Jumaat, 31 Disember 2010

Garuda Terbang Rendah, Tanda Hormat Kepada Sang Harimau

    12:19:00 PG   4 comments

Kita lupakan seketika bab politik hari ini. Walaupun sudah berakhir, namun demam Piala AFF Suzuki kini sedang hangat melanda tanah air tercinta. Di sana sini sekarang tengah sibuk bercerita pasal bola sepak, tak kira lah di kedai mamak, gerai-gerai tepi jalan hingga ke lobi hotel, tidak ketinggalan juga di ruang-ruang siber termasuk di Blog dan juga di Facebook semua kecoh berbicara tentang kejayaan pasukan Malaysia membenam timnas Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua di tempat lawan malam tadi.

Syabas dan tahniah itu sahaja yang mampu Blog Wak Jengkol ucapkan kepada skuad kebangsaan bola sepak Malaysia di bawah bimbingan Jurulatih Rajagobal, kerana berjaya mempertahankan kemenagan yang telah berada dalam genggaman setalah menang di tempat sendiri dengan jaringan 3-0 sebelum ini. Dalam perlawanan akhir malam tadi Malaysia berjaya mencuri satu mata lagi di tempat lawan, sekaligus menambah derita skuad Indonesia, mereka terpaksa bermain mati-matian untuk menjaringkan gol sebanyak yang boleh bagi memenangi perlawanan tersebut.


Pada pertengahan separuh masa kedua kelihatan pasukan Indonesia mula bangkit dengan berjaya membolosi gawang gol Malaysia. Kehadiran dua gol tersebut sudah pasti mampu membuatkan perasaan kita yang menonton di kaca TV berasa cemas bercampur geram kerana melihat keadaan pemain Malaysia kelihatan goyang-goyang sedikit. Mungkin ini disebakan oleh tekanan dari luar oleh penyokong Indonesia yang begitu ramai sehingga penuh stadium atau mungkin juga pemain kita menghadapi tekanan untuk mengekalkan kemenagan 3-0 sehingga minit-minit terakhir perlawanan. Apa-apa pun segala tekanan dan beban yang digalas oleh pemain bola sepak kita kini berjaya dilepaskan, sekaligus membawa pulang trofi Piala Suzuki pulang ke tanah air.

Penantian selama 14 tahun Malaysia mengidam untuk menjulang pila Suzuki kini sudah termakbul. Kemarau panjang yang selama ini melanda pasukan kebangsaan untuk menjuarai mana-mana pertandingan bola sepak pada peringkat antarabangsa kini sudah berakhir. Diharap dengan kemenangan yang dikecapi sekarang ini dapat menaikkan moral dan semangat pemain bola sepak tanah air terutama yang berada dalam liga Malaysia untuk bermain dengan lebih gigih seterusnya dapat melahirkan pemain yang bukan sahaja berbakat malah berkualiti dan juga dapat mengangkat martabat bola sepak kebangsaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Di atas kejayaan ini PM kita telah mengumumkan hari Jumaat bersmaan 31hb Disember 2010 ini sebagai hari cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bolak sepak kebangsaan pada kejohanan Suzuki Cup . Bonus pun dah dapat, alamatnya bercuti panjang lah nampaknya kita. Memang tak sia-sia kita menyokong skuad Malaysia dari mula hingga berjaya menjadi juara. TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH kerana mengharumkan nama Malaysia tercinta.


Wak J: Apa cerita dengan Julia Perez yang beria-iaya sangat nak butakan mata pemain Malaysia dengan pacaran laser sakti yang keluar dari puting nenenya tu. Tertungu-tunggu jugak tadi nak tengok berapa hebatnya laser si minah indon ni. Takkan kehabisan bateri kut..Harap nenen je besar, ntah-ntah sumbat silicon agaknya.

Rabu, 29 Disember 2010

Tok Guru Belum Meninggal Lagi Laa...Celako Punya Samdol

    12:39:00 PTG   2 comments
 "Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya” SUMBER UTUSAN ON9 28/12/2010

"Celako punya hantu, siapa yang pandai-pandai cakap aku dah mati nih. Siap hang aku tak ampunkan, selagi hang tak melutut depan aku minta maap". Ayat ini wak cuba terjemahkan ke dalam bahasa yang mudah dipahami oleh segelintir manusia yang kurang paham, tak biasa sangat atau lambat tangkap maksud yang cuba hendak disampaikan oleh menteri besar kelantan Nik Aziz Nik Mat.

Siapalah yang berani sangat buat fitnah dasyat dan amat jahat terhadap Tok Guru yang begitu disanjunugi oleh lembu-lembu Pas ni. Orang tua tu masih bernyawa lagi hingga sekarang. Ada ke patut cakap orang tua tu dah mati..Ishhh memang tak patut betul. Dah tak pasal-pasal siapa yang jaja cerita ni nak kena minta ampun pula depan tok guru.

Menurut rekod orang meniggal tahun lepas, memang ada seorang hamba Allah yang namanya hampir atau memang serupa dengan dengan tok guru pujaan Pas ni. Kalau tak percaya cuba baca berita di Utusan Online yang bertarikh 26 Ogos 2009. Nak berita lanjut klilk sini..Percaya tak apa yang wak cakap, nama memang sama sebijik cuma orangnya dan situiasi kematian yang berlainan.


Kepada pemfitnah UMNO yang suka buat perkara tak elok ni. Ada baiknya segera mohon maaf kepada tok guru selagi dia masih tengah bernyawa ni. Buatnya orang tua tu pergi awal, dah jadi kes naya pula. Benda yang baik elok disegerakan.

