Isnin, 27 Januari 2014

Rakyat Selangor Tidak Kisah Kaki Zina Dipilih Jadi MB

    10:03:00 PTG   4 comments
anwar-mb-selangor

Wak J: Kepada pemimpin dan penyokong BN Selangor, jangan rasa teruja sangat dengan berita perletakan jawatan Adun Kajang seperti yang dilaporkan di media massa.

Jika benar sekali pun pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan, peluang untuk BN menang di Kajang sangat tipis kerana hampir 90 peratus pengundi di sini tidak kira Melayu, Cina dan India, mereka tetap akan mengundi Pakatan.

Nama Anwar Ibrahim kini disebut-sebut sebagai pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan ADUN yang ditinggalkan sekaligus membuka laluan padanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurut tulisan blogger TFK, kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor telah bermula semenjak pertengahan penggal pertama Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Bagaimanapun, Azmin Ali gagal mendapat persetujuan untuk dijadikan Menteri Besar Selangor membuatkan dia berputih mata. Selepas PRU13, Khalid Ibrahim yang dijangkakan akan kalah setelah dipindahkan dari Ijok, ternyata telah menang dan sekali lagi mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Satu-satunya cara untuk memastikan PKR terus menang sebagai Menteri Besar Selangor adalah dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar atau Wan Azizah Wan Ismail yang telah selesai menjalani proses 'pengharaman' lima tahun selepas meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya pada tahun 2008.

Tahniah! Kepada rakyat Selangor kerana bakal mendapat MB baru seorang kaki zina dan peliwat tegar yang akan memimpin anda menuju ke pintu syurga.

Adun PKR Kajang Letak Jawatan Secara Mengejut Tanpa Sebab

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Ahad, 26 Januari 2014

Kutuk Filem Anak Rosmah Tapi Dalam PR Sendiri Sarat Dengan Pelaku Lucah & Seks

    3:56:00 PTG   2 comments

Wak J: Beberapa hari lepas kecoh di surat khabar nyamuk pro Pembangkang bercerita pasal filem Hollywood terbitan bersama dengan anak Rosmah yang sarat dengan kisah seks dan lucah.

Bukan main seronok para pencacai tegar Pembangkang memainkan isu ini sampai mereka terlupa sebenarya dalam Pakatan Pembangkang sendiri sarat dengan pelaku lucah dan seks tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong, Mustafa Ali dan Azmin Ali.

Moralnya di sini yang ingin wak sampaikan ialah..sebelum kita mengata, menjaja buruk orang, lebih baik kita melihat kuburukan yang ada pada pemimpin sendiri!

Sabtu, 25 Januari 2014

Kenapa Harun Taib...Bukan Nik Aziz?

    1:38:00 PG   6 comments
harun taib pas

Wak J: Al-Fatihah....dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas kehilangan. Pemergian Harun Taib pulang ke Rahmatullah sudah pasti akan mengingatkan kita semua tentang peringatan akhir zaman di mana para alim ulama yang ikhlas menyampaikan agama Allah diangkat satu persatu dan tinggal lah golongan pemuka agama yang akan mengikut telunjuk kafir hingga hari Qiamat.

Pemergian Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,  Dato Harun Taib buat selama-lamanya merupakan satu kehilangan besar dalam arena politik tanah air, khususnya parti PAS. Arwah pernah meminta akar umbi mencadangkan usul keluar daripada Pakatan Rakyat pada muktamar PAS kerana tidak mahu melihat parti itu terus mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin..

Ketua Dewan Ulama PAS Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam Jumaat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Berita mengenai kematian tersebut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

"Allahyarham uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam semalam (Khamis)," katanya kepada mStar Online.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menziarahi Allahyarham petan tadi.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

"Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir Kuala Terengganu," katanya.

Jumaat, 24 Januari 2014

Awas! Air Mata Buaya Wan Azizah Untuk Selamatkan Nurul Izzah

    1:14:00 PG   1 comment

Wak J: Harap penyokong Pembangkang terutamanya penyokong Nurul Izzah tak stress bila tengok video klip dekat bawah ni. Isu kangkung yang dimainkan oleh penyokong Pembangkang sebelum ini kononya mahu menghina Perdana Menteri akhirnya terkena batang hidung sendiri.

Wan Azizah pasti akan muncul sekali lagi menjadi pelakon air mata demi menyelamatkan maruah anaknya...tolong sediakan tisu tandas 2-3 roll..jangan lupa keep stock!

Mohon kepada rakan-rakan wak supaya share dan sebarkan klip video youtube di bawah. Jangan bagi peluang..jangan kita kasihan..kita serang!!!


Khamis, 23 Januari 2014

Tuah Anwar Nampak di 'Anu'..Tuah Nurul.....Cer Teka..Cer Teka

    10:09:00 PTG   No comments
Wak J: Apa yang berlaku pada Nurul Izzah sekarang sudah tentu ada hikmahnya. Sebagai contoh Rosmah dulu pernah berpisah dengan bekas suaminya dan akhirnya ditakdirkan menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Nasib Nurul Izzah? Hanya Tuhan sahaja yang tahu sekiranya dia jadi berpisah dengan sumainya (harap-harap jadi la)...Mungkin nasibnya lebih baik dari nasib Rosmah kut. Mana lah tahu dapat menjadi 'Permaisuri' kepada seorang yang gila mahu menjadi 'Sultan Melaka'

Harap kita semua sentiasa bersangka baik pada semua walau orang tu musuh Politik kita..Jangan sedih-sedih yer Nurul.. ini lah POLITIK


Isu cerai: Izzah, suami kecewa, terganggu - Sinar Harian

SHAH ALAM - Susulan tersebarnya desas desus Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menuntut cerai daripada suaminya, pasangan itu telah menyifatkan perkara itu sebagai gangguan kepada kehidupan peribadi dan rumah tangga keluarga itu.

Menurutnya kenyataan media yang dihantar Nurul Izzah bersama pasangannya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim berkata, "gangguan" tersebut menyedihkan.

"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

"Keluarga kami menjadi keutamaan," katanya.

Terbaru, media melaporkan, desas desus mengenai tuntutan cerai fasakh pada hujung tahun lepas itu telah tersebar di media sosial.

Dalam perkembangan sama, media juga melaporkan mempunyai rekod perkara itu di Mahkamah Syariah, Jalan Duta dan turut disahkan pegawai mahkamah tersebut.

