Rabu, 30 April 2014

Mendengar Catuan Air Ditamatkan, Air Yang Ditadah Dibuang Jangan

    8:52:00 PTG   No comments
catu-air-hujan-selangor

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan catuan air ke atas pengguna akan berulang, walaupun catuan dihentikan berkuatkuasa esok.
  
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun memberi jaminan bahawa bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur bagi tempoh lima ke enam bulan akan datang adalah mencukupi.
  
"Kita tidak boleh beri jaminan catuan air ini tidak berulang.
  
"Tetapi melalui usaha yang sedang dijalankan dengan menggunakan air alternatif seperti sumber air hujan, air kolam dan bekas lombong kita yakin bekalan air cukup untuk keperluan pengguna sekurang-kurangnya untuk tempoh ke lima dan enam bulan akan datang," katanya.
  
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, beliau berkata Kerajaan Selangor hari ini memutus menghentikan pelan tindakan catuan air serentak di semua kawasan terlibat mulai esok.
  
Abdul Khalid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu menunggu air di empangan mencapai takungan 50 peratus untuk menghentikan catuan.
  
Ini kerana usaha keras termasuk mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air mampu meningkatkan lagi paras air empangan, katanya. - Bernama

Anwar Tak Yakin Dengan Hudud PAS

    12:10:00 PG   No comments
anwar-tolak-hudud

Wak J: Jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini, Anwar Ibrahim adalah pesalah Hudud pertama yang akan di hukum dengan rejam sampai mati kerana meliwat bekas pembantunya. Selepas itu baru lah tiba giliran Mustaf Ali, Setiausaha Agung PAS dan diikuti pula pemimpin Pakatan lain yang sering melakukan perbuatan maksiat.

Sebab itu lah Anwar hingga sekarang masih berdolak-dalih apabila soalan setuju atau tidak Kelantan melaksankan hukum Hudud diajukan padanya. Kalau boleh Anwar tidak mahu hukum Hudud digubal menjadi undang-undang tertinggi negara. Tak boleh halang cara kasar, Anwar akan guna cara halus. Paling mudah ugut dengan Buku Jingga yang menjadi kitab suci baru Pakatan Pembangkang yang ditandatangani bersama Hadi Awang dan Lim Kit  Siang.

Wak harap PAS pusat tidak masuk campur dengan memberi tekanan kepada PAS Kelantan dalam isu Hudud ini. Selalunya situasi begini akan terjadi bila Anwar Ibrahim dan kawan kafirnya dari DAP menggunakan kuasa 'veto' mereka dalam Pakatan untuk menghalang apa sahaja perkara yang dirasa boleh merosakkan agenda PR untuk menawan Putrajaya.

Anwar: Beri masa PR bincang hudud

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PR akan mengadakan satu perbincangan khas sebelum sesuatu ketetapan berhubung usaha Pas membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dibuat di Parlimen.

Menurutnya, perbincangan merupakan ruang terbaik yang perlu digunakan untuk memperhalusi sebarang masalah atau kekangan khususnya berkenaan hukum hudud.

“Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah Pas berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu. Perbezaan pendapat sepatut dirai dan dibincangkan bersama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Anwar berkata, Pas sudah mula menjelaskan langkah melaksanakan hukum hudud kepada PKR dan DAP tetapi perkara itu belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kepimpinan.

“Ianya akan dibuat dalam masa terdekat dan saya rasa ianya akan berjalan lancar,” katanya.

Selain itu, Anwar turut khuatir kelemahan sistem kehakiman di negara ini khususnya dari sudut perundangan bakal menyukarkan implementasi atau pelaksanaan hudud di mahkamah.

“Hudud boleh dilaksanakan sekiranya sistem kehakiman itu bebas dan adakah hakim yang bakal melaksanakan hukuman itu juga telus?,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengkritik alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Amerika, Barack Obama berkenaan ‘gangguan’ yang dihadapi terutama membabitkan hal-hal pentadbiran.

“Ini alasan yang tidak bijak dan sama sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata, alasan yang diberikan Najib itu juga hanyalah untuk menutup kelemahan selain cuba menuding jari menyalahkan pihak lain.

Katanya, pandangan itu turut disampaikan beliau kepada Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice dalam pertemuannya dengan pemimpin PR, semalam.

