Sabtu, 31 Julai 2010

Pringkat-peringkat asas dalam proses membina 3D part modeling

    2:16:00 PG   No comments

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam proses membina 3D part modeling melalui perisian Solid Works ini, wak suka nak ingatkan ada beberapa perkara atau persoalan yang perlu kita ambil tahu terlebih dahulu sebelum kita memulakan langkah permulaan. Untuk entry berkenaan Solid Wokrs ini wak akan sampaikan dalam Bahasa Inggris. Oleh kerana sumber rujukan wak ditulis dalam bahasa orang putih, jadi wak terpaksa mengikutya. Ada terdapat istilah-istilah dalam buku rujukan wak ini tidak boleh dialih bahasa kepada bahasa Melayu, dikhuatiri akan memberikan maksud yang berlainan. Seperti yang kita sedia maklum kebanyakkan buku-buku yang berkaitan dengan kejeruteraan ditulis dalam bahasa Inggris. Oleh itu kita harus mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup sebelum menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan. Bagi anda yang kurang mahir dalam bahasa inggris tak terkecuali wak sekali, sama-sama lah kita mempelajarinya perlahan-lahan. Selain itu anda juga boleh menggunakan Penterjemah Google (Google Translate) untuk menterjemahkan setiap ayat-ayat yang ditulis dalam bahasa inggris yang ada dalam entry berkenaan Solid Works. Mungkin dalam posting berikutnya wak akan cuba translatekan ke dalam bahasa Melayu mengikut apa yang wak paham..Start your engine now!!..

Basic Modeling
This lesson discusses the considerations that you make before creating a part, and show the process of creating a simple one.

Stages in the process
The steps in planning and executing the creation of this part are listed below.

Terminology
What are the terms commonly used when talking about modeling and using the Solid Works software?

Profile choice
Which profile is the best one to choose when starting the modeling process?

Sketch plane choice
Once you have chosen the best profile, how dose this affect your choice of sketch palne?

Design intent
What is design intent and how dose it affect the modeling process?

New Part
Opening the new part is the first step

Base feature
What is the base feature?

Boss and Cut Features
How do you modify the base feature by adding bosses and cuts?

Mirroring in a sketch
Symmetric geometry in a sketch can be simplified by creating half and mirroring to complete the whole.

Fillets
Rounding off the sharp corners- filleting.

Dimension changes
Making a change to a dimension changes the model’s geometry. How dose this happen?


Setiap peringkat-peringkat yang dinyatakan di atas, wak akan cuba beri penerangan pada posting yang akan datang. Diharap informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menberi panduan kepada anda untuk memahami proses mebina 3D model dengan menggunkan Solid Works. Sekian..

Jumaat, 30 Julai 2010

Nak kaya cepat!! Jom pasang jerat..Lihat Siapa yang kena..

    4:05:00 PG   4 comments


KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu. Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh. Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin....
Baca seterusnya di Harian Metro

Wak J says

Gara-gara nak cepat kaya begini la jadinya. Pada wak tiada jalan mudah untuk jadi kaya. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya dengan menggunakan cara dan kaedah yang betul di sisi Agama Islam. Jangan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Ramai yang offer wak join benda-benda macam ni..hati dah tak minat nak buat macam mana. Sekarang di Facebook banyak skim-skim cepat kaya atau MLM ni bergentayangan mencari mangsa. Sekecil-kecil RM10 pun ada hingga beribu-ribu ringgit. Wak harap anda di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan janji-jani manis yang mengatakan anda boleh kaya dengan secepat mungkin. Semua itu hanyalah BULLSHIT semata-mata. Anda punya akal pfikiran..Hang pikir la sendiri...

Rabu, 28 Julai 2010

7 Tahun..Suka Duka Anak Perantauan

    12:18:00 PG   7 comments
Tanggal 27 Julai 2010 genap tujuh tahun wak merantau di negeri orang iaitu di Selangor. Merupakan bBumi bertuah dan lubuk segala punca rezeki kerana banyak terdapat kawasan perindustrian di sini. Asal usul Wak dari Johor dan baru sahaja tama kursus sijil kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

Tamat sahaja kursus wak telah ditawarkan untuk menjalankan praktikal kerja di Rawang, Selangor. Ketika itu usia wak baru mencecah 20an. Tak fikir panjang wak terus terima tawaran praktikal tu.

Itulah detik-detik permulaan wak belajar berdikari dan keluar dari bawah ketiak emak. Wak adalah anak lelaki tunggal dalam kelurga, selebihnya perempuan.

Pejam celik, pejam celik, cepat betul masa berlalu, masa entri ni ditulis wak dah berumur 27 tahun belum tua lagi hehehe. Ingat lagi masa mula-mula wak menjejakan kaki di Selangor, Naik bas sambung-sambung dari Johor sampai ke Seremban.

Tiba saja di Seremban wak menaiki komuter terus menuju ke destinasi yang tertulis di atas surat tawaran iaitu Rawang. Keadaan masa tu dah nak masuk lewat petang dengan ramai orang berasak-asak dalam gerabak komuter yang padat macam tin sardin mampat.. Fuh!! memang penat betul rasanya dari Seremban ke Rawang, disepanjang jalan kena berdiri, naik kematu kaki wak ditambah pula dengan bau aroma 1 Malaysia ++ nasib tak terkeluar muntah hijau. Kalau tak memang haru dalam komuter tu..Maklum lah kali pertama, baru rasa nikmatnya.


