Sabtu, 30 April 2011

Terlaknat..Dilaknat dan Melaknat...

    9:28:00 PG   3 comments
 Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Hari ini 3 individu yang bergelar 'Dato T' telah melakukan sumpah Mubahalah atau sumpah laknat ke atas diri masing-masing di sebuah masjid. Memang berani tidakan yang diambil oleh mereka bertiga ini. Apa yang mereka lakukan ini semata-mata ingin menyatakan bahawa mereka berada di pihak yang benar.

Bagimana pula dengan Anwar Ibarahim..Ada berani..Jangan asik nak berdolak dalih, itu tak boleh, ini tak boleh.Ke mana hilangnya laungan 'LAWAN TETAP LAWAN' yang sering bemain dibibir Anwar Ibrahim dan para pentaksubnya. Sudah tersngkut di anak tekak ka.

Memang 'PANAS'...Sesi khutbah Jumaat hari ini yang berlangsung di Masjid Al-Khasanah, Bandar Baru Bangi, sibuk bercerita pasal orang munafik, haram baca Utusan Malaysia serta Berita Harian dan tak lupa juga Pak Kahtib turut mengkondem blogger dalam khutbanya kerana menyerang peribadi seorang insan yang bergelar 'Anugerah Tuhan' walau tanpa ada menyebut nama individu tertentu.

Apa pun yang berlaku hari ini telah ditakdirkan oleh Allah. Rakyat sekarang ini masih ternanti-nanti untuk melihat dan mendegar pihak yang lagi satu iaitu Anwar Ibrahim untuk menyahut seruan ketiga orang Dato ini supaya turut sama bersumpah mubahalah di masjid. Itu pun kalau Anwar berani bersumpah.


Seperti mana yang tertulis dalam blognya, dia bersetuju bahawa sumpah jenis ini memang terdapat dalam Islam. Tapi kenapa dia tetap enggan bersumpah. Adakah selama ini memamg benar perkara terkutuk itu dilakukan olehnya...Jeng..Jeng..Jeng...

Wak J: Berani kerana BENAR.. takut kerana SALAH..prinsip mudah dalam menyatakan kebenaran..

Mesti Baca: Sinar Di Penghujung Terowong...Anwar Ibrahim Harus Bertaubat

    5:36:00 PG   1 comment
TERBURAI..TERBARAI..BERSEPAI.... Fuhh!! Memang dahsyat pendedahan yang dibuat kali ini. Tiada sebarang tapisan atau suntingan dibuat pada video klip dokumentari seks yang kononya ada melibatkan seorang pemimpin utama dari Pakatan Pembangkang. Akhirnya versi penuh video seks dikeluarkan untuk tatapan umum.

Dengan pembogkaran terakhir (ada yang lain tak?) video klip seks versi penuh ini  di You Tube . Sudah tiba masanya giliran pihak Polis pula mengeluarkan laporan penuh sisatan mereka berhubung kes video seks ini ke pengetahuan umum, supaya RAKYAT dapat mengetahui serta menilai dengan akal yang waras siapakah individu sebenar yang terlibat dalam klip video tersebut.
Tak tahu la lepas ini celah lubang mana lagi juak-juak Pakatan Haram nak spin cerita berkenaan video klip seks terbaru ini. Pelbagai teori gila tidak masuk akal, hilang akal dikeluarkan oleh bloggers Pakatan Haram semata-mata untuk mengalih persepsi RAKYAT yang telah atau sedang menonton klip video seks ini bahawa individu yang terlibat bukan ANWAR IBRAHIM.

Antara teori-teori popular yang sering diutarakan di dalam laman blog atau Facebook oleh juak-juak Pakatan Haram bagi menangkis segala kebarangkalian yang timbul berikutan pendedahan terbaru semalam, sila rujuk di bawah:

* Lelaki mirip Anwar menyerahkan kotak tisu kepada sesorang
(Mungkin juga lelaki yang mirip ANWAR IBRAHIM meletakan kembali kotak tisu di temapat asalnya)

* Terdapat imej tisu dilontar oleh seseorang dalam klip video tersebut
(Mungkin rakan kepada lelaki yang mirip ANWAR IBRAHIM melontar tisu tersebut apabila dia selasai melakukan aktiviti onani di sofa sambil  melihat adegan seks yang berlaku di depan mata)