Selasa, 29 April 2014

Pemilihan PKR Dicemari Penipuan, Johari Abdul Tergelak Lihat Anwar Tunjuk Kemaluan

    9:50:00 PTG   No comments
johari-abdul-seks-anwar

Wak J: KAH..KAH..KAH..
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memberi layanan istimewa terhadap mana-mana pemimpin yang melakukan penipuan pada pemilihan parti kali ini termasuk calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong sepenuhnya tindakan JPP untuk melakukan siasatan terhadap insiden pemilihan peringkat Cabang di Batang Sadong kerana PKR menentang sebarang elemen kecuaian dan penipuan.

"Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada JPP. Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana penipuan.
"Kita bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melindungi penipuan. JPP tidak terikat dengan pimpinan parti. Ia badan bebas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.
Anwar berkata, sebaik saja hasil siasatan mendapati wujudnya kecurangan,  kecuaian dan penipuan, tindakan disiplin akan diambil tanpa mengira siapa calon yang menang.

"Sebaik saja kita dapati ada unsur penipuan, arahan untuk siasatan dilakukan, batal atau tangguh pemilihan akan dikeluarkan. Ini pendirian kita tak kira siapa calon yang bertanding," katanya.

Jelas Anwar, JPP yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Johari Abdul dan jawatankuasa aduan, Abdul Malek Hussain telah turun ke kawasan terbabit (Batang Sadong) untuk mendapatkan keterangan mengenai insiden tersebut.

"Mereka telah pergi ke Batang Sadong untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Pada Ahad, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi undi di cabang tersebut.

Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

JPP pada Isnin menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa sama berlaku 'blackout'.

Ahad, 27 April 2014

Gagal Urus Isu Air, MB Selangor Perlu Contohi PM Korea Selatan Letak Jawatan

    12:46:00 PTG   2 comments
khalid-ibrahim-letak-jawatan

AIR BERSIH merupakan keperluan terpenting dalam kehidupan manusia. Ada orang kata, biar hidup bergelap tanpa bekalan elektrik daripada hidup sengsara tanpa air bersih.

Hampir tiga bulan rakyat Selangor hidup tanpa bekalan air bersih yang mencukupi. Semua ini terjadi disebabkan oleh kegagalan  Menteri Besar mengurus isu air dengan cekap walau peringatan telah diberi tahu dan kajian tentang masalah ini telah dibuat bertahun-tahun lamanya.

Sehingga hari ini rakyat Selangor masih lagi berdepan dengan catuan bekalan air. Masalah yang sama juga dihadapi pihak industri yang menggunakan air untuk menjalankan operasi kilang mereka.

Semenjak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, tidak ada satu pun tindakan fizikal yang diambil untuk menyelesaikan masalah air ini. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja kerajaan negeri baru hendak bertindak dengan menyedut air dari bekas lombong tinggal sebagai plan sokongan sebelum berdepan krisis air paling besar yang dijangka berlaku dalam tempoh masa dua atau tiga bulan lagi.

Masalah catuan bekalan air yang berpanjangan ini sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun kerana negeri Selangor merupakan negeri yang paling maju dalam Malaysia. Sepatutnya kerajaan negeri perlu peka dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan masalah ini dengan membuat perancangan rapi sebelum ia berlaku.

Seperti mana pentingnya air pada kehidupan kita, maka masalah catuan bekalan air yang berlaku sekarang di Selangor,  merupakan kegagalan paling besar Khalid Ibrahim dalam rekodnya mentadbir kerajaan negeri. Oleh itu, MB Selangor wajar meletak jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri Korea Selatan kerana gagal membendung dan bertidak dengan betul dan pantas dalam menyelesaikan kemelut isu air yang tidak berkesudahan ini.

pm-korea-selatan

Feri karam: PM Korea Selatan letak jawatan

SEOUL - KOREA SELATAN. Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won sebentar tadi mengumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya.

Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya.

“Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragedi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.

“Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya

Dalam insiden berkenaan, Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang - kebanyakan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti, lapor AFP

Jumaat, 25 April 2014

Astro Awani Pun Dah Pandai Main Bangsat!