Wak J :
Tekejut.. beruk peliharaan Wak bila dengan tok guru kesayangan kita meniggal. Nasib baik masih panjang usia lagi. Wak doakan semogan Nik Ajis akan sihat dan ceria selalu..Amin..

Lembu Pas Menyondol Ladang Sawit FELDA Lagi

    4:53:00 PG   No comments
  
Jeng..jeng..jeng.. Tu dia.. seperti yang wak kata dalam entri sebelum ini tentang tiga ekor lembu Pas yang ditugaskan khas untuk menyondol FELDA. Kali ini seekor lagi dari tiga kawanan lembu Pas tersebut telah muncul keluar dari ladang kelapa sawit Felda. Setelah beberapa hari lembu Pas yang bernama Mazlan Aliman ini bersembunyi sambil menuggu mangsa untuk disondol, kini mangsa yang dinanti telah muncul iaitu Tan Sri Isa Samad yang baru sahaja dilantik sebagai pengurusi Felda bagi menggantikan Tan Sri Yusof Noor.

Dengan lubang hidung yang kembang serta dengusan yang kuat, Lembu Pas ini cuba menggertak PM supaya menarik semula perlantikan Isa Samad sebagai Pengurusi Felda, atas alasan beliau (Isa) pernah terlibat dalam sedekah wang politik pada pemilihan UMNO 2004 yang lepas. Dengan menggunakan alasan latar belakang Isa Samad yang terdahulu, Persatuan Anak Lembu Pas Kebangsaan (ANAK) akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tanda tangan untuk diserahkan kepada perdana menteri sebagai tanda memperotes perlantikan Isa samad selaku pengurusi Felda.


Persatuan Anak Lembu Pas juga tidak akan teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang diPertuan Agong dalam isu perlantikan ini, sekiranya bantahan dan kempen sejuta tanda tangan yang bakal dianjurkan ini tidak dipedulikan oleh kerajaan dan juga rakyat. Ini merupkan satu lagi amaran keras yang keluar dari mulut lembu puaka terhadap kerajaan, yang pada akhir kita sediri tahu perbuatan ini hanyalah perkara yang sia-sia, boleh juga diumpakan seperti tahi lembu yang baru keluar dari lubang najis jatuh melepek di atas jalan raya dilenyek lori hantu.

Buat warga Felda, suka dingatkan supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara bodoh seperti ini, yang ideanya datang dari pemimpin pembangkang berotak cerdik lebih sedikit daripada lembu. Tak guna kita melalak ke sana sini seperti anjing menyalak bukit, Isa Samad tak turun, anak tekak anda pula yang sakit, gara-gara terikut-ikut dengan perangai Lembu puaka Pas yang diberi nama Mazlan Aliman. Daripada anda dok sibuk melayan kerja-kerja bodoh pembangkang, ada baiknya anda jaga ladang kelapa sawit dari ditumbuhi lalang dan semak samun sebelum ia menjadi tempat babi bersarang serta jin bertendang

Kepada Tan Sri Isa Samad, laksanakan tugas dan amanah yang digalaskan di bahu anda dengan sebaiknya. Jangan sia-siakan harapan kami yang ingin terus melihat FELDA membantu rakyat terutama sekali orang Melayu dalam mempertingkatkan mutu dan kualiti hidup mereka. Barang yang lepas biarkan ia berlalu dan dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita semua. Bertitik tolak dari kemenangan Dun Bagan Pinang yang lalu, ia merupakan satu tanda aras penerimaan oleh rakyat terhadap kepimpinan Tan Sri. Blog Wak Jengkol selaku suara anak Felda, menyokong penuh Tan Sri Isa Samad selaku Pengurusi Felda yang baru..Wasslam.

Wak J: Lepas ni kita tunggu giliran lembu Pas yang bernama Din Pudu pula mengambil alih tugasan sondol-menyondol

Selasa, 28 Disember 2010

FELDA: Mr Bean Pas bila...Bunyi Lagi Kuat Dari Lajak

    4:47:00 PTG   1 comment

Selepas Mazlan Aliman mati akal tak reti nak spin isu bonus pemberian Felda, kini tiba pula giliran Mr Bean Pas aka Mahfuz Omar mengabil alih tugas untuk memporakperandakan keharmonian FELDA dan seluruh warganya. Di dalam Pas hanya tiga ekor lembu ni sahaja yang selalau mengambil giliran untuk menghentam FELDA. Kalau tak Mazlan Aliman, Mahfuz pula take over, jikalau kedua-duanya tak boleh blah, tiba giliran Din Pudu pula tukang cover kedunguan mangkuk dua ekor ni. Last sekali ketiga-tiga lembu ni sama-sama terjun parit.

Dipendekan  cerita, watak dan jalan cerita yang cuba dibawa oleh si Mahfuz ni, memang sungguh kelakar dan bangang, Kalau si Mahfuz ni masuk Hollywood confirm Mr Bean sebenar tak boleh cari makan. Kalau tak percaya cuba baca di HAPRAK DAILY. Jalan ceritanya semua berkisar BONUS Felda yang dianggap kecil dan sedikit oleh PAS. Sejak penguman dari PM tempoh hari mengenai pemberian bonus oleh Felda kepada peneroka rancangan yang layak. Setakat ini belum ada lagi kedengaran suara-suara peneroka yang komplen pasal bonus yang bakal diterima kali ini sedikit atau terlalu banyak. Inilah yang dikatakan lebih kuat bunyi daripada lajaknya. Apa yang pasti buat peneroka Felda sekarang ini, masing-masing sedang tersenyum lebar sambil menantikan bonus yang akan diperolehi tidak lama lagi...sabar..

