Memaparkan catatan dengan label Fitnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fitnah. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2013

Perhatian! Kalau Jumpa Ini Ular Tolong Kasi Hentam

    8:48:00 PTG   6 comments
ular-hitam-Guneswary
Ular berbisa
Guneswary Kelly, merupakan orang yang mula-mula memuatnaik gambar-gambar anak-anak murid India makan dalam bilik persalinan di Sekolah Seri Pristana.   Berita yang disebar oleh Guneswary menyatakan bahawa pihak sekolah kejam kerana memaksa anak murid bukan Islam agar makan di dalam tandas di bulan puasa.

Hakikatnya, bilik persalinan itu telah ditukar menjadi bilik rehat sejak bulan Mac lagi.  Ini kerana, kantin sekolah tersebut terlalu kecil dan tidak mampu menampung jumlah murid yang ramai, maka murid-murid dibenarkan makan di situ.  Malah, guru-guru turut mengadakan jamuan di situ.

Untuk itu, terdapat papan tanda melarang sesiapa membuang air, malah paip mandian juga diterbalikkan agar tiada yang mandi di situ.  Meja-meja pula beralas cantik bagi mewujudkan suasana selesa. 

Memandangkan murid-murid Islam berpuasa, maka kesempatan ini diambil oleh pihak sekolah untuk mengubahsuai kantin bagi membesarkannya.   Harapan pihak sekolah adalah selepas bulan puasa ini, mereka tidak perlukan lagi bilik persalinan itu dijadikan bilik makan sementara.

Jelas, tindakan pihak sekolah adalah berniat baik dan sentiasa memikirkan kebajikan murid-muridnya.

Namun, ada yang bertanya, kenapa mesti bilik persalinan?  Apakah tidak ada bilik lain?  Jawapan kita, pergilah sendiri melawat ke sekolah tersebut.  Kita percaya, jika ada tempat yang lebih sesuai, tentu Guru Besar akan menggunakannya.  Namun, di mana lagi di kawasan sekolah yang biliknya mempunyai sinki dan ruang untuk meja makan?  Serta lantai dan dinding berjubin bagi memudahkan ia dibersihkan?

Apakah mereka menyatakan bahawa sekolah perlu mengorbankan salah satu bilik darjah dan menyusun meja kelas untuk dijadikan kantin?

Mungkin pihak yang bertanya boleh mendermakan wang untuk membina sebuah bilik makan yang canggih bagi anak-anak bukan Islam makan di sekolah-sekolah kebangsaan.

Apapun, berbalik kepada motif atau niat sebenar si penyebar fitnah, iaitu Guneswary Kelly.  Jelas, wanita ini mempunyai hati yang amat busuk dan niat yang amat jahat.  Entah agama apa yang membenarkan beliau bersifat sedemikian.

Guneswary Kelly Fitnah
Guneswary si kaki fitnah
Wanita ini seharusnya diasak agar memberi jawapan tentang kenapa beliau perlu menyebar fitnah sebegitu.  Kita juga mendapati bahawa fitnah beliau begitu pantas mendapat reaksi, malah ada pihak yang telah menyiapkan parody mengenainya dalam masa tidak sampai 24 jam. 

Ini membuktikan bahawa Guneswary bekerja secara berkumpulan dan telah dengan sengaja menyebar fitnah tersebut bagi menimbulkan ketegangan kaum.  Tindakan ‘sengaja menimbulkan ketegangan kaum’ bukan perkara kecil tetapi merupakan jenayah berat kerana mampu menyebabkan huru-hara hatta pertumpahan darah.

Tidak mustahil Guneswary berani melakukannya kerana pasti sekiranya ada tindakan balas dari pihak Islam, maka yang akan ditangkap dan dihukum adalah pihak Islam manakala pihaknya yang menjadi pencetus akan dilepaskan dengan denda atau mungkin dilepaskan begitu sahaja.  Ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sejak akhir-akhir ini.  