Bagaikan orang asing itu lah yang wak dapat gambarkan bila kaki berpijak di bumi Rawang, tiada sedara mara, tiada kawan-kawan dan tiada hala tuju tempat mana nak pergi dan berteduh memandangkan hari dah malam. Memang gawat betul.. pasang tekad dalam hati apa nak jadi lantak lah.

Orang tua-tua ada berpesan kalau malu bertanya nanti sesat jalan. Arah tempat nak dituju dah tahu cuma yang sangkut masa tu dengan apa nak ke sana. Duit plak tu tak banyak cukup-cukup je. Bila pikirkan besoknya dah mula prakrtikal terpaksa juga wak menapak dekat satu kilometer, takda la jauh sangat.

Tadi dah berdiri sepanjang jalan lepas tu kana menapak pulak..memang mencabar betul. Akhirnya sampai juga tempat yang wak cari, sebuah kawasan yag lebih kurang macam kampung. Kalau tak silap wak nama tempat tu Kg Seri Kenanga.

Cabaran hidup yang datang tak pernah berkahir.Satu lagi cabaran yang wak kena tempuhi malam tu, nak tidur dekat mana..Kaki lima, hentian bas, taman permainan..Orang tua nak pesan lagi ni, kalau kita orang baru di suatu tempat tu, cari lah masjid, segala masalah akan selesai bila kita di masjid.

Tapi kalau masalah yang berat-berat tu kena guna cara lain kalau tak boleh selesai di masjid. Wak bercadang memang nak bermalam di masjid sementara tunggu hari siang. Nasib wak baik malam tu sebab masih ada penjaga masjid yang kebetulan hendak pulang ke rumah setelah selesai mengunci pintu masjid.

Dengan kadar segera wak bertanya macam mana nak dapatkan rumah atau bilik sewa yang berdekatan dengan tempat wak nak praktikal besok..Lega rasanya bila semua hal dah selesai walau pun duit pendahuluan sewa rumah belum lagi dibayar, asal dapat hilangkan penat yang dah tak boleh nak handle..terima kasih tuan rumah..hehehe.

Selama tiga bulan berada di Rawang Selangor banyak banda yang dapat wak pelajari, iaitu bagaimana nak hidup berdikari tanpa mengharap orang dan selain dari praktikal wajib wak kena buat.

Sebenarya hidup ini tak lah serumit mana kalau kita pandai menjaga diri bila berada ditempat orang. Berbudi bahasa dan menjaga tingkah laku amat penting supaya orang lain dapat menerima kehadiran kita dengan senang hati.Macam-macam hal berlaku dalam tempoh wak praktikal di Rawang, ada yang manis dan ada yang pahit sampai sekarang tak boleh nak lupa.

Bab yang manis wak tak mahu share biar ia kekal jadi rahsia. Tapi yang pahit wak nak bagi tahu. Memang hati terasa panas bila ingat kembali peristiwa yang tak berapa nak syok. Wak pendekan cerita, lepas tamat praktikal tiga bulan, wak dapat sambung kerja di kilang tersebut. Bulan pertama kerja memang seronok, masa tu member-member tengah ramai, lama kelamaan satu persatu cabut atas sebab nak sambung belajar dan sebab lain.

Tiba-tiba je kilang wak kerja tu dah tukar pengurusan. Mula lah satu episod dramatik apabila seorang-seorang dibuang kerja. Wak masa tu tengah tunggu giliran je bila nk kena tendang, orang baru macam wak ni senang je nak kena tendang keluar apa boleh buat.

Yang wak tak boleh nak terima tu cara majikan buang pekerja, sangat busuk dari tahi, dengan mencipta kesalahan yang kita tak buat untuk jadikan alasan kenapa kita perlu dibuang kerja. Dunia yang penuh komplot..apa-apa pun semua tu dah berlalu, wak jadikan ia pangajaran dalam hidup..


Akhirnya wak pulang ke Johor untuk beberapa hari..huhuu..suspen nih..Setelah berapa malam di rumah orang tua, wak terima panggilan yang mengembirakan. bermula dari situlah hidup wak berubah sepenuhnya sampai sekarang.

Siapa tak gembira bila dapat tawaran kerja, lagi-lagilah bidang kerja tu memang kita minat. Wak dapat tawaran ni bukan dari calang-calang orang, dia merupakan seorang designer berasal dari Jepun.

Orangnya sangat tegas dan teliti dalam kerja takda konar sana konar sini. Wak kenal dia masa praktikal, selain sebagai designer, pengurus kilang pun dia juga. Sayang dia berhenti awal dari wak mungkin sebab tak tahan dengan komplot yang macam wak cerita tu. Akhirnya dia berhijrah ke Bandar Baru Bangi. Tempat wak kerja sekarang .

Tempat baru, kerja baru dan cabaran baru..Kali ni suasana persekitaran jauh lebih berbeza. Dahulu di Rawang ramai rakan wak dari kalangan sebangsa. Di tempat wak kerja sekarang ni semuanya berbangsa Cina dan terdapa bebrapa pekerja asing dari Vietnam, maklum la bos wak ada dua kerakyatan Vietnam dan Jepun.