*Totey milik lelaki yang mirip ANWAR IBRAHIM masih berkulup (tak sunat)
(Yang ni wak tak tahu nak kata apa. Harap ada yang berani tampil untuk mengesahkan soal ada atau tak KULUP tu)

* Rakaman semula kerana kelihatan seolah-olah ada ramai krew (bayang-bayang) dalam bilik tersebut dan cahaya kelihatan seperti lampu suluh yang sedang menyuluh mereka berdua semasa sedang beraksi di ranjang.
(Yang ini teori paling best sekali dalam banyak-banyak teori di atas. Siap ada krew penerbitan lagi. Kerja mereka ni pegang lampu suluh sambil pegang totey sendiri yang tengah keras sebab tak boleh tahan melihat adegan seks berlaku depan mata. Kesian wak tengok kalau betul la ada yang terlibat jadi krew dalam penerbitan video dokumentari seks ni..wakakakakaka....

Sampai begitu sekali tahap ketaksuban meraka kepada insan yang bergelar ANUGERAH TUHAN. Ada yang mengaku tak pernah melihat video lucah seumur hidup, tetapi apabila berbicara tentang video seks lelaki yang mirip ANWAR IBRAHIM, seolah-olah dia sahaja yang pakar dalam menilai kesahihan samada lelaki itu benar-benar Anwar atau tidak...Macam ini punya orang pun ada ka....
Selaku pakar kospirator terhebat di dunia. UMNO seharusnya bersiap sedia menerima apa jua tohmahan yang bakal dilontar oleh penjilat-penjilat tegar Anwar Al-Juburi (Mat Sabu yang kata) kerana menurut sangkaan mereka UMNO lah yang membuat kerja pembikinan video dokumetari seks tersebut untuk menjatuhkan Anwar Ibarhim....Umno ni memang tak ada kerja ka....wakakakakaka

Sebelum anda (pembaca blog Wak J) membuat apa-apa andaian atau spekulasi berhububg isu ini, adalah lebih elok kiranya anda sendiri melihat kesemua video klip tu terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pertimbangan akal yang waras untuk menilai samada ia tipu atau lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang itu sememangnya betul-betul ANWAR IBRAHIM..
Wak J: Wak dah lihat kesemua video klip tersebut...Kalau dilihat dari segi rupa paras lelaki yang sedang beraksi dalam klip video tu, wak yakin 99.85% serupa dengan muka Anwar Ibrahim.Kalau part badan yang selebihnya tu kena tanya Wan Azizah kerana dia isteri kepada Anwar. Jika still tak ketemu jawapan juga, cuba tanya Saipul Bukhari sebabnya dia mendakwa dirinya adalah mangsa terbaru liwat Anwar. Yang belum jadi mangsa tu jangan nak memandai pulak..Nanti terliwat naya...wakakaka

Jumaat, 29 April 2011

Hidup Rakyat Selangor Akan Senang Dengan Hanya Melihat "Papan Billboard"

    6:25:00 PG   No comments
Berdasarkan laporan Utusan hari ini ada menulis tentang peruntukan sebnyak RM600 ribu akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor  bagi membuat kerja penyenggaraan papan-papan iklan sempena kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut Khalid Gagap perkara tersebut telah mendapat kelulusan dari persidangan DUN.

Kerajaan negeri Pakatan Haram Selangor juga merancang akan melaksanakan program penerangan dengan papan iklan akan dipasang di setiap 56 kawasan DUN. Meriah la nanti...

Selepas negeri Kelantan terkenal dengan jolokan "Kerajaan Negeri Billboard" dengan gambar Nik Ajis yang memenuhi setiap ruang di bahu jalan. Kini tiba pula giliran kerjaan negeri di bawah pentadbiran PR Selangor pula cuba mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi mempopularkan dirinya.

Ini merupakan satu lagi projek yang boleh dikata mebazir bakal dilakukan oleh kerjaan negeri Selangor selepas kempen provokasi terhadap syarikat konsesi air Selangor iaitu SYABAS bagi mengaburi mata rakyat di atas kelemahan kerajaan Selangor yang ada hari ini di bawah pentadbiran Khalid Gagap dalam mengurus isu air di Selangor.
Apa sudah jadi dengan kempen berkenaan isu air yang suatu ketika dulu hangat melanda negeri Selangor. Adakah matlamat kempen tersebut tercapai dan ke mana pula hilangnya papan billborad yang dipasang di setiap penjuru jalan ke seluruh daerah yang ada dalam negeri Selangor. Mungkinkah Khalid Gagap menyimpan papan billbord tersebut di belakang rumahnya untuk dibuat reban ayam.

