Sabtu, 31 Mac 2012

Tanah Masjid Pun Komunis DAP Sanggup Jual, Inikan Pula Tanah Melayu. Sedarlah Bangsaku!

    5:00:00 PTG   1 comment

Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang.  Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu sPICE.
 
Kini, satu lagi bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta.   Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid.
 
Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy.  PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.

Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion.  Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion.
 
Selain itu, perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri.

Jika Guan Eng ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.  Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti.

Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid.  Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama.  Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.

Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.

Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini?  Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini?  Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?

Yang pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam.
 
Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat.  Buktinya, selama 22 tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO.   Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS.
 
Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan.
 
Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd?
 
Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.

Bekas Banduan Salah Guna Kuasa, Bakal Menjadi Banduan Sekali Lagi

    3:00:00 PTG   No comments

Bala lagi…mungkin itulah sahaja yang Anwar mampu katakan apabila satu lagi skandal yang mengaitkan dirinya terdedah.  Kali ini, bukan skandal seks tetapi skandal rasuah atau kroni atau lebih tepat salahguna kuasa - yang mana butirannya hanya akan terjawab di mahkamah.  Tetapi yang pastinya, Anwar sememangnya dikatakan terlibat.
 
Kerana itulah Anwar telah menolak mentah-mentah sapina yang dikemukakan terhadapnya. 
Kes ini timbul berikutan saman oleh Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998.

Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar.   Dan pada ketika itu, Anwar adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya.

Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya.

Melalui hubungan antara kroni inilah maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB.  Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan selesai terlebih dahulu.  Akhirnya, setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku sepertimana sepatutnya.
 
Anwar tahu bahawa sukar untuknya melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di mahkamah.  Tidak mustahil ‘perjalanan’ dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan membongkar lebih banyak rahsia hitamnya.

Silap haribulan, akan timbul kes baru yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh.
 
Jika tahun 1998 menyaksikan begitu banyak drama hebat yang melibatkan Anwar, maka pastinya kisah di belakang tabir drama ini adalah jauh lebih hebat lagi.   Bayangkan, dengan wang sebanyak itu, dan mungkin juga lebih lagi dari sumber yang lain, apakah yang telah dilakukan Anwar bagi memastikan skandal homoseksnya ditutup dari pengetahuan Tun Dr. Mahathir dan rakyat.
 
Bayangkan, berapa ramaikah yang telah disogok dan diupah oleh Anwar untuk tujuan ini. Dengan wang sebanyak itu juga, bayangkan apa yang Anwar boleh lakukan dengan petugas media asing terutama yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Kota Singapura.
 
Membayangkan semua ini, tidak hairanlah Anwar menolak sapina terhadapnya.  Dengan pilihanraya yang semakin hampir serta Datuk S. Nallakarupan yang tidak sabar-sabar malah ‘teruja’ sekali untuk disaman, sungguh Anwar tidak sanggup menerima satu lagi bala.

Walaupun Anwar tahu pihak pendakwa pasti akan memohon perintah mahkamah agar beliau hadir, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau melambat-lambatkan proses perbicaraan.  Lagipun melambatkan proses bicara sudah menjadi kepakarannya.
 
Penulis yakin, Anwar amat berharap agar kes ini dapat dilengah-lengahkan sehingga selepas pilihan raya umum, dengan andaian jika beliau menjadi Perdana Menteri, kes ini boleh dibuang begitu sahaja.

Nukilan Beruang Biru

Mahasewel Pakatan Rasa Terhina Bila Tahap Intelek Mereka Diperlekeh Pak Menteri

    12:00:00 PTG   No comments

Tindakan Khaled Norden menolak mentah-mentah tuntutan 'mahasewel' dari SMM agar hutang PTPTN dimansuhkan membuatkan golongan yang liat bayar hutang ini rasa tahap keintelektualan mereka  diperlekehkan dan dihina.

Tertanya juga, macam ginikah rupa manusia yang miliki tahap keintelektualan yang tinggi, rupa perogol bersiri pun ada juga. Hutang PTPTN dah habis bayar ke belum?

Itulah, dah tahu lahir dari spesis malas bayar hutang, jangan buat duit PTPTN macam mak bapak yang punya. Suka suki nak bayar, bayar, malas bayar buat tak tahu.