Seronok kerja di tempat baru, pekerjanya yang mesra walaupun berlainan bangsa, masing-masing rajin bekerja sabab apa yang ada dalam fikiran mereka semua adalah wang..wang dan wang. Berbeza dengan budaya kerja anak muda yang berbangsa Melayu sekarang ni. Bekerja setakat sampai pukul lima lepas tu duduk melepak di mana-mana saja, tak mahu buat kerja lebih masa.

Apa boleh buat diri sendiri yang tentukan nasib masing-masing. Dalam tempoh zaman bujang, wak tinggal dengan mereka dalam satu rumah teres yang disewa oleh majikan, wak masa tu tiada pilihan, kalau nak sewa dan duduk bersendrian memang tak mampu, jadi duduk je lah diam-diam asal boleh jimat duit.

Sepanjang tinggal dengan mereka, macam-macam hal yang wak ketahui tentang perangai rakan-rakan wak yang berlainan bangsa. Mana perangai yang tak elok tu wak tak ikut. Wak ni jenis yang tak mudah terpengaruh, kalau ikutkan hati masa tu memang rosak dah sekarang ni.

Bila dah lama bekerja dengan rakan-rakan berbangsa cina, wak pun dah mula terikut-ikut dengan budaya mereka bekerja, tak dinafikan orang cina memang sangat rajin dalam kerja yang merka lakukan.

Wak tanam azam dalam diri, kalau dia orang boleh kerja rajin macam tu, aku mesti kerja lagi rajin dari dia orang. Zaman remaja wak tak berapa nak best sebab kebanyakan masa di habiskan di tempat kerja. Dari pagi sampai ke malam memang kerja, tak ada benda lain yang wak buat selain daripada makan dan tidur.

Tiba hari minggu kalau tak buat kerja lebih masa, wak tidur je sepanjang hari dan bangun bila perut terasa lapar. Itu lah rutin harian wak sepanjang memlalui zaman bujang. Mesti ramai yang tak percaya kalau wak beritahu selama tujuh tahun menetap di sini, wak tak ada kawan rapat atau kawan lepak-lepak yang berbangsa melayu. Tak tahu kenapa, yang pastinya wak bukan anti sosial.


Dah bosan hidup membujang bertahun-tahun di tempat orang dan tak ramai kawan di sini.Wak ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang, memandangkan simpanan pun tengah banyak masa tu, apa lagi..Masa untuk KAWIN..hehehehe.

Wak mendirikan rumah tangga ketika tu usia baru 25 tahun, muda lagikan bagi orang lelaki yang seusia dengan wak masa tu. Jodoh dah sampai, tak boleh nak tepis-tepis lagi, jalan terus je. Kisah cinta wak tak mahu cerita dalam entri ni. Biar wak sorang je yang tahu. hehehe..

Orang lelaki dalam hidup dia mesti ada tiga target ni dalam hidup dia selain dari kerjaya.. Peratama sekali kena ada kereta sendiri, takan asik bawak awek naik motor atau bas setiap kali keluar date. Sendiri mahu ingat la..

Keduanya, kena ada rumah dan last sekali baru la kahwin. Taget wak yang pertama dah tercapai, lepas tu target ketiga menyusul awal dari yang kedua.

Selepas kahwin itulah permulaan sebenar bagi mereka-meraka yang baru belajar nak hidup. Segala cabaran dan dugaan tak putus-putus datang melanda, silap sikit pertimbangan yang dibuat, terima-lah akibatnya.

Untuk mengelak semua itu dari berlaku, kita kena pandai mengurus dan mengatur perjalanan hidup berkeluarga. Dia awal perkahwian wak duduk menyewa bersama isteri di rumah flat sementara menunggu permohonan beli rumah diluluskan. Lepak bila dah kawen duduk rumah flat, dengan tak ada lif, kena naik tangga sampai tingkat lima...nasib wak tak lama tinggal di rumah flat tu..Lega.


Akhirnya..impian ketiga wak tercapai untuk memiliki rumah sendiri..Seronok apabila semua impian telah tercapai dalam usia 25 tahun sahaja. Bukan senang nak capai semua impian dalam usia yang sebegitu.

Banyak benda yang perlu dikorbankan terutama sekali dari segi masa. Wak tak lalui zaman remaja seperti mana rakan-rakan yang lain di kampung. Semua tu dah berlalu, segala pengorbanan wak yang lepas tu dirasakan berbaloi dengan adanya apa yang wak miliki sekarang. Tinggal nak kekal apa yang awak ada sekrang supaya ia tak sia-sia begitu sahaja.

Perlu bekerja lebih keras daripada dulu sebab ada dua mulut yang perlu disuap serta hutang-hutang bank yang mesti dibayar tiap-tiap bulan. Sekarang wak dah bertapak di Kajang Selangor cuma sekarang tak tahu sampai bila wak akan terus berada di sini.

Mungkin lima atau sepuluh tahun lagi wak akan kembali ke kampung halaman untuk berbakti kepada ibu bapa sementara dia orang masih hidup. Sudah tiba masanya kita sebagi anak untuk membalas jasa dan budi mereka kembali.




Di saat celotih ini ditulis wak sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang berusia satu tahun lebih hasil perkahwinan yang dah nak masuk usia tiga tahun tak lama lagi. Wak rasa sangat bersyukur pada Allah atas segala rezeki yang dikuniakan.