    11:06:00 PTG   2 comments
Wak J: Tajuk berita yang ditulis oleh Astro Awani dalam web portal miliknya telah mengundang banyak komentar negatif di laman sosial terhadap Tun Mahathir dalam isu Hudud. Wak dapati tajuk utama berita yang ditulis itu seperti disenghajakan bertujuan untuk menimbulkan salah faham dan mahu memburuk-burukkan nama Tun m.

Jika dibaca dan diteliti seluruh isi kandungan berita yang ditulis, dengan jelas dan mudah difahami, Tun M secara konsisten sejak dari dulu lagi menolak hukum Hudud yang mahu dilaksana PAS kerana hukum tersebut tiada unsur keadilan seperti yang disyariatkan Islam dan hukum hudud PAS itu juga hanya tertakhluk kepada orang Islam sahaja sedangkan persamaan antara orang Islam dan Kafir ialah berkongsi PENCIPTA yang sama.

Kalau ye pun Astro Awani mahu menarik orang datang membaca artikel yang ditulis dalam portal beritanya, tidak perlu memasukkan unsur provokasi walau hanya sekadar tajuk untuk dijadikan bahan pelaris berita. Lain lah kalau portal berita Astro Awani ini adalah sebuah blog picisan yang dimiliki oleh blogger jalanan yang tidak bertuan ataupun portal berita pro Pembangkang yang dipenuhi dengan fitnah dan tohmah.
KUALA LUMPUR: Walaupun didesak supaya menarik balik kenyataan dan bertaubat, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap teguh dengan pendirianya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan Enakmen Kanun jenayah Syariah II di negeri Kelantan.

“Pendirian saya dari dahulu sehingga sekarang tidak berubah. Hudud ini adalah sebahagian dari syariah Islam dan ianya memang baik tetapi bolehkah orang Islam melaksanakan hukum hudud mengikut kehendak agama,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini.

Tambahnya lagi, beliau sememangnya tidak percaya hasrat pihak yang hendak melaksanakan hukum hudud itu kerana ianya tidak mengutamakan keadilan seperti yang dikehendaki oleh hukum hudud Islam tetapi perlaksanaannya lebih menjurus kepada hukum hudud pihak tersebut.

“Dalam Al-Quran ada 43 ayat yang menyebut tentang keadilan tetapi apa yang ditumpukan kini bukanlah keadilan hukum sebaliknya ianya lebih ditumpukan kepada cara bicara seperti mesti mempunyai empat orang saksi dan hukum yang akan diberikan itu mestilah berat,”.

“Meskipun dikatakan bahawa orang Islam itu bersaudara, ada juga orang Islam yang selalu mencabul dan mengetepikan ajaran agama Islam seperti membunuh dan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.”

Beliau berkata dalam Islam bukanlah hukuman berat yang menjadi perkara utamanya tetapi keadilan yang harus dijulang dan diutamakan.

“Kalau hendak potong tangan orang pun mestilah adil kerana di negara kita ini ada kaum Cina, India, Melayu, Islam dan bukan Islam. Jika semua orang Islam yang buat salah kena potong tangan sampai kudung tetapi orang bukan Islam sahaja yang masih mempunyai tangan, bagaimana pulak itu?,” tegas Tun Dr Mahathir lagi.

Tun Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan buku ‘Saya, SPR dan Pilihan Raya’ tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Selasa lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta bekas Perdana Menteri itu supaya menarik balik kenyataanya dan bertaubat kerana dikatakan mengkriti

Ini berikutan gesaan Tun Dr Mahathir supaya kerajaan negeri Kelantan mengkaji semula hasrat negeri itu untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah hudud dan qisas.

Sumber: Astro Awani

Khalid Jamin Air Lombong Selangor Selamat Dan Berkhasiat!

    9:11:00 PTG   No comments
Khalid-air-lombong

Wak J: Kenapa air lombong dijadikan pilihan? Menteri Besar Selangor kata air dari lombong tinggal selamat digunakan walau di dasar lombong tersebut mengandungi bahan logam berat yang boleh mendatangkan mudarat kepada siapa sahaja yang menggunakan air itu seperti penyakit kulit.

Untuk membuktikan air lombong di Selangor benar-benar selamat digunakan seperti yang dinyatakan oleh MB Selangor ini dalam sidang medianya, apa kata Khalid Ibrahim sendiri menjadi orang pertama menggunakan air lombong tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar sebagai jaminan bahawa air itu terbukti selamat dan tidak memberi sebarang kesan sampingan.