Selain itu,  Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir  juga memohon semua pihak memberi ruangan kepada  mereka untuk membetulkan kembali keadaan perkahwinan itu.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata pasangan itu lagi.

Rabu, 22 Januari 2014

Sebahagian Wang Negara Yang Dibawa Lari Anwar Di Bawah Jagaan Yakuza?

    11:02:00 PTG   6 comments
note-500-1000
Anwar Ibrahim rompak PERBENDAHARAAN NEGARA DENGAN GUNA JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI bernilai THRILLIONS Ringgit masa jadi TIMBALAN PERDANA MENTERI dan MENTERI KEWANGAN pada 1997-1998 dengan cara PINDAHAN DANA RESERVE PERSEKUTUAN ke negara-negara pesisir pantai luar negara. Niat Anwar masa tu senang saja.

Anwar takut Dr Mahathir nanti mati dalam jawaatan sambil PEGANG KERUSI PERDANA MENTERI. Anwar bimbang jika dia tidak dapat merasa nikmat menjadi SEORANG PERDNA MENTERI SEMASA HIDUP.

Pemindahan FEDERAL RESERVE NOTE ke negara-negara pesisir pantai luar merupakan SATU TINDAKAN SABOTAJ EKONOMI NEGARA. Dr Mahathir dapat tahu yg mana jika terjadi apa2 Anwar akan BLAME bahawasanya "INI KEPUTUSAN KABINET DAN DR MAHATHIR TAHU SEBAB DIA PERDANA MENTERI DAN LULUS PERKARA BEGINI".

Modus operandi yang sama Anwar guna dalam isu PROJEK IC SABAH. Semua orang tahu itu kerja siapa tapi LAST SEKALI DR MAHATHIR YG BERSALAH SEBAB DIA PERDANA MENTERI.

Berbalik pada kes PINDAHAN DANA tadi. Tujuan sabotaj di buat adalah bagi menimbulkan kacau bilau dalam negara sama seperti rusuhan berdarah Indonesia May 1998. Di Indonesia apabila ekonomi lumpuh akibat sabotaj dari tangan luar pihak asing, rakyat menuntut SUHARTO di gulingkan dan di ganti Wakil Presiden(TIMBALANnya) mengepalai kerajaan.

Inilah yang Anwar plan semasa membuat pindahan FEDERAL RESERVE NOTE KERAJAAN. Dr Mahathir dapat hidu perkara ni awal bulan July 1998. Satu langkah drastik utk menyelamatkan ekonomi negara Dr Mahathir buat apabila mengetahui simpanan reserve kerajaan persekutuan telah DRY.

Bermula Ogos Dr Mahathir melalui MTEN telah mengarahkan pembekuan perjalanan dana-dana KE LUAR NEGARA dan DANA-DANA serta SEGALA SIMPANAN RINGGIT di luar negara PERLU DI BAWA PULANG SEBELUM 1 SEPTEMBER 1998. Jika tidak dibawa pulang WANG-WANG TERSEBUT TIDAK AKAN ADA NILAI LAGI.

Serentak dengan itu MTEN mengambil-alih peranan Kementrian Kewangan menguruskan hal POLISI KEWANGAN MALAYSIA. Anwar masa itu cuma jadi macam patung. Pindahan dana yang Anwar lakukan pada May 1998 menggunakan alasan "DENGAN RESTU KABINET DAN PM" seperti mana yang diterangkan Gabenor Bank Negara Dato Murad masih belum Anwar pindah masuk balik ke Malaysia.

Jumlahnya lebih 3 bilion Ringgit. Banyak tu. Masa tu berduyun-duyun orang cina tiba-tiba bawa balik duit-duit mereka. Dr Mahathir menanti penuh pasti sementara negara meniti tarikh 1 September 1998. Menjelang 1998 Bank Negara Malaysia mengumumkan Note RM 1000 dan RM500 TIDAH LAGI LAKU SAHNYA UTK DI DAGANGKAN.

Anwar terkejut. 2 September 1998 Anwar dilucut jawatan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang MENGHALANG LANGSUNG dirinya dari access masuk ke Kompleks pejabat Timbalan Perdana Menteri di Seri Perdana.

Pada 3 September MKT Umno melucut Anwar dari jawatanya sebagai Timbalan Prrsiden Umno serta MKT dan juga membuat satu lagi langkah berani mati iaitu MEMECAT ANWAR DARI MENJADI AHLI UMNO.

Banyak orang kata langkah Umno ni salah. Namun selepas 16 tahun apabila membaca semula kisah apa yang sebenarnya berlaku pada 1998 LANGKAH TERSEBUT SEBENAR BUKAN HANYA BETUL TAPI TEPAT.

Pada hari ini nilai pindahan dana yang Anwar rompak dari Perbendaharaan Malaysia pada 1998 bernilai lebih THRILLIONS RINGGIT. Ini wang rakyat. Wajar Anwar kembalikan pada rakyat Malaysia atas apa yang dia dah rompak dari rakyat.

Bayangkan.....jika wang ini dikembalikan pada kerajaan. Minyak, ayam dan ikan boleh jadi murah sebab boleh guna duit tu untuk di subsidi pada barangan di Malaysia. Aktiviti yang Anwar buat merupakan aktiviti money laundry dan merupakan kesalahan serius pada mana-mana negara.

Namun dalam kes Anwar ianya di buat atas kapasiti Anwar sebagai Menteri kanan pada masa itu. Ini antara GOVERMENT to GOVERMENT. Ada IMUNITY dan ini tidak boleh di dakwa. Langkah Jepun menghalang(unofficial) Anwar access kepada DANA tersebut adalah bagi menyelamatkan hubungan baik 2 negara antara Jepun dan Malaysia. Langkah betul.

Lagipun, lawatan Anwar ke Jepun pada kali ini, dikatakan atas jemputan anak kepada pengasas YAKUZA, dan mungkin, faktor itu, antara penyebab mengapa beliau dihalang masuk selain statusnya sebagai bekas BANDUAN.

Sumber: Facebook & Blog

Selasa, 21 Januari 2014

Lupa Pula! Dato Sri Anwar Ibrahim Ni Bekas Banduan Jenayah Rupanya

    10:44:00 PTG   2 comments
anwar-banduan
Wak J: Mungkin ada di kalangan kita sudah lupa bahawa Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah berat sehingga menyebabkan suami kepada Presiden PKR, Wan Azizah pernah disumbat ke dalam penjara.