Diharap pada masa akan datang hidup wak akan lebih sempruna dan bahagia bersama kluarga yang tersayang dan berharap juga ekonomi Malaysia akan terus stabil serta rakyatnya hidup aman dan damai bersama.

Sampai di sini dulu kisah tujuh tahun wak berada di perantauan, jari jemari wak pun dah tak larat menaip. Kalau nak diikutkan banyak cerita lagi yang wak nak kongsikan bersama anda yang mengjenguk blog wak ni.

Harapan wak kepada mereka yang baru cuba-cuba belajar hidup berdikari di luar sana tu, jaga lah nama baik keluarga apabila berada di tempat orang. Jangan terlalu mengikut kata hati dalam membuat keptusan dan jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling atau rakan-rakan yang kita rasa boleh merosakkan diri kita pada masa hadapan. Perjalanan hidup anda, anda yang tentukan sendiri. Walaupun wak takda la bagus sangat orangnya, tapi tu je yang wak mampu berikan...Selamat Beristirehat...

Selasa, 27 Julai 2010

Lagi kantoi atau kantoi lagi...ohhh My Samdol??

    4:36:00 PG   6 comments

Thumb Up my fren

SUBANG JAYA: Seorang pelakon komedi yang juga bekas anggota kumpulan lawak terkenal nyata tidak serik apabila dia sekali lagi diberkas selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya di sini, awal pagi semalam. Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menyerbu pusat hiburan terbabit kira-kira jam 1 pagi, sebelum mengarahkan semua pengunjung menjalani ujian air kencing.


Ahh!! Kantoi lagi gue..

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dihubungi berkata, air kencing milik pelawak berusia 32 tahun itu disahkan positif ganja. Menurutnya, selain daripada pelakon terbabit, ada 30 pengunjung lain sedang berhibur dalam premis berkenaan ketika serbuan dilakukan. Beliau berkata, semua pengunjung dalam pusat hiburan itu dibebaskan sejurus ujian air kencing mendapati mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah. “Namun, tiga daripada mereka didapati positif dadah. Hasil ujian mendapati pelakon komedi itu positif ganja manakala dua lagi termasuk pengurusnya dan seorang ahli perniagaan didapati positif ketamin. “Serbuan itu rutin hari minggu polis dengan mengadakan operasi di beberapa tempat di sekitar Subang Jaya. Ketika menyerbu pusat hiburan berkenaan, kita mendapati dia ada bersama,” katanya.Menurutnya, semua suspek direman bermula semalam sehingga 27 Julai mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Pelawak terbabit pernah dibebaskan daripada beberapa tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah oleh Mahkamah Majistret, sebelum ini.Dia pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memasukkan syabu ke dalam badan, tetapi mengaku tidak bersalah dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan itu. Pelakon komedi itu juga pernah dibebaskan daripada tuduhan memiliki kanabis serta kodein beberapa tahun lalu. Pelawak terbabit dikatakan pernah ditahan memiliki dua tiub straw mengandungi syabu di Brickfields, tetapi dia tidak mengaku bersalah. Ketika dicekup dalam serbuan sebelum ini, pelawak terbabit dikatakan merayu agar dibebaskan, namun dia seolah-olah tidak serik apabila ditangkap sekali lagi semalam, walaupun sudah beberapa kali ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas kesalahan sama sebelum ini...Sumber Harian Metro

Wak J says

Apa nak jadi la dengan artis kat Malaysia nih..macam-macam cerita yang tak sedap didengar terjadi..Hisap dadah la, jadi teman sosial VIP la. Memang betul apa yang si Vardina cakap kat tv hari tu, artis Malaysia memang tak layak dijadikan sebagai idol kalau macam gini lah perangai mereka. Awat tekanan kerja banyak ka bila jadi artis nih..Susah-sasah sangat tukar kerjaya, jadi pemandu teksi ka, lori ka. Dadah..dadah...sampai kesudah. Buat-buat la insaf oiiii..

Ahad, 25 Julai 2010

Mengenal Sudut Unjuran Pada Lukisan Kejuruteraan

    1:32:00 PG   2 comments
Sebelum anda mula melakar sebuah lukisan kejuruteraan, beberapa perkara penting harus diambil kira. Dalam post kali ni wak nak share sikit pasal sudut unjuran yang digunakan dalam sesebuah lukisan kejuruteraan. Ia amat penting untuk kita ketahui kerana di setiap negara seperti di Eropah, Amerika dan Asia mempunyai garis panduan yang tersendiri. Pasal International Standard nih nanti wak cerita di post yang lain.

Mengikut pengalaman wak yang bekerja sebagai pelukis plan dalam bidang kejuruteraan acuan (mould), kebiasaanya bacaan sudut yang digunakan adalah bacaan sudut unjuran ketiga (3rd Angle), jarang sekali wak ketemu bacaan drawing yang menggunakan sudut unjuran peratama (1st angle) namun ia tetap ada..nasib lah tu.

Kalau tak silap wak, masa zaman sekolah dulu ada belajar benda-benda macam ni..Mungkin banyak sangat benda yang nak diingat la ni tu yang sampai terlupa. Bagi yang nak ingat kembali tentang topik yang wak tulis ni. Sama-sama kita ikutinya. Di sini wak ada sediakan beberapa contoh drawing yang menggunakan bacaan sudut 1st Angle dan 3rd Angle. Jangan pening-pening..tengok perlahan-lahan pasti anda akan dapati perbezaan antara sudut ketiga dan sudut pertama. Dulu pun wak tak biasa sangat dengan sudut-sudut nih, ambil masa juga nak faham dan cuba nak bayangkan. Bila dah hari-hari mengadap drawing dan bantuan sifu wak, lama kelamaan baru dapat tangkap..