Dengan menggunakan selogan Kembalikan Hak Rakyat, segala aktiviti merompak harta rakyat kini menjadi mudah, tanpa perlu berselindung lagi. Sudah tentu dengan adanya projek yang akan atau telah dilaksanakan sebelum dan selepas ini pasti akan membuatkan kroni-kroni Pakatan Haram tersenyum lebar. Balun jangan tak balun...
Tidak ada satu pun faedah serta manfaat berguna kepada rakyat dengan terlaksannya kempen Mansuhkan ISA yang bakal bermula tidak lama lagi. Alangkah baik jika duit peruntukan sebanyak RM600,000 itu digunakan bagi memenuhi segala janji yang terdapat dalam Menifesto Pakatan yang masih belum tertunai, dalam meningkatkan mutu hidup rakyat Selangor. Hidup rakyat Selangor tidak akan berubah menjadi mudah dan senang dengan hanya melihat keindahan yang terdapat pada papan BILLBOARD Pakatan Rakyat

Andai kata selepas pru13 nanti selangar kembali ke tangan BN. Adakah kempen mansuhkan ISA yang dilaksankan oleh PR di Selangor pada masa itu masih relevan?. Sudah pasti kerajaan negeri yang baru akan menukar atau menurunkan papan billborad tersebut dan akhirnya duit dan hak rakyat hangus bergitu sahaja..Membazir itu amalan Khalid Gagap bukan syaitan...Fikir-fikirkan lah....

Khamis, 28 April 2011

Antara 2 Lubang & Doa Solat Hajat Pas..Akhirnya Anwar Tersungkur

    2:10:00 PTG   3 comments
Setelah berbelas tahun Pas mengadakan upacara solat hajat tidak kira pada skala kecil atau besar saiznya untuk memohon petunjuk dan kebenaran dari Allah bagi menentukan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah. Kebenaran yang dipohon oleh mereka dan rakyat Malaysia, akhirnya muncul jua sedikit demi sedikit. Sinar di hujung terowong nampaknya sudah semakin jelas.

Inilah kali pertama doa solat hajat Pas dimakbulkan. Jika dahulu kalau kita masih ingat Pas telah mengadakan solat hajat supaya Allah menurunkan 'bala' kepada Tun Mahathir dan doa 'Pecah Perut' untuk Dato Sri Najib. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Adakah ini kebenaran yang nyata atau satu lagi konspirasi UMNO yang amat dahsyat dalam sejarah konspirasi dunia.



Tun M semakin hari bertambah sihat dan Najib pula bersama perutnya yang sentiasa 'maintain' tak pecah-pecah lagi sampai sekarang. Mungkinkah ini kesan doa dari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang ingin melihat mereka berdua sentiasa sihat walafiat. Cuma seorang saja manusia yang hidupnya kini berada dalam keadaan serba tak kena dan ada sahaja nasib malang menimpa dirinya iaitu Anwar Ibarhim. Satu persatu perkara aib serta memalukan yang mengaitkan dirinya muncul samada dirancang atau tidak.

Baru-baru ini pihak hakim telah mengesahkan 3 bahan bukti yang mempunyai DNA Anwar Ibarhim adalah sepadan dengan kesan DNA air mani lelaki Y yang terdapat dalam lubang jubur Saipul. Dengan keputusan hakim tersebut sekali lagi cahaya kebenaran terpancar setelah tiga tahun kes liwat ini tertangguh.

Nasib malang paling terkini yang sedang melanda batang tubuh 'Anugerah Tuhan' selapas keputusan hakim kelmarin, kini timbul pula video seks bahagian kedua (part 2) yang kononya ada melibatkan ketua pembangkang Pakatan Rakyat. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Ini mungkin gara-gara doa solat hajat yang dilakukan oleh Pas atau sumpah muhabalah yang pernah dilakukan oleh Saipul Bukhari suatu masa dulu. Apa la nasib kau Nuar..

Rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada parti Pas dan penyokongnya kerana tidak pernah jemu mengadakan solat hajat bagi memohon pentunjuk dari Allah dalam usaha mencari kebenaran sekaligus dapat merungkai segala kekusutan yang menerjah dalam benak fikiran rakyat Malaysia dalam memahami apa sebenarnya yang telah berlaku dalam sinario politik tanah air.