Rakyat Malaysia terutamanya penyokong Pembangkang sepatutnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana telah mengingatkan kembali pada kita semua bahawa Anwar adalah seorang bekas PENJENAYAH merbahaya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan negara.

Tindakan tegas kerajaan Jepun menghalang mana-mana individu yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah seperti Ketua Pembangkang Malaysia dari memasuki negaranya memang wajar dipuji dan dicontohi oleh negara kita.

Bekas penjenayah seperti bapa Nurul Izzah memang tidak akan kenal erti insaf dan tahu makna taubat selagi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai. Segala macam perkara aib yang memalukan berlaku terhadap dirinya selama ini mungkin disebabkan balasan Tuhan yang mahu memberi petunjuk dan pedoman kepada kita semua bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan hambaNya boleh terlepas dari hukuman, baik di dunia atau di akhirat jika melakukan dosa!

Kedutaan: Anwar dilarang masuk Jepun kerana bekas banduan
 
SHAH ALAM - Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Sinar Harian

Demi Anwar..Khalid 'Gagap' Halau Keluar Pelabur Jepun Dari Selangor?

    12:20:00 PG   3 comments
khalid-ibrahim-tidur

Wak J: Kalau benar Khalid Gagap rasa tindakan kerajaan Jepun menghalau Anwar dari memasuki negara itu sebagai satu tindakan yang sungguh menghinakan, apa kata kita cabar pula Khalid Gagap melakukan perkara yang sama dengan mengusir pelabur Jepun yang melabur di negeri Selangor.

Ada berani tak!

Sebelum ini Anwar dan penyokong taksubnya begitu galak menghina orang, menghina pemimpin kerajaan dan juga negaranya sendiri kerana diperintah oleh Barisan Nasional. Tapi hari ini tiba giliran Anwar pula dihina sehinanya.

Itu baru penghinaan di dunia belum lagi di akhirat.

'Halang Anwar masuk Jepun satu penghinaan'

SHAH ALAM
- Susulan kejadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang memasuki Jepun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan perkara itu menghina kedudukan ketua pembangkang tersebut.

Abdul Khalid  juga berkata, perkara itu dikesali berlaku kepada Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan negeri tersebut juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Jepun yang menjadi pelabur terbesar di Selangor.

"Kerajaan Selangor amat  kesal dengan kejadian yang menimpa  Anwar  di mana beliau telah dihalang daripada memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

"Kerajaan Negeri berpendapat perbuatan ini  menghina kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi PRU13, lalu.

"Lebih dikesali kerana Kerajaan Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun di mana pelabur Jepun adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya pada satu kenyataan media.

Sinar Harian

Isnin, 20 Januari 2014

Bawa Budaya Tidak Baik Pada Rakyat Jepun..Anwar Dihalau Seperti Anjing Kurap!

    12:00:00 PG   7 comments
anwar-seks-japan

Wak J: Sejak beberapa tahun lepas Anwar telah dikaitkan dengan pelbagai skandal seks yang sungguh memalukan seperti skandal seks  dengan pelacur Cina selain dari skandal 'main belakang' jantan.

Mungkin dengan alasan-alasan di atas, menyebabkan kerajaan Jepun tidak membenarkan Anwar Ibrahim menjejakkan kaki ke negara mata hari terbit tersebut kerana dikhuatiri Anwar akan membawa budaya tidak baik kepada rakyat dan pemimpin di sana.

Dalam hal ini, wak rasa Anwar tak perlu merasa gusar sangat kerana tidak dapat memasuki Jepun. Itu cuma perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.

Anwar sepatunya lebih gusar dan bimbang tentang penerimaan 'tanah' terhadap dirinya apabila sudah menemui ajal kelak di atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya.

Memang memalukan ah...bakal perdana menteri Pakatan kena halau macam anjing kurap. Wak jamin isu Anwar kena usir keluar dari Jepun akan lebih meletup dari isu 'Kangkung' yang mereka mainkan sekarang ini.

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Luar Negeri memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun.

Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini.

"Apa peranan Wisma Putra hingga menyebabkan saya terpaksa diusir dari Jepun.

"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.

Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah.

Baca selanjutnya di sini

Ahad, 19 Januari 2014

YDP Agong Bagi Peringatan Kalimah Allah Hak Mutlak Umat Islam

    10:41:00 PTG   No comments
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Wak J: Agong sudah bertitah. Harapnya semua lapisan masyaratkat di Malaysia  faham akan amanat yang telah disampaikan.

Mana-mana pihak yang masih bebal, degil atau buat-buat tak faham tentang perkara ini memang patut diajar atau dibuat 'sesuatu' kepada mereka agar menghormati Islam selaku agama rasmi negara.

Orang kafir mula berani menghina kesucian agama Islam di negara ini berpunca dari sikap orang Islam itu sendiri yang menyokong segala tindak tanduk puak-puak kafir semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik.

Selaku umat Islam kita harus berpegang pada peringatan Allah seperti yang terkandung di dalam Surah Al-Baqarah 2:120, 'sesungguhnya Yahudi dan Kristian adalah musuh kamu yang sekali-kali tidak akan redha dan setuju dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut kehendak dan cara kehidupan dan agama mereka'.

pas gadai islam

ALOR SETAR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum menghormati hak eksklusif umat Islam agar kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, terus terpelihara.

Baginda bertitah pembinaan perpaduan telah melalui proses yang cukup matang dan menjadi kekuatan kepada kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat.

"Lantaran itu beta menyeru agar isu-isu agama dan sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman, wajar dielakkan selain wajib mematuhi asas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati," titah baginda pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena keputeraan baginda ke-86, Ahad.

Titah ucapan Sultan Abdul Halim bertema 'Memahat Sejarah, Membina Negeri Yang Gagah' dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini.

Baginda bertitah penggunaan kalimah 'Allah' yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

"Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. Inilah resmi dan amalan masyarakat majmuk yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian rakyat selama ini," titah baginda.

Sultan Abdul Halim turut menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.

Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar-dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiring.

Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Menjadi harapan dan impian beta kecemerlangan bidang pendidikan untuk melahirkan generasi Ulul Albab dan kemakmuran ekonomi selain melihat Kedah menjadi destinasi pelaburan industri teknoloji tinggi.

"Tindakan penting kerajaan adalah mengkomersialkan bidang pertanian dalam usaha menjadikan Kedah Jelapang Padi Makanan Negara wajar dipuji.

