka dalam mengendalikan kes bantahan terhadap projek pembangunan berkenaan.

Projek Datum Jelatek bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

Pembangunan itu dilaporkan akan diteruskan pada hujung November lalu selepas ditangguhkan sementara berikutan bantahan penduduk yang mahu ia dibatalkan kerana tidak mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972).

Mereka mendakwa projek itu bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi kawasan Cina kerana ia hanya mampu dimiliki kaum itu dan warga asing dari China.

Dalam perkembangan lain, beliau meneruskan saman terhadap lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Selangor (MBI) yang disifatkan ingkar dan angkuh dalam tuntutan pemulangan pampasan berjumlah RM2.6 juta.

Katanya, keengganan lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berdepan proses perundangan kerana mereka enggan membayar balik wang rakyat, malah menuntut lebih daripada sepatutnya.

“Kita dah ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap mereka dan akan melalui prosesnya,” katanya.

Sebelum ini, MBI memberi tempoh dua minggu kepada lapan pegawai terbabit untuk memberi maklum balas terhadap tuntutan itu.

Bagaimanapun, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin menegaskan kesemua mereka sepakat tidak akan memulangkan semula pampasan yang dituntut.

Sementara itu, berhubung desakan DAP yang menuntut pilihan raya PBT, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan dan memberi manfaat kepada PR.

“Kita telah adakan beberapa siri perbincangan pada minggu lalu, malah saya turut berjumpa dengan wakil DAP dan Pas.

“Kita bincang berhubung komposisi ahli majlis, ketua kampung dan jawatan lain. Susulan itu, saya percaya kesefahaman antara ketiga-tiga parti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat dan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Sabtu, 7 Februari 2015

Setiausaha Agung PAS Beri Amaran, Hadi Awang Bukan Anjing Suruhan DAP

    11:37:00 PG   1 comment
mustafa-ali-Setiausaha-Agung-PAS

PAS menegaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu memberi kata dua kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadirkan diri dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila rekod kehadiran beliau sendiri dipersoalkan.

"Lim juga tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata Hadi tidak bertanggungjawab untuk menjawab kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP apabila ia melibatkan soalan sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran Lim bahawa mesyuarat Pakatan tidak akan diteruskan pada Ahad sekiranya Hadi tidak menghadirkan diri.

"Presiden PAS akan hadir tetapi bukan kerana desakan DAP," kata Mustafa.

Krisis dalaman Pakatan Rakyat timbul selepas insiden Langkah Kajang pada tahun lalu yang bertujuan untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain itu, kemelut itu semakin meruncing apabila PAS Kelantan mahu meneruskan hasrat untuk membentangkan pelaksanaan hukum hudud di Parlimen dan keengganan PAS menyokong pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berkata beliau untuk menjelaskan kepada Lim bahawa PAS tidak pernah bersetuju untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Katanya, PAS juga tidak akan menyentuh mengenai hudud dalam mesyuarat pada Ahad walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggesa PAS untuk menerangkan berhubung agenda tersebut di Kelantan.

"Kami memerlukan sesi berasingan untuk membincangkan hudud," katanya.

PAS juga mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.

"PAS tidak akan turut serta walaupun kami menyokong Anwar. Kami akan serahkan (keputusan) kepada mahkamah," kata Mustafa.

Selasa, 3 Februari 2015

Sketsa Kambing Sembelihan di Tahun Baru Cina

    1:18:00 PTG   3 comments
kambing-pakatan-cny

Wak J: Semepna Tahun Baru Cina yang bakal tiba tak lama lagi ni, wak berhasrat nak sembelih beberapa ekor kambing. Kambing-kambing yang ingin disembelih dan disiat-siat kulitnya juga telah dikenal pasti iaitu tiga ekor kambing jantan dan empat ekor kambing betina.

Ingin mengenali sifat dan keistimewaan kambing-kambing sembelihan tersebut sila tonton klip video youtube di bawah ini. Terdapat kambing tua berjanggut yang pandai berpuisi, kambing betina baru menceraikan suami dan ada juga si babi yang berpura-pura menyamar sebagai kambing.

Disaat anda menonton klip video ini jangan lupa klik pada butang UNLIKE jika anda semua setuju keenam-enam ekor kambing ini disembelih.

Go Xi Fa Cai..


KERANA KEBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA, TERESA KOK SEKALI LAGI MEMBUAT HASUTAN DAN FITNAH MENERUSI KLIP VIDEO TAHUN BARU CINANYA TERBARU!!!

Dengan menampilkan Cynthia Gabriel, Hew Kuan Yau, Nurul Izzah, Khalid Samad dan A. Samad Said serta LO-SI-MA atau Kilat Xia, Teresa Kok sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia sebagai bahan jenaka dan sindiran untuk memberikan persepsi bahawa ORANG MELAYU BODOH, ORANG MELAYU BANGANG dan ORANG MELAYU KUAT BERANGAN-ANGAN dengan semuanya hendak jadi nombor satu - 1Malaysia, Kedai Rakyat Satu Malaysia, 1MDB - sedangkan semuanya gagal!

Dengan TAG 'DUIT TAK ADA', Teresa Kok menerusi penyiaran klip video yang dilancarkannya cuba menggambarkan bahawa rakyat Malaysia semakin miskin walaupun Tahun Baru Cina sudah hampir dengan tahun ini adalah Tahun Kambing yang membawa maksud kemakmuran.

Namun yang paling menarik ialah tentang kesengajaan fitnah yang dibuat oleh Teresa Kok dan kawan-kawannya menerusi isu CINCIN BERLIAN, main golf, jet peribadi dan membeli belah secara mewah di seluruh dunia.

Walaupun secara jelas, klip video tersebut ditujukan kepada Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak, kali ni, Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas, tidak lagi berani menggunakan nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.

Aneh juga, kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur. Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan, manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa, kononnya itu duit DAP.

Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu, cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu, kini telah menjadi kenyataan. Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok, nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.

Buktinya, kes Teresa Kok dari tahun lepas, masih belum selesai-selesai!!!
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.