Jangan dilupa duit PTPTN tu duit Rakyat. Kalau Rakyat tak Halal, esok lusa berjawablah dalam kubur bila dah mati. Ingat satu sen kalau tak bayar tetap dikira hutang tak boleh kira cincai.

Sebelum masuk U dulu, agaknya 'mahasewel' ni jenis tolol-tolol belaka. Sebelum tandatangan surat perjanjian tak pernah fikir ke  mampu atau tak nak langsaikan hutang bila habis belajar nanti.

Nasib baik Kerajaan bukan 'Ah Long' kalau tak, mesti ramai yang dah kena potong.

Kalau rasa tak mampu nak bayar hutang lain kali jangan meminjam. Bila dah meminjam tu buatlah cara orang berhutang bukanya pergi melaram dengan duit hutang.

Orang suruh belajar bersungguh-sungguh sampai cermerlang tak mahu. Baring atas jalan pula yang menjadi keutamaan.

Padan muka.. Bila sangkut tak dapat pergi luar negara pandai pula saman sana sini, tapi yang peliknya cukup pula duit nak ke sana. Deyy macha sendiri punya hutang sudah lupa ka?

Bila hidup dah terbeban dengan hutang pandai pula suruh Kerajaan langsaikan, kenapa tak suruh sahaja Anwar Berahim dan pemimpin Pakatan tolong selesaikan. Takan ler dia orang ni pun berhutang juga?

KBB Gate: Hanya Berkotei Bengkok, Tak Cukup Lagi Buktikan Anwar Adalah Anak Jantan

    10:00:00 PG   6 comments

KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.
Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.
 

Nukilan Beruang Biru

Jumaat, 30 Mac 2012

Kerana Cemburu..Ada Pihak Asing Sanggup Taja Kempen Anti Lynas Pakatan Pembangkang

    4:30:00 PTG   No comments

Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Peneroka Felda Bandar Baru Bangi Terkejut Beruk Bila Dengar Yusuf Qardawi Bantah Penyenaraian FGVH

    2:30:00 PTG   No comments

Malam tadi, bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi telah berlangsung satu program mengencing rakyat bersama penduduk setempat anjuran Pakatan Pembangkang.

Hujan tidak, ribut petir pun tidak tetapi keadaan penyokong tegar Pakatan Pembangkang habis basah lencun akibat dikencing oleh pemimpin mereka ketika berucap di astaka yang berada di dalam stadium.

Matlamat utama mereka berhimpun malam tadi bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap penyenaraian FGVH di bursa saham Malaysia. Dengarnya mereka akan berhimpun petang ini di dataran  Masjid Putrajaya bagi tujuan yang sama.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Pembangkang turut dilihat hadir malam tadi menyampaikan ceramah, antaranya 'Parasit' Pas, Khalid Samad, Tony Pua, Sam Ketot dan  pemimpin agung yang menjadi kesayangan penyokong Pakatan merangkap anugerah tuhan, kaki zina, bakal PM ke 7 iaitu Anwar Berahim.

Turut tak ketinggalan juga Tok Uban atau A Samad Said, penentang PPSMI turut diberi peranan sebagai tukang baca puisi untuk menarik minat golongan seusianya hadir menganga mulut menadah air kencing Anwar Berahim

Lebih banyak merapu dari memberi tahu fakta sebenar berkenaan isu penyenarai FGVH. Semuanya perkara biasa yang kita selalu dengar bila setiap kali pemimpin Pakatan Pembangkang berucap di khalayak ramai seperti rasuah, kroni dan sebagainya. Isu FGVH yang sepatutnya menjadi isu utama hanya disentuh sedikit sahaja oleh mereka, itu pun pada permulaan.

Program penerangan isu FGVH malam tadi juga turut dijadikan medan untuk melepaskan geram terhadap bekas exco Agama Islam Selangor, Hasan Ali. Marah benar Khalid Gereja bila bercerita pasal Hasan Ali. Ungkapan 'Parasit' yang dilabelkan pada dirinya memang cukup memberi bekas, sehinggakan Khalid terlupa bahawa kawasan Bandar Baru Bangi merupakan kubu kuat Hasan Ali.

Paling nyata, setelah mengikuti secara dekat program penerangan berkenaan isu penyenaraian FGVH yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang, terbukti mereka gagal. Agenda yang dibawa tak lebih hanya bertujuan untuk meraih simpati politik dan mengambil kesempatan atas kesusahan peneroka.