"Usaha berterusan ini, tanpa menumpu pada hasil alam sebagai penyumbang pendapatan dengan memajukan sektor pelancongan berteraskan budaya, warisan dan sejarah tamadun tertua di Nusantara, ekopelancongan berteraskan Islam dan pelancongan-kesihatan," titah baginda.

Terdahulu, Tunku Annuar dalam ucapanya menyeru rakyat Kedah supaya mengambil iktibar pergolakan yang berlaku di negara-negara serantau.

"Saya ingin berpesan janganlah kita jadi fanatik agama, kaum dan parti politik sehingga hilang segala perhitungan dan kewarasan sehingga membawa bencana yang mungkin tidak dapat dipulihkan," katanya.

Pada istiadat itu, sebanyak 114 orang dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran Kedah.

Turut hadir Raja Muda Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pembesar-pembesar negeri. - BERNAMA

Sampai Bila Kerajaan Pimpinan Najib Razak Mahu Jadi Barua Pembangkang!

    10:00:00 PG   2 comments
anwar-najib-teh-tarik

Wak J: Sekiranya wak jadi ahli UMNO pasti sudah berdesing telinga mendengar sindiran pedas dari Remesh Rao terhadap kelembikan dan tidak berdayanya kerajaan BN di bawah pimpinan Najib Razak hari ini apabila berdepan dengan Pembangkang.

Patut pun ramai anak muda Malayu di luar sana masih teragak-agak untuk menyertai UMNO jika dilihat keadaan pemimpin yang membarisi parti keramat orang Melayu ini hampir semuanya lembik, bacul serta ada yang sanggup jadi barua kepada Pembangkang.



Kepada ahli dan pemimpin UMNO..tak rasa malu ke kamu dengan sindiran pedas begini datangnya dari seorang yang berbangsa India setelah geram melihat bertapa lemah dan lembiknya kerajaan hari ini yang ditunjangi oleh parti Melayu apabila berdepan dengan dakyah serta fitnah Pembangkang!

Ke mana perginya terlur-telur mu wahai Panglima UMNO yang kononya gagah berani. Bini pegang kah...kekasih gelap simpan kah..atau sudah hilang kah?

Apa Lagi Yang Perlu Diperjuangkan Dalam UMNO Kalau Bukan Tembolok Sendiri

    12:11:00 PG   2 comments
rauf-tian-chua-lahad-datu

Wak J: Zaman orang Melayu ditindas oleh pejajah sudah lama berkahir, tak ada apa lagi perlu diperjuangkan UMNO sekarang kerana rakyat kini semuanya sudah hidup selesa, mempunyai kerja, memiliki rumah serta kereta sendiri.

Kalau ada pemimpin UMNO yang berkobar-kobar melaung, melalak sampai terkeluar anak tekak kononya mahu mempertahankan nasib orang Melayu seperti yang dapat kita lihat hari ini, itu hanyalah retorik semata-mata.

Sebab itulah sejak kebelakangan ini, dilihat terdapat segelintir pemimpin UMNO atau orang yang berada disekelilingnya yang diberi tanggungjawab untuk mempertahankan UMNO dan juga amanah menjaga nasib orang Melayu, melakukan kerja mereka sekadar melepaskan batuk ditangga, kadang kala tindakan mereka ini membuatkan orang Melayu rasa menyampah.

Memandangkan zaman memperjuangkan nasib orang Melayu dari penjajah sudah berkahir dan UMNO kini telah menjadi lubuk duit dan tempat untuk mengumpul harta kekayaan, maka dengan peluang yang ada telah diguna oleh golongan yang berkepentingan untuk mengenyangkan tembolok sendiri seperti yang diluah oleh The Selangor Chronicle di bawah ini.

hafarizan-umno-tembolok

Peguam UMNO Lebih Pentingkan Tembolok Sendiri

Boleh jadi peguam UMNO, Hafarizan Haron tidak menyangka, tindakannya mendorong anak guamnya, UMNO Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Kerjanya, Raouf Jusuh akan dikecam, bahkan dilaknati oleh ahli-ahli UMNO. Sekarang ini pun, Hafarizan sedang sibuk bersilat sana sini sambil meminta bantuan daripada konco-konconya dalam UMNO untuk menyokong tindak-tanduknya itu.

Perlu diingat, peguam-peguam yang sanggup melakukan pembelaan ke atas UMNO dan segala entitinya, merupakan golongan terpinggir dalam komuniti guaman. Peguam-peguam Utusan Malaysia contohnya, tidak sahaja dipinggirkan, bahkan mereka dihina oleh kebanyakan peguam yang berterus-terang menyatakan pendirian mereka yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR. Manakala peguam yang mewakili agensi kerajaan seperti FELDA pula, lebih cenderung untuk ponteng kerja dan memudahkan tindakan pihak lawan ke atas agensi-agensi terbabit.

Disebabkan itulah, kita dapat melihat banyak keputusan-keputusan mahkamah yang sangat upset terutama sekali membabitkan Utusan Malaysia. Apatah lagi trick peguam-peguam itu pula turut dibantu oleh hakim-hakim mahkamah yang tidak kurang juga enggan terkecuali daripada permainan politik dan '3rd Force'.

Justeru, para peguam ini biasanya memilih jalan selamat iaitu walaupun mengambil upah dari UMNO tetapi akan bermuka-muka supaya mereka tidak terus dipinggirkan oleh komuniti guaman. Setidak-tidaknya, mereka telah 'membuat jasa' kepada pihak yang satu lagi dengan tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas membela UMNO dan kerajaan.

Kita tidak menuduh Hafarizan sebagai talibarut Pakatan yang menyelinap ke dalam UMNO dan menjadi peguamnya demi mendapatkan keuntungan besar. Namun tindakan menarik balik saman fitnah ke atas Tian Chua dan Mustafa Ali, dilihat agak keterlaluan dan tidak munasabah.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Hafarizan, hakikatnya, Tian Chua dan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan menghentikan tabiat mereka mengaitkan UMNO dengan apa-apa sahaja keburukan dan masalah di negara ini. Walaupun yang mencipta masalah itu datangnya daripada Pakatan Rakyat sendiri, sepertimana yang berlaku di Selangor, yang dipersalahkan kemudiannya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Masakan Hafarizan tidak tahu langsung tentang perkara tersebut atau dia sebenarnya berpura-pura pekak badak dan memilih untuk kerja senang?