Diharap kepada penyokong Anwar tidak menyalahkan Pas kerana kerap melakukan solat hajat. Walaupun kebenaran yang muncul tidak pernah menyebelahi pihak Pakatan. Usah gusar teruskan berdoa dan berdoa. Bak kata penyokong tegar Anwar dalam Facebook ada menyatakan "Sekiranya 1 DSAI masuk ke penjara atau mati, 10 lagi DSAI akan dilahirkan". Itu lah ayat-ayat keramat yang dipegang oleh para pentaksub Anwar Ibrahim.

Fuhh!!..Dalam hati wak berkata " Kalau la ada lagi 10 orang yang berperangai sebiji macam Anwar ni lahir di Malaysia, alamatnya ada 10 orang lagi anak jantan  teruna yang bakal diliwat. Itu baru 10 yang lahir. Kalau ada 1000 orang yang jenis macam Anwar ni lahir, tak mustahil akan ada dalam sejarah alam semesta "ORANG LELAKI BOLEH MENGANDUNG"..Dahsyatttttttttt...

Benarkah PR Akan Adakan Kursus "Cyber Troopers" Untuk Selamatkan DSAI Pada 14hb & 15hb Mei Ini?

    8:19:00 PG   No comments
Salam, wak tak mahu bercerita banyak pasal hal ni. Massege tersebut telah di Inbox ke akun Fecebook wak yang kedua iaitu "WALI TEROMPAH".

Samada tuan Facebook tersebut ini tersalah hantar maklumat atau akaun facebooknya  telah digodam oleh penayngak cyber. Hanya tuan punya badan sendiri sahaja yang dapat mengesahkan samada perkara ini benar atau tidak.

Jika maklumat ini BENAR seperti yang dinyatakan dalam email, adakah sekali lagi DUIT RAKYAT Selangor akan digunakan untuk menyara program ini..Di harap ada pihak akan tampil untuk menafikan perkara ini.

Untuk makluman pembaca budiman Blog Wak Jengkol. Tanggal 16 Mei 2011 adalah merupakan hari jadi wak yang ke2?. Dan pada hari itu juga kes liwat Anwar Ibrahim akan diperdegarkan semula, bagi menetukan Anwar Ibrahim diarah bela diri atau buang kes. Untuk maklumat lanjut sila klik gambar untuk zoom yg lebih jelas.

Wasalam

Jumaat, 22 April 2011

5 Tahun Atau Kurang..Mungkinkah Giliran Najib Selepas Ini?

    3:03:00 PG   1 comment
Masih belum terlambat rasanya untuk wak ucapkan TAHNIAH!! kepada Barisan Nasional (BN) di atas kejayaanya mempertahankan kerusi DUN Sarawak yang pernah dimenanginya sebelum ini dengan mejoriti lebih 2/3 pada pilihanraya negeri yang telah berlangsung baru-baru ini. Sekali lagi mandat rakyat diberikan kepada BN untuk mengurus tadbir negeri Sarawak supaya terus berdaya maju.

Berbalik pada tajuk utama, seperti yang kita sedia maklum, Tun Mahathir merupakan inidvidu yang paling lama memegang jawatan selaku Perdana Menteri (PM) Malaysia. Mungkinkah selepas ini, giliran Dato Sri Najib pula bakal menjadi PM yang paling SINGKAT menyandang jawatanya dalam sejarah Malaysia.

Setakat ini rekod jawatan PM yang paling pendek dalam sejarah Malaysia digondol oleh Tun Abdullah. Adakah rekod Tun Abdullah ini akan dipecahkan oleh Najib setelah berakhirnya PRU13 nanti. Ataupun Najib berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Tun Mahathir dan sekaligus meletakan namanya sebrais dengan Negarwan Ulung yang lain. Sama-sama kita lihat nanti.

Melihat sinario politik tanah air selepas berkahirnya pilihanraya negeri Sarawak. Lampu signal bagi menandakan isyarat akan berlakunya PRU13 dalam tempoh waktu terdekat ini masih belum boleh dinyalakan lagi. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi oleh Dato Najib, sebelum diadakan pilihanraya umum seluruh Malaysia jika keputusan PRN Sarawak dijadikan sebagai rujukan.

