Memaparkan catatan dengan label You Tube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label You Tube. Papar semua catatan

Selasa, 3 Februari 2015

Sketsa Kambing Sembelihan di Tahun Baru Cina

    1:18:00 PTG   3 comments
kambing-pakatan-cny

Wak J: Semepna Tahun Baru Cina yang bakal tiba tak lama lagi ni, wak berhasrat nak sembelih beberapa ekor kambing. Kambing-kambing yang ingin disembelih dan disiat-siat kulitnya juga telah dikenal pasti iaitu tiga ekor kambing jantan dan empat ekor kambing betina.

Ingin mengenali sifat dan keistimewaan kambing-kambing sembelihan tersebut sila tonton klip video youtube di bawah ini. Terdapat kambing tua berjanggut yang pandai berpuisi, kambing betina baru menceraikan suami dan ada juga si babi yang berpura-pura menyamar sebagai kambing.

Disaat anda menonton klip video ini jangan lupa klik pada butang UNLIKE jika anda semua setuju keenam-enam ekor kambing ini disembelih.

Go Xi Fa Cai..


KERANA KEBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA, TERESA KOK SEKALI LAGI MEMBUAT HASUTAN DAN FITNAH MENERUSI KLIP VIDEO TAHUN BARU CINANYA TERBARU!!!

Dengan menampilkan Cynthia Gabriel, Hew Kuan Yau, Nurul Izzah, Khalid Samad dan A. Samad Said serta LO-SI-MA atau Kilat Xia, Teresa Kok sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia sebagai bahan jenaka dan sindiran untuk memberikan persepsi bahawa ORANG MELAYU BODOH, ORANG MELAYU BANGANG dan ORANG MELAYU KUAT BERANGAN-ANGAN dengan semuanya hendak jadi nombor satu - 1Malaysia, Kedai Rakyat Satu Malaysia, 1MDB - sedangkan semuanya gagal!

Dengan TAG 'DUIT TAK ADA', Teresa Kok menerusi penyiaran klip video yang dilancarkannya cuba menggambarkan bahawa rakyat Malaysia semakin miskin walaupun Tahun Baru Cina sudah hampir dengan tahun ini adalah Tahun Kambing yang membawa maksud kemakmuran.

Namun yang paling menarik ialah tentang kesengajaan fitnah yang dibuat oleh Teresa Kok dan kawan-kawannya menerusi isu CINCIN BERLIAN, main golf, jet peribadi dan membeli belah secara mewah di seluruh dunia.

Walaupun secara jelas, klip video tersebut ditujukan kepada Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak, kali ni, Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas, tidak lagi berani menggunakan nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.

Aneh juga, kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur. Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan, manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa, kononnya itu duit DAP.

Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu, cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu, kini telah menjadi kenyataan. Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok, nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.

Buktinya, kes Teresa Kok dari tahun lepas, masih belum selesai-selesai!!!

Ahad, 19 Januari 2014

Sampai Bila Kerajaan Pimpinan Najib Razak Mahu Jadi Barua Pembangkang!

    10:00:00 PG   2 comments
anwar-najib-teh-tarik

Wak J: Sekiranya wak jadi ahli UMNO pasti sudah berdesing telinga mendengar sindiran pedas dari Remesh Rao terhadap kelembikan dan tidak berdayanya kerajaan BN di bawah pimpinan Najib Razak hari ini apabila berdepan dengan Pembangkang.

Patut pun ramai anak muda Malayu di luar sana masih teragak-agak untuk menyertai UMNO jika dilihat keadaan pemimpin yang membarisi parti keramat orang Melayu ini hampir semuanya lembik, bacul serta ada yang sanggup jadi barua kepada Pembangkang.



Kepada ahli dan pemimpin UMNO..tak rasa malu ke kamu dengan sindiran pedas begini datangnya dari seorang yang berbangsa India setelah geram melihat bertapa lemah dan lembiknya kerajaan hari ini yang ditunjangi oleh parti Melayu apabila berdepan dengan dakyah serta fitnah Pembangkang!

Ke mana perginya terlur-telur mu wahai Panglima UMNO yang kononya gagah berani. Bini pegang kah...kekasih gelap simpan kah..atau sudah hilang kah?