Khamis, 24 April 2014

Selangor Cukup Air Hingga Syawal Ini? MB Selangor Temberang Lagi!

    12:20:00 PG   4 comments
khalid-ibrahim-catu-air

Wak J: Kalau dari dulu lagi kerajaan negeri Selangor sudah mengeluarkan belanja sebanyak ini untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi walau berdepan musim kemarau, tak adalah rakyat Selangor perlu bersusah-payah memikul tong air setiap hari menaiki tangga hingga ke tingkat lima macam sekarang.

Kegagalan kerajaan negeri Selangor menyediakan sumber air yang mencukupi untuk kegunaan harian rakyatnya dan juga keperluan industri, adalah bukti nyata bahawa menteri besarnya tidak cekap mentadbir urus negeri dan wajar meletak jawatan sebelum masalah lebih besar melanda.

Sudah bertahun-tahun kerajaan negeri Selangor diingatkan supaya bersiap sedia untuk mendepani krisis air yang dijangka melanda pada tahun 2014. Namun semua peringatan ini tidak dipeduli, malahan isu air ini turut dijadikan modal politik oleh pemimpin mereka.

Lima tahun lepas Khalid Ibrahim pernah memberi jaminan bahawa negeri Selangor cukup air sehingga 2016, namun sebaliknya berlaku. Hari ini Khalid Ibrahim memberi jaminan yang sama iaitu Selangor cukup bekalan air sehingga Ramdhan dan Syawal depan. Adakah boleh dipercayai jaminan si penipu ini?

Disebabkan kedegilan Khalid Ibrahim dan kebebalan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor, rakyat pula yang menanggung akibatnya. Sekiranya projek Langat 2 dimulakan pada lima tahun lepas, sudah tentu rakyat Selangor tidak perlu berdepan dan krisis air seteruk ini, dan kerajaan negeri pula tidak perlu membelanjakan wang rakyat yang banyak semata-mata untuk membeli pam air yang belum tentu lagi mampu menampung keperluan air untuk kegunaan domestik dan industri.

tun-m-water-crisis

Belanja RM10 Juta, Usaha Terbaru Selesai Isu Air

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor sedia menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
  
Beliau berkata setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
  
Katanya, walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50 peratus namun empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada pengguna.
  
Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang.   

"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.
 
Sehubungan itu, beliau berkata exco negeri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari kolam bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
  
Katanya, sembilan buah pam berkeupayaan tinggi akan disediakan bagi mempastikan kerja-kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
  
Beliau berkata infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal.
  
Ini sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara Mei sehingga September ini, kata beliau.
  
"Kerja mengepam itu telah dimulakan sejak tiga hari lalu, melibatkan sembilan daripada lebih 26 bekas lombong bijih timah yang ada di negeri ini," kata Abdul Khalid.
  
Menurutnya, pam berkapasiti tinggi itu mampu mengepam air sebanyak 50 juta liter sehari.
  
"Jadi pengguna tidak perlu bimbang bila tiba musim kering nanti kerana kita sudah ada perancangan untuk enam bulan seterusnya.

Selasa, 22 April 2014

Anwar Kesal Obama Malu Berjumpa Denganya

    8:57:00 PTG   No comments
pudin-jerawat-batu

Wak J: Ini orang memang jenis muka tak tahu malu.

PETALING JAYA - PKR kesal apabila lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia pada Sabtu ini tidak mempertemukan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausahanya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai sebuah negara yang menjuarai dan mempromosikan amalan demokrasi, kebebasan dan keadilan, Obama sepatutnya prihatin terhadap keperluan pertemuan tersebut.

"AS maklum pada PRU lepas, kerajaan BN membentuk kerajaan hanya melalui undi popular 47 peratus, PR pula perolehi 52 peratus undi popular.

"Ia sudah tentu memberikan satu perhatian pentadbiran Obama bahawa sokongan rakyat Malaysia kepada PR," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut lawatan Obama ke Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina pada akhir bulan ini dan dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala serta serantau.