Perubahan paling ketara sekali yang boleh kita lihat ialah pola pergerakan undi kaum CINA terhadap BN, yang kini telah beralih kepada DAP. Ramai wakil rakyat CINA dalam BN yang bertanding tewas ditangan DAP. Satu lagi persoalan yang timbul dari situasi ini ialah, adakah perkara yang sama juga akan berlaku di Semenanjung selepas ini. Jika kita sering mengikuti perkembangan beberapa PRK yang lepas, itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku.

Banyak sudah 'gula-gula' atau peruntukan yang besar diberikan kepada kaum ISTIMEWA ini bila setiap kali pilihanraya. Konon-kononya untuk mengambil hati mereka supaya terus memberi undi kepada BN. Apabila keputusan akhir diumumkan semuanya hampas belaka dan sokongan yang diharap daripada kaum ISTIMEWA ini pula amat menyedihkan. Boleh diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit, kemudian anjing itu menggit kembali tangan tuan yang melepaskanya. Tetapi Itulah hakikat sebenar demokarsi yang harus diterima semua orang.

Jika Dato Najib tidak mahu dimalukan dengan gelaran merdana menteri paling SINGKAT dalam sejarah Malaysia. Perubahan drastik perlu dilakukan. Tidak kira samada dalam parti (BN) itu sendiri atau sistem penyampaian kerajaan yang sedia ada. Kerana masih ada lagi makalumat berkaitan dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sampai ke pengetahuan rakyat bawahan.

Kurangkan tabiat suka memberi bantuan MEE SEGERA kepada 'MEREKA' yang tidak memerlukan. Kerana masih ramai lagi RAKYAT yang memerlukan pembelaan secukupnya dari kerajaan, terutama sekali kaum BUMIPUTERA yang kebanyakan masih jauh ketinggalan,  kalau hendak dibandingkan dengan kaum ISTIMEWA yang satu lagi. Perhatian khsus kepada kaum bumiputera bukan sahaja harus tapi MESTI diberi keutamaan selepas ini jika BN ingin terus kekal sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Andai ditakdirkan pada PRU13 akan datang, undi dari kaum CINA tidak lagi memihak kepada BN, dengan adanya sokongan dari kaum Bumiputera dan India, ia sudah memadai bagi BN untuk terus menggalas mandat yang diberikan oleh rakyat bagi meneruskan segala usaha dan agenda pembangunan yang telah dirancang untuk rakyat selama ini tanpa ada sebarang halangan.

Sudah tiba masanya BN kena berusaha lebih keras untuk memenangi hati pengundi bumiputera, kerana mereka inilah yang menjadi penyumbang utama kemenagan Barisan Nasional bila setiap kali pilihanraya. Oleh itu, jangan persiakan harapan atau jangan sesekali cuba menganak tirikan mereka ini sekiranya BN tidak ingin merasai nikmat MEROYAN apabila kehilangan kuasa.

Wak J: Masanya sudah tiba!..Jangan TIDUR lagi.....

Jumaat, 8 April 2011

Mahfuz Bean Omar: Layan Gambir Sarawak Lagi Syok dari Telan Ubat Kuat hARAKah

    8:02:00 PG   1 comment
 
Sudah terkena penangan gambir Sarawak kut orang tua nih. Maklumlah kali pertama cuba. Baru dia tahu bertapa hebatnya kesan  gambir Sarawak kalau nak dibandingkan dengan kesan minyak atau ubat kuat yang terdapat dalam akhbar hARAKah. Sabab tu bila kita dok baca statment si Mr Bean pasal perlantikan adik kepada ketua menteri Sarawak sebagai calun PRN Sarawak nampak macam orang tengah STIM sampai tak boleh nak kawal anunya..wakakakakaka

Akibat terlebih sapu gambir Sarawak, macam gini lah jadinya, bila bercakap dan yang terkeluar dari mulut semunya benda-benda merapu dan melucukan bila kita baca atau mendegarnya. Memang melayu jenis pelupa si Mahfuz nih. Ada ke patut dia pergi pertikai keputusan KM Sarawak meletakan adiknya sebagai calun PRN sebagai amalan KRONISME keluarga..ermm memang tak patut betul.