Inilah sikap sebenar pembangkang di Malaysia kerjanya tak habis-habis nak mengahsaut dan mengelirukan pemikiran rakyat. Bila dengar bab duit dia orang ni lah yang terlebih dahulu mempertikai itu ini. Jika diberi salah, kalau tak beri lagi la salah, masak Felda kena hentam lumat-lumat oleh pembangkang Malaysia yang berotak lembu ni. Dalam kenytaan Mahfuz yang lain, si Mr Bean Pas ini ada mendakwa, dengan kadar pembayaran bonus terlalu kecil kepada peneroka adalah merupakan satu bentuk penindasan kerana ia tidak setimpal dengan sumbangan yang diberikan kepada Felda. Ini lagi satu kenyataan hilang akal yang keluar dari mulut Mahfuz. Belum pernah lagi keluar dari mana-mana akhbar atau berita tv yang melaporkan, peneroka Felda mati kelaparan, hidup tak keruan, serta merasa diri dan ahli keluarga ditindas gara-gara bonus tahunan yang diterima terlalu sedikit.

Dah namanya bonus, sudah tentulah ada perkiraanya sendiri, bukan main hentam, nak bagi ikut suka dan berapa banyak. Kalau kita ikut cara pembangkang berfikir, taukey Babi DAP Lim & Keluarga pun terpaksa jual kadang sebab tak mampu nak bayar bonus, jika ada 10 orang perkerja yang berotak seperti Mahfuz ni. Macam mana boleh terpilih sebagai wakil rakyat, wak sendiri pun tak tahu. Hentam sajalah..



Walaupun bonus yang diberikan oleh pihak Felda pada setiap tahun tidak menentu jumlahnya, tapi inilah hasilnya, hampir kesemua peneroka yang ada di Malaysia sekarang ini mampu hidup dalam keadaan selesa tanpa terlalu mengaharapkan pemberian bonus semata-mata. Sekiranya kita faham apa itu konsep bersyukur dan berterima kasih, sudah tentu perkara sikit atau banyak ini tidak menjadi isu yang perlu diperbesar-besarkan seperti yang dilaungkan oleh 'Radio Buruk' Pas ini..Bagi peneroka Felda yang merasakan bonus kali ini tidak mencukupi, apa salahnya anda cuba 'slow talk' dengan majikan anda supaya bayaran bonus dapat di'UP' sedikit..Belum try, belom tahu..Selamat mencuba..


Wak J: Sesuatu pemberian yang kecil akan menjadi besar nilainya, sekirinya kita teridiri dari kalangan orang-orang yang bersyukur. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Miang-Miang Tengah Hari...Tak tau nak kata apo doh!

    5:23:00 PG   6 comments

Tak mau tulis panjang-panjang. Mana yang 'KAKI' layan terus, usah pedulik apa orang lain nak kata. Tapi bagi anda yang tidak berapa berkenan dengan benda-benda macam nih tolong-tolong nasihatkan adik kita ni. Kalau ikut wak...kita layan sambil nasihatkan sekali..huhu..jangan mare yer..zassss...

Wak J: Sayang sekali, asset yang begitu mahal hanya menjadi bahan komenan jantan yang berhidung belang

FELDA Terpaksa Hutang Along RM100.9 Juta Untuk Bayar Bonus?

    4:08:00 PG   1 comment

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti berjumlah RM100,916,600 kepada para peneroka di tanah rancangan di seluruh negara mulai Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Katanya, 94,281 peneroka yang menghantar hasil ke Felda dari Januari hingga Oktober tahun ini akan menerima bayaran RM400 (minimum) dan RM1,200 (maksimum) bergantung kepada jumlah penghantaran hasil.

“Kerajaan berharap pemberian bonus ini menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing pada masa hadapan. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Wak J say

Wah! Peneroka Felda dapat durian runtuh lagi, biar benar dong mas. Masa nak dekat hari Raya Aidilfitri lepas dah dapat sagu hati RM500. Kali ni nak masuk tahun baru 2011, dapat lagi bonus. Tersenyum lebar mak ayah di tanah rancangan bila dengar berita yang diwar-warkan oleh PM kita semasa menghadiri rumah terbuka Christmas kelmarin. Sebagai anak Felda generasi kedua, hanya ucapan syukur kehadarat Allah dan terima kasih kepada FELDA kerana sentiasa mengambil berat kebajikan peneroka Felda di bawah seliaanya.

Tapi kena ingat PM kita dah tegaskan semasa dalam ucapan beliau yang mengatakan hanya mereka (peneroka) yang menjual hasil ladang kepada Felda sahaja yang layak untuk menerima pemberian bonus ini. Bagi peneroka yang mengusahakan sendiri dan tidak menjual hasil ladangnya kepada Felda tidak layak mendapat insentif bonus ini. Mungkin ada segelintir peneroka yang menjelir lidah, apa aku kesah dengan bonus yang Felda bagi. Tapi dalam hati siapa yang tahukan. Mesti ada rasa jeles-jeles sikit..huhuh

Mana suara ANAK DURHAKA yang dikepalai oleh Mazlan Aliman apabila mendengar berita ini. Dah bisu ke apa atau sudah kekeringan idea macam mana nak konar baring pasal duit bonus ni. Mesti dalam hati si anak dajjal ni menyumpah seranah Felda kerana memberikan bonus, sambil bertempik Celako..Celako punya Felda, aku baru nak main isu saman Felda dan Felda bankrup untuk kempen pilihan raya kecil Dun Tenang nanti, La ni pulak Najib dah kasi potong aku punya jalan..kanasai..@#$%&..hehehe