Tidak sampai dua puluh empat jam selepas Hafarizan mengeluarkan kenyataan kononnya saman fitnah itu ditarik balik kerana Tian chua memohon maaf dan akan meminta Keadilan Daily menarik balik artikel yang melaporkan tentang kata-katanya, Ahli Parlimen Batu itu dengan tegas menyatakan, persetujuan tersebut tidak mengandungi perkataan MAAF. Malah dia tidak meminta maaf kepada sesiapa pun.

Secara tidak langsung, Hafarizan sudah berbohong dan kebanyakan orang lebih mempercayai Tian Chua berbanding Hafarizan atau mana-mana yang ada cop UMNO sekalipun telah terbukti, Tian Chua adalah pembohong tegar yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mempertahankan pembohongannya termasuklah menyaman dan bersungguh-sungguh dalam proses saman yang diambilnya. 

Kerosakan terhadap UMNO diburukkan lagi dengan gelagat peguam-peguam yang berasakan mereka bijak tetapi hakikatnya mereka tidak membantu UMNO memulihkan sokongan terhadap parti itu pun. Mereka ini gagal melihat trend serta kehendak masakini daripada masyarakat pengundi-pengundi muda yang lebih senang berfikir cara singkat dan mahu melihat bukti nyata berbanding terpaksa memerah otak memikirkan maksud sebenar metafora daripada tindakan golongan seperti Hafarizan.

Anehnya, untuk kalangan sendiri, tindakan bukan main pantas dan bukan main detail. Tidak sahaja sangat berani, bahkan sehingga membuatkan UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana pertelingkahan sesama sendiri. Tetapi apabila berhadapan dengan musuh, UMNO biasanya sangat kecut, sangat penakut dan tidak mempunyai daya juang yang kental.

Lebih malang lagi, mereka yang diberikan kepercayaan memimpin parti pula, bersikap seperti enau melepaskan pucuk... cukup untuk memikirkan tembolok sendiri, apa yang nak berlaku kepada parti, itu bukan soal mereka!

Jumaat, 17 Januari 2014

Guru Besar & Guru Kantoi 'Mukadimah Zina' Dipercayai Penyokong PAS!

    3:42:00 PTG   7 comments
guru-mukadimah-zina

Wak J: Kenapa kes-kes macam ini kerap sangat berlaku di Kelantan yang terkenal dengan jolokan negeri 'Serambi Mekah'?

Sebagai sebuah negeri yang dulu dan kini ditadbair oleh para Ulama terkenal sepatutnya perkara sumbang seperti zina ini tak akan berlaku. Kalau ada pun pastinya ia kes-kes terpencil sahaja.

Ramai yang marah bila isu ini dikaitkan dengan politik terutamanya penyokong PAS yang tidak dapat terima kenyataan bahawa perkara maksiat sering berlaku di sana, tapi tak pernah berfikir kenapa ia terus berlaku dan menaya di mana silapnya.

Ada yang kata, kekerapan tangkapan maksiat di Kelantan bukti pengawai agama di sana rajin turun padang buat kerja. Memang betul dan setuju tapi bila difikir balik, kerap sangatkah rakyat Kelantan melakukan maksiat sampai terpaksa kena buat tangkapan setiap hari?

Sudah 20 tahun lebih PAS tadbir Kelantan, paling lama jadi Menteri Besar jadi Tok Guru dan Imam kepada rakyat Kelantan ialah Nik Aziz. Sedikit sebanyak perkara maksiat yang berlaku di negeri itu Nik Aziz dapat sahamnya. Sebab apa!....Sebab GAGAL mentarbiyah atau mendidik rakyat Kelantan menjadi insan yang beriman.

Bila orang agama sibuk mengejar dunia, maka begini lah jadinya.

Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri

KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

Sinar Harian

Pemuda UMNO Beri Amaran!

    12:05:00 PG   4 comments

Wak J: Amaran lagi!...Bilanya nak bertindak, nak tunjuk Pemuda UMNO ni memang bertelur? Ingatkan habis zaman Krismudin  dah tak ada lagi perkataan AMARAN ni..rupanya kekal jadi warisan generasi ke genrasi.

Selasa, 14 Januari 2014

Woii Lembik!..Pembangkang Peduli Apa Kalau UMNO Amal Demokrasi Sebenar

    8:48:00 PTG   No comments
umno-dalang-lahad-datu

Wak J: Bila dah tahu UMNO lembik macam ni ..esok lusa Pembangkang terus buat fitnah lagi...apa ada hal...ingat pemimpin Pembangkang peduli sangat ke pasal keterbukaan UMNO ni..selagi UMNO tak dapat ditumbangkan jangan harap lah...

Langkah Tarik Balik Saman Bukti Umno Pengamal Demokrasi Sebenar 

MUAR - Langkah Umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membuktikan parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengamal demokrasi sebenar.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemimpin berkenaan sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan Umno yang bersedia memaafkan mereka walaupun tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Umno amat berat.

Razali yang juga Aahli Parlimen Muar menyifatkan walaupun perkara itu sudah selesai dari segi perundangan, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.

"Kesalahan, penipuan dan keceluparan yang dilakukan Tian Chua masih belum selesai terutamanya bagi mangsa dan keluarga dalam insiden di Lahad Datu. Dia (Tian Chua) hanya minta maaf kepada Umno sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penarikan balik saman Umno terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu, selepas sambutan Maulidul Rasul peringkat daerah Muar, di sini, hari ini.

Katanya Mustafa pula perlu mengambil iktibar daripada perkara terbabit terutamanya sebagai pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Semalam, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Umno dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.

Mustafa melalui peguamnya dan akhbar rasmi Pas, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Umno kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya. - Bernama

Sambut Maulid Nabi Kerja Tak Sudah..Jom Tampar Mulut Nik Ajis Ramai-Ramai

    12:32:00 PG   4 comments
nik aziz sambut hari jadi

 

Wak J: Salam Maulidur Rasul buat pelayar blog 'Wak Jengkol'. Marilah sama-sama kita mengingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam. Ya Rasulullah, sungguh besarnya pengorbananmu untuk umatmu.
.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak…Aamiin


Klik Iklan: If you are in KL, Selangor and Negeri Sembilan, this could be your ultimate DREAM JOB opportunity

Wak berharap kaki liwat yang mana Nabi tak ngaku umat tu dan juga penghina Nabi yang mendakawa Nabi Muhammad tu sama seperti mamat-mamat kampung lain dan juga para penggadai agama dalam PAS agar segera bertaubat selagi masih sempat.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain dan juga diri wak, diingat supaya jaga kelakuan dan jangan ikut perangai buruk pemimpin Pembangkang

Isnin, 13 Januari 2014

Stopa Ali Syok 'Main' Betina, Blogger Pro UMNO Dapat Apa?