Sila rujuk pada ruangan Title Block di bahagian bawah sebelah kanan setiap drawing dan anda akan dapati di situ dinyatakan sudut unjuran yang dingunakan unutk mentafsir drawing tersebut.




Wak sediakan contoh drawing yang mudah untuk kita fahami sebagai basic permulaan mengenal sudut unjuran yang ada pada setiap lukisan kejuruteraan. Perhatikan betul-betul perbezaanya.



1st Angle Direction



3rd Angle Direction

Semoga apa yang wak paparkan dalam blog ni akan menambahkan lagi informasi anda dan siap tahu anda bakal jurutera di masa hadapan Insya Allah

Jumaat, 23 Julai 2010

Benci dapat baby perempuan.. Macam ini punya bapak pun ada?

    12:13:00 PTG   12 comments

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian. Baca seterusnya...

Wak J says..

Sedih bila baca berita ni kat Harian Metro, macam ni punya orang pun ada lagi kat muka bumi ni..wak ingatkan masa zaman Nabi je yang ada perangai jahiliah. Tak sangka zaman moden pun ada juga..Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni. Tak reti bersyukur langsung bila dapat zuriat. Kalau wak dapat baby perempuan, alangkah gembiranya hati. Semoga peristiwa yang berlaku dapat dijadikan iktibar kepada para ibu bapa termasuk wak sekali, Sayangilah harta dunia dan akhirat yang kita miliki sekarang. Bila dah kehilangan, nak rasa menyesal pun dah tak berguna lagi. Minta dijauhi perangai-perangai macam ni..

Khamis, 22 Julai 2010

Array Command In AutoCAD

    1:56:00 PTG   2 comments

Salam.. Hari ni topik kita ialah macam mana nak gunakan command ARRAY.
Apa itu makna ARRAY dalam bahasa melayu?? Jangan tanya wak, sila rujuk kamus dewan. Wak cuma tahu fungsi-fungsinya saja. Kalau anda semua nak tahu, sila lihat gambar yangwak sediakan dalam post kali ni. Sebelum tu wak nak terangkan ARRAY ni terbahagi kepada dua iaitu Rectangular Array dan Polar Array..Mungkin anda jarang guna command ni kan..

Polar Array dan cara-caranya

  • Taipkan command AR (Array) dan tekan ENTER atau Right Click.
  • Pilih objek yang kita kehendaki (Lihat bulatan hijau) dan tekan ENTER atau Right Click. Akan keluar arahan untuk menyuruh anda pilih jenis Array apakah yang kita perlukan. Taipkan P (Polar) untuk memilih array jenis polar.
  • Setalah anda memilih arahan P. Anda diminta pula untuk specify center point of array tersebut. Pastikan Object Snap Mode sentiasa dalam keadaan ON. Ini untuk memudahkan kita melokasikan base point. Taip command SE (setting) untuk mengaktifkan dan menetapkan Object Snap Mode yang ingin anda gunakan. Seterusnya pilih center bulatan sebagai array base point. (Lihat gambar di bawah)
  • Apabila base point telah ditetapkan, masukkan jumlah item yang anda inginkan dan tekan ENTER. Selepas itu tentukaNsudut darjah putaran samada 360deg atau mengikut kesukaan anda, dan tekan ENTER diikuti menaip perktaan Y (yes). Maka terhasilah apa yang dihajatkan..

Rectangular Array dan cara-caranya

  • Taipkan command AR (Array) dan tekan ENTER atau Right Click
  • Pilih objek yang kita kehendaki (Lihat bulatan hijau) dan tekan ENTER atau Right Click. Akan keluar arahan untuk menyuruh anda pilih jenis Array apakah yang kita perlukan. Taipkan R (Rectangular) untuk memilih array jenis rectangular.
  • Setalah anda memilih arahan R Anda diminta untuk specify jumlah row yang kita inginkan cotohnya 5 row dan tekan ENTER. Apabila jumlah row telah diisi, kena isi pula jumlah coloum, isi 5 coloum dan tekan ENTER.
  • Dah tekan enter, kena specify jarak antara row dan coloum tadi. Letak lah jarak yang anda suka misalnya 7mm x 7mm. Lepas tu takan ENTER dan lihat lah hasilnya sperti dalam gambar yang wak tunjukan di bawah ni..Mudah bukan.

Dengan command ARRAY ini ia dapat mempercepatkan kerja kita, tak perlu buat satu per satu dan sentiasa mengulang benda yang sama. Kalau anda dah cuba buat, tapi tak jadi-jadi juga jangan malu jangan segan untuk bertanya dengan wak..it free..Selamat mencuba..









Isnin, 19 Julai 2010

Tip-Tip Bagi Yang Baru Nak Belajar Buat Drawing

    7:19:00 PTG   13 comments
Salam...

Wak nak berkongsi sedikit tip supaya kita pantas bila nak buat drawing guna AutoCAD. Tip-tip yang wak nak beri ni semua berdasarkan pengalaman wak, kalau ada tip-tip lain yang wak tak sebut, ingatkan wak yer.