Jika benar niat Pakatan mengambil berat tentang nasib peneroka sepatutnya program seperti ini dibuat di kawasan Felda seluruh negara bagi membuktikan bernahkah sokongan Peneroka kini bersama mereka. Tak perlulah susah payah berbohong di depan penduduk bandar yang rata-rata bukan warga Felda, kononya seleuruh Peneroka tanah rancangan sekarang ini dibebani hutang hingga mencecah ratusan ribu ringgit setiap orang kerana membenarkan ladang mereka diusahakan oleh Felda.

Anwar Berpura-Pura Tak Kenal Quek Seperti Mana Dia Berbohong Tak Kenal Eskay

    10:00:00 PG   No comments

SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.

Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.

Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.

Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.

Di mana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.

Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.

Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.

Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.

Tapi yang lebih penting di sini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.
Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.
Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.

Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.

Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.

Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?

Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.

Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.

Beruang Biru

Khamis, 29 Mac 2012

Daftar Jadi Pemilih Sekarang! Jika Tak Mahu Malaysia Dijahanamkan DAP,PAS & PKR

    4:30:00 PTG   No comments

Walau masa sudah semakin suntuk, tapi masih sempat lagi kepada sesiapa sahaja yang layak dan belum mendaftar sebagai pengundi pergi mendaftar di pejabat SPR atau pejabat POS yang berdekatan sebelum hari Ahad ini.

Kepada rakan-rakan pembaca blog, facebookers atau sesiapa sahaja di luar sana terutama sekali golongan belia yang berbangsa Melayu, disaran supaya pergi mendaftar sebagai pemilih baru. Kerana sesuatu yang tidak diingini bakal berlaku, sekiranya kita mengambil mudah tentang bertapa pentingnya menjadi pemilih.

Disaat pengumuman oleh SPR tentang tarikh akhir pedaftaran, golongan belia kaum Cina sekarang kini sedang sibuk mendaftarkan diri mereka untuk menjadi pemilih. Ada yang bertanya masih sempatkah lagi kalau hendak mendaftar sebagai pengundi sambil memberi isyarat akan mengundi DAP.

Semua ini berlaku atas dorongan pemimpin DAP yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau pesanan yang dihantar ke laman sosial seperti Facebook dan Twitter, menyeru belia Cina pergi mendaftar sebagai pemilih dengan segera untuk menjamin kemenangan calon DAP yang bakal bertanding nanti.

Diharap, dengan kesempatan waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan oleh golongan muda dan belia Melayu agar turun ke pejabat SPR atau POS yang berhampiran untuk mendaftar sebagai pemilih. Kepada anak muda Melayu yang selama ini tidak begitu peduli akan perjalanan politik tanah air atau tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tolonglah! Tunaikan tanggungjawab anda dengan pergi mendaftar sekarang!

Ingat!! Setiap undi yang kita beri kepada PAS & PKR, ia akan memberi kemenangan mutlak kepada parti komunis DAP. Jika kita tidak mahu melihat Malaysia dari dijahanamkan oleh puak-puak ini, pada PRU13 akan datang, buatlah pilihan yang dirasakan tepat dan boleh menjamin masa hadapan diri, keluarga dan cucu cicit kita.

Subsidi Minyak Ditambah, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap

    3:00:00 PTG   No comments

DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter.  Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.

Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi.  Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.

Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu.  Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.

Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).

Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat.  Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.

Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.

Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.

Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.

Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat.  Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat.  Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.


Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang.  Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.
Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.

Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang.  Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.

Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan.  Ini yang penulis sebutkan keseimbangan.  Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?
Adakah kerja ini mudah?  Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik.  Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.

Sumber MyKMU.net

Kredibeliti Speaker Dun Selangor Dipersoal..Teng Diminta Undur Diri

    12:30:00 PTG   No comments

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”.

“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012


Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.

Peranan Speaker

Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.

Dalam laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan.

Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.


Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.
Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.

 
Ketelusan dan keadilan


Andainya pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.

Jika tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.

Mungkin Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih oleh speaker dari DAP.

Itu saja jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan & ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan dihormati.