    10:08:00 PTG   1 comment
stopa-ali-zina

Wak J: Malang sungguh jadi blogger Pro UMNO la ni...

Video lucah: Kes Umno saman PAS selesai, Mustafa setuju ia kerja ‘blogger Umno’
 
Umno menarik balik samannya ke atas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berikutan persetujuan Mustafa untuk menyatakan yang beliau maksudkan "bukan Umno" tetapi "blogger Umno" di belakang penyebaran video lucah ke atasnya.

Berikutan persetujuan itu, Harakahdaily hari ini menyiarkan satu berita bertajuk "Yang saya maksudkan blogger Umno bukan Umno - Mustafa".

Persetujuan ini dicapai melalui sesi mediasi yang disertai oleh kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sesi itu, Mustafa disertai oleh Bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi yang turut disaman Umno serta peguam mereka iaitu Fitri Asmuni dan Zulhazmy Shariff.

Umno pula diwakili oleh peguamnya Datuk Hafarizan Harun dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh.

Umno menyaman Mustafa, Asmuni dan Ketua Pengarang Harakahdaily ketika itu, Zulkifli Sulong kerana mendakwa parti Melayu itu di belakang penyebaran video lucah Mustafa menjelang pilihan raya umum lalu.

Umno menafikan mereka terlibat dan menyaman ketiga-tiga mereka.

Menjelang pilihan raya umum lalu, blogger Umno menyebarkan video lucah yang dikaitkan dengan Mustafa.

Mustafa menafikannya dan mendakwa Umno terlibat dalam pembikinan dan penyebarannya untuk memalukan PAS.

Pada 13 April 2013, menjelang pilihan raya umum, Harakahdaily menyiarkan berita bertajuk "Mustafa ceramah di Dungun dakwa Umno terdesak" selepas video itu tersebar.

Dalam ceramah itu, berdasarkan laporan Bernama, Harakahdaily menyiarkan kenyataan Mustafa yang menyifatkan ia fitnah dan kerja Umno.

Hari ini, plaintif dan defendan mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan saman itu secara mediasi dengan Mustafa mengeluarkan kenyataan itu di Harakahdaily. – 13 Januari, 2014.

Anwar Dalang Di Sebalik Gerakan Kristianisasi Di Selangor?

    12:16:00 PG   3 comments
anwar dalang kristian
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melindungi gerakan Kristianisasi di Selangor begitulah kesimpulan yang dibuat oleh pelawat-pelawat laman ini.

Pelawat bernama ‘itsme’ rakaman percakapan Anwar di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, Puchong, 5 Januari lalu sebagai bukti Penasihat Ekonomi Negeri Selangor memberi lampu hijau (green light) supaya gerakan Kristianisasi semakin bercambah di negeri itu.

“Amaran Anwar umpama memberi green light kepada DAP dan Kristian untuk cambah mekar selepas mereka dapat 2/3. Ini memang plan mereka cuma Melayu-Melayu luar ‘sana’ tu tak faham-faham..

“Ingat makin berat serban mereka tapi makin hilang kopiah adalah..kesian. Mereka lebih zalim dari yang ada. Sanggup makan anak bangsa sendiri.. mereka tidak sedarkah banyak musibah melanda atas kerana mungkin Allah melihat mereka itu berlaku zalim ke atas sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Islam,”katanya.

‘itsme’ membuat komen di atas sebagai mengulas artikel “Mesej Anwar Di Sebalik Amaran ‘Cina Di Bandar Kena Bantu.. Jangan Persulitkan Kerja Kita,’” yang merujuk amaran Anwar terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) yang mencadangkan pindaan Enakmen 1988.

Dalam kenyataan itu, Anwar turut mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas 300 Bible berbahasa Melayu serta Iban, namun dalam masa sama Anwar memberi ‘amaran’ kepada tiga ADUN DAP yang dilihatnya memberi kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat (PR).

“Cina di bandar pun harus tahu bahawa dia kena bantu, jangan dok tambah kenyataan yang mempersulitkan kerja kita.

“Umpamanya bila ada cadangan, apa masalah serbuan, selesaikan masalah serbuan, ini tidak, ‘pinda undang-undang,’ dah orang panik pula,” kata Anwar.

Seorang lagi pelawat, ‘XXX-PKR’ bersetuju dengan pendapat ‘itsme, menurutnya, Anwar memberi ‘amaran’ kepada tiga ADUN DAP itu bukan kerana mahu halang gerakan Kristianisasi di Selangor, sebaliknya Penasihat Ekonomi Selangor itu marah kerana cadangan pindaan enakmen 1998 ADUN DAP itu akan mendedahkan operasi gerakan Kristianinasi yang sedang berlaku di negeri itu.



“Setuju.. ia merupakan lampu hijau untuk teruskan kerja-kerja kristianisasi di Selangor secara bijaksana. Anwar marah sebab tiga ADUN DAP itu tidak bijak, nampak gopoh dan kerterlaluan menyebabkan undi Melayu-Islam akan lari.

“Anwar mahu kaedah yang lebih bijak, buat secara senyap tapi berkesan tanpa diketahui oleh pengundi Melayu-Islam.

“Apabila Pakatan dah dapat Putrajaya, baru boleh buat secara terbuka, pinda pelembagaan dan sebagainya.
Dapat kuasa dulu baru boleh buat, ini kita dapat Selangor, jadi kena buat diam-diam supaya orang Melayu tak tahu, itu mesej sebenar Anwar,”katanya.

Menurutnya kemarahan Anwar kerana ADUN DAP akan menonjolkan sifat sebenar Pakatan Rakyat, gopoh dan terburu-buru untuk menghapuskan enakmen berkaitan Islam di mana ia bakal kehilangan undi daripada masyarakat Melayu-Islam di negeri itu.

Sambil memberi bukti rakaman ucapan Anwar di New York pada tahun 2005, ‘XXX-PKR’ berkata kaedah Anwar untuk melemahkan Islam tidak boleh dibuat secara gopoh.

“Persoalan ‘kaedah’ ini pernah Anwar beritahu kepada pemikir-pemikir Yahudi dan Jesuit di New York pada tahun 2005.