Dengan pengumuman peberian bonus ini, sekaligus dapat menafikan dan menutup segala cerita-cerita kedai kopi yang mengatakan Felda bankrup dan juga men'stepler'kan mulut Mazlan Aliman aka Anak Puaka dari terus menjaja cerita dongeng dan fitnah kepada umum terutama sekali warga Felda. Sekiranya Felda benar-benar bankrup seperti yang didakwa oleh puaka jahanam bernama Mazlan, mana mungkin Felda mampu meberikan bonus sebanyak ini kepada seluruh peneroka yang layak. Sudah pastinya pihak pembangkang akan ketandusan isu untuk dijadikan modal semasa kempen PRK nanti. Diharap juga pihak pembangkang jangan jadikan isu pemberian bonus ini sebagai 'gula-gula' pilihan raya oleh BN, untuk memancing undi penduduk Dun Tenang yang kebanykanya terdiri dari Peneroka Felda. Dingatkan sekali lagi kepada pembangkang (PR) bahawa bonus ini diberi kepada seluruh peneroka Felda di Malaysia yang hanya menjual hasil sawitnya kepada Felda. Full Stop and no issue.

Bagi peneroka yang masih mempunyai anak yang bersekolah, sudah tentu dengan adanya pemberian bonus dari Felda ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk mereka membuat persiapan persekolahan anak-anak sebelum sesi persekolahan yang baru, bakal bermula tidak lama lagi. Kalau ada duit lebih boleh juga dilaburkan ke dalam saham KPF untuk kegunaan masa hadapan, terutama bagi peneroka yang hanya tinggal berdua suami isteri di rumah mamandangkan anak-anak yang sudah besar dan pandai cari duit sendiri.

Semoga pihak Felda akan terus teguh berdiri dan menabur budi, serta terus menjaga kebajikan seluruh warganya, walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang tidak putus-putus datang melanda akibat perasaan iri hati dan sifat benci oleh segelintir manusia yang pantang melihat orang lain hidup senang. Wak doakan semoga FELDA akan terus kekal relevan hingga ke akhir zaman. Amin...

WAK BANGGA JADI ANAK FELDA!

Isnin, 27 Disember 2010

Skuad Bola Sepak Malaysia..Terbaik!!

    3:29:00 PTG   7 comments

3 berbalas 0..Itulah jaringan kemenagan buat Malaysia ketika menentang Indonesia dalam kejohanan merebut piala Suzuki sebentar tadi. Sejuta TAHNIAH daripada blog Wak Jengkol kepada barisan hadapan skuad bola sepak negara kerana mempamirkan mutu permainan yang berkuliti dan mantap serta menghiburkan.

Walaupun ada seketika perlawanan terpaksa diberhentikan selama lima minit akibat daripada gangguan pancaran laser oleh peminat yang datang menonton perlawanan tersebut yang dihalakan ke muka penjaga gol Indonesia, namun ia tetatp tidak mematahkan semangat pemain Malaysia untuk terus berjuang memburu kemenangan.

Akhirnya Malaysia menang bergaya setelah pengadil dari Jepun meniup wesel penamat. Dilaporkan besok pagi pemain Malaysia akan terbang ke Indonesia untuk melaksanakan  misi terkahir, iaitu perlawanan akhir kedua sebelum Malaysia betul-betul sah dinobatkan sebagai juara, walaupun dengan kemenagan 3-0 ini sudah melayakan Malaysia untuk menggemgam Piala Suzuki, namun harus diingat perjuangan masih belum selesai.

Diharap dengan berbekalkan kemenagan di tanah air sendiri ini, skuad Malaysia akan terus mencipta kemengan di tempat lawan Indonesia. Sudah pastinya Gelombang Merah di Indonesia akan lebih dahsyat sekali, seperti yang kita sedia maklum dan tahu tentang sikap dan perangai penyokong fanatik negara mereka yang pelbagai karenah dan pe'el.

Semoga skuad bola sepak negara terus kental dan tenang menentang arus gelombang merah atau apa jenis mandrem sekalipun  yang datang. Yang penting di sini ialah kerja sama antara rakan pasukan dan tumpukan 90 minit masa perlawanan hanya untuk mencipta GOL dan seterusnya membawa pulang trofi Piala Suzuki ke tanah air tercinta Malaysia.



Wak J: Rugi tak dapat pergi tengok secara live tadi di Bukit Jalil. Kena kerja la pulak..TENSION!!. Tengok live kat rumah bersama anak bini pun ok juga. Yang penting SEMANGAT terhdap negara mesti ada..Skuad bola sepak Malaysia memang terbaik. TAHNIAH sekali lagi..

Selasa, 21 Disember 2010

Sex & Video Tape: Bukti Pertama Adun PAS Selising Berzina

    4:40:00 PTG   1 comment
 
Biar betik!!! Nak kongkek pun masih berserban..Rosak teruk Pas kali ni. Mana mau letak muka. Nik Ajis pun dah mati akal macam mana spin isu zina dengan bini orang ni. Diharap para penyokong tegar Pas tengok sampai habis klip vedio nih di bawah ni..Meletop!



 

Harga TUALA MERAH di pasaran pasti akan naik melambung besok, gara-gara pendedahan PANAS ini..layannn. Baca ulasan sepenuhnya di Blog Papa Gomo

VIDEO: Pendedahan Guan Eng..ANWAR SAH MELIWAT !

    1:58:00 PTG   2 comments


Amati betul-betul video pengakuan Lim Guan Eng yang mengesahkan Anuar Ibrahim benar-benar meliwat. Dalam video ini juga kelihatan kak Jijah menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan sebak gara-gara pengakuan yang diluahkan oleh Lim terhadapnya.

