Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

"Former Prime Minister" PEMANDU Jadikan Najib Razak Bahan Jenaka

    12:37:00 PG   No comments
najib-pemandu-bas
 
Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.

Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.

Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas di atas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".
 
Pemandu-najib
 
Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.

"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"

"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."

Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah.
 

Ahad, 6 Oktober 2013

OKU Tua Tak Sedar Diri Ugut Saman ROS

    12:14:00 PG   4 comments
karpal anjingMemandangkan ajal politik DAP sudah semakin hampir akibat keangkuhan dan kebodohan pemimpinya,  maka peranan Karpal Singh selaku 'penghulu anjing' dalam parti tersebut diperlukan bagi mengawal dan memastikan DAP terus bernafas dalam arena politik tanah air tanpa sebarang gangguan.

Memetik laporan Bernama di bawah, Karpal dalam satu kenyataanya telah mengugut Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ROS masih lagi tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan CEC DAP yang berlangsung baru-baru ini.

Ugutan Karpal terhadap ROS telah membuktikan bahawa DAP bukan sahaja sebuah parti chauvanis malah turut memberi gambaran bahawa parti itu ditadbir kepimpinan kuku besi. Jika dalam DAP ahli bawahan tidak dibenarkan bersura atau menegur pemimpin atasan dalam parti apatah lagi pihak luar.

Belum lagi diberi kuasa memerintah, para pemimpin DAP yang jenis tidak sedar diri seperti Karpal Singh ini sudah bersikap angkuh. Bagaimana agaknya keadaan negara ini jika ditakdirkan Pakatan Pembangkang mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Sudah tentu nasib rakyat Malaysia sama seperti nasib rakyat Singapura di mana hak kebebasan bersuara sudah tidak wujud lagi di negara itu.

ROS seharusnya tidak perlu takut atau tunduk dengan ugutan DAP. Karpal Singh hanyalah seekor anjing berkulit tebal yang kuat menyalak tapi tidak mampu berlari. Sekiranya Karpal tetap berdegil mahu mengambil tindakan mahkamah kerana ROS masih lagi tidak mengiktiraf keputusan CEC DAP yang baru ini, mungkin elok kiranya kalau ROS sediakan kerusi roda terbang untuk mempermudahkan Karpal Singh turun ulang alik dari Mahkamah kelak.

dinasti dap

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya badan itu gagal mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan bulan lepas.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata parti telah mengadakan pemilihan semula CEC seperti diarahkan ROS dan badan itu patut mengiktirafnya.

"Jika mereka (ROS) terus mengangggu parti selepas pemilihan semula CEC, dengan itu kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas ROS," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC dalam Kongres Khas parti pada 29 September di Kuala Lumpur selepas diarah berbuat demikian oleh ROS.

Karpal Singh berkata pemilihan baharu itu sepatutnya diterima oleh ROS kerana malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji DAP mengadakannya yang boleh dilihat sebagai petanda parti itu telah buat perkara betul. - BERNAMA

Jumaat, 4 Oktober 2013

Gempar!! Menteri KDN Hampir Tempeleng Wartawan Malaysiakini

    11:26:00 PTG   1 comment
zahid-wartawan-mkini

KEJAM!!..itu lah perasaan yang wak rasa ketika cuba menjiwai watak sebagai wartawan Malaysiakini apabila dihambur dengan perkataan wartawan portal berita 'kaki spin' oleh Menteri KDN.

Tapi memang patut wartawan dari Malaysiakini atau wartawan lain dari portal beri pro Pembangkang dilayan sedemikian rupa seperti mana pemimpin mereka melayan wartawan pro Kerajaan.

Sepatutnya ramai lagi dari kalangan pak menteri BN mengikut cara Zahid Hamidi ketika melayan dan menjawab soalan pelik-pelik dan spin dari wartawan pro Pembangkang. Peduli apa kalau penyokong Pakatan hendak kata pak menteri kita takut jawab soalan wartawan mereka.


"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan,"- mkini

Semua orang tahu Zahid Hamidi dulu adalah pengikut kuat Anwar Ibrahim. Tapi hari ini tdak lagi. Apa yang dilakukannya terhadap wartawan Malaysikini itu persis mengikut gaya Anwar Ibrahim ketika berdepan dengan wartawan pro Kerajaan. Cuma gayanya lebih bersahaja tapi makan dalam.

Kalau tak percaya cuba anda saksikan dua vedio klip youtube disediakan sampai habis kemudian bandingkan tahap kematangan kedua-dua tokoh politik ini apabila berdepan dengan wartawan.



Agak-agaknya siapa lebih hebat? Sila beri jawapan anda melalui ruang komen di bawah. Setiap komen yang anda beri sudah tentu akan memberi sedikit-sebanyak point  untuk Zahid Hamid dipilih  oleh ahli UMNO apabila tiba hari pemilihan nanti.

Pemimpin yang berani bersuara, berani bertindak dan berani mempertahan wajar dipilih dan dikekalkan. Jadi, sekarang anda sudah tahu nak pilih siapa bukan?

Khamis, 3 Oktober 2013

Akta Pencegahan Jenayah Diluluskan..Dah Ada Yang Ketar Lutut

    11:08:00 PTG   3 comments
kadet-polis
Pembangkang sudah mula gentar apabila Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) telah diluluskan pada hari Selasa lepas melalui undi belah bahagi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataanya akan menentang undang-undang tersebut kerana bimbang akan disalah guna dan mengetepikan soal hak asasi manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah menjelaskan bahawa PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan. Jadi kenapa Pembangkang perlu bimbang.

Tujuan PCA diperkenalkan bukan untuk mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.

Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk menyalahkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jenayah.

Namun pada masa yang sama mereka turut mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka diperketatkan.

Keadaan ini dilihat menekan pihak polis sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.

Pembangkang mahu supaya polis duduk diam memerhati sementara jenayah pula berleluasa.

Mereka lebih mementingkan isu hak asasi penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam.

Ini adalah antara faktor utama yang menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang.

PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak berkuasa mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan.

PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Di samping itu di dalam PCA tidak ada peruntukan bagi kuasa menteri.

Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut.

Aspek penting ini menunjukkan kerajaan komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.

Jadi bantahan pembangkang dengan melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan.

Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang selamat.

Ini adalah percanggahan jelas di dalam minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik daripada mengutamakan kebajikan rakyat.
 
Pembangkang lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.

Tidak kedengaran pembangkang memuji tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan ribuan suspek.

Tetapi apabila pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong mempertahankan hak penjenayah.

Ini berlaku semasa operasi melawan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak.

Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah kotor mereka.

Setelah melihat betapa jijiknya sikap pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa politik, kerajaan kini akan  bertindak tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong  mahu pun pembangkang.

Masa untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan pembangkang sudah berlalu.

Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan mereka.

Kini sudah masa untuk bertindak dengan tegas dan tidak memperdulikan salakan pembangkang walau semana kuat sekali pun.

Sabtu, 28 September 2013

Pengurus Pak Gurad 'Glamour' Tetap Saman Siti Aisya Sebab Mat Yo Banyak Duit

    8:00:00 PTG   11 comments
pak-guard-pengurus-saman-mat-yo.jpg
Nanti kalau menang saman..I naikkan gaji U RM100 ok tak?

Ini lah masanya kalau nak mencari wang mudah mengikut style Pakatan Pembangkang memandangkan Mat Yo sekarang ini tengah banyak duit  selaku pemain bola sepak terkenal dalam negara dengan cara menyaman.

Bijak juga kepala otak pegurus syarikat pengawal keselamatan ni ambil peluang dengan memperguana populariti sementara pekerja bawahanya yang tengah meletup-letup sekarang ni untuk membuat keuntungan.

Jika kes ini dibawa ke mahkamah dan ditakdirkan bini Mat Yo kalah, sudah tentu yang akan membayar duit ganti rugi atau saman tersebut adalah suaminya. Sekiranya yang memaki hamun Pak Gurad itu bukan datang dari orang terkenal dan banyak duit, agak-agaknya mahukah pihak syarikat pengawal keselamtan itu meneruskan samanya?

Dengar khabarnya, penguam dari Pakatan Pembangkang bakal dilantik dalam perbicaraan kes saman ini sekiranya di bawa ke Mahkamah. Sebab itu lah Nurul Izzah dengan sepantas kilat turun Air port semata-mata hendak bergambar dengan Pak Guard yang tak pernah dikenalinya sebelum ini.

Mungkin ramai dari kalangan kita rasa gembira dengan berita di bawah ini, namun harus diingat sekiranya Pak Guard 'Glamour' ini menang kesnya, adakah berbaloi segala makian yang dihambur bini Mat Yo padanya jika wang ganjaran dari kes saman tersebut disapu licin oleh pihak syarikat.

Silap-silap hari bulan Pak Guard glamor tu cuma dapat hampas saja sebagai sagu hati.

Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.

Harian Metro

Maki Hamun Bini Mat Yo, Jadikan 'Pak Guard' Terkenal Seperti Artis Popular

    12:22:00 PTG   1 comment
Bini Mat Yo Cun
 
Berbalik pada cerita bini Mat Yo, wak dapat tahu bahawa tuan punya body yang bersalah sudah pun meminta maaf. Seelok-eloknya isu ini tak perlu di sensasikan lagi memandangkan Pak Guard yang dimaki hamun itu sudah glamour macam artis sekarang. Berebut-rebut peminat hendak bergambar denganya di air port termasuk orang politik yang berkepentingan.
 
Actualy...Wak bukan nak bela sangat sikap kurang ajar bini Mat Yo dengan orang tua. Cuma hari tu bila terpampang muka Pak Guard bergambar bersama anak Peliwat Negara, darah terus menyirap..kalau dengan orang lain tak apa lagi. Tapi biasa lah kalau dah nama manusia tentu tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan, nak-nak lagi bila berlakikan pemain bola bergaji mahal walau kadangkala perfomance tak seberapa bersama JDT. Wak harap dua pihak ni berdamai sesama sendiri dengan cara yang elok.
 
Kepada yang sound wak dalam artikel lepas berkaitan isu ni, wak terima dengan hati terbuka. Wak tak amal gaya politik sempit kerana mempolitik setiap isu yang berlaku termasuk isu ni. Sekiranya di sebelah Pembangkang boleh mempolitikkan hal Agama...apa lah sangat kalau wak cuba politikkan isu ni mengikut persepsi sendiri sebagai pemerhati. Tak yah la nak sentap sangat..
 
Wak doakan semoga selepas ini nasib Pak Guard akan berubah jadi lebih baik gara-gara kena maki jantan dayus. Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia..siapa tahukan. Harap setsen TV atau penerbit filem dan drama sila ambil perhatian perkara ni ok!
 
Kepada bini Mat Yo..ubah-ubah la perangai tu..awak tu perempuan tolong jaga sikit nama baik suami. Muka lawa mana pun kalau buruk perangai tak guna. Jangan sampai bila dah berkedut baru nak menyesal!

P/S: Tak tahu kenapa Wak kurang stim nak ulas pasal pemilihan UMNO...

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Berita Harian
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.