Demi Cintanya Pada Anwar..Kak Wan Rela Terjun Ke Lubang Neraka

    10:00:00 PG   No comments


Wak J: Jangan lindungi perbuatan jahat suami jika tidak mahu terjebur sama dalam api neraka. Belum lagi ada wanita yang bergelar isteri mithali tetapi menjadi penghuni neraka.

Diharap bukan Kak Wan menjadi penghuni yang pertama. Tolonglah nasihat sikit Bang Non bila nak bertaubat.

Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.

Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.

Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.

Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.

Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.

Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.

Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.

Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.

Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.

Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

Rabu, 28 Mac 2012

Pakatan Haram Selangor Samun Duit Rakyat Secara Halal Melalui 'Geran Selangorku'

    12:30:00 PTG   No comments

PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).

Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.

Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.

Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.

Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu.

Bertudung Tapi Masih Lagi Hendak Berbohong..HamPAS Betul!

    10:00:00 PG   No comments

Azmin Ali semestinya sudah boleh tersenyum riang kerana telah berjaya menghuru-harakan seluruh barisan exco kerajaan negeri Pakatan Selangor di bawah kempimpinan seteru utamanya dalam PKR iaitu Khalid Gagap.

Selepas Hasan Ali berjaya menepis segala tuduhan yang dilempar oleh Azmin dengan menghalakan pula tuduhan teresebut kepada seorang exco wanita yang juga merupakan Adun di kawasan Selat Kelang telah menyebabkan keadaan semakin kucar-kacir.

Apabila ada yang tidak mahu mengaku menerima peruntukan besar bagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat masing-masing, maka bermulalah aksi tuduh menuduh antara exco dan bekas exco kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Demi nak menyembunyikan perasaan gelabahnya itu walau peluh jantan sudah mengalir seperti air sungai di sebalik tudung labuh yang dipakai, langkah terakhir yang biasa diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengelak spekulasi dari terus berpanjangan ialah dengan membuat penafian mulut melalui kaedah berbohong.

Halimah dalam jawapanya di Haprakdaily telah menafikan dakwaan yang dilontar oleh Hasan Ali kepadanya dengan menganggap ia sebagai tuduhan liar dan berniat jahat.

Adun Selat Kelang itu juga turut mempelawa para wartawan datang ke pejabatnya sambil membawa kamera untuk melihat sendiri keadaan susana di pejabatnya

Menurut tulisan di Selangor Daily.com yang merujuk kepada sumber dalamanya yang berada di dalam bagunan pentadbiran Kerajaan Selangor, jumlah peruntukan sebanyak RM 349 ribu telah diluluskan untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Halimah yang berada di tingkat 7.

Sehingga kini, sebanyak RM80~90 ribu telah dibayar kepada kontarktor yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian. Baki selebihnya akan digunakan apabila kerja-kerja ubahsuai disambung semula.

Tindak tanduk Halimah Ali yang mewakili muslimah Parti Islam Pas kini dipersoal rakyat kerana sudah mula pandai berbohong berhubung isu peruntukan ubahsuai ruang pejabat yang menelan belanja ratusan ribu ringgit wang rakyat.

Selasa, 27 Mac 2012

Jangan Dibangga Dengan Air Percuma..Jika Bekalan Air Selangor Tidak Mencukupi

    5:00:00 PTG   No comments

Wak J: Jika benar seperti yang dijangka oleh ramai pihak bahawa negeri Selangor bakal berdepan dengan krisis air yang sangat meruncing sekiranya langkah awal tidak diambil sebelum 2014, maka rakyat harus memikirkan lebih awal apa yang perlu dibuat bila tibanya PRU13 nanti.

Air adalah salah satu daripada keperluan asas terpenting dalam kehidupan. Sekiranya tiada bekalan air bersih yang mencukupi, banyak perkara atau rutin seharian yang biasa kita lakukan tidak dapat berjalan dengan sempurna.

Bagi sektor industri yang ada terlibat dengan air ini pasti akan terjejas sekiranya keperluan mereka terhadap air tidak mencukupi. Tentunya ia akan menyebabkan berlaku pelbagai masalah dan kerugian besar yang bakal ditanggung oleh pihak industri sekaligus mengganggu kerancakan perjalanan sistem ekonomi rakyat Selangor.