Antara isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan antara Presiden Amerika itu dengan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, pertemuan itu digesa dilakukan bukan bertujuan mahu melibatkan Obama campur tangan dalam pentadbiran negara ini sebaliknya menghormati amalan demokrasi.

Isnin, 21 April 2014

Gila Publisiti Walau Sudah Mati!

    10:17:00 PTG   6 comments
karpal-dog-of-jelutong
Wak J: Mati susah, hidup pun susah. Biasa lah, kalau parti Pembangkang asyik maki dan hina akhbar arus perdana seperti Utusan, NST, Star dan Berita Harian dengan pelbagai tohmahan dan sindiran, sudah tentulah akhbar-akhbar ini tidak mahu menayangkan muka Karpal Singh di muka hadapan akhbar mereka.

Atas nama kebebasan media atau akhbar, terpulang kepada media arus pertadana ini samada mahu menyiarkan atau tidak sebarang berita tentang Karpal atau pemimpin Pembangkang yang lain. Media milik Pembangkang sendiri juga tidak pernah melaporkan berita yang baik dan benar tentang pemimpin negara.

Jadi tiada masalah dan tidak menjadi isu sekiranya akhbar berbahasa Melayu dan Bahasa Inggris milik orang Melayu ini tidak mempedulikan kisah pemimpin Pembangkang samada masih hidup atau yang sudah mati.

Lagi pun Karpal Singh ini siapa? Tiada faedah yang boleh kita dapat sekiranya akhbar arus perdana setiap hari menyiarkan berita tentang Karpal. Cukup lah orang Melayu merasa benci terhadap peguam liwat Anwar ini semasa dia masih hidup. Biar lah Karpal pergi menemui penciptaNya dengan hati yang tenang sambil dirigi doa dari alim ulama PAS yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan Karpal dunia dan akhirat.

karpal-akhbar-melayu

Berita Kematian Karpal Gagal Hiasi Muka Depan Akhbar Milik Melayu

Perarakan besar-besaran menghantar mayat tokoh DAP Karpal Singh ke tempat pembakaran semalam nampaknya gagal menghiasi muka depan harian berbahasa Melayu dan Inggeris negara ini.

Sebaliknya, kesemua harian berbahasa Cina menyiarkan laporan berkaitan yang dianggarkan 15,000 memberikan penghormatan terakhir dalam perarakan 2 kilometer yang menyebabkan kesesakan teruk jalan raya.

Berita Harian, sebagai contoh, memaparkan acara tangkapan 88 orang dalam “pesta liar” di George Town.

Laporan berkaitan Karpal dimuatkan di halaman ke-13 dengan gambar acara penghormatan itu.

Akhbar Umno Utusan Malaysia pula memilih insiden nahas bas di Pekan yang mengakibatkan seorang pelancong meninggal dunia.

Manakala laporan berkaitan penghormatan terakhir kepada Karpal di halaman 8.

Harian berbahasa Inggeris seperti NST dan the Star pula memuatkan laporan itu di halaman 12, lapan dan enam.

Sebaliknya, kesemua akhbar berbahasa Cina memberikan halaman penuh bergambar di muka depan berkenaan kematian Karpal, malah, dengan gambar-gambar menarik hari penghormatan terakhir di dalamnya.

Untuk ketiga-tiga harian berbahasa Cina, kesemua 19 halaman didedikasikan untuk mendiang.

Sumber: Malaysiakini

Ahad, 20 April 2014

Khalid Ibrahim Yang Bodoh, Tapi Operator Kilang Nestle Pula Akan Diberhenti Kerja

    3:07:00 PTG   1 comment
Wak J: Pekerja kilang Nestle Malaysia yang berpusat di Shah Alam kini sudah boleh menyelak muka surat mana-mana akhbar tempatan yang menawarkan peluang pekerjaan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum diberhentikan kerja.

khalid-ketawa-besarSemua ini boleh menjadi kenyataan sekiranya kerajaan negeri Selangor masih lagi gagal mencari punca air terawat untuk menyelesaikan masalah catuan  yang sudah berlelarutan sejak berbulan lalu yang bukan sahaja menyusahkan rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian mereka, malah mendatangkan kerugian berjuta ringgit  kepada para pelabur.

