Khamis, 29 November 2012

Cekap Melobi Projek, Kehidupan Zuraida Berubah Mendadak Setelah Bergelar MP

    11:04:00 PTG   3 comments

Ikon zuhud PKR iaitu Zuraida Kamaruddin atau lebih mesra dipanggil 'Mak Lampir' telah didapati menipu seluruh penyokongnya yang juga ahli PKR serta rakyat Malaysia tentang kisah kehidupanya yang kononya serba 'marhaen'.

Selama ini Zuraida bersama anak ikanya iaitu Rafizi sering mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan galak menyerang pemimpin UMNO dan Kerajaan dengan pelbagai tuduhan dan juga fitnah, namun apa yang berlaku pada dirinya hari ini adalah sebahagian dari balasan di atas perbuatanya yang sangat keji itu sebelum ini.

Rabu, 28 November 2012

Isu Salun Rambut, Karpal Berjaya Latih PAS Jadi Anjing Suruhan Yang Patuh Pada Tuanya

    11:51:00 PTG   6 comments
Tidak perlu tunggu lama, cuma tiga hari selepas Karpal Singh ‘mengaum’ isu salun unisex di Kelantan, PAS sudah angkat bendera putih bersedia kaji semula peraturan  melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Walaupun beri alasan kononnya ikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam tetapi ramai tahu, ramai tahu PAS cukup takut dengan DAP apatah lagi jika parti itu bukan mulut isu yang ada kaitan dengan agama.

Sedangkan beberapa hari lalu, Exco kerajaan Kelantan Datuk Takiyudin Hasan bertegas mahu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menguatkuasa peraturan itu, walaupun selepas Karpal keluar kenyataan membantahnya.

Malangnya, petang Selasa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan Kelantan menimbang semula langkah itu selepas bantahan keras Karpal Singh dan DAP.

Gila Nak Jadi Calon Pilihanraya, Pemimpin PAS Sanggup Jadikan Isteri Sebagai Barang Taruhan

    8:00:00 PG   2 comments

Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.

Jangan pula ada yang kata ini fitnah, bukan juga cubaan atau main-main, tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Why Does Hamas Appreciate UMNO, Not PAS?

    3:00:00 PG   No comments

The role for Malaysia as a peace agent has been acknowledged by the world. Malaysia is highly acclaimed for its commitment and consistency in fighting for world peace.

When we talk about Malaysia, then it would automatically brings us to the leadership and the Barisan Nasional government which acts as representative for Malaysians. Thus, in a way, it is not wrong for us to say that the appreciation also goes to Barisan Nasional.

Selasa, 27 November 2012

Kerajaan Selangor Dibidas Gagal Tangani Mangsa Banjir

    9:56:00 PTG   1 comment

SHAH ALAM: Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mendakwa Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir yang melanda penduduk Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sejak isu itu dibangkitkan pada 2008.

ADUN BN-Dusun Tua Ismail Sani berkata rata-rata penduduk Sungai Serai kecewa dengan kegagalan kerajaaan pembangkang itu mengatasi isu banjir selain dilihat sering berdolak-dalik berhubung perkara itu.

Belanjawan Negeri Alami Defisit, Tiada Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan Selangor

    12:00:00 PTG   1 comment

Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

MB Selangor Gelabah Seksyen 7, Shah Alam Dan Rumahnya Tak Ada Air

    10:00:00 PG   No comments

Setelah puas bersilat dan bertaichi konon masalah air di Selangor hanyalah mainan politik BN untuk melemahkan PR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim akhirnya menepuk dahi apabila rumahnya mengalami gangguan bekalan air semalam.   Pada hari minggu yang lepas, beberapa kawasan di Selangor termasuk Petaling, Klang dan Seksyen 7 Shah alam iaitu di kawasan kediaman Khalid Ibrahim, telah tidak mendapat bekalan air. 

Kita harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik bodoh dengan menuduh UMNO sengaja memutuskan bekalan air ke rumah Khalid Ibrahim pula.

Persatuan Rasis Dong Zong Bukan Sahaja Anti Kerajaan Malah Anti-Melayu Juga

    8:00:00 PG   No comments

Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.  Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.  

Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina.