Suka hati depa la nak letak calun apa sekalipun. Asalkan calun yang dipilih itu disukai dan senangi oleh rakyat tempatan selain daripada memenuhi ciri-ciri calun yang boleh membawa kemenangan pada parti seperti yang dikehendaki oleh PM kita. Penduduk tempatan sendiri boleh terima siapa sahaja yang bakal menjadi wakil mereka nanti. Inikan pula si Mahfuz yang sekali sekala turun ke negeri Sarawak nak bising lebih-lebih. Memang hamPAS
Bila bercakap soal amalan kronisme, sepatutnya si Mahfuz perlu melihat dan menilai kembali, adakah dalam gabungan pakatan haram yang disertai oleh Pas, PKR dan DAP tidak pernah mengamalkan amalan tersebut di kalangan ahli keluarga?. Rakyat Sarawak pun sudah tahu dan dapat menilai antara parti politk mana yang paling kuat mengamalkan kronisme dalam kelurga. Kalau benar-banar Mahfuz anak jantan dan mempunyai dua biji telur yang masih tergantung, tegurlah rakan DAP dan PKR  yang berada dalam Pakatan Haram supaya tidak mengamalkan kronisme, kerana kedua-dua parti ini amat terkenal di mata rakyat Malaysia dengan jolokan parti ANAK BERANAK atau parti KAUM KELUARGA..

Cukup lah tu Mahfuz, jangan cuba jual temberang di Sarawak pula kerana ia tak laku di sini. Minda dan  pemikiran rakyat Sarawak jauh berbeza dan terdidik kalau nak dibandingkan dengan pemikiran juak-juak Pas serta pakatan haram yang lain di semenanjung yang mana ke semua otak dan minda mereka ini sudah tepu dangan air basuhan kaki Nik Ajis atau air kencing Keluarga Lim dan juga Anwar Ibrahim. Jangan bikin malu nama orang Pokok Sena di Sarawak kerana memiliki wakil rakyat yang IQnya tinggi sedikit dari ORANG UTAN.

Wak J: Sesiapa  yang terjumpa Mahfuz Bean di Sarawak sana. Jangan lupa campak kulit pisang...Ingat tau...wakakakaka

SPRM & Anggotnya Disaran Supaya Mandi Bunga

    3:01:00 PG   No comments
Masalah lama tak selesai lagi, kini timbul lagi satu masalah baru yang hampir serupa dengan masalah lama menimpa ke atas batang tubuh  SPRM. Apalah agaknya nasib malang yang sering kali menghantui badan penguatkuasa itu bila setiap kali ingin melaksanakan tanggungjawabnya membentras gejala rasuah di negara ini.

Baru-baru ini sekali lagi kita dikejutkan dengan kes kematian yang berlaku di kawasan premis SPRM sendiri. Sebab atau punca kematian juga hampir serupa dengan apa yang berlaku ke atas mendiang Teoh Beng Hock tidak lama dulu iaitu terjatuh dari bangunan. Macam mana boleh terjatuh, puncanya masih dalam siassatan. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

Setiap kali ada penyiasatan kes rasuah yang melibatkan nilai suapan wang berjuta-juta ringgit pasti akan ada nyawa yang menjadi korban. Pejabat SPRM sekarang ini dah semakin popular untuk dijadikan tempat bertemu ajal. Walaupun ajal dan maut ditentukan oleh tuhan, namun apa yang terjadi seakan-akan menjadi trend. Macam tahu-tahu saja lobang nak pecah.
Kalau dilihat dari sudut perspektif jenayah, si pemberi rasuah zaman sekarang sudah semakin bijak untuk melepaskan diri sambil boleh mengkambing hitamkan pihak lain bagi menanggung segala kejahatan yang mereka lakukan. Tidak perlu bersusah-susah ke ceruk hutan atau ke mana sekalipun untuk menghapuskan bahan bukti. Kerana sudah ada tempat yang susuai seperti di pejabat SPRM sendiri. Jangan terkejut pula pada masa akan datang sasaran seterusnya ialah balai polis.