“Kata Anwar untuk menyebarkan ‘demokrasi’ ke dunia Islam, ia harus dilakukan secara bijaksana, tidak boleh nampak kasar, gopoh dan imperalistik.

“Ia harus dilakukan dari ‘dalam’ di kalangan umat Islam sendiri dan tidak boleh nampak paksaan pihak luar. Jika nampak agenda pihak luar, umat Islam akan tolak,”katanya.


Seorang lagi pelawat, ‘Sman’ berkata jika PR berjaya mendapat 2/3 kerusi di parlimen, mereka akan meminda undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam.

“Bila kita cakap pada Melayu PAS, Melayu PKR, satu hari nanti kalau PR berkuasa, dan dapat 2/3 mejoriti, DAP akan bawa usul pinda Perlembagaan-hapuskan hak keistimewaan Melayu,Islam bukan lagi agama rasmi, Bahasa Kebangsaan tolak tepi, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan Melayu Islam, mereka kata mustahil, DAP tak akan berani.

“Sekarang 3 ADUN berkaitan sudah pun membuktikan mereka ‘boleh’,yang bodoh, lembab dan mamai ialah Melayu PAS dan Melayu PKR. Mereka tak tahu DAP sudah berfikir 1,000 langkah di hadapan mereka, sedangkan mereka hanya cukup berdemo di Dataran Merdeka menjadi alat,”katanya.

Ahad, 12 Januari 2014

Kata Dr Mujahid...Umat Islam Minum 'Holy Water' Jadi Kristian Adalah Karut!

    12:56:00 PG   4 comments
Mujahid Holy Water

Wak J: Betul lah tu...Apa kata kita syorkan kepada Dr Mujahid ni minum air 'Holy Water' sebotol sebagai minuman harianya untuk buktikan pada kita jika minum air tersebut dia tak akan jadi kristian. Macam dah tak ada air lain nak diminum agaknya!

Dalam PAS dan Pakatan Pembangkang semuanya boleh..Dosa besar apakah yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin mereka?

Berzina dalam bilik Hotel, berkhalwat dan main punggung jantan, semuanya pernah dilakukan. Cuma sekarang ni pula cubaan untuk menggadai pegangan akidah umat Islam dengan mengatakan meminum 'Holy Water' tak akan menyebabkan kita menjadi Kristian.

Para pemimpin PAS yang beragama Islam hari ini dilihat lebih galak membela pihak kafirun dari pada mempertahankan pegangan akidah umat Islam yang kini diserang dari segenap penjuru oleh pihak-pihak tertentu yang ingin melihat Islam hancur di Tanah Melayu.

Jika dilihat dari sudut pandang politik..kenyataan pemimpin PAS yang teruja sangat membela pihak Kristian dalam isu Kalimah Allah sejak akhir-akhir ini bertujuan untuk menjaga hati puak-puak kafirun dan undi mereka.

Dunia sedang menuju ke akhir zaman, kita sebagai umat Islam perlu lebih berhati-hati dengan agenda pihak kafir yang sedang berusaha sedaya upaya menarik kita agar tercebur dalam api neraka bersama mereka.

PAS: Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian
 
Tanggapan bahawa seorang Muslim akan menjadi Kristian jika terkena 'holy water' (air suci penganut Kristian) atau menjejakkan kaki ke dalam gereja adalah karut, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Tidak wujud langsung pergi ke gereja tiba-tiba jadi Kristian. Ini adalah karut.

"Ada yang kata kalau orang Kristian bagi 'holy water' - sekali minum, 'habis'.

"Kita mungkin ketawa, tetapi cuba fikir kembali berapa ramai di luar sana mempercayainya?" katanya dalam satu forum di ibu negara semalam.

Beliau bercakap kepada kira-kira 150 orang yang terdiri daripada penganut pelbagai agama di forum "Polemik 'Allah' dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama, anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai.

Mujahid yang merupakan ketua biro perpaduan nasional PAS berkata kerisauan yang sama turut wujud di kalangan orang Islam terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian.

Selasa, 7 Januari 2014

"Former Prime Minister" PEMANDU Jadikan Najib Razak Bahan Jenaka

    12:37:00 PG   No comments
najib-pemandu-bas
 
Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.

Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.

Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas di atas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".
 
Pemandu-najib
 
Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.

"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"

"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."

Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah.
 

Ahad, 5 Januari 2014

Hard Rock Cafe di Putrajaya? Siapalah Cadang Idea Bodoh Nak Mampus Ni!

    10:32:00 PTG   1 comment
HardRockCafeKL-bir
Wak J: Warga Putrajaya tak cukup hiburan ka sampai nak kena buka Hard Rock Cafe di sana. Cukup lah pusat maksiat tu berada di Kuala Lumpur..Siapa lah yang cadang idea bodoh ni. Menyusahkan betul!

15 tahun lalu, Kerajaan berhadapan krisis meyakinkan rakyat bahawa pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya satu keperluan dan kemudahan untuk rakyat pada masa akan datang. Selepas berjaya meyakinkan rakyat yang melihat sendiri kejayaannya, hari ini rakyat dihadapkan satu krisis baru iaitu mengisi pembangunan di sini.

Tanpa disangka, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, dalam keghairahan untuk memeriahkan Putrajaya pada sebelah malam telah mengumumkan kehadiran franchise arak, hiburan dan motor besar bernama Hard Rock Cafe di Putrajaya yang akan dibuka beberapa bulan lagi.

Namun pengumuman ini menjadi masalah besar sejak semalam berikutan bantahan yang semakin besar ke atas pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) Putrajaya kira-kira 500 meter dari Masjid Tuanku Sultan Mizan, Presint 3, Putrajaya. Ini memaksa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa ia masih di peringkat cadangan.

Serentak itu, satu pelan kecemasan untuk menyelamatkan keadaan telah muncul secara mendadak sebelum Menteri Wilayah Persekutuan masuk bertugas esok hari.

[https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909 ]

Strategi yang digunakan ialah mengumumkan HRC ini tidak akan menjual sebarang arak dan mengadakan sebarang hiburan. Sebaliknya, ia hanyalah membuka outlet menjual barangan cenderamata (merchandise) HRC.

Mereka mendakwa dengan membuka outlet HRC ini akan memberi imej dan liputan yang besar kepada Putrajaya ke seluruh dunia.

Sebenarnya, Putrajaya perlukan HRC atau HRC perlukan Putrajaya?