CM Anxious Over Water Disruption At Section 7, Shah Alam

    4:00:00 PG   No comments

After dozens of statements saying that water crisis in Selangor is just BN's political game to weaken PR, Selangor Chief Minister, Datuk Seri Khalid Ibrahim finally get a slap in the face after his official residence suffered water disruption yesterday. Last week, a few areas in Selangor including Petaling, Klang and Section 7 Shah Alam, the area of Khalid Ibrahim's residence, did not get any water supply.

We hope that no one would play some stupid political game by saying that UMNO intentionally disconnected the water supply at Khalid Ibrahim's house.

Buddhist Should Retain BN Government - Master Hsing Yun

    2:05:00 PG   No comments

Master Hsing Yun, the founder of Fo Guang Shan Temple, the biggest temple in Taiwan back in year 1976 is now in Malaysia to attend the Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function. he is one of the most influential monks in the world.

We are well aware that Buddhist monks are famous with their discipline and calmness. High ranking monks are always linked with their great mental abilities. A committed monk would always control their manners and language. They would never say things regular people would usually use.

Isnin, 26 November 2012

Nurul Izzah Buka Ruang Kepada Kemusnahan Islam & Kehancuran Orang Melayu

    10:11:00 PTG   No comments

Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar, melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.

Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.

Ahad, 25 November 2012

PKR Semakin Terdesak, Cubaan Sabotaj BR1M Untuk Rakyat Gagal

    11:31:00 PTG   No comments

Tindakan PKR Selayang mengedar borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dilampirkan bersama dengan flyers propaganda parti itu yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Perbuatan ini juga disifatkan sebagai satu tindakan terdesak Pakatan Pembangkang untuk mengsabotaj usaha murni Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

Tindakan Mohon Bantuan Asing Hanya Helah Anwar - Zahid Hamidi

    10:13:00 PTG   No comments

BAGAN DATOH: Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya 'helah" untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

Biar Betul! Rosmah Mansur Sanggup Menabung Demi Rakyat Palestin

    12:01:00 PG   No comments

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menyerahkan sumbangan bernilai RM1 Juta kepada Tabung Kecemasan GAZA pada Majlis Persidangan Antarabangsa Mengenai Isu Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan.

Majlis yang berlangsung malam tadi di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri dan Pengerusi Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali selaku Pengasas Kelab Menjenayahkan Perang (Bahagian Malaysia) dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang turut diiringi isteri, Datin Seri Masnah Rais.

Jumaat, 23 November 2012

Skandal Talam: Cubaan Khalid Ibrahim Tutup Penyelewengan Dengan Sehelai 'Kertas Putih'

    10:49:00 PTG   No comments


Akhirnya, Kerajaan Negeri mengeluarkan Kertas Putih berhubung isu Hutang TALAM pada Sidang DUN yang lalu setelah lebih dua tahun berjanji. Kertas Putih yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor ini nampaknya indah khabar dari rupa.

Umum mengetahui, apa jua soalan atau penjelasan yang diajukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, jawapan yang diberikan adalah tunggu sehingga Kertas Putih TALAM dikeluarkan. Mereka berjanji kononnya dalam Kertas Putih tersebut, segala transaksi akan dijelaskan dengan terperinci dan telus.

Lambat Panas & Hanya Tahu Main Satu Posisi, Punca DAP Tak Mahu Hadi Jadi PM

    12:30:00 PG   No comments

DAP sudahpun bersuara membantah ura-ura PAS untuk menobatkan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai PRU 13 dan berpeluang menjadi Kerajaan Pusat.

Hadi yang terkenal sebagai Presiden paling lembab dalam sejarah PAS kelihatan berseri seketika wajahnya, namun selepas itu menolaknya secara berkias setelah menyedari tarafnya dikalangan pemimpin PR yang lain hanyalah sekadar balaci suruhan sahaja.

Khamis, 22 November 2012

Selepas Jalan Kaki, Kumpulan Anti Lynas Akan Berbogel Depan Parlimen Pula

    10:52:00 PTG   No comments

Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia.

Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Hadi & Anwar Berebut Sakan, Karpal Singh Tersengih Riang

    6:00:00 PG   No comments

Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

PM Post Is A Small Matter For Pakatan Rabak

    12:32:00 PG   No comments

Just like what is expected by political watchdogs, the closer GE gets, the more chaotic PR becomes. Previously, everyone in PR accepts Anwar Ibrahim as Prime Minister and approved Buku Jingga taking over hudud or Welfare Country replacing Islamic country. Various statements were made by PR leaders to justify their agreement.