Sistem catuan air yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mula memberi kesan kepada pendapatan negeri itu sendiri. Ketiadaan idea atau cadangan pragmatik daripada Kerajaan Negeri menambahkan lagi masalah yang sedang melanda Selangor.

Justeru tidak hairanlah apabila wakil DAP mencadangkan agar Kerajaan Negeri segera menarik semula perintah catuan air yang dibuat sekarang.

Sudah banyak syarikat terutama sekali yang berasaskan makanan mulai merungut dan mengadu tentang kerugian yang mereka perlu hadapi setiap hari. Terbaru adalah Nestle yang mempunyai kilang besar di Shah Alam.

Catuan air telah membuatkan kilang tersebut kerugian antara RM12 juta sehingga RM15 juta setiap hari. Sekaligus gangguan berkenaan turut memberi kesan kepada masa hadapan para pekerja di kilang tersebut yang jumlahnya melebihi 300 orang. Pengurusan kilang tersebut, pastinya akan mengambil langkah terakhir iaitu membuang semua tenaga kerja dan seterusnya memindahkan lokasi operasi ke kawasan lain yang lebih terjamin.

Dan sudah pastilah, lokasi baru yang akan menjadi perhatian pengurusan NESTLE adalah di Indochina yang tidak sahaja memberikan jaminan tentang bekalan air, bahkan tenaga kerja yang lebih murah dan kurangnya kerenah politik terutama sekali membabitkan politik di kalangan para pekerja mahupun gangguan daripada pemimpin-pemimpin politik setempat yang gemar menghasut dan mengganggu urusan serta perjalanan kilang berkenaan.

NESTLE bukanlah satu-satunya kilang besar yang sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk berpindah lokasi ke Indochina sebaliknya beberapa kilang besar yang lain turut menunjukkan kecenderungan yang sama. Pelabur-pelabur yang dibawa masuk dari zaman pentadbiran Barisan Nasional, nampaknya cuba dihalau keluar oleh Pakatan Rakyat.

Baca juga di sini

Sabtu, 19 April 2014

MB Selangor Yang Bodoh, Sombong Dan Menyusahkan

    12:26:00 PG   6 comments
khalid-zalimi-rakyat-selangor

Wak J: Jika Menteri Besar Selangor ini bodoh kerana tidak tahu mengurus air dan mentadbir negeri, wak yakin ramai masih boleh menerima kebodohanya itu. Tapi, kalau dah bodoh kemudian berlagak sombong, memang layak dirinya dimaki rakyat Selangor kerana sikapnya itu.

Tindakan Khalid Ibrahim menolak bantuan yang dihulur kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha mengurangkan beban ditanggung oleh rakyat Selangor kesan dari catuan bekalan air ini merupakan satu tindakan yang sangat tidak berotak kerana tidak kena masanya.

Khalid Ibrahim merupakan seorang bekas tokoh koprat sebelum menjadi Menteri Besar, hidupnya pula sudah kaya raya. Rumahnya sentiasa dilimpahi air dan tidak pernah dilanda kemarau. Sebab itulah, MB Selangor ini tidak peduli sangat nasib rakyat bawahan yang sedang menanggung derita akibat bekalan air bersih terpaksa dicatu sejak berbulan yang lepas.

Duit adalah segala-galanya bagi Khalid Ibrahim. MB Selangor ini lebih rela melihat rakyatnya menderita tidak mendapat bekalan air bersih yang secukupnya dari melihat duit rizab simpanan tunai kerajaan negeri yang dikumpulnya sejak Pakatan mengambil alih Selangor dari dibelanjakan.

Apa salahnya Khalid Ibrahim terima sahaja bantuan  air dari kerajaan Negeri Sembilan dengan mengeluarkan sedikit belanja untuk kepentingan rakyat yang kini sangat memerlukan bantuan dari kerajaan negeri. Oleh kerana sifat kedekut dan ego Khalid Ibrahim ini jadi punca Azmin Ali begitu beriya-iya mahu dia meletak jawatan.

khalid-ibrahim-tidur

Akibat Kesombongan Khalid Ibrahim, Rakyat Selangor Pula Yang Tanggung Derita

SEREMBAN: "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.
Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.

Khamis, 17 April 2014

Giliran Siapa Selepas Karpal? Anwar? Kit Siang?