Lebih dari itu, jika ada tindakbalas dari pihak Islam, maka pihaknya akan mengambil kesempatan itu untuk menonjolkan diri mereka sebagai mangsa diskriminasi kerajaan atau mangsa keganasan umat Islam pula.

Ini semua adalah jenayah terancang dan kita tidak faham kenapa pihak berkuasa menanganinya dengan ‘ringan’ sekali.  Jika perkara sama dilakukan terhadap bukan Islam, ia sudah pasti menjadi berita utama sehingga ke seluruh dunia dan tindakan akan diambil segera dengan hukuman berat terhadap pelaku yang beragama Islam itu.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apakah salah jika rakyat meragui prinsip kerajaan sejak akhir-akhir ini?   Sejak sibiadap dan rasis Namewee yang diangkat menjadi ikon, dan kemudiannya Alvivi diikatjamin tetapi anak-anak Melayu yang ‘memberi sedikit pengajaran’ kepada Mun Tatt begitu pantas ditangkap dan dikenakan tindakan malah berhadapan dengan hukuman MATI, orang-orang Melayu semakin ‘jauh hati’ dengan kerajaan.

Malangnya, sehingga ke hari ini, nampaknya kerajaan masih lagi menafikan bahawa terdapat elemen berat sebelah dalam menangani isu perkauman.  Kononnya, itu semua hanya persepsi kita, orang-orang Melayu sedangkan hakikatnya tidak begitu. 

Namun, orang Melayu melihat kerajaan begitu takut dituduh rasis oleh bukan Islam sehingga memaksa mereka begitu mudah memaafkan kebiadapan mereka.  Untuk itu, kerajaan meminta umat Islam bersabar dan bertindak rasional bagi mengelakkan kekecohan.   Ini seolah-olah menyuruh umat Islam berdiam diri walaupun saban hari ada saja individu yang menghina Islam dan Melayu di laman sosial mereka.

Kita tahu bukan semua masyarakat bukan Islam bersetuju dengan taktik kotor rakan-rakan mereka namun, kebanyakan mereka telah terpengaruh dengan dakwaan UMNO itu rasis dan Perkasa itu Kepala Rasis malah Tun Mahathir yang memungkinkan mereka berjaya hari ini juga dituduh sebagai Bapa Rasis.  Semua ini berlaku kerana pemimpin UMNO hari ini terlalu ‘defensive’ dan ‘apologetic’ serta tidak mampu membela diri.  Semuanya segan-segan dan malu-malu bila diserang bertubi-tubi oleh bukan Islam.  

Lebih teruk apabila Pemuda UMNO juga malu-malu untuk menjadi pemuda UMNO tetapi ingin menjadi Pemuda BN! Jika Pemuda UMNO sendiri merasakan UMNO itu rasis, maka apakah orang Melayu masih boleh mengharapkan UMNO untuk membela mereka?

Mungkin pihak kerajaan perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir dalam-dalam, ke mana arahnya negara ini hendak di bawa?  Elok juga jika pemimpin UMNO mengadakan sessi mengenali diri sendiri.  Apakah anda benar-benar malu untuk membela Melayu?

Tidak cukup dengan sekadar memberitahu rakyat bahawa keadaan tidak seburuk yang disangka atau dilihat.   Jawapan ini seolah-olah menyatakan bahawa “rakyat tidak tahu apa-apa, dan pemimpin tahulah apa yang dibuatnya”.

Jawapan balas kita ialah; jika sibudak kurang ajar Namewee boleh dijadikan ikon dan diberikan geran untuk berkarya, apakah wajar kita merasa yakin bahawa pemimpin benar-benar tahu apa yang sedang dibuatnya?

Siapa di antara pemimpin UMNO yang berani menjawab soalan ini?  Siapa di kalangan pemimpin UMNO yang berani bangun membela kebenaran dalam isu makan dalam bilik persalinan?

Tiada!  Ayuhlah kita sama-sama tunggu PRU-14 nanti.   

Rabu, 24 Julai 2013

Sampai Bila Kita Umat Islam Harus Bersabar Dengan Fitnah Pembangkang?

    11:21:00 PTG   No comments
berbuka dalam bilik persalinan

Selepas PRU-13, kita menyaksikan penghinaan terhadap agama Islam dilakukan secara bertubi-tubi melalui laman-laman sosial peribadi. Difahamkan, keberanian pihak yang membenci Islam untuk terus melakukan provokasi adalah berpunca dari terhapusnya Akta Hasutan dan akta-akta pencegahan.  

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan yang mereka telah merancang strategi untuk menimbulkan ketegangan sejak dari awal iaitu sejak mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskan akta-akta itu lagi.

Belum lagi isu Alvivi reda, kini timbul pula isu murid bukan Islam yang kononnya dilayan seperti hamba dan disuruh makan di dalam tandas sebagai menghormati murid Islam yang berpuasa.   Isu ini menjadi ‘viral’ dalam sekelip mata di mana belum pun sampai 24 jam ia sudah dipetik oleh media antarabangsa.

Apa yang menarik ialah, gambar yang disebarkan menunjukkan ‘tandas’ sekolah tersebut begitu bersih siap dengan meja makan yang beralas.  Ini bukanlah gambaran biasa di sekolah-sekolah kebangsaan.  Sudah menjadi ‘budaya’ sekolah-sekolah kerajaan mempunyai tandas yang kotor atau teramat kotor, terutamanya sekolah rendah.  Justeru, melihat gambar tandas yang begitu bersih sudah cukup untuk menimbulkan keraguan atas isu yang dibangkitkan.

Serangan yang begitu pantas dan meluas ke atas pihak sekolah, kerajaan dan umat Islam terhadap isu ini menyukarkan penjelasan dibuat.   Namun, apa yang diselidiki kini terbukti bahawa isu tersebut telah sengaja diada-adakan dengan niat jahat.

Hakikatnya, apa yang dikatakan ‘tandas’ itu adalah sebenarnya bilik persalinan yang telah ditukar menjadi bilik makan tambahan kerana kantin sekolah terlalu kecil dan tidak mampu menampung semua pelajar.  Terdapat notis jelas di bilik tersebut yang melarang sesiapa membuang air di situ, malah paip mandian juga telah diterbalikkan agar tiada sesiapa yang mandi di situ.

berbuka-dalam-tandas-india
 
Maka, tidak hairanlah terdapat meja makan yang beralas cantik di bilik itu.   Murid-murid Islam dan guru-guru juga sering makan di situ dan kadangkala, jamuan makan kecil-kecilan turut diadakan di bilik tersebut.  

Dalam bulan puasa ini, pihak sekolah telah mengambil kesempatan untuk mengubah-suai kantin bagi membesarkannya.  Justeru, murid-murid bukan Islam disuruh makan di bilik itu untuk keselamatan dan keselesaan mereka juga.

Jelas, apa yang berlaku ialah Guru Besar sekolah tersebut amat prihatin terhadap kebajikan murid-muridnya.  Malangnya, keprihatinannya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan menggambarkan beliau sebagai tidak berhati perut. 

Apa yang pasti, pihak yang menimbulkan isu yang tiada isu ini telah dengan sengaja ingin menimbulkan ketegangan.  Ia pastinya telah dirancang dengan rapi memandangkan ‘parody’ mengenainya di internet juga sudah dimuat-naik dalam masa tidak sampai 24 jam.   Dan apa yang menarik ialah, mereka menggunakan kaum India pula untuk menyebarkannya agar kita leka sedikit dengan kaum Cina yang merupakan pihak yang paling giat melakukan provokasi terhadap Islam.  Strategi ini tentunya bertujuan untuk menimbulkan prejudis antara kaum India dan Melayu pula, setelah berjaya mencetuskan permusuhan antara Cina dan Melayu.   

Pihak berkuasa tidak boleh mengambil ringan dengan melepaskan mereka yang dengan sengaja menghasut dan menimbulkan ketegangan seperti ini.   Mereka nampaknya terus melakukan ‘serangan’ secara bersiri dan bertubi-tubi pastinya dengan satu matlamat sahaja, iaitu untuk mencetuskan huru-hara.  

Kita juga pasti bahawa pihak mereka juga sedang menunggu kenyataan dari pihak kerajaan dan pemimpin UMNO, sekadar untuk menyerang beliau sebagai rasis!  Ini merupakan modus operandi biasa bagi mereka-mereka yang memusuhi Islam di Malaysia.

Memandangkan Islam yang menjadi taruhan di sini, maka Umat Islam perlu lebih peka dan rasional dalam menilai dan memberi reaksi mengenai sesuatu isu.  Jangan cepat melatah dan jangan cepat percayakan sesuatu berita.   Pihak yang memusuhi Islam ini nampaknya benar-benar busuk hati dan ingin mencabar serta menyerang kita.  Sesungguhnya, sudah sampai masa untuk kita memahami bahawa kita tidak ada pilihan lagi, selain bersatu.

Jumaat, 31 Mei 2013

Disebabkan Fitnah Jahat Pembangkang, Punca Calon BN Kalah

    7:09:00 PTG   1 comment
hadi_pas_harakah_akhbar_berita_fitnah

Dengan kerusi sebanyak 38 daripada 89 jumlah kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, Dap sudah amat amat yakin parti itu sudah cukup yakin dan popular di kalangan rakyat.

Malah Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dengan megahnya berkata masa depan negara akan bertambah cerah jika pihak pembangkang kuat di parlimen.

Namun apakah apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar atau apakah asas yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu?

Benarkah dengan penambahan kerusi parlimen Dap, Pas dan PKR negara akan mendapat keuntungan, kebajikan rakyat lebih terbela, dan negara lebih selamat dan kedaulatan terjamin?

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berlangsung, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi parlimen berbanding 89 untuk pembangkang.

Dengan peningkatan tujuh kerusi daripada 82 yang diperolehi pada PRU 2008, pembangkang memikirkan rakyat sudah menerima mereka dan sudah sedia menjadi alternatif kepada BN sebagai kerajaan pusat.

Jika dianalisa kemenangan yang lebih besar dicatat oleh calon-calon parti pembangkang dalam PRU13, boleh disimpulkan secara ringkas bahawa kerusi yang mereka menangi adalah berlandaskan semata-mata kepada fitnah dan tohmahan.

Kerajaan dilemahkan dengan serangan bertalu-talu, terancang dan secara berterusan sejak 2008 lagi sehingga imej dan prestasi pentadbiran BN terjejas di mata rakyat.

Apatah lagi dengan pendedahan kewujudan beribu-ribu pasukan tentera siber yang dibiayai oleh Dap untuk menyerang kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dicipta dan melalui penyelewengan fakta.

Walaupun dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang, namun pengakuan bekas salah seorang anggota tentera siber parti itu sebenarnya telah membuka rahsia dan agenda besar parti itu untuk menumbangkan kerajaan melalui budaya fitnah.

Malah pasca PRU13, gerakan menyebar fitnah ini terus meningkatkan serangan fitnah terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya.

Umpamanya Dap dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan Pas mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan.

Isu 'blackout' dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan.

Malah disiarkan gambar kejadian 'blackout' disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut.

Di dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu 'blackout' telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi 'blackout' yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka.

Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN.

Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka, namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang.

Seolah-olah Dap bersama-sama Red bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan.

Gerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com, themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com

Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber Dap untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang.

Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh Dap dan sekutu pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata.

Politik Dap hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka.

Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau 'winnable' tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh pembangkang semasa masa berkempen.

Sabtu, 25 Mei 2013

Fitnah Sudah..Hasut Pun Sudah..Apa Lagi Kerja Syaitan Pembangkang Tak Pernah Buat?

    11:35:00 PG   1 comment
Blackout-lakonan-pembangkang

Fitnah dan Pakatan Pembangkang boleh diibarat seperti isi dan kulit dan kini fitnah tersebut sudah sebati dengan jiwa pemimpin dan penyokong mereka.