Sadly, PR is not a party which was established with the same understanding. Each of PR's allied parties stand on their own with their own top leaders wanting their own palace. All of their supporters hold on to the understanding that their respective party is the best, dominating Pakatan Rakyat.

Rabu, 21 November 2012

Anwar Sokong Palestin Tapi Duit Yahudi Dia Balun Juga

    11:37:00 PTG   No comments

Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dengan disokong sebulat suara oleh semua ahli parlimen Selasa lalu.

Usul tersebut dibentang oleh Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak dan dibaca oleh Perbahasan digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Usul itu diluluskan setelah tiga jam perbahasan oleh anggota Dewan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain.

Selasa, 20 November 2012

Nik Razi & Nik Aziz, Pasangan Dua Beradik Ini Telah Menjadi Faktor Utama Kehancuran PAS

    10:24:00 PTG   No comments
Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Hadi As PM: Prove That PAS Believe That Anwar Loves Adultery

    4:00:00 PG   No comments

PAS's 58th Muktamar ended with a prayer to destroy UMNO is seen as a successful effort by the party to convince its supporters that the only objective for the party is to get to Putrajaya and anything that blocks their path, should be destroyed.

Thus, all of the doubt hitting the top leadership regarding 'ways' which they should use to get to the objective, should be 'dumped' or they will be taken as traitor to the party, and Islam!

To give confidence to the top leadership which still doubt on PAS's capabilities in dominating Pakatan Rakyat to implement hudud, Hadi Awang then needs to be polished to close up the focus on Anwar Ibrahim.

Berjubah, Berjangut, Berserban Ikut Nabi, Dalam Hati Jahat Penuh Hasad Dengki

    12:40:00 PG   No comments

Di kala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia. Di kala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya! 

Di kala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir.   Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud.   

Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu:  (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Ahad, 18 November 2012

Doa Hancur Sesama Islam Boleh Bawa Perpecahan Dahsyat

    11:03:00 PTG   1 comment

KUALA LUMPUR - Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.
    

Lagi Janji Ditepati, Wang 'Durian Runtuh' Felda Kini Dalam Genggaman

    7:28:00 PTG   No comments
Alhamdulillah..Akhirnya, 'durian runtuh' yang wak nanti selama ini dapat juga. Terima kasih kepada kerajaan terutama sekali pihak Felda kerana begitu prihatin dan mengambil berat terhadap nasib generasi kedua Felda.

Macam tahu-tahu je tengah 'kering' sekarang. Apa-apa pun, sokongan generasi kedua tetap bersama Felda dan juga kerajaan BN.
KLUANG - Seramai 461 anak-anak peneroka di tanah rancangan Felda di sini menerima cek durian runtuh fasa ketiga, semalam.

Sabtu, 17 November 2012

Institusi Raja Melayu Bangkit Tentang Agenda Yahudi Dan Kristian Bawaan Pembangkang

    10:00:00 PG   No comments

Institusi Raja-raja Melayu yang menjadi tunggak Ketuanan Melayu di negara ini serta menjadi pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan sudah mula bersuara untuk menentang bibit-bibit penderhakaan yang datangnya dari pihak pembangkang.

Suara-suara sumbang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu, posisi Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan orang-orang Melayu semakin lantang kedengaran sejak kebelakangan ini.

Kesibukan Mengejar Kuasa Dunia, Buat PAS Lupa Perjuangkan Akidah Umat Islam

    12:58:00 PG   No comments

Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.

Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.

Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.

Khamis, 15 November 2012

Pendekatan Mesra Rakyat Melalui Radio BN Selangor Bikin Pembangkang Panas Telinga

    10:20:00 PTG   No comments

Dalam usaha untuk mendekati rakyat dan menyampaikan informasi terkini mengenai Barisan Nasional Selangor, BN Selangor sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila mewujudkan Radio Internet yang akan memulakan operasi pada 17 Nov 2012.

Radio ini akan beroperasi selama 24 jam dan akses boleh di capai menerusi komputer, laptop mahupun telefon pintar.