Sekali lagi pihak SPRM terpaksa berkuntau untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku untuk menghindarkan tanggapan buruk orang awam terhadap badan bebas itu.Banyak sungguh dugaan dan cabaran yang perlu dihadapai oleh SPRM bagi memastikan negara kita bebas dari gejala rasuah.
 Sudah kedengaran suara-suara yang menuntut satu lagi Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menghakimi kes ini. Dan ada juga pihak tertentu yang cuba menjadi batu api bertujuan untuk mengkeruhkan lagi situasi ini. Selain daripada itu cubaan untuk mengalih persepsi orang ramai yang sekarang ini lebih tertumpu pada isu yang tengah hangat diperkatakan oleh media massa dan internet iaitu isu kes video klip lucah yang ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Pertimbangan akal sekali lagi diperlukan bagi mengadili kes ini. Kalau kita berfikiran waras sudah tentu akan berpendapat adalah tidak logik bagi pihak SPRM melakukan kerja-kerja yang tak masuk dek akal ini. Kerana segala keterangan-keterangan yang diambil dari mana pihak atau saksi, amat penting bagi memudahkan perjalanan siasatan kes diselesaikan. Apa-apa pun kita tunggu laporan penuh dari pihak polis sama ada, kes kematian ini terjadi atas sebab jenayah atau tidak.
Selepas kejadian ini pihak SPRM dan seluruh anggotanya perlu mandi bunga untuk membuang segala badi yang melekat di badan mereka. Selain dari itu juga pihak SPRM disaran supaya mencari premis pejabat yang tidak mempunyai tingkat yang tinggi-tinggi untuk dijadikan sebagai tempat soal siasat kerana ia boleh  mengelakan kejadian terjun bangunan dari berlaku lagi. Wak berharap pihak SPRM dapat mengambik iktibar dan pengajaran dari dua kes kematian ini. Semoga perkara yang sama tidak berulang kembali pada masa hadapan, sekali gus dapat memantapkan martabat SPRM sebagai satu badan penguatkuasa yang bebas di Malaysia.

Khamis, 7 April 2011

Kalau Anwar Penzina & Peliwat Tidak Mengapa....Asalkan Dia Pejuang Rakyat...Tuiihh

    6:01:00 PG   2 comments

"Jika ditakdirkan Anwar memang sahih seorang peliwat dan penzina sekalipun, saya tetap menyokong Anwar disebabkan perjuangannya"

"Walau siapa pun Anwar..buat masa ini dia adalah hero seluruh rakyat Malaysia yang tertidas dan cintakan keadilan.Dengan izin Allah, hanya Anwar yang layak untuk mengepalai perubahan iklim politik di Malaysia..mudah-mudahan kejayaan Anwar untuk menakluki Putrajaya akan membawa kepada lahirnya ramai pemimpin yang lebih sempurna"


Dunia dah nak kiamat agaknya. Selain dari tanda-tanda kecil yang selalu kita lihat di serata dunia di mana sering berlakunya gempa bumi tidak kira bersekala kecil atau besar, Kini satu lagi tanda yang dulu samar-samar untuk kita melihatnya, kini sudah mula menjadi semakin jelas dan nyata, iaitu apabila si pendusta, penzina atau mereka yang rosak akhlaknya diangkat sebagai idola pemimpin agung tanpa ada sebarang keraguan di hati.

Berdasarkan dari petikan komen (merah) yang sempat wak ceduk daripada blog penjilat tegar Nuar Berahim. Sudah pasti bagi siapa yang membaca komen yang tertulis di dalamya akan menggelengkan kepala sambil mengucap panjang. Sampai begitu sekali tahap ketaksuban mereka ini terhadap seorang manusia yang bergelar "Anugerah Tuhan".

Inilah akibatnya jika seorang manusia itu terlalu taksub dan terlalau menaggungkan manusia lain melebihi dari mengagungkan kebesaran penciptaNya sendiri. Kerana terlalu taksub juga mereka ini sanggup membutakan mata hati dari melihat kebenaran yang dibentangkan di hadapan mata sendiri dan menolak mentah-mentah segala bukti-bukti serta dalil-dalil yang menyatakan sesungguhnya "Anugerah Tuhan" itu sememangnya sudah rosak moral dan akhlaknya.

Pelabgai alasan dicipta oleh pentaksub ini bagi menenangkan hati sendiri dan para penyokong mereka yang sedang kebingungan tak tahu hujung pangkal. Sama ada ingin percaya atau tidak kesahihan klip video seks yang melibatkan pemimpin agung mereka. Sebelum ini pihak polis juga telah mengsahkan ketulenan mutu video klip tersebut. Cuma yang menjadi tanda tanya dalam kotak fikiran kita semua, benarkah batang tubuh yang melakukan aksi lucah tersebut ialah Anwar Ibrahim?