    11:36:00 PTG   11 comments
kit-siang-anwar

Wak J: Sayu hati wak bila mendengar berita peguam bela paling tersohor negara telah meninggalkan kita untuk bertemu dengan penciptaNya buat selama-lamanya.

Walaupun, semasa hayatnya bekas pengurusi DAP Kebangsaan ini adalah di antara individu yang paling lantang menentang Islam terutama sekali dalam isu Hudud, namun wak cukup mengkagumi ketokohan dan keteguhan pendiriannya dalam menyuarakan sesuatu isu.

Dalam hati ini tertanya-tanya, kenapa Karpal Singh yang pergi dahulu bukanya Anwar Ibrahim. Boleh dikata hampir setiap hari rakyat Malaysia berdoa supaya Anwar lenyap dari muka bumi ini atau bersara dari arena politik. Namun sebaliknya pula yang berlaku.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sekarang apabila orang kepercayaan Anwar Ibrahim satu persatu mula menjauhi dirinya atau dicabut nyawanya.

Pasti kita akan merindui mendiang Karpal Singh walau ramai yang sedang mengucap kesyukuran di atas pemergian penguam bela kes liwat Anwar Ibrahim ini di laman sosial. Tiadanya Karpal dalam arena politik tanah air, maka hilanglah lagi satu modal politik buat blogger pro Kerajaan untuk menghentam Pakatan Pembangkang.

Semoga Karpal bersemadi dengan aman di Nuraka Jahannam!

IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama

Khamis, 3 April 2014

Penculikan Warga China Di Sabah, Anwar Mungkin Tahu Siapa Dalangnya

    11:28:00 PTG   No comments
anwar-dalang-lahad-datu-sabah

Wak J: Wak bukan mahu menuduh sesiapa pun dalam isu penculikan yang berlaku di Sabah baru-baru ini. Pihak polis pula mempercayai kejadian penculikan tersebut telah didalangi oleh 'orang dalam' yang tahu tentang selok-belok jalan tikus untuk meloloskan diri apabila selesai melakukan jenayah.

Bila sebut pasal orang dalam, hanya seorang sahaja yang layak untuk dirujuk bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang penculikan ini dan orang itu ialah Anwar Ibrahim. 

Pesalah liwat yang bakal dipenjarakan ini bukan sahaja hebat bermain belakang jantan malah mahir mengesan siapa 'orang dalam' yang disyaki oleh polis ini selain Anwar sendiri pernah didakwa oleh banyak pihak penah menjadi 'orang dalam' semasa berlaku pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu tidak lama dulu.

Sebelum tanya Anwar apa sebab goyang walau Sabah tak hilang, kita cari dulu Menteri KDN, Zahid Hamidi ke mana dia menghilang.

Polis Percaya Penculikan Didalangi Orang Dalam

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib berkata, polis mempunyai sebab kukuh untuk mempercayai kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna semalam didalangi pihak dalam yang mahir akan selok-belok pusat peranginan tersebut.

“Di sekeliling pusat peranginan tersebut mempunyai suatu sistem halangan di mana tali rentangan dan sebagainya diletakkan agar bot-bot tidak mudah masuk.

“Tetapi hanya orang yang benar-benar mahir sahaja yang tahu, yang boleh masuk dengan mengikuti alur-alur tersebut. Dan enjin bot tersebut tidak akan tersangkut pada tali-tali tersebut,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat Kontinjen polis Sabah, Kepayan petang tadi.

Katanya, beliau telah mengarahkan beberapa serbuan dibuat dan "kita juga mempunyai beberapa keterangan yang boleh kita percayai boleh membantu kita.”

Mengenai tahap keselamatan yang dijalankan di sekitar perairan Semporna selama ini Hamza berkata, mereka telahpun melakukan yang terbaik.

Katanya, pihak polis dan pasukan keselamatan yang lain hampir setiap malam melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Ketika ditanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku di sebalik kekerapan rondaan tersebut, Hamza (kanan) berkata, para penculik, selain mahir dengan sistem tali rentangan tersebut, mereka turut kelihatan masak mengenai masa rondaan pihak keselamatan.

“Seperti yang saya katakan tadi, kejadian ini dilakukan oleh orang dalam. Mereka tahu bila masanya rondaan dibuat. Sebelum kejadian tersebut, pihak keselamatan ada melakukan rondaan. Penculikan hanya berlaku selepas mereka beredar dari situ,” katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media itu.