Memang layan habis klip video nih. Tangkap leleh dibuatnya. Tengok 10 kali pun tak jemu. Kepada makcik-makcik dan kakak-kakak yang berjiwa sensitif, anda diingatkan supaya mengawal persaan ketika menonton klip video in. Pasti kan bekalan tisu dirumah mencukupi. Peringatan bagi anda yang ada menghidapi penyakit kegatalan pada ginjal. Anda dilarang sama sekali menontonnya..Sebaranga kejadian aneh yang berlaku ke atas anda adalah tanggung jawab sendiri..Layannnnnn...

Isnin, 20 Disember 2010

Mazlan Aliman Bakal Calon Pas di DUN Tenang?

    2:37:00 PG   4 comments

KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor yang akan diadakan nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di Dun berkenaan.

“Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya.

“Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok,” ujarnya pada sidang media di sini, petang ini. SUMBER HAPRAK DAILY


Wak J: Elok benar la tu kalau Pas yang bertanding di kawasan tersebut masa PRK nanti. Ia boleh dijadikan sebagai kayu pengukur, sejauh mana penerimaan orang Johor terhadap pengaruh Pas terutama sekali buat warga penduduk Dun Tenang. Selain itu ia dapat menguji kekebalan dan ketahanan jentera Umno dan BN dalam mempertahankan kerusi DUN yang pernah dimiliki sebelum ini.

Wak ingin mencadangkan kepada Pas Negeri Johor supaya mencalonkan Mazlan Aliman sebagai calon  wakil DUN di kawasan tersebut. Jika dilihat sebelum ini, si Mazlan begitu bersunguh-sungguh dan bekerja keras demi menaikan namanya di mata pimpinan tinggi PR dan berharap satu hari nanti dirinya akan diberi peluang menjadi wakil rakyat. Kini peluang sudah terbuka buat Mazlan untuk menojolkan diri dalam arena politik ketahap yang lebih tinggi sedikit.

Kepada si Mazlan pula wak ingin sarankan supaya anda bekerja lebih keras lagi dengan mencari lebih banyak isu lagi untuk dijadikan sebagai bahan kempen pilihan raya, dan jangan terlupa juga menyediakan kipas yang lebih besar sedikit dari biasa untuk mengipas ke dalam kain pimpinan tertinggi Pas pusat supaya nama anda akan terpilih masuk dalam senarai pendek calon yang bakal bertanding pada PRK Dun Tenang itu nanti.

Buat Umno dan Barisan Nasional Negeri Johor, jika hendak menang, buatlah cara macam mana nak menang, Cuba keluar dari zon selesa, Biarpun negeri Johor merupakan tunjang dan kubu kuat Umno, ia tidak bermakna kubu itu akan dapat bertahan selama-lamanya sekiranya barisan kepimpinan Umno-BN dan ahli-ahlinya tidak berganding bahu dan bekerjasama dalam mempertahankan kuasa yang ada dari jatuh ke tangan pihak yang bakal membawa kemusnahan masa depan negara kelak. Ayuh!! bangkit dan berjuang. Kekalkan momentum kemenagan BN dalam PRK sehingga ke PRU13 nanti.

Ahad, 19 Disember 2010

SURAT PUAKA: Adakah Anuar Ibrahim Bakal Ke Penjara Lagi?

    6:32:00 PG   No comments

Setelah lama mencari  jumpa juga akhirnya surat salah laku seks dan skandal dengan bini orang yang dilakukan oleh timbalan perdana menteri pada masa itu, iaitu Anuar Ibrahim. Terima kasih kepada blog DR1221 kerana telah me-refresh kembali memori hitam yang indah disaat tersungkurnya Anuar Ibrahim dari jawatan timbalan perdana menteri yang disandangnya ketika itu. Tak lupa juga, jutaan terima kasih kepada blog AIDC kerana telah merekod dokumen berkenaan untuk dijadikan bahan bacaan umum serta panduan bagi mereka yang masih keliru atau kurang faham bagaimana bermulanya kisah aktiviti meliwat jantan dan kongkek bini orang yang dilakukan oleh seorang manusia yang diberi gelaran oleh bini sendiri sebagai 'ANUGERAH TUHAN'

Dalam entri pendek hari ni wak ada kepilkan beberapa keratan dokumen (dialog geli-geli Shamsidar) yang di rekod oleh Ummi Hafilda dan diserahkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Dato Sri Dr Mahathir Mohhamd (kini Tun). Bagi anda yang selama ini tertinggal banyak bas seperti wak, al-maklumlah ketika itu masih bersekolah, atau yang masih tercari-cari macam mana nak dapatkan dokumen setebal 19 muka surat tersebut, sila klik link di bawah ini untuk mendapatkan bacaan penuh kronologi peristiwa hitam yang pernah menggemparkan negara pada suatu masa dahulu.





Wak J: Sendiri baca, sendiri paham, sendiri nilaikan..Semoga pintu hati akan terbuka seluas-luasnya setelah membaca keseluruhan isi kandungan warkah keramat buat PM yang menyatakan bertapa hebatnya manusia bergelar ANUGERAH TUHAN yang mempunyai tabiat seks unik, bukan pelik tapi benar..Selamat membaca di hari minggu..

Sabtu, 18 Disember 2010

Siang Jumaat: Apabila Hijrah Rasul Bertukar Jadi Hijrah Politik..Layannnn

    7:22:00 PG   2 comments

Lega rasanya setalah selesai menunaikan solat Jumaat hari ini. Mata yang kuyu dan hampir nak terlelap, menjadi segar semula  apabila khutbah jumaat  yang disampaikan oleh khatib bertugas ada bau-bau politik. Memang syok betul sekali sekala dapat mendengar khutbah yang ada unsur islam dan ditambah sedikit dengan unsur-unsur politik serta sindir menyindir individu atau pemimpin tertentu. Layan je lah, janji fadilat jumaat kita dapat.