Untuk mengakses melalui kumputer dan laptop, pengguna boleh melayari laman web www.selangorbn.fm

Secerdik-Cerdik Masyrakat Cina Ada Juga Yang Bodoh Dan Bebal Seperti Aktivis Anti Lynas

    7:00:00 PG   No comments

Kumpulan menentang Lynas yang memakai penyamaran sebagai aktivis alam sekitar dengan nama Himpunan Hijau, masih tidak berputus asa walaupun mahkamah telah menolak permohonan injunksi oleh pihak mereka kerana gagal membuktikan yang operasi kilang tersebut adalah merbahaya.   Keputusan mahkamah tersebut telah disambut dengan kesyukuran dan linangan air mata oleh para pekerja Lynas yang majoritinya beragama Islam dan merupakan penduduk sekitar Gebeng. 

Bertitik tolak dari itu, Himpunan Hijau yang majoritinya atau hampir seratus peratus adalah dari kaum Cina yang bukannya penduduk Gebeng, enggan mengalah dan terus berdegil untuk meneruskan penentangan.
 

PAS Members Are Dogs - Khalid Samad

    3:00:00 PG   No comments

PAS can no longer hide its internal issues which is getting chronic day by day.

The problem which the party faces is no longer small problems such as conflicts of clash in opinions between leaders, but it is more serious because it involves principals and stand which drives the party.

The problem with PAS began when the party collaborated with DAP and it gets worse when the Anwarinas group began to overpower the party. From there, the Islamic soul within PAS starts to fade when liberal group and kafir took over.

Rabu, 14 November 2012

Mat Sabu Kini Sudah Bersedia Menjadi 'Ayahtollah' Teragung Dalam PAS

    10:43:00 PTG   No comments

Tika ini, Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke 53 dan Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 52 sedang berlangsung di Kota Bharu sehingga 15 November 2012. Ia kemudiannya akan diikuti dengan Muktamar Tahunan PAS ke 58 yang akan bermula 16 hingga 18 November 2012 di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tumpuan utama muktamar PAS ini mungkin sahaja berlegar pada persediaan PAS sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) memandangkan sudah keluar arahan rasmi pimpinan tertinggi parti yang mahukan ahli dan pewakilan PAS dari seluruh negara hanya memfokuskan perkara tersebut.

Selasa, 13 November 2012

55 Tahun Bahasa Melayu Terus Di Anak Tirikan SJKC

    6:00:00 PTG   No comments

Seperti yang dijangka, cadangan kerajaan untuk melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Vernakular bermula tahun 2014 mendapat tentangan hebat dari majoriti kaum Cina.  Tentangan ini disuarakan melalui berbagai pihak mereka melalui NGO, termasuklah Kesatuan Guru Besar Kebangsaan. 

Tiada siapa dapat menafikan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang pelik kerana ia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem persekolahan berasingan mengikut kaum.  Seolah-olah itu belum cukup pelik, maka sistem persekolahan kita juga membenarkan bahasa ibunda kaum-kaum minoriti dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah mereka.
  

Isu Selangor: Teknologi Membran Tak Sesuai Untuk Kegunaan Isi Rumah

    2:49:00 PTG   No comments

Teknologi membran yang disaran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu adalah kaedah penapisan air sisa untuk kegunaan industri.

Pakar pengurusan air, Dr. Ahmad Zaharudin Sani Sabri berkata teknologi membran kebanyakkannya diguna secara mudah alih dan sering digunakan industri untuk memproses air yang diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada.

Isnin, 12 November 2012

Darjat Nurul Izzah Lebih Tinggi Dari Dewan Ulama PAS

    11:15:00 PTG   No comments

Selama ini, PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.  Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim. Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.   Menentang Islam juga tidak salah, sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam, sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.

Isu Selangor: Bangkit Menuntut Hak, Kerajaan PR Selangor Anggap Ibu Tunggal Sebagai Janda Terdesak

    10:00:00 PG   1 comment

Lepas satu, satu lagi bala datang menimpa Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Semakin hampir musim pilihanraya, semakin banyak pula desakan dari rakyat menuntut agar kerajaan Pakatan Selangor menunaikan segala janjinya yang terkandung dalam menifesto pilihanraya lepas.