Tip 1 : Mouse dan Keyboard yang baik serta selesa.
Dua benda yang wak sebut ni amat peting bila kita nak mula buat drawing, kerana ia menentukan kelancaran dan keselesaan semasa buat drawing. Pilih keybord yang sedap dan selesa semasa kita menekanya, begitu juga dengan mouse. Pastikan mouse kita tu versi terbaru yang ada scroll roller di tengah-tengahnya. Ia sangat berguna samasa kita hendak melakukan kerja-kerja ZOOM dan PAN. Untuk keyboard pula, cari la jenis butang-butangnya senang dan mesra bila ditekan, takde la selalu tersangkut-sangkut macam keyboard yang tak pernah dibersihkan, penuh daki..buat kerja biar smooth...


Tip 2 : Setting Up Right Click Customization
Untuk setting bendalah ni kita kena taipkan command OP (option) dan tekan enter. Nanti terkeluar lah window seperti dekat gambar atas tu. Anda setting ikut sebiji sama macam yang wak tunjuk tu. Wak suruh buat ni bukan pe, takde lah nanti setiap kali kita nak ulang command yang sama, dengan kaedah right klik asik keluar benda macam kat gambar bawah ni, memang leceh. Tapi kalau anda suka cara tu, apa salahnya, asalkan anda bahagia.


Tip 3 : Mengawal Pergerakan Jari & Kedudukan Tangan
Bagaimana rupa bentuk jari jemari anda? Panjang, pendek, kontot atau bengkok sikit. Semua tu tak menjadi halangan untuk anda menjadi sifu dalam AutoCAD. Kedudukan tangan dan jari kita mestilah sentiasa relax. Kalau boleh elakkan dari memakai jam tangan semasa buat kerja, kerana ia boleh mengganggu kosentrasi masa nak buat kerja..memang kacau betul..Sapa yang left handed tu wak tak tahu macam mana nak terangkan, sebab wak right handed..jgn mare yer..nanti kena jual..bab-bab jari ni wak tak dapat nak citer panjang lebar, sebab semuanya ikut keselesaan sendiri.


Tip 4 : Butang ESC
Kenapa butang ESC, tak butang lain yang ada pada keyboard..Butang ESC berfungsi untuk meng-CANCLE-kan segala command AutoCAD yang kita tidak perlukan. Setiap kali buat drawing, anda pasti akan setiasa menekan butang tersebut sampai hilang tulisan ESC yang ada kat butang tu..hehehe. Rajin-rajin la tekan butang ni..

Ada empat tip yang sempat wak berikan untuk posting kali ni..nanti kalau ada tip-tip yang lain muncul dalam ingatan, wak akan share this tips pada anda semua..selamat praktis..

Sabtu, 17 Julai 2010

Tipu Sunnah..Apa nak jadi??

    1:25:00 PTG   4 comments

KUALA LUMPUR: Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.
Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.

Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

"Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

"Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.
Click Here

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak.

Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

"Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya," katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.

Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami. Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya.

"Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu 'nabi pun lakukan perkara sama'. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.

"Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu. Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami," katanya.

Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.
"Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya," katanya.
Sumber: Harian Metro edisi 17 Julai 2010


Wak J:
Apa nak jadi lah dengan pak lebai zaman sekarang nih..nafsu bertopengkan agama. Sungguh memalukan. Buat wanita di luar sana..AWAS lelaki alim-alim kucing. huhuhu..

Khamis, 15 Julai 2010

AutoCAD Command Aliases

    11:35:00 PTG   1 comment
Salam sejahtera

Semoga anda sihat selalu, kali ni wak cerita sikit pasal command dan short cut yang ada dalam AutoCAD ni. Pada sape-sape yang tak tahu lansung pasal AutoCAD maksud wak zero basic, wak nasihatkan pergi berguru dulu dengan mahaguru yang bertauliah dan berkelayakkan. Wak ni Cuma pemegang lesen P je. Hehehe..Mana-mana yang pernah belajar dulu tapi sekejap lupa sekejap ingat, yang penting jangan hilang ingatan sudah. Kali ni kita cuba ingat kembali bersama-sama.


Bagi anda yang baru level 1 mesti macam pernah nampak icon-icon seperti kat gambar di atas. Kalau guna cara ni pun ok juga untuk orang yang baru-baru nak buat drawing, Cuma lambat sedikit sebab terpaksa cari command icon-icon bila buat drawing..Slow-slow belajar yer..


Sekarang ni wak terus masuk gear 6, apa benda la tulisan-tulisan yang ada kat dalam gambar tu. Haaa jangan tak tahu ini dia commands AutoCAD yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang sifu dalam buat drawing. Untuk sampai ke tahap ni ada petua-petuanya, antaranya ada daya ingatan yang tinggi, jangan makan kepala ikan, jangan banyak ketawa yang bukan nanti ilmu terbang, jari jemari yang fleksi dan last sekali praktis yang berterusan. Senang saja petuanya. Untuk belajar style ni dua-dua tangan kiri dan kanan akan digunakan sepenuhnya Fuhhh..macam mana tu agaknya, kalau nak tahu kena tengok sendiri macama mana sifu-sifu buat drawing. Masti dalam hati anda akan berkata "WWOOWW" terenye..Apa-apa pun anda juga boleh jadi sifu dalam AutoCAD satu hari nanti, yang penting kena ada minat & usaha. Di post akan datang wak akan cuba bagi tips mcm mana nak gunakan kedua-dua tangan masa buat drawing tanpa perlu banyak merujuk icon-icon yang ada di AutoCAD Tool Bar..Selamat mencuba..