Buat masa ini, katanya, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Tetapi polis Sabah yakin mereka mempunyai petunjuk yang boleh membantu mereka.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi Jabatan Siasatan Jenaya (JSJ) telah diarahkan untuk membuat tangkapan, kata Hamza.

Menurutnya lagi, polis percaya dan menganggap suspek adalah dari golongan KFR (Kidnapping For Ransom). Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

Lazimnya mengikut sejarah penculikan di Sabah, para penjenayah akan melakukan penculikan sebelum menyerahkan mangsa kepada kepada kumpulan yang boleh mendapatkan habuan lebih.

“Kebiasaannya mangsa culik akan diserahkan kepada kumpulan pecahan Abu Sayaff. Tetapi kita yakin kita telah mengenal pasti kumpulan penculik ini. Tetapi bukan satu kumpulan, mungkin ada dua, tiga kumpulan. Tetapi tak lari daripada yang disyaki,” katanya optimis.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh orang yang menaiki bot mendarat di Singamata Reef Resort dan melakukan penculikan.

Tiga daripada mereka naik ke darat dengan memakai topeng serta bersenjata dan menculik seorang wanita berusia 40 tahun warganegara Filipin Marcy Dayawan@Mimi yang bekerja di pusat peranginan tersebut.

Turut diculik adalah seorang wanita warganegara China Gao Hua Yun dari Shanghai yang berusia lingkungan 20-an.

Kenyataan bahawa penculik tersebut tersebut menuju ke asrama pekerja dengan bertopeng lalu menculik wanita Filipina tersebut memperlihatkan kemahiran mereka akan selok-belok tempat tersebut.

Ini turut menguatkan lagi syak pihak polis bahawa orang dalam turut terlibat dalam insiden tersebut.

Hasil siasatan awal polis mendapati wanita Filipina itu telah bekerja di pekan Semporna sebelum dipindahkan ke Resort tersebut yang terletak dalam jarak dua batu nautika dari pekan itu.

Menurut Hamza lagi, polis akan menyiasat secara mendalam kejadian tersebut termasuklah kaitan wanita Filipina itu dengan kumpulan penculik.

Mengenai wanita China yang diculik itu, Hamza berkata, mereka percaya dia berada di tempat yang salah pada masa yang salah kerana dia kebetulan berdiri di verandah bilik ketika penculik melalui tempat itu semasa melarikan wanita Filipina tersebut.

“Penculik ternampak wanita China itu lalu turut menangkapnya. Kami percaya dia adalah mangsa penculikan rambang dan dijadikan ‘shield’,” kata Hamza sambil menambah wanita itu adalah seorang pelajar Universiti di China yang datang ke Semporna untuk mengambil lesen menyelam.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 61 pelancong di pusat peranginan tersebut dan 59 daripadanya warganegara China, seorang warganegara Malaysia dan seorang warganegara Iran.

Namun selepas kejadian, ada di antara mereka memutuskan untuk terus berada di pusat peranginan tersebut selepas keterangan mereka diambil. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Mengenai dua dua mangsa culik itu, polis dengan maklumat yang mereka perolehi percaya mereka masih berada dalam keadaan selamat dan berada di luar Sabah.

Kejadian penculikan ini merupakan insiden yang kedua berlaku di Semporna dalam tempoh lima bulan.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.

Sumber: Malaysiakini

Anwar Puji Perkhidmatan Penjara Malaysia Antara Yang Terbaik Di Dunia

    12:50:00 PG   No comments
Anwar-Sangkut-Kes-Liwat

Wak J: Bila mendengar pengiktirafan sebegini sudah pasti pesalah liwat, Anwar Ibrahim tentunya tidak sabar untuk kembali ke habitat asalnya. Diharap pihak penjara yang bakal menanti kepulangan Anwar ini dapat membuat persediaan rapi supaya dapat menjamin 'keselesaan' Anwar sepanjang 5 tahun dia duduk, makan dan berak dalam tirai besi itu nanti.

Akhirnya, blog wak bebas dari serangan malware dan sudah bersedia untuk kembali berkasi..hehehe 

KUALA LUMPUR - Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain.

"Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama.

"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR).
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.