Dah masuk kali kedua di mesjid yang sama khutbah berbau politik dilaungkan. Tak tahulah macam mana pihak pengursan masjid di Selangor membuat pemilihan khatib yang sesuai untuk menyampaikan khutbah mingguan pada setiap hari Jumaat. Takkan main tangkap muat sahaja. Itu belum lagi masuk dengan isi kandaungan khutbah yang bakal didengarkan kepada jemaah yang hadir. Ada study dulu ke tak, atau main hentam sahaja. Ikut suka nak cakap pasal apa pun tanpa memikirkan sensitiviti jemaah yang hadir.

Nasib wak tak berapa ingat nama khatib tersebut, kalau tak, mahu wak tulis namanya dalam entri kali ni. Dan tak pasti juga penyampai khutbah tersebut dari sepisis Pas atau PKR..Ah! lantak lah labu..Tengah sedap-sedap dengar cerita pasal hijrah Rasulluah, tiba-tiba pula termasuk pula sologan 1 Malaysia yang ditukar selogan tersebut dalam bentuk sindiran. Tak cukup lagi masuk pulak bab tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Nak bagi orang UMNO atau yang mesra BN yang hadir panas telinga dengar khutbah tersebut masuk pulak bab  APCO. Jadilah khutbah secukup rasa. Nasib la khatib tersebut tak masukan sekali bab WIKILEAKS yang tengah hangat diperkatan sekarang. Kalau tak memang berjela-jela panjang khutbah hari ini macama mana nak menerangkan bahawa 'ANUGERAH TUHAN' telah diperangkap dengan perangkap SEKS seperti yang ditunjukan dalam gambar di bawah..Rosak..rosak..


Dah lama tak dengar khutbah politik rasa rindu plak..hehehe.Apa-apa pun, bagi khatib jumaat yang dok atas pagar dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, kekal mutu khutbah anda yang berkulaiti kerana sedikit sebnyak ia ada memberi kesan kepada jemaah yang hadir mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan. Kepada pak lebai politik cukup-cukuplah tu jangan diseretkan sekali isu politik yang sedia kotor ke atas mimbar. Jemaah yang hadir ke masjid hanya untuk mencari ketenangan sambil beramal ibadat, dan bukan datang semata-mata ingin mendengar hasutan-hasutan yang boleh mengganggu tumpuan untuk melakukan ibadat kepada Allah

Wak J:
Harap-harap pihak yang berwajib dapat respon dalam isu ini. Jangan biarkan lebai-lebai yang bekepentingan ini mencemarkan kesucian masjid. Cukup lah dengan flyer-flyer ubat kuat,  flyer ceramah politik serta sampah sarap bertaburan di kaki lima masjid yang menyakitkan mata memandangnya.

Khamis, 16 Disember 2010

Srikandi 7 Vs Anugerah Tuhan

    4:35:00 PG   4 comments

Ummi is BACK!..Pertama sekali wak nak ucapkan selamat datang ke dunia blog yang penuh warna warni dan sarat dihiasi dengan cerita-cerita benar atau sekadar dongengan semata-mata, bagi memuaskan hati para pembaca yang begitu dahagakan informasi yang terkini yang tidak terdapat di media arus perdana. Sekali kaki sudah melangkah ke alam cyber (blog), sudah pasti tidak akan menoleh dan berpatah kembali.

Setelah sekian lama menanti akhirnya Kak Ummi muncul jua. Segala ingatan lama yang selama ini tidur-tidur ayam dibenak fikiran kini menerjah kembali untuk merungkai segala kekusutan dan kekalutan akal yang melanda segelintir manusia yang begitu taksub dan terpesona dengan sifat keperibadian seorang insan yang digelar oleh isterinya sendiri sebagai 'ANUGERAH TUHAN' buat rakyat Malaysia.




Mungkin pada masa dahulu, sekitar tahun 1997/1998  ramai yang tidak dapat mengikuti perkembangan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia, seperti wak, dek kerana masih lagi di bangku sekolah dan terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadapa pelajaran. Kini dengan kemunculan Ummi Hafilda Hj Ali (Kak Ummi) dalam dunia blog, kita tidak perlu bersusah payah turun dari utara, selatan, timur dan barat semata-mata untuk mendapatkan maklumat sebenar berkenaan peristiwa ini. Sekarang. dalam dunia serba canggih, maklumat tersebut kita boleh dapatkan secara terus dari tuan yang empunya badan.

Dengan kemunculan blog Ummi Hafilda ini juga, seterusnya dapat mematikan segala cakap-cakap atau cerita kedai kopi ahlul-ahlul Pas dan PKR yang selama ini ada mengatakan bahawa Ummi telah menerima bala dan lakhnat dari Allah seperti diserang penyakit ganjil, dan ada yang lebih dahsyat lagi mengtakan Ummi telah meniggal dunia dalam keadaan aib gara-gara memfitnah ANUGERAH TUHAN. Jahat betul mereka ini.

Sudah semestinya kali ini Anuar Ibarhim dan Azmin Ali serta keluarga masing-masing tak senang duduk macam cacing kepanasan, apabila luka lama yang masih belum pulih, kini diperah pula dengan jus limau nipis di atasnya. Tak dapat nak dibayangkan bertapa huru-hara mereka serta ahli dalam partinya selepas ini. Semoga bermulanya tahun baru 2011 akan datang tidak lama lagi, akan ada lebih banyak pendedahan yang akan menggemparkan seluruh tanah air mengenai salah laku dan skandal seks dua keluarga 69 ini.