Baru-baru ini, sekumpulan ibu tunggal dari daerah Gombak dan Petaling telah mengadakan perhimpunan secara aman menuntut kerajaan Pakatan Selangor menunaikan salah satu dari janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan Pembangkang pada PRU12 yang lepas iaitu memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal.

Sabtu, 10 November 2012

Himpunan Belia Felda:Lagi Bukti Janji Kerajaan Ditepati

    2:24:00 PTG   No comments

Himpunan Generasi Baharu Felda yang bakal menghimpunkan kira-kira 10,000 belia Felda dari seluruh negara di padang kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM) esok merupakan manifestasi sebuah janji ditepati.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sejajar dengan manifestasi itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pemberian RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

PAS Masih Syok Sendiri Walau DAP Anggap Isu Hudud Hanya Membuang Masa

    3:00:00 PG   No comments

Pertarungan antara dua parti Cina, MCA dan DAP berhubung isu hudud PAS kelihatannya tidak akan menemui titik noktah. Masing-masing tegas dengan dengan pendirian menolak perlaksanaan hudud PAS.

Bagaimanapun, diantara kedua-dua parti itu, MCA telahpun mengumumkan pendirian rasmi mereka untuk menerima hudud versi PAS seandainya itu adalah kehendak majoriti.

Jumaat, 9 November 2012

Nurul Izzah Bakal Ranapkan Segala Impian PR Tawan Putrajaya

    11:40:00 PTG   No comments
Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya  yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Nurul Izzah, Don't Do The Crime If You Can't Do The Time

    6:00:00 PG   No comments
Sinar Harian front page today showed a picture of the greatest female actress, Datin Seri Wan Azizah who began her career in 1998, since his husband was sacked from the government for a sodomy charge. This time, Wan Azizah is playing the part of a mother who pities her daughter, Nurul Izzah who is now facing various attacks from rakyat due to her politically incorrect statement on behalf of her party, regarding freedom of religion for Muslims.

Wan Azizah blamed the media for twisting her daughter's statement. However, just like her father who blamed the media for twisting his statement regarding his support for Israel, they only chose to file a suit against Bahasa Melayu newspapers or pro-government newspapers such as Utusan Malaysia.

In her father case, the first media which published his statement was The Wall Street Journal and as for Izzah, it was Malaysiakini, but it seems like both of them are not interested to file any suit against those media, they did not even say anything about those articles.

Zaid Ibrahim Asks For Political Lifeline By Criticizing Hadi Awang

    2:00:00 PG   No comments
At first, we questioned, why would Dato’ Seri Hadi Awang want to compete in Pekan?

The next day, we wonder, why would Anwar Ibrahim challenge Dato’ Seri Najib to compete in Marang?

Then, all of the sudden Zaid Ibrahim came to make a statement that he wants to compete in Pekan, replacing Hadi Awang. His excuse is that he wants to save the political career of the PAS President. It seems that after going places to find a bit of glamor, Zaid Ibrahim is finally getting his chance.

For Hadi to say that he is willing to compete in Pekan would mean that he is convinced that he has enough influence, as much as the Prime Minister himself. If he is not confident, then he is simply digging his own grave by giving such statement, and Hadi would never want to commit suicide'.

Khamis, 8 November 2012

Habis Jahanam! Soi Lek Cabar PR Masukkan Hudud Dalam Manifesto Pilihanraya

    10:21:00 PTG   No comments
Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dalam satu kenyataannya awal minggu ini secara terbuka mengakui jika majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan hudud PAS, MCA menerimanya dengan hati terbuka.

Serentak dengan itu, beliau juga mencabar PR khususnya DAP dan PAS untuk memasukkan janji perlaksanaan hudud PAS itu ke dalam manifesto PR sempena PRU 13.

Hari ini pula, dalam akhbar Sinar Harian, sekali lagi Soi Lek mengulangi cabaran itu. Katanya, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi, PR perlu meletakkan hudud versi PAS dalam manifesto mereka untuk pilihanraya akan datang.

Selanjutnya, Soi Lek juga mendesak DAP mengeluarkan kenyataan terbuka dan tidak sesekali lari bersembunyi berdolak dalik dalam isu ini.


Nurul Izzah Buktikan PKR & PAS Semakin Liberal

    5:00:00 PG   No comments
Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" terus mengundang bantahan umat Islam.

Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab 'Contact Us', di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut;-

"Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life".

Anwar Challenges Najib To Compete In Marang: A Stupid Publicity

    1:25:00 PG   No comments

If there is any competition on who challenges who the most, Anwar Ibrahim should be the champion. His love in challenging people has become a joke for Malaysians. If he ever get any chance, he would definitely challenge the Prime Minister because he believe that PM is his only right competition. Despite that, he did not even want to take up any challenges from Nallakarupan, Umie Hafilda or Ezam Md Nor which are the keys for his charge.

Few of the challenges which were given to Dato’ Seri Najib from Anwar would be the PTPTN issue, debate on Malay issues, and the latest, he challenges Dato’ Seri Najib to compete in Marang, PAS President, Hadi Awang's constituency.

Selasa, 6 November 2012

Sekejap Yakin Sekejap Ragu, Apa Pendirian PR Terhadap Kewibawaan SPR?

    10:41:00 PTG   No comments

Semasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Seremban Sabtu lalu, beliau sekali lagi mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menuduh daftar pemilih SPR dipenuhi dengan maklumat yang meragukan.

Menurutnya lagi, wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih terbaru SPR itu apabila sehingga suku keempat tahun 2011 terdapat kira-kira 1 juta pengundi baru hanya dalam jangka masa setahun.

Isnin, 5 November 2012

Harapan Palsu Anwar & Angan-Angan Mat Sabu, Berjaya Membodohkan Seluruh Penyokong PR

    10:12:00 PTG   No comments

Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.

Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.

Ahad, 4 November 2012

Isu Selangor: Pengunaan Teknologi Membran Bakal Membuktikan Bertapa Bodohnya Khalid Gagap

    8:00:00 PTG   No comments

Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014.   Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air.  Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2.  

Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan.

Sabtu, 3 November 2012

Desak DYMM Sultan Buang SUK, Pentadbiran Kerajaan PAS Kedah Terus Bergolak

    1:56:00 PG   No comments

Politik PAS Kedah terus bergolak apabila beberapa pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan memberi tekanan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir agar meletak jawatan.   Beberapa demonstrasi diadakan oleh pihak ini bagi memaksimakan tekanan dengan harapan Datuk Rasli akan meletakkan jawatan, atau Menteri Besar Kedah serta DYMM Sultan sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya.

Blog-blog penyokong PAS di Kedah juga turut membantu usaha ini dengan memburuk-burukkan Datuk Rasli.  Berbagai teori dibentangkan lengkap dengan kisah-kisah sebalik tabir yang digambarkan dari berbagai sudut.  Walaubagaimanapun, sudut penceritaan adalah terpulang kepada kepentingan para blogger yang menulis kisah tersebut.

Khamis, 1 November 2012

UMNO-BN Usah Bermimpi Nak Tumbangkan PAS Selagi 'Keramat Tua' Sanjungan Masih Bernyawa

    10:32:00 PTG   No comments
'Keramat Tua' sanjungan ahlul PAS

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Isu Selangor: MB Sibuk Kejar Untung, Nasib Rakyat Selangor Pula Yang Tergadai

    10:00:00 PG   No comments

Tindakan Kerajaan Pakatan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim terus diselar pelbagai pihak termasuk rakyat Selangor sendiri ekoran timbulnya dakwaan penjualan aset berharaga milik PKNS seperti bagunan komersil yang menjadi mercu tanda negeri bagi tujuan tertentu atau lebih tepat lagi untuk menampung dana pilihanraya.

Sehingga sekarang, Khalid Ibrahim terus berdolak dalik dari menyatakan hal sebenar yang berlaku apabila ditanya mengenai setatus terkini berkenaan dakwaan penjualan aset bernilai milik PKNS. Pelbagai istilah koprat direka Khalid Ibrahim untuk menutup pekung busuk kerajaan Pakatan Selangor yang sudah berbau berkenaan isu penjualan bagunan milik PKNS yang kini dalam peringkat akhir perjanjian jual beli.

Bekas Agen Mossad Sahkan, Jika PR Menang Anwar Hanya Jadi PM Sementara

    12:46:00 PG   No comments
Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama.  Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini. 

Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara. 

Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali.   Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP. 

PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS.  Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90.  Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.
  
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.