Rabu, 14 Julai 2010

Create New Drawing

    11:58:00 PTG   3 comments
Salam..

Sebelum wak mula, pastikan dekstop atau laptop anda sudah di Install dengan perisian AutoCAD,Tak kira la version berapa yang anda guna, asalkan anda selesa dan bahagia guna nanti. Ok now bila skrin AutoCAD dah terpapar seperti gambar kat bawah ni, ada satu dua perkara yang kite kena lakukan seperti memilih Blank Templete Drawing. Lepas tu baru kita boleh mula buat drawing.

-->
Pastikan setiap kali mula nak buat new drawing tetapkan dialog box anda kepada METRIC. Sekiranya anda memilih selain daripada METRIC, bacaan UNIT dalam drawing anda akan berubah. Untuk pengetahuan anda unit ukuran yang biasa digunakan dalam lukisan kejuruteraan ialah unit MM (millimeter). Drawing dalam unit Inches pun ada juga, tapi kena convert untuk tukar pada unit mm. Bagi anda yang biasa guna unit Inches sila teruskan..hehehe..

-->
Ini dia hasilnya, satu blank template drawing yang kosong..Mari kita start melukis sekarang. Iskkk Belum boleh lagi..sabar.. Nantikan post wak yang seterusnya, wak nak bagi info tentang Short Cut & Command Aliases yang de kat dalam AutoCAD ni. Wak nak anda ingat dalam kepala commands tersebut..Kat dalam AutoCAD ni banyak main dengan keyboard..Dah sedia belum..


Selasa, 13 Julai 2010

Dunia 3 Dimensi Bersama Wak J

    11:23:00 PTG   2 comments
Salam,

RM3000 itulah gaji paling minimum bagi seorang pelukis 3D. Menarik dan syok bukan, tapi sayang ramai lagi yang masih kurang berminat menceburi bidang ini. Tapi tak mengapa, mungkin lepas baca post wak ni, ramai anak muda berpusu-pusu pergi cari tempat belajar 3D. Dalam post kali ni dan akan datang wak nak share serba sedikit pengalaman wak masa lukis 3D. Wak kenal 3D ni pun masa nak masuk tahun ke tiga wak bekerja di company yang sekarang ni. Sebelum tu keje wak lukis 2D je. Maklum la budak baru belajar, baru keluar dari ILP. Perisian yang wak guna untuk lukis 3D masa tu sampai la ni ialah Solid Works,macam pernah dengar bukan..hehehe


Selama 2 tahun wak kumpul pengalaman lukis 2D kini tiba masanya wak aplikasikan dalam bentuk 3D pulak.Memang best giler dapat lukis 3D time tu. Untuk pengetahuan semua, wak bekrja dalam bidang kejuruteraan acuan. Aluminium Die Casting..Dalam bahasa yang senang nak paham kerja buat cetak (mould).Berbalik pada topik asal, wak cadangkan bagi anda yang beminat dan baru mula nak belajar 3D, bermula lah dengan perisian Solid Works dulu. Kenapa? Sebab ia mudah dipelajari dan dan senang nak paham setiap aturcaranya.Bila dah mahir guna Solid Works, anda boleh cuba perisian 3D yang lain plak seperti Cimatron, UniGraphic, Catia, Pro E dan banyak lagi..huhu.Ini cuma mukadimah je dulu..enjin belum panas lagi, nantikan post wak yang seterusnya mengenai Solid Works. Terima kasih buat anda yang sudi menjeguk blog wak yang tak seberapa ni. Apa-apa pun wak nak pesan, tak kira dalam apa jua kerja yang kita lakukan, kita mesti lakukanya dengan penuh minat serta usaha yang bersungguh dan berterusan pasti akan meberikan pulangan yang lumayan..Percaya lah..3 Riban beb..tu belum masuk Over Time lagi..Pikir lah sendiri berapa banyak..Poket pun tak muat...Wak dah rasa. Anda bila lagi.





Ahad, 11 Julai 2010

AutoCAD & Keistimewaanya

    2:29:00 PTG   5 comments
Mungkin ramai yang dah tahu bila wak buka cerita pasal perisian ni, tapi ada juga yang masih ternganga-nganga apabila mendengarnya.

Nak buat macam mana..huhuhu Apa-apa pun kite abaikan pasal ni.Perisian AutoCAD didatangkan di dalam pelbagai versi, antara versi terawal yang Wak tahu seperti R12,R13 dan R14. Lepas tu baru keluar versi yang terbaru sekali AutoCAD 2000 sampai-lah versi yang ada sekarang ni. Sejarah bila perisian AutoCAD dicipta wak tak berapa nak tahu, apa yang wak tahu kelebihanya je. Perisian ni sangat praktikal macam-macam boleh kita lakukan dengan perisian ni.Kita boleh melakar lukisan 2 Dimensi (2D) dan juga 3 Dimensi (3D). Contonya membuat lakaran plan rumah, mereka bentuk landscape, litar skima elektrik & elektronik, pembuatan acuan pembentuk (mould) dan banyak lagi keistimewaan lain.

Wak kenal perisian ni masa mula-mula menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Pasir Gudang. Masa tu memang satu apa pun tak tahu. Belajar asas je dekat sana, lama-lama belajar barulah tahu.Teruja juga dibuatnya. Bagi mereka yang nak belajar AutoCAD kenalah tahu serba sedikit asas-asas membuat lakaran teknik 2 Dimensi (2D) lukisan manual atau lukis guna tangan dengan pembaris. Untuk anda yang tak reti melukis disebabkan tak ada bakat macam Wak atau tangan dah keras sampai tak boleh lukis satu garisan lurus, jangan risau, perisian AutoCAD ini akan membantu anda, mudah saja. Setakat ini pada wak, AutoCAD versi 2000 paling senang nak guna dan mesra rakyat..

Dalam blog ni, wak akan kongsi apa saja yang wak tahu pasal Autocad buat anda yang melayari blog wak ni. Kalau mana ada yang wak terlupa atau teritnggal, kita belajar sama-sama sampai pandai. Dah masuk 7 tahun Wak guna perisian ni untuk cari makan, tapi rasa macam masih banyak lagi yang wak perlu belajar. Sebelum kita pergi lebih jauh, wak anggap anda semua dah tahu serba sedikit asas dalam teknik lakaran, kalau ada yang tak tahu, jangan risau slow-slow kita belajar. Enjoy...

Sabtu, 10 Julai 2010

Ahh!! Terlebih Bayar Daaa

    10:24:00 PG   No comments


870,630 Pembayar Cukai Terlebih Bayar RM10 Bilion Pada 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 870,630 pembayar cukai telah terlebih membayar cukai pendapatan berjumlah kira-kira RM10 bilion pada tahun 2009, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman di Dewan Rakyat, Selasa, 836,444 pembayar cukai telah terlebih bayar dengan nilai RM8.6 bilion pada 2008 manakala 654,605 pembayar cukai terlebih bayar sejumlah RM5.4 bilion pada 2007.

Pada 2006, seramai 291,315 pembayar cukai pula melibatan bayaran cukai berlebihan RM4.3 bilion.

Awang Adek berkata, pada tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih belum membuat bayaran balik kepada 150,757 pembayar cukai.

LHDN turut tidak membuat bayaran semula kepada 76,960 tafsiran cukai pendapatan pada 2008 dan 58,633 lagi pada tahun sebelumnya.

Semua pembayaran cukai akan disimpan di dalam Dana Disatukan, katanya.

Menjawab satu lagi soalan daripada Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh, Awang Adek berkata, adalah sukar untuk menyediakan perangkaan membabitkan mereka yang tidak dapat dikesan untuk membuat pembayaran semula.

“Bagi mereka yang telah membuat e-filing akan mendapat pembayaran semula dalam tempoh sebulan,” katanya.

Beliau menambah, hampir 95 peratus daripada 270,835 pembayar cukai yang menggunakan perkhidmatan e-filing bagi lima bulan pertama tahun ini boleh mendapat bayaran balik dalam tempoh sebulan.

Menurut Awang Adek, mereka yang menfailkan pengembalian cukai secara manual akan mendapat bayaran semula berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

“Terdapat kira-kira 3.5 juta pembayar cukai, namun hanya 2 juta yang aktif membayar cukai,” tambahnya lagi.

Perunding cukai SCS Global Consulting (M) Sdn Bhd, Harvinder Singh berkata, kebarangkalian pembayar cukai membuat bayaran cukai berlebihan kepada LHDN berikutan mereka terpaksa membayar lebih tinggi bagi jadual pemotongan cukai lebih tinggi berbanding daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

Beliau berkata, pembayar cukai individu turut mengalami pemotongan cukai yang tinggi yang terdiri daripada pengecualian cukai seperti pembelian komputer, buku-buku, insurans dan perbelanjaan perubatan.

Sementara itu, seorang perunding cukai yang enggan mendedahkan namanya berkata, lebihan bayaran cukai merupakan di kalangan pesara yang mengisytiharkan dividen-dividen yang diterima daripada pemilikan saham sebagai pendapatan mereka.

“Mereka yang menerima dividen perlu memaklumkan jumlah yang diterima pada akhir tahun tafsiran cukai pendapatan dan kemudian mereka boleh menuntut bayaran balik daripaa cukai-cukai yang telah dipotong oleh LHDN,” ujar Awang Adek- Mstar Online

Ulasan: Wak adalah salah seorang daripada pembayar cukai yang terlebih bayar. La ni wang yg terlebih tu tak sampai-sampai lagi...tegah kering nih..hehehe

Khamis, 8 Julai 2010

Selamat Berblog Buat Wak J

    7:47:00 PTG   3 comments

Assalammualaikum..

Masa bergerak begitu pantas, tak cukup masa lagi untuk menoleh ke belakang. Hidup ini perlu diteruskan. Sebagai orang yang baru menceburi dunia blog macam Wak, segala tunjuk ajar amat diperlukan. Dengan tercipta satu langkah permulaan, maka akan bermula-lah suatu perjalanan yang amat jauh dan panjang... Mampukah Wak teruskan?

Untuk makluman, blog wak ni still under construction, buat masa ni tak banyak post-post baru. Wak harap sahabat blogger dapat bersabar ye..
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.