Wak J: Jika dahulu ramai daripada kita mencaci dan mencerca Ummi kerana menimbulkan salah laku ANUGERAH TUHAN sehingga tersungkurnya dari kerusi timbalan perdana menteri pada masa itu. Kini masa sudah berubah, rakyat pun dah mula celik dan cerdik menilai mana yang baik dan yang buruk. Wak pasti kali ini lebih ramai akan berdiri di belakang kak Ummi untuk memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi. Bagi anda yang sudah tersedar dari lamunan pesona ANUGERAH TUHAN, ini lah masanya dan peluang untuk anda membetulkan keadaan. Kalau ada siapa-siapa yang tak segan nak minta maaf dengan kak Ummi, lakukan sekarang selagi waktu masih ada.

Sabtu, 11 Disember 2010

SSDE: Jom.. Jumpa Malam ini di Bandar Baru Bangi

    9:48:00 PG   4 comments

Roadshow SSDE
11 Dec, Sabtu

Dun Bangi, Parlimen Serdang
Lokasi - Perkarangan Balai Pahlawan, Seksyen 2,Bandar Baru Bangi (Berhampiran SK Jalan 2 Bandar Baru Bangi)

Penceramah - YB Dato' Satim Diman (Setiausaha Perhubungan Umno Selangor)
YB Sen Ezam Md Nor (Ahli Parlimen Malaysia)
Ust Ahmad Najib (Bekas YDP Pas Kaw Gombak)

Wak J: Jom kita turun beramai-ramai malam ini untuk memeriahkan Roadshow SSDE. InsyAllah akan ke sana kerana lokasinya berhampiran dengan kediaman wak. Sudah pasti malam ini banyak pendedahan menarik akan disampaikan oleh barisan panel penceramah. Bagi anda yang tinggal di kawasan berhampiran terutama sekali yang tinggal di Bandar Baru Bangi dan Kajang, sekiranya mempunyai kelapangan waktu, ringan-ringankan kaki untuk ke Roadshow SSDE.

 Lambang "Kedaulatan Melayu"

Dalam kesempatan ini juga, wak ingin mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan yang ke 65 baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ kepada seluruh warga Selangor. Semoga Allah akan melimpahkan segala rahmatnya ke atas negeri Selangor, di mana wak menumpang di negeri ini untuk mencari rezeki.

Wak berharap negeri Selangor serta rakyatnya akan senantiasa berada dalam keadaan aman damai, sejahtera serta dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.

Jumaat, 10 Disember 2010

Tongkat Ali..Tongkat Abu..Tongkat Karim

    4:32:00 PG   2 comments

Assalammualikum...
Sekali lagi entri wak kali ini tak ada kena mengena dengan politik. Kalau entri yang sebelumnya bercerita pasal rawatan tradisional untuk tenaga batin lelaki dengan menggunakan kaedah pisau cukur. Tapi yang ni lain sikit, ia berkenaan dengan Tongkat Ali.

Nak bercerita panjang lebar pun wak bukanya reti sangat pasal Tongkat Ali ni. Di ringkaskan cerita, ada seorang rakan sekerja wak dari oversea (Vietnam), dia minta tolong wak untuk carikan siapa-siapa yang ada mengusahakan barangan atau produk yang berasaskan tongkat ali, yang memerlukan atau kekurangan bekalan Tongkat Ali mentah. Rakan wak ni ada sumber untuk mendapatkan tongkat ali mentah di sana.
 
Mungkin pasaran di sana kurang mendapat sambutan berkenaan produk Tongkat Ali, atau orang-orang di sana sudah cukup "POWER" dan tidak memerlukan Tongkat Ali lagi. Apa pun tu cuma andaian wak je..hehehe..Jangan percaya sangat. Wak promote pasal Tongkat Ali dekat dalam blog ni sebab nak tolong member je. Sebelum ni pun dia dah banyak tolong dan beri tunjuk ajar wak dalam bidang 'Design'. So sekarang dah tiba giliran dia pula ditolong.

Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat rupa bentuk tongkat ali mentah sebenar termasuk wak sekali. Dalam entri ini wak ada sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua. Sekiranya gambar yang wak tunjuk ini bukan tongkat ali sebenar, wak harap, bagi anda yang pakar berkenaan tongkat ali dapat memberikan sedikit panduan macam mana nak kenal rupa bentuk tongkat ali sebenar. Al-maklumlah wak jahil sikit pasal tongkat ali ni semua. Yang wak tahu minum kopi tongkat ali je..hihi.


Akhir kalam, buat anda yang berminat untuk mendapatkan Tongkat Ali mentah. Boleh la berurusan dengan wak. Untuk sahabat blogger atau pelayar blog Wak Jengkol yang sudi atau berjaya, merekemenkan kepada usahawan-usahawan, berkenaan Tongkat Ali mentah ini. Sudah pasti ada ganjaran untuk anda semua..


Wak J: Harga untuk sekilogram Tongkat Ali di Vietnam dalam sekitar RM70. Bagaimana pula dengan pasaran tongkat ali di Malaysia...Ada siapa yang tahu?

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

    5:20:00 PTG   3 comments
Assalammulaikum..

Kalender Hijrah kini bertukar lagi, dalam kesempatan ini, Blog Wak Jengkol ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia, terutama sekali buat pelayar-pelayar budiman, serta sahabat blogger yang sudi melayari blog Wak Jengkol.

Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini akan meberikan semangat serta azam baru kepada diri kita untuk terus lebih maju dalam kehidupan. Sekiranya masih ada lagi sasaran tahun lepas yang belum tercapai, usah risau, selagi hari esok masih ada, selagi itulah kita berpeluang untuk menggapainya. yang penting sekali di sini ialah mesti ada usaha yang berterusan dalam diri kita.

Wak J: Tahun baru...takde cuti. Kena kerja...huhuhu

Khamis, 2 Disember 2010

18sx : Rahsia Pisau Cukur & Tenaga Batin Lelaki

    7:20:00 PG   16 comments

Hari ini wak tak mahu bercerita bab politik. Tapi cerita kali ini lain sedikit, bukan sahaja orang biasa suka dengar cerita ni, malah orang politik pun turut sama suka, tak kira lah dari mana parti politik yang mereka wakili. Erm.. Dah beberapa hari wak tak update blog, disebabkan tuntutan kerja yang mendesak. Maklum lah dah masuk hujung tahun, kena kerja lebih masa sikit. Nanti bila gaji hujung bulan dicampur dengan bonus tahunan, pasti lumayan. Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa kena mengena pisau cukur dengan tenaga batin lelaki. Bagi mereka yang sudah "PERNAH" pasti tahu apa rahsianya. Dalam entri kali ini, wak akan ceritakan serba sedikit mengenai teknik perubatan tradisional (cara kampung) yang menggunakan kaedah pisau cukur dalam menguatkan dan mengekalkan keseimbangan tenaga batin lelaki.

Setelah mendapat persetujuan Pak Mertua wak, akhirnya wak keluarkan entri ini, untuk diwar-warkan kepada umum. Untuk pengetahuan anda semua, Pak Mertua wak merupakan seorang pengamal perubatan tradisional cara kampung, specialist dalam hal-hal sakit tuan. Pada mulanya wak tak biasa dan malu-malu dengan benda-benda ni semua. Tapi bila wak tengok ramai yang datang berubat dengan cara ini, baru wak paham. Wak pun tak tahu dah berapa ramai yang berubat dengan beliau sebelum ini.

Teknik perubatan tenaga batin ini sangat mudah, tidak memerlukan anda menjalani proses urutan (massage) dan lain-lain lagi seperti yang selalu diamalkan oleh pengamal perubatan tenaga batin yang lain. Ia hanya memerlukan sebilah pisau cukur dijadikan sebagai syarat dan sedikit arahan untuk dijadikan panduan. Sekiranya anda melakukan dan mengikut arahan dengan betul, dengan izin Allah ia pasti akan memberikan kesan. Jenis pisau cukur pula bukan jenis yang sembarangan seperti yang biasa kita lihat di kedai-kedai atau pasaraya. Yang ni pisau cukur model lama. Mungkin susah sikit nak mendapatkanya di pasaran sekarang. Nak tahu rupa bentuk pisau tersebut ia seakan atau hampir sama dengan gambar pisau cukur yang wak tunjukan di bawah ini.


Kaedah perubatan ini hanya untuk lelaki yang beragama ISLAM sahaja. Terbuka kepada semua peringkat umur dan status. Yang dah berkahwin boleh, lagi digalakkan dan bagi yang belum atau bakal kawin tak lama lagi pun boleh juga turut sama berubat tetapi dengan "SYARAT". Bagi yang belum berkahwin kesanya akan dapat anda rasai setelah sah diijab kabulkan. Bagi mereka yang datang berubat dengan berniat jahat atau niat dengan tersebunyi yang tertentu, ia tidak akan memberikan kesan pada diri tuan punya badan. Tujuan perubatan ini hanyalah untuk kebaikan dan kebahagian rumah tangga.

Bagi anda yang sudah mempunyai tenaga batin yang cukup kuat, pun boleh datang berubat. Sebenarnya teknik perubatan ini bukan hanya untuk menguatkan tenaga batin semata-mata. Ia juga bertujuan untuk menstabilkan stamina dan mengekalkan kadar tenaga yang sedia ada. Mungkin ada yang tak percaya dengan apa yang wak tulis ni. Tapi itulah hakikatnya, Wak berani tulis entri ini sebab wak pernah lihat sendiri dengan mata kepala wak, dan kebanyakan yang datang berubat berusia hampir separuh umur. Wak sekadar nak mewar-warkan sahaja, mungkin bagi mereka yang sudah habis ikhtiar dan berhabis banyak wang semata-mata nak "POWER". Apa salahnya cuba kaedah rawatan tradisional ini. Sekiranya anda ingin berurusan dengan wak, boleh la calling-calling di nombor telefon yang tertera pada banner iklan dalam blog ini. Segala maklumat anda akan dirahsiakan..itu yang pasti.

Wak J: Siapa-siapa yang dah baca entri ni sampai habis, jangan ingat wak nak jual ubat kuat pula. Wak cuma nak menolong sahaja bagi sesiapa yang memerlukan. Lagi pun bukan senang nak berubat cari ini. Sebab ilmu perubatan ini hanya diwarisi secara turun temurun dan tak ramai yang mengamalkanya lagi sekarang ini. Selagi Pak Mertua wak masih sihat, tak rugi kalau cuba.Bila dah power nanti, boleh la pasang angan-angan nak berbini lebih dari pada satu sekiranya syarat yang ditetapkan untuk berpoligami dituruti. Suka nak dingatkan di sini, hanya ALLAH sahaja mampu menyembuhkan segala jenis penyakit. Sebagai manusia, kita hanya perlu berikhtiar serta bertawakal dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT...mudah-mudahan..

TOLONG klik butang LIKE di bawah supaya info berguna ini dapat kita kongsikan bersama..
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.