Memang benar HRC mempunyai peminat tersendiri termasuklah orang Islam yang merasakan Allah bukan zalim untuk menghukum mereka kerana mempromosi franchise arak ini. Hendak ketawa pun tidak, hendak marah pun tidak. Terserahlah antara mereka dengan Allah, walaupun panduan dan perintah sudah diturunkan sejak beribu tahun lalu.

Mereka ini sebenarnya keliru dengan tujuan penubuhan Putrajaya. Ia dibina sebagai pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana Kuala Lumpur telah sesak. Ini memudahkan hal-hal kerajaan diuruskan di suatu tempat lain sebagai kemudahan kepada rakyat dan juga anggota kerajaan.

Justeru tidak penting Putrajaya tidak “happening” atau “tidak boleh pening” pada waktu malam. Bukan itu tujuan dan matlamat Putrajaya. Putrajaya dibina menggunakan duit rakyat bukan, seperti alasan Aseh Che Mat yang menyatakan matlamat HRC, untuk menarik mat-mat motor besar melepak di sini, tapi untuk kemudahan pentadbiran negara.

Tarikan pelancong di Putrajaya memadai sebagai pusat pentadbiran negara yang berkonsepkan seni bina Islam. Jika pelancong tidak mahu datang ke Putrajaya pun bukan masalah besar. Kita punya Kuala Lumpur yang telah mempunyai segala macam aneka hiburan termasuklah HRC ini.

Menghina Putrajaya

Alasan sesetengah penyokong HRC di Putrajaya bahawa pembukaannya akan memberi promosi kepada Putrajaya sangat menghina Putrajaya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberi inspirasi pembinaannya.

Putrajaya telah lama terkenal seiring dengan imej Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Hard Rock Cafe memang tergila-gilakan tempat-tempat seperti ini untuk meningkatkan lagi imej antarabangsa mereka. Ramai yang tergila-gilakan T-Shirt HRC kerana ia berunsur koleksi bandar-bandar besar dan tempat-tempat terkenal.

Dengan membenarkan HRC membuka outlet di Putrajaya ia sebenarnya lebih menguntungkan franchise ini darpada Putrajaya sendiri. HRC akan menjual T-shirt dan segala barangan cenderamata menggunakan nama Putrajaya.

Akhirnya, Putrajaya, bandar ikon pentadbiran Islam moden sudah berjaya dijajah oleh franchise hiburan dan arak yang terkenal!

Kita bukan anti hiburan. Kita tiada masalah dengan pelbagai hiburan di Kuala Lumpur dan pusat perjudian di Genting Highland kerana ini negara berbilang kaum dan zaman globalisasi yang setiap negara sudah menjadi seperti satu keperluan mempunyainya baik atas alasan masyarakat majmuk mahu pun keperluan pelancong dan ekspatriat.

Malangnya, kita tiada rasional untuk membenarkan sebarang bentuk premis hiburan barat dan arak dibuka di Putrajaya. Alasan yang muncul hanyalah alasan dangkal dan tidak masuk akal.

“Bola” di kaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jumaat, 3 Januari 2014

PAS Percaya Kitab Bible Dan Injil Adalah Sama

    9:48:00 PTG   4 comments
mujahid-yusof-rawa-with-bishop-sebastian

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.

Ini sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun lampau.

(Maksud hadis)

“Telah diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya, dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” Berkata Al-Firabri, telah menceritakan kepada kami Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam seperti ini juga. “ (Sahih Bukhari)

Antara lima Rukun Iman ialah mempercayai kitab-kitab Allah. Kitab-kitab Allah Taala itu yang diutuskan kepada para Rasul itu terdiri daripada Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan Zabur, Taurat dan Injil telah ‘diangkat’ oleh Allah Taala untuk digantikan dengan al Quran menerusi pelbagai peristiwa termasuklah serangan oleh tentera-tentera Babylon ke atas Baitul Muqaddis pada tahun 568 Masehi di bawah kepimpinan Nebukhadniza.

Injil sebenarnya tidak pernah ditulis. Ramai terutama sekali kaum pendakyah cuba menjadikan kitab Gospel sebagai Injil bagi tujuan pengeliruan. Walaupun Gospel dan Injil berkongsi maksud iaitu ‘Berita Baik’, tetapi konsep Gospel dan Injil sama sekali berbeza. Gospel atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Bible, menekakan tentang konsep penyelamatan (salvation), aitu kepercayaan bahawa Jesus Christ, selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan penyelamat bagi mereka yang mempercayainya.

Sedangkan Injil pula tidak mengandungi semua perkara tersebut, sebaliknya membawa ajaran tauhid.

Boleh jadi, pemimpin PAS seperti Muhajid Yusof tidak tahu bahawa Injil tidak pernah dicatatkan dalam bentuk tulisan sebaliknya hanya dalam bentuk SAYING GOSPEL. Saying Gospel pula telah hilang dari pegangan umat Nasrani menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi Isa a.s dan digantikan pula oleh Narrative Gospel iaitu Gospel yang ditulis oleh pihak-pihak tertentu yang membawa ajaran akidah triniti dengan menyandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s sedangkan ajaran dari Narrative Gospel ini tidak langsung berkaitan dengan Nabi Isa a.s.

Semua Gospel yang terdapat dalam Perjanjian Baru seperti yang ditulis atas nama Matthew, Lucas, Mark dan John adalah dikategorikan sebagai Narrative Gospel dan ia berbeza daripada Sayings Gospel yang ditulis oleh pengikut-pengikut Nabi Isa a.s sepeninggalannya pada awal kurun pertama selepas Masihi. Sayings Gospel hanya mengandungi kata-kata hikmah daripada ajaran Nabi Isa a.s , manakala Narrative Gospel pula tertmpu kepada riwayat hidup dan pendewaan peribadi Nabi Isa a.s sebagai Christ.

Kenyataan Burton L.Mack (1993) menerusi bukunya The Lost Gospel (The Book of Q and Christian Origin) yang diterbitkan oleh Queensland: Element Shaftersburg, Dorset Rockport, Massachsetts, Brisbane, menjelaskan perkara berkenaan.

Cubaan menyamakan Bible atau Gospel dengan Injil secara jelas merupakan cubaan untuk mengiktiraf Konsep Triniti yang menyengutukan Allah Taala dengan sebarang cara. Barangkali Mujahid Yusof amat sedar dengan perkara ini dan perbuatannya dilakukan dalam usaha untuk membolehkan pemurtadan dilakukan secara lebih halus dan ‘sopan’.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.