Jumaat, 4 Oktober 2013

Gempar!! Menteri KDN Hampir Tempeleng Wartawan Malaysiakini

    11:26:00 PTG   1 comment
zahid-wartawan-mkini

KEJAM!!..itu lah perasaan yang wak rasa ketika cuba menjiwai watak sebagai wartawan Malaysiakini apabila dihambur dengan perkataan wartawan portal berita 'kaki spin' oleh Menteri KDN.

Tapi memang patut wartawan dari Malaysiakini atau wartawan lain dari portal beri pro Pembangkang dilayan sedemikian rupa seperti mana pemimpin mereka melayan wartawan pro Kerajaan.

Sepatutnya ramai lagi dari kalangan pak menteri BN mengikut cara Zahid Hamidi ketika melayan dan menjawab soalan pelik-pelik dan spin dari wartawan pro Pembangkang. Peduli apa kalau penyokong Pakatan hendak kata pak menteri kita takut jawab soalan wartawan mereka.


"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan,"- mkini

Semua orang tahu Zahid Hamidi dulu adalah pengikut kuat Anwar Ibrahim. Tapi hari ini tdak lagi. Apa yang dilakukannya terhadap wartawan Malaysikini itu persis mengikut gaya Anwar Ibrahim ketika berdepan dengan wartawan pro Kerajaan. Cuma gayanya lebih bersahaja tapi makan dalam.

Kalau tak percaya cuba anda saksikan dua vedio klip youtube disediakan sampai habis kemudian bandingkan tahap kematangan kedua-dua tokoh politik ini apabila berdepan dengan wartawan.



Agak-agaknya siapa lebih hebat? Sila beri jawapan anda melalui ruang komen di bawah. Setiap komen yang anda beri sudah tentu akan memberi sedikit-sebanyak point  untuk Zahid Hamid dipilih  oleh ahli UMNO apabila tiba hari pemilihan nanti.

Pemimpin yang berani bersuara, berani bertindak dan berani mempertahan wajar dipilih dan dikekalkan. Jadi, sekarang anda sudah tahu nak pilih siapa bukan?

Ahad, 29 September 2013

Husam Sebak Nik Aziz Hanya Derma RM5000 Bina Lebuh Raya Rakyat

    2:25:00 PG   1 comment
nik-aziz-lebuhraya-tak-siap

Cuba kita amati betul-betul klip You Tube minit-minit akhir di bawah ini di mana Nik Aziz dengan bangga dan riaknya membuat pengakuan bahawa dia telah menderma wang sebanyak RM5000 untuk projek lebuh raya rakyat yang tidak tahu bila tarikh siapnya.

Dalam pengakuanya di hadapan wartawan, Nik Aziz juga berharap dangan sumbangan sebanyak RM5000 itu dapat memberi pahala kepada diri dan juga kedua arwah ibubapanya kelak.

Sumbangan yang diberikan Nik Aziz memang patut diberi penghargaan yang tinggi kerana bukan senang orang kaya yang memiliki tanah berkepuk-kepuk sepertinya sanggup menyumbang wang sebegitu banyak demi keselesaan rakyat.

Tapi, cuma satu sahaja tabiat buruk Nik Aziz yang sukar dikikis dari hatinya iaitu sifat tidak ikhlas bila membuat sesuatu perkara. Contoh jelas seperti yang dapat dilihat dalam rakaman Youtube di bawah. Sebagai ulamak tersohor yang menjadi sembahan kepada para pentaksub PAS, sepatutnya penyakit hati seperti ini tidak harus ada dalam dirinya.

Sekiranya Nik Aziz benar-benar ikhlas hendak membantu rakyat Kelantan, sepatutnya tidak perlu lah diwar-warkan tentang sumbangan ikhlasnya itu pada media kalau niatnya semata-mata hendak mendapatkan pahala tak kira samada sumbangan yang diberi itu kecil atau besar nilainya. 

Tapi kenapa Nik Aziz buat begitu?

Isnin, 16 September 2013

16 September, Hari Malang Buat Seluruh Penyokong Pembangkang

    1:50:00 PTG   2 comments
pembohongan-anwar-16september

Pada tanggal 16 September setiap tahun ada dua perkara bersejarah  berlaku dalam negara kita. Pertamanya ialah penyertaan Sabah dan Sarawak bersama negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Keduanya ialah episod pembohongan terbesar Anwar Ibrahim yang berjaya memperdaya seluruh penyokong PKR, PAS dan DAP bahawa dirinya akan ditabal menjadi Perdana Menteri pada tarikh tersebut.