Tabiat gemar berpolitik dalam apa jua isu yang sering dimainkan oleh pemimpin Pakatan Selangor perlu dihentikan segera demi kepentingan rakyat. Sikap suka menuding jari kepada pihak lain yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Selangor di atas kegagalan mereka dalam mentadbir urus negeri perlu diubah demi kesejahteraan rakyat.

Jaminan yang diberikan oleh Menteri Besar, bahawa bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2014 hanyalah  jaminan kosong yang keluar dari mulutnya sedangkan jalan penyelesaian terhadap krisis air yang bakal melanda negeri Selangor masih lagi menjadi teka-teki hingga ke hari ini.

Rakyat Selangor perlu ingat, air kini bukan lagi boleh dianggap sebagi sumber yang tidak terhad walau hidup kita sentiasa di kelilingi air. Dalam konteks kehidupan, air bersih amat perlu dan penting. Sebarang gangguan bekalan air pasti akan merumitkan lagi keadaan hidup kita.


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor digesa supaya berhenti daripada terus mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air di negeri berkenaan ekoran pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor tidak seharusnya menyalahkan kerajaan Pusat dalam isu berkenaan kerana kadar tarif air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri.

Malah tegas beliau, kerajaan negeri turut bertanggungjawab dalam meluluskan pembinaan projek loji rawatan air itu oleh kerajaan Pusat.

"Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, semua caj air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan Pusat.

"Saya tidak ada kuasa untuk tentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu. Saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di sini, Isnin.

Baca seterusnya di Mstar Online

Kerana Dendam..Para Petani & Penternak Di Selangor Dizalimi

    3:00:00 PTG   No comments

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, itulah perumpamaan yang layak digunakan apabila mengenangkan nasib peladang-peladang di kawasan tersebut sekarang. Usaha keras mereka selama tidak akan berkekalan. Semuanya akan musnah tidak lama lagi.

Pada 14 Mac 2012, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad iaitu sebuah GLC yang diterajui oleh Khalid Ibrahim telah menghantar notis kepada petani-petani di kawasan tersebut agar mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 14 hari. Jika tidak dikosongkan tindakan undang-undang akan diambil.


Alasan mereka bahawa tanah tersebut diteroka secara tidak sah.

Persoalannya kini, jika tanah itu diteroka secara tidak sah, bagaimana mungkin Kementerian Pertanian serta Jabatan Pertanian Selangor boleh terlibat bersekongkol dengan pekebun haram ?

Jika mereka pekebun haram maka sudah tentulah Agro Bank juga tidak akan memberi pinjaman kepada petani-petani di kawasan tersebut.

Sebenarnya apa yang terjadi semuanya adalah kerana dendam politik. Mereka cuba menafikan perjanjian persefahaman yang telah dipersetujui antara kerajaan negeri yang diterajui oleh BN ketika itu dengan Kementerian Pertanian. Jika tiada persefahaman atau diteroka secara haram mana mungkin Jabatan Pertanian boleh terlibat dalam projek tersebut.

Kerana dendam politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik mereka. Inikah yang dinamakan kerajaan kebajikan ?

Baca seterusnya di Selangor Daily

Permintaan Dong Zhong Yang Tidak Masuk Akal Dan Bersifat Perkauman

    12:30:00 PTG   No comments

We begin to see that there is something more about Dong Zhong than just an academic-related organization. Dong Zhong is almost like a ‘religion’ where the Chinese would just echo every song and every beat it makes without thinking twice about the practicality or its consequences.

With the recent protest by Dong Zhong, the Chinese can no longer deny that Dong Zhong or they, themselves in majority, are hard-core racists.

No other organization ever makes race separation in schools as their main objective, but Dong Zhong.

And to take ‘race separation’ even further, Dong Zhong is now insisting that no teachers without the fluency of Mandarin be supplied to the Chinese schools. In other words, the organization refuses to accept teachers from other races because it is only natural that only Chinese are fluent in Mandarin.

Dong Zhong is making all these protest even when they know that only few Chinese are interested in teaching, which makes it impossible for the government to fulfill its demands.

So, what is the real motive behind all these drama that eventually goes to the extent of punching Deputy Education Minister, Wee Ka Siong?

Is Dong Zhong purposely putting some pointless and inane pressure on the government for the sake of showing its power - the Chinese gangster way?