Terlajak perahu boleh diundur, tetapi bila sudah terlajak perbuatan iaitu dengan menjadi pentaksub tegar kepada Anwar Ibrahim, maka terpaksalah diteruskan juga segala apa yang diperjuangkan sebelum ini demi untuk kesinambungan seorang manusia yang bergelar "Anugerah Tuhan", Yang hitam tetap dikata hitam. Itulah perinsip yang dipegang oleh pentaksub pakatan haram terhadap Anwar. Tiadak ada siapa pun yang boleh mengubah prinsip mereka ini walau warna hitam yang mereka selalu mereka lihat itu kian pudar warnaya apabila yang haq mula berdiri dan yang bathil sikit demi sedikit tersungkur ke dalam lembah kehinaan..

Masih punya waktu lagi bagi penyokong atau pentaksub Anwar untuk kembali ke dunia nyata. Jangan biarkan diri terus hanyut dibuai oleh kata-kata manis serta perwatakan alim-alim kucing yang ditonjolkan oleh manusia yang bergelar "Anugerah Tuhan" ini. Jangan sampai tembelang Anwar sudah pecah barulah hendak menyesal kerana pada saat itu semunya sudah terlambat. Belajarlah perlahan-lahan untuk menerima hakikat, bahawa pemimpin yang diagung-agungkan selama ini sebagai pejuang rakyat (kononya) hanyalah seorang manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Adakah ini yang kita mahukan, seorang manusia yang begitu rendah moralnya diangkat untuk dijadikan sebagai pemimpin kita pada masa hadapan. Sebelom kita mengatakan 'YA'. Ada baiknya kita berfikir berulang kali sebelum membuat apa-apa kepeutusan. Kerana apa yang bakal kita putuskan itu nanti akan merubah nasib masa depan anak bangsa dan negara...Wasalam..

Wak J: Anwar Ibrahim serta penyokongnya harus BERTAUBAT!

Rabu, 6 April 2011

GEMPAR: Jam OMEGA Sebenar Milik Anwar Memang Ada Pada Kak Wan

    3:18:00 PTG   4 comments

Berita ni wak baru dapat dalam mimpi sebentar tadi. Bangun dari tido terus update blog..Wan Azizah sesmasa dalam sidang medianya, telah menunjukan bukti bergambar melalui angset, bahawa jam tangan jenama OMEGA milik Anwar Ibrahim, memang ada dalam jagaannye...Lu Orang nak cerita apa skrg...wakakakakaka...

Wak J: Mari kita gelak sampai pengsan...WAKAKAKAKAKAKAKA

Sabtu, 2 April 2011

Isu Novel INTERLOK Selesai..

    3:07:00 PG   No comments
MUAR 31 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan telah membuat keputusan muktamad mengenai isu novel Interlok.

Oleh itu tegas Timbalan Perdana Menteri kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus mendesak novel itu dipinda atau ditarik balik sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan Lima.

Muhyiddin berkata, novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein itu akan tetap digunakan bagi pelajar tingkatan lima seperti yang dipersetujui di peringkat Kabinet dan Parlimen.

Menurutnya, isu novel tersebut sengaja dibangkitkan sekali lagi oleh parti pembangkang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk dipolitikkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Saya fikir kita tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana ia membabitkan soal keselamatan. Ia adalah bertujuan meraih sokongan politik dan mereka gunakan Interlok sebagai alat. Bagi saya, ini sikap yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bukannya membantu meredakan keadaan.

"Dia (parti pembangkang) kalau boleh memang tidak mahu isu ini selesai, kalau tidak selesai, lagi semarak benci kerajaan. Kalau tidak selesai akan bangkit lagi, saya tahu muslihat mereka, kita tidak akan tunduk," katanya selepas menyampaikan wang ihsan kepada mangsa banjir di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita mengenai beberapa NGO Cina yang mahu novel Interlok digugurkan sebagai bahan pembelajaran di sekolah kerana kononnya ia berbaur perkauman dan membawa perpecahan dalam masyarakat.

Muhyiddin berkata, isu penggunaan novel Interlok sudah selesai dan mana-mana pihak yang membangkitkan lagi perkara itu akan hanya mengeruhkan lagi keadaan.

"Proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa dengan penambahbaikan yang telah dibincangkan dengan dapatan ahli panel telah kita terima dan akan dilaksanakan," katanya.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan isu novel Interlok selesai dengan pindaan diputuskan pada novel berkenaan pada mana-mana bahagian yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti kaum berkenaan. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Wak J: Dari bulan lepas nak beli buku ni..tapi masih tak beli-beli lagi..InsyaAllah bulan ni wak akan cuba dapatkanya...
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.