Biarpun sudah beberapa tahun  peristiwa Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri melalui saluran belakang yang amat digemarinya itu berlalu namun ia tetap kekal terpahat dalam sanubari hati rakyat Malaysia sampai bila-bila.

Disaat seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut Hari Malaysia dengan percikan bunga api yang indah-indah di angkasa, terdapat sekumpulan manusia menganggap kedatangan 16 September yang berlaku setiap tahun ini sebagai hari kekecewaan atau tahun malang dalan hidup mereka apabila impian untuk melihat Pakatan Pembangkang mengambil alih Putrajaya dengan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bersepai di tengah jalan.



Berakhirnya PRU13 pada 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) telah berjaya sekali lagi membentuk Kerajaan dengan mandat baru yang diberikan rakyat walau tidak mendapat sokongan kaum Cina. Dengan itu, peluang Anwar Ibrahim mahu menabalkan dirinya sebagai Perdana Menteri semakin mengecut apabila masa yang diberikan  oleh para pendana Yahudi padanya  semakin suntuk kerana hasil yang diharapkan tidak kunjung tiba setalah banyak duit habis dibelanjakan.

Ada pihak beranggapan berakhirnya PRU13 maka tamat sudah impain Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Suka diingatkan di sini supaya jangan sesekali memandang rendah tentang keupayaan Anwar Ibrahim walau pada waktu sekarang kelibatnya kurang menonjol di media massa. Dalam keadaan terdesak sekarang, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri walau terpaksa melawan takdir Tuhan yang telah ditetapkan dalam hidupnya.

Pasti ramai  sedang menjelir lidah sambil mentertawakan penyokong Pakatan Pembangkang bila menjelang tarikh 16 September kerana mengenangkan hari di mana mereka ini telah dikencing dan diperbodoh Anwar Ibrahim secukup-cukupnya. Namun apa yang pelik ntah mengapa setelah diperlakukan sedemikian, penyokong tegar Pembangkang ini tetap mempercayai idolanya itu akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti yang ntah tidak tahu bilanya. Ilmu sihir apakah yang diguna Anwar Ibrahim untuk menundukkan pengikutnya ini?

Ahad, 1 September 2013

Samad Uban Hampir Masuk Wad Dikerjakan Abang Botak

    2:30:00 PG   9 comments
abang botak samda said merdeka

Tiba-tiba nama 'Abang Botak' menjadi sebutan di blog-blog pro kerajaan dan juga di laman sosial. Fenomena ini terjadi disebabkan keberanian beliau merampas bendera 'Sang Saka' kepunyaan Pakatan Pembangkang ketika para wartawan dan jurugambar sedang khusyuk mendengar Samad Uban menyampaikan puisinya.

Tindakan berani dan spontan 'Abang Botak' merampas bendera Sang Saka milik Pembangkang yang berjaya dirakam oleh lensa kamera itu juga turut mengundang rekasi luar biasa serta  pujian hormat dari pengguna internet yang telah menonton klip video tersebut di YouTube.


Apa yang berlaku pada malam ambang merdeka itu memberi gambaran kepada kita semua bahawa Pakatan Subversif yang dianggotai oleh kelompok Melayu bodoh serta puak Cinabeng ini tidak lah sehebat dan seberani mana seperti yang sering dimomok-momokan mereka selama ini. Lihat sahaja reaksi Adam Adli dan A Samad Said serta penyokong Pakatan yang lain, tergamam kaku seperti orang hilang punca apabila bendera yang menjadi simbol perjuangan mereka dirampas begitu sahaja.

Keberanian dan ketegasan yang ditunjukkan 'Abang Botak' ketika berdepan dengan puak subversif dari Pakatan Pembangkang ini wajar dijadikan contoh kepada kita semua yang sayang dan cintakan tanah air.

Segala bentuk provokasi atau anasir-anasir subversif yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik wajar ditentang habis-habisan sebelum bibit-bibit perpecahan dan kehancuran yang dibawa mereka berjaya menyusup masuk dan merosakkan minda rakyat.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.