And why does Dong Zhong think that the Chinese schools deserve some kind of special treatment or be given special privilege that are not given to Tamil Schools or even Agama Schools? Note that not all Tamil school teachers can speak Tamil fluently, especially teachers who are there to teach Bahasa Kebangsaan. And not all Agama school teachers can speak Arabic fluently.

So what is so special about the Chinese anyway?

On top of this, Dong Zhong is also aware that there are 60,000 non-Chinese students in Chinese schools. Many of them are Malays or Muslims. As Chinese schools are also subjected to standard Malaysian syllabus and examination, religious teachers are also appointed to these schools to teach Agama Islam subject. Now, if the government is to kow-tow to Dong Zhong’s demands, how many can we find Ustazs or Ustazahs who are fluent in Mandarin to send to these schools?

Or is this Dong Zhong’s cunning way of getting rid of non-Chinese students in Chinese schools?

Obviously, Dong Zhong only concern is that it doesn’t want to have anything to do with other races.

Schools are just a part of the whole racist agenda. The bigger agenda is making sure that no other races be employed or be given opportunities to work in the Chinese dominated economy. For this, they make sure that they clearly state the requirement of Mandarin in most of their job advertisements.

In view of this, it may not be an exaggeration to say that the ultimate goal of Dong Zhong is to ‘overhaul’ Malaysia by erasing any traces of other races, especially the original settlers and claim the country as theirs entirely with the Chinese as the Master and others, as slaves.

Should Dong Zhong keeps harping on their racist and ridiculous demands, we can only suggest for it to privatised the Chinese Schools. Dong Zhong cannot be asking for more contribution or allocation from the government when it has rubbished all that the government had done for the Chinese schools. Allowing the Chinese or other races to have their own schools is already considered as an extraordinary practice by a country, which in itself proved of Malaysian government’s toleration and sincerity. Asking for anything more than this, is called pure greed and evil.

We can only ask why is there so much hatred in Dong Zhong towards other races? Why don’t they want to blend in and live with others in harmony?

Unfortunately, I have no answer to that. Perhaps, it’s just their communist’s blood.

Wak J: Please use Google Translate Ok!

Hampir Semua Exco Pakatan Selangor Terlibat Dalam Penyelewengan Duit Kerajaan Negeri

    10:00:00 PG   No comments

Dari sehari ke sehari, Pakatan Rakyat semakin tidak senang duduk. Pelbagai perkara busuk yang selama ini cuba disembunyikan oleh kepimpinan Pakatan, kian terburai dan terdedah. Para pemimpin Pakatan yang terlibat pula semakin kuat melatah dan kelihatan semakin kelam-kabut untuk menutup onar yang telah mereka lakukan.

Hampir tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang bersih seiring dengan slogan dan retorik yang mereka laungkan sebelum ini. Sebaliknya pendedahan menunjukkan para pemimpin utama Pakatan Rakyat Selangor saling berkait dan terkait dalam penyelewengan, skandal selain ketidakupayaan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Bermula dengan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sekarang ini merupakan Exco Agama Islam Selangor sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin kecil PKR yang lain, kepincangan terlalu ketara berbanding kesempurnaan yang diretorikkan.

Azmin Ali dalam usahanya untuk memalukan Hasan Ali telah mendedahkan bagaimana bekas Exco Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur Awam itu melakukan ‘pembaziran’ dengan pengubahsuaian pejabat yang menelan perbelanjaan lebih RM300,000. Malah dia turut mendakwa Hasan Ali juga telah menggunakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menganjurkan sebuah persidangan.

Mungkin sekali imbas, ianya kelihatan seperti satu cucukan terhadap Hasan Ali, terutama selepas Hasan Ali membalunnya dalam Sidang DUN beberapa hari lepas, tetapi kalau diperhatikan secara halus, maka dapatlah kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan wang rakyat di Selangor seolah-olah wang rakyat itu adalah peninggalan pusaka keturunan datuk nenek mereka.

Ketika Hasan Ali berada dalam kumpulan Pakatan Rakyat, mulut Azmin Ali tidak pula terbuka sekalipun Sidang DUN sudah beberapa kali dijalankan semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN. Dan yang paling menarik, pendedahan yang dibuat oleh Azmin Ali adalah berdasarkan kepada Laporan Audit tahun 2010. Dengan kata lain, Azmin Ali terpaksa mengambil masa selama lebih 2 tahun untuk melakukan pendedahan dan hanya selepas Hasan Ali tidak berada dalam barisan Exco lagi.

