Sabtu, 22 Oktober 2016

Undi Pembangkang Belum Tentu Dapat BR1M

    12:54:00 PG   2 comments
br1m-2017

Kenaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat  semalam bagaikan mimpi ngeri buat Pakatan Pembangkang.

BR1M merupakan satu kaedah yang berkesan untuk merangsang pergerakan ekonomi negara dengan menggalakkan rakyat berbelanja. Selain itu, ia menjadi salah satu startegi kerajaan Barisan Nasional untuk memenangi hati rakyat.

Sejak Bajet 2017 dibentangkan, juak-juak Pembangkang sehingga hari ini dilihat begitu sibuk mengemaskini status akaun Facebook masing-masing dengan mengecam segala initipati yang terkandung dalam belanjawan berkenaan termasuk BR1M.

Harapan dan peluang Pembangkang ingin menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang nampaknya semakin kabur dan berliku apabila Bajet 2017 yang mereka anggap sebagai umpan PRU14 diterima baik rakyat.

Trend kenaikan BR1M setiap tahun ini sudah pasti akan membuatkan rakyat merasa serba salah untuk menukar kerajaan. Perkara ini lah yang menjadi kebimbangan Pembangkang.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.    

Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Dalam Bajet 2016, BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah  ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 manakala bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Jumaat, 21 Oktober 2016

PAS Kecewa Sikap Biadap Peserta BERSIH

    3:50:00 PTG   No comments
pijakgambarhadi-bersih

Himpunan BERSIH 5.0 yang dirancang Pembangkang pada November ini dijangka tidak mendapat sambutan seperti sebelumnya apabila PAS memutuskan tidak akan menyertai perhimpunan tersebut pada kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pihaknya juga tidak boleh menerima tindakan biadap dan melampau peserta BERSIH 4.0 yang memijak gambar pemimpin tertinggi parti itu.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa penganjuran himpunan BERSIH 5.0 dilihat sudah terpesong daripada matlmat asal, malah dipercayai mempunyai angenda tersembunyi.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5.0 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.

Khamis, 20 Oktober 2016

Haram Disentuh Tapi Halal Dimakan

    4:22:00 PTG   1 comment
auntie-anne-jakim

Perang pendapat berhubung status Halal kedai makan Auntie Anne's masih lagi hangat diperdebatkan sehingga kini di laman-laman sosial sejak ia mula viral minggu lalu.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan individu paling ke depan mempertahankan kedai berkenaan dengan memeberikan maklumbalas  berhubung isu ini.

Katanya, orang Islam memang disuruh  memberikan nama yang baik kepada diri sendiri atau orang lain, bagaimanapun perintah tersebut tidak terpakai pada sesuatu yang sudah ada nama.

Jelas beliau lagi, apa yang membuatkan sesuatu makanan itu menjadi haram adalah kandungannya.

Bagi penulis, memang betul apa yang dijelaskan oleh Mufti Kontriversi tersebut tentang soal halal dan haram.

Cuma yang menjadi pertikaian banyak pihak terutamanya umat Islam ialah kaedah penjenamaan (branding) yang diguna pakai oleh kedai makan berkenaan terhadap produk mereka yang dilihat cuba mengelirukan dan menghina umat Islam.

Bila sebut Hot Dog atau Sausage pasti ramai tahu bahawa ia adalah makanan segera. Jadi, apa muslihat Auntie Anne's menggunakan nama "Pretzel Dogs" untuk produk makanan mereka? 

Bukankah lebih molek sekiranya ia ditukar kepada "Pretzel Hot Dog" atau "Pretzel Sausage" seperti yang disarankan oleh JAKIM. 

Sebenarnya, jika kita rajin membaca bukan isu nama makanan yang menjadi punca rangkaian kedai Auntie Anne's ini gagal mendapat sijil Halal seperti yang dicanang portal pro Pembangkang.

Selepas beberapa penelitian dibuat, penulis dapati banyak lagi kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi kedai makan berkenaan sebelum mereka layak mendapat sijil Halal dari JAKIM. 

Mungkin ada beranggapan perkara ini sebagai sesuatu yang remeh untuk difikirkan. Tapi, harus diingat bahawa perkara sekecil ini lah yang akhirnya akan merosakkan diri dan juga Islam jika tidak diambil peduli.

Namun, apa yang lebih menyedihkan dalam isu ini ialah bila mana institusi Agama dikecam, diperlekeh dan diperolok-olok oleh orang Islam sendiri kerana terpedaya dengan propaganda kafir (Portal Malaysiakini) yang sememangnya anti Islam.

Bajet 2017 Pembangkang Yang Tiada Harapan

    10:44:00 PG   No comments
bajet2017-pakatan-harapan

Kenaikan gaji minimum patut digalakkan, tetapi ia perlu dikaji secara teliti sebelum dilaksanakan. Menurut rekod, sepanjang tahun 2012 hingga 2016, Kerajaan telah menaikkan kadar gaji minimum sebanyak dua kali.

Tetapi, adakah dengan kenaikkan itu membawa kesan positif kepada rakyat? Jawapan penulis adalah TIDAK atau Terhad.

Untuk makluman, gaji minimum terkini yang ditetapkan Kerajaan adalah RM1,000. Jumlah sebanyak ini pastinya belum tentu  dapat meningkatkkan keupayaan membeli atau pun taraf hidup rakyat.

Kejatuhan nilai mata wang, kenaikkan harga barang keperluan harian, dan khasnya harga rumah yang naik melebihi 100% sejak tahun 2005 hingga 2015 tentunya turut menpengaruhi dan memberi kesan pada kehidupan seharian kita.

Melalui peruntukan undang-undang tertentu juga, hak gaji minimum bukan saja dinikmati oleh rakyat Malaysia, tetapi juga oleh pekerja asing. Secara langsung, pekerja asing yang mendapat manfaat, dan disebaliknya rakyat Malaysia pula menanggung kenaikkan sebahagian harga barangan disebabkan kos buruh meningkat.

Oleh itu, penulis ingin menyarankan kepada menteri-menteri supaya mengkaji dengan teliti perkara ini. Selain daripada menaikan gaji pokok, adakah peruntukkan elaun tetap oleh majikan kapada pekerja tempatan lebih wajar?

Menurut kaji selidik yang penulis lakukan, para majikan di negara ini masih lagi memerlukan khidmat tenaga buruh asing dalam pelbagai sektor. Penetapan gaji minimum RM1,500 yang dicadangkan Pakatan Pembangkang ini sudah pasti akan akan memberi impak negatif kepada pelaburan dalam negeri serta dari luar negara, dan harga barangan tentunya naik lagi.

Sebenarnya, isu yang paling merunsingkan fikiran rakyat adalah isu rasuah dan ketirisan yang berlaku dalam urus tadbir kerajaan di semua peringkat. