Memaparkan catatan dengan label LIWAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LIWAT. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

Baru Lantik Pendakwaraya Tapi Anwar Dah Terkencing..Kah Kah Kah

    5:30:00 PG   No comments
katil anwar liwat

Wak J: Nampaknya kemenangan awal sudah menyebelahi Saipul bila Anwar mengarahkan barisan peguamnya memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan peguam hebat Shafee Abdullah.

Kalau benar lah bapak Nurul Izzah ni bukan kaki liwat, apa yang dia takut sangat hendak berdepan dengan peguam baru yang dilantik sebagai pendakwaraya  dalam rayuan kes liwat pusingan kedua kali ini?

Ini terbukti sememangnya Anwar adalah peliwat ulung negara bukan sahaja mahir meliwat belakang jantan tapi juga bijak meliwat pemikiran penyokongnya.

Lawan tetap lawan..kenapa anwar takut sangat dengan peguam Shafee Abdullah ni?

PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfail permohonan secara formal bagi dilucut kelayakan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi.

Seorang daripada peguamnya Ram Karpal Singh berkata permohonan itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

"Kami akan mengemukakan permohonan disokong dengan afidavit daripada Anwar," kata beliau hari ini.

Muhammad Shafee diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlah, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008. - Bernama

Isnin, 17 Jun 2013

Anwar Punca Gejala Liwat Antara Adik & Abang Angkat Menjadi-Jadi

    2:46:00 PTG   2 comments
anwar liwat sukma

Wak J: Sejak perlakuan seks luar tabi'e seperti liwat samada suka sama suka atau paksa rela tidak lagi menjadi kesalahan di negara ini, budaya songsang yang dipelopori oleh seorang bekas timbalan perdana menteri itu kini semakin menjadi-jadi berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsa sejak kebelakangan ini.

Terbaru, kejadian liwat telah dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah yang melibatkan seorang remaja lelaki bersama abang angkatnya. Bila sebut sahaja perlakuan liwat yang melibatkan adik dan abang angkat ini pasti kita akan terkenang kembali kes liwat yang pernah dibicarakan pada tahun 90an dulu antara Anwar Ibrahim dan adik angkatnya bernama Sukma.

Biar pun setiap situasi kejadian liwat itu berbeza, namun penyebab utama kejadian tak bermoral ini berlaku berpunca dari gejala adik angkat atau abang angkat yang tiada had batasan. Perlakuan seks luar tabi'e ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira orang biasa atau pun seorang yang bergelar pempimpin masyarakat.

Oleh kerana perbuatan tak bermoral ini sukar dibuktikan, dan ada si pelakunya masih bebas di luar sana tanpa sikit pun rasa malu serta bersalah, maka perbuatan terkutuk yang mana Nabi tak mengaku umat ini jika ia dilakukan akan terus berleluasa kerana tiada hukuman dikenakan terhadap individu yang terlibat jika dirujuk pada beberapa keputusan kes dakwaan liwat yang pernah dibicarakan. 

SUNGAI PETANI - Seorang remaja belasan tahun mendakwa dirinya diliwat oleh abang angkatnya dalam satu kejadian dekat Sungai Petani lebih kurang jam 6 pagi Jumaat lalu.

Suspek, lewat 20-an dikatakan bertindak menolak mangsa dalam keadaan tertiarap sebelum meliwatnya di mana kejadian berlaku di rumah suspek apabila mangsa menumpang tidur di rumah abang angkatnya.

Mangsa yang juga merupakan pelajar sekolah tahfiz bagaimanapun bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat olehnya pada hari sama laporan dibuat.

Ini dikatakan atas faktor nasihat ibu mangsa supaya tidak memanjangkan kes tersebut memandangkan suspek dipercayai seorang anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada doktor yang merawat mangsa sama ada berlaku kes itu atau sebaliknya.

Namun katanya, siasatan sedang dijalankan kemungkinan sama ada laporan pertama dibuat mangsa adalah palsu.

"Kita sedang siasat perkara itu (laporan palsu). Jika ada kes (liwat) kita akan siasat dan bawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 4 Julai 2012

Bapa Saiful Rayu Peguam Negara Segera Failkan Petisyen Rayuan Agar Kes Liwat Anwar Disambung Semula

    1:16:00 PTG   No comments

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan keputusan penghakiman penuh berhubung kes pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Di bawah ini adalah kenyataan media bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim yang menyeru agar pihak peguam negara dan barisan pendakwaraya dapat memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh kurang 10 hari mulai dari sekarang.

Diharap pihak peguam negara dapat memfailkan petisyen tersebut dengan kadar segera supaya kes pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim dapat di sambung semula di peringkat yang seterusnya.

Selasa, 3 Julai 2012

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Pusingan Kedua Tak Lama Lagi. Mungkin Lepas PRU13?

    3:16:00 PTG   No comments

Pihak pendakwaan dan peguam bela dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghakiman penuh daripada mahkamah tinggi semalam.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said berkata, pihaknya mempunyai tempoh selama 10 hari bermula semalam untuk memfailkan petisyen rayuan menerima penghakiman penuh dan rekod rayuan.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai kejadian  tersebut.

Selasa, 17 Januari 2012

Tun M Dah Bagi Signal..Harap Tuan AG Faham-Faham Sajalah Ye...

    11:06:00 PTG   No comments

KUALA LUMPUR: Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar untuk mencari individu lain yang menang dalam membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sejak didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tidak ada perkara lain yang didengar selama empat tahun itu selain daripada rayuan Anwar terhadap keputusan mahkamah berhubung dirinya dalam kes itu.

Namun, katanya, yang menjadi persoalan ialah, apabila Anwar yang juga ketua pembangkang didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini kerana tidak ada "mentahkikkan keterangan", hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

"Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

"Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?," kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya berjudul "Hak Merayu" , Selasa.

Entri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari dan bapanya Azlan Mohd Lazim kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Anwar tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 9 Jan lepas.

Dr Mahathir mempersoalkan apakah keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam.Pada Jumaat 18 Ogos 2008, Mohd Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa.

"...dan apakah sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira," soal Dr Mahathir.

Beliau berkata jika keputusan mahkamah baru-baru ini tidak menyebelahi Anwar, beliau percaya penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi.
Menurutnya dari awal perbicaraan kes itu lagi, Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah sehingga perbicaraan ditangguh berbulan-bulan sementara tuntutannya ditimbang kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

"Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah dia akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Mahkamah Persekutuan.

"Jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Mahkamah Khas,"katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan apakah menjadi satu daripada perjuangan pakatan pembangkang, sepertimana yang disarankan Anwar dalam wawancara dengan BBC di Mumbai India baru-baru ini, bahawa undang-undang negara sudah lapuk dan perlu ditukar.

Dalam sesi wawancara itu, Anwar ketika menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. - BERNAMA

Sabtu, 14 Januari 2012

Kegiatan Seks & Liwat 'Suka Sama Suka' Punca Permintaan Kondom Dunia Meningkat

    1:47:00 PTG   No comments

Wak J: Pembebasan Anwar Ibrahim pada 9hb Jan 2012 lepas telah memberikan satu rahmat besar kepada pengeluar kondom di negara ini. Kerana permintaanya semakin menigkat ekoran dari amalan seks suka sama suka yang kini tidak lagi menjadi kesalahan dan yang paling penting ialah dilakukan dengan cara sihat dan selamat.

Penoreh getah dan pengeluar kondom seharusnya berterima kasih kepada ketua Pembangkang Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim kerana dengan kes liwat yang ditafisirkan oleh Karpal Sink sebagai 'suka sama suka' telah melonjak industri kondom negara ke tahap yang tertinggi sebagai pengeluar kondom utama dunia sekaligus meraih pendapatan lumayan pada golongan yang terlibat dalam industri ini.

Adakah ini suatu kebetulan atau ada 'bala' yang bakal menimpa kepada kita semua kerana terbebasnya Anwar Ibrahim selaku pelopor 'Kebabasan Berseksual' di negara ini dan meningkatnya permintaan kondom di dunia?. Sama-sama kita tunggu apa malapetaka yang bakal datang menjelma..


Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC). MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama. Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.