Azmin Ali secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat di Selangor telah melakukan pecah amanah yang sangat besar. Bagaimana pula dengan laporan 2010 dan laporan 2011? Kalau tahun 2009, Hasan Ali seorang sahaja melakukan pembaziran, amat mudah untuk mengatakan, Exco-Exco yang lain, termasuklah Menteri Besarnya juga melakukan pecah amanah dan penyelewengan yang maha dahsyat. Dek kerana itulah, mereka tidak berani bercakap, mendedahkan mahupun bersuara tentang pembaziran yang telah dilakukan oleh Hasan Ali kerana masing-masing sentiasa menjga periuk nasi mereka.

 Baca seterusnya di Selangor Daily

Isnin, 26 Mac 2012

Nurul Izzah Bakal Dapat Adik Tiri Lagi Hasil Dari Perzinaan Papanya Bersama Chinadoll

    5:00:00 PTG   No comments
Maaf, tajuk artikel tiada kena mengena dengan cerita yang sebenar

Pencacai Pakatan Pembangkang kini seperti manusia yang sudah hilang pedoman hidup kerana tanpa segan silu menabur fitnah walau mereka sendiri tahu apa yang mereka sampaikan itu adalah tidak benar.

Setelah kehabisan modal untuk mengkondem segala usaha murni yang dilakukan oleh Kerajaan BN dalam membantu rakyat, taktik keji yang terakhir mereka terpaksa gunakan ialah dengan melakukan pembunuhan kerektor terhadap individu yang dilihat begitu lantang mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Haprak di negeri yang ditadbirnya

Selepas Shahrizat Jalil, kini tiba pula giliran Noh Omar selaku Tim. Pengurusi BN Selangor cuba di-slow down-kan langkahnya. Corak agrasif yang ditonjolkan oleh Noh Omar ketika membuka segala pekung busuk kerajaan negeri Pakatan Haparak Selangor telah membuatkan seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Haprak merasa tergugat kerana mereka risau jika dibiarkan pendedahan yang dibuat terus berlaku akan menyebabkan peluang untuk Pakatan Haprak mengekalkan penguasaan di Selangor adalah tipis.

Pendedahan melalui foto yang disebarkan oleh pencacai Pakatan Haprak di ruang maya mendakwa kononya Noh Omar sedang berfoya-foya bersama wanita bukan isterinya adalah satu fitnah jahat yang paling tolol dalam sejarah  teori fitnah dunia, kerana fitnah tersebut disebarkan tanpa terlebih dahulu dibuat sebarang penyelidikan atau usul periksa.

Mungkin apa yang ada dalam kepala otak pencacai Pakatan Haprak ini hanya pemimpin mereka sahaja mampu dan layak berbini ramai dan mempunyai kekasih gelap di luar seperti Anwar Ibrahim dan Ostad Badrul Amin. Apabila terlihat foto pemimpin BN seperti Noh Omar bersama wanita lain yang agak asing pada pandangan mata mereka, tanpa usul periksa ia terus digunakan sebagai modal untuk menyebarkan fitnah.


 
Ternyata Pakatan Haparak kantoi all the time..Wanita di dalam foto tersebut adalah isteri Noh Omar yang sah! Cuma yang tak pasti ialah wanita itu adalah isteri sah Noh Omar yang ke berapa. Hanya berdasarkan foto yang dibekalkan oleh ketua pencacai Pakatan, tiada isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam pemimpin BN tersebut. Situasi yang dapat kita lihat di dalam foto tersebut adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri samada di rumah atau di majlis-majlis tertentu.

Adalah lebih baik pencacai Pakatan ini berhenti dari menyebar fitnah sambil menasihatkan para pemimpinya yang kini sedang menghadapi krisis moral yang paling teruk agar mengubah perangai dan tabiat seksual masing-masing.

Cukuplah dengan membuat perkara terkutuk seperti berzina dan menjalinkan hubungan sulit bersama isteri orang, dan jangan ditambah pula dengan dosa yang lain. Sudah ada saluran yang sah, lubang haram juga yang hendak ditoronya. Itulah pemimpin Pakatan Haprak yang bernafsu buas dan songsang!



Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.