Tanpa fitnah, persepsi jahat atau provokasi melampau yang direka sudah pasti Pakatan Pembangkang sudah lama berkubur dan hanya akan dikenang dalam lipatan buku sejarah negara.

Mereka boleh bertahan hingga sekarang disebabkan kerana perancang kepada segala fitnah ini masih lagi bernyawa dan sedang gila meroyan hendak jadi Perdana Menteri dengan perhimpunan 'Blackout' yang dianjur oleh balaci-balacinya.

Selepas tamat PRU13, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi mangsa utama fitnah Pakatan Pembangkang dan juga bahan hentaman penyokong mereka di laman sosial kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan di tangan Barisan Nasional (BN).

Namun segala fitnah yang dilancarkan terhadap SPR berjaya dipatahkan satu persatu dengan fakta serta hujah yang cukup menyakinkan. Antara fitnah yang sedang disensasikan Pembangkang sekarang berkenaan kisah kejadian lampu padam atau 'blackout' ketika waktu pengiraan undi.


Setelah disiasat, rupa-rupanya tak ada satu pun tempat mengundi di seluruh negara mengalami kejadian 'blackout' seperti yang diftnah Pembangkang walau disertakan foto seperti di atas sebagai 'bukti' untuk memburuk-burukan SPR. Namun ia terkantoi sekali lagi kerana foto tersebut disahkan palsu dan kejadian 'blackout' yang berlaku itu telah dirancang sebelum hari pengundian lagi.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam atau blackout dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang tidak berasas dan sengaja direka-reka.

Biarpun Pakatan Pembangkang sering dibantu pihak Yahudi untuk merekasaya fitnah, tetapi rancangan mereka hanya berjaya setakat sekerat jalan sahaja kerana kurang membuat 'kerja rumah' dan kini terpakasa mencipta lebih banyak fitnah supaya terus kekal relevan dalam dunia politik tanah air. Usaha lagi ok!

Khamis, 5 Julai 2012

Penulis Blog 'Kaki Fitnah' Pembangkang Bakal Dihumban Ke Dalam Neraka Jahanam

    11:24:00 PG   No comments
Oleh kerana keadaan Perdana Menteri, DS Najib Razak sekarang ini terlalu ampuh dan sukar diserang serta tak makan dek difitnah, maka seluruh askar upahan dajal dalam Pakatan Pembangkang terpaksa mencari jalan alternatif lain dengan menjadikan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor sebagai sasaran utama mereka.

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh DS Rosmah setelah bergelar isteri kepada Perdana Menteri. Sikap berdiam diri dan tidak memperduilkan segala fitnah yang dilempar, telah membuatkan pemimpin dan penyokong Pembangkang sentiasa berada dalam kepanasan dan terus berusaha menabur fitnah hingga ke hari kiamat.

Dari sudut padangan mereka, Pembangkang melihat DS Rosmah sebagai kunci utama kelemahan Najib Razak. Oleh itu ia menjadi sebahagian daripada 'master plan' Pakatan yang dirancang oleh Anwar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 akan datang.

Rabu, 4 Julai 2012

NFC Corp Saman Malaysiakini & Rafizi Sebanyak RM500 Juta

    6:14:00 PTG   No comments
Saman jangan tak saman, jangan biar tinggal sehelai bulu pun.

Akhirnya, pihak NFC Corp telah memulakan langkah pertamanya dengan menyaman tukang fitnah bernama Rafizi dan medium penyebar fitnah Pakatan Pembangkang iaitu Malaysiakini.

Diharap selepas ini akan ada lebih banyak saman menyusul dari NFC Corp berdasarkan fitnah-fitnah yang dilempar oleh Pembangkang terutama sekali dari PKR.

Mungkin inilah punca penyebab kenapa Rafizi meletakan jawatan CEO dalam kerajaan negeri Selangor secara tergesa-gesa atas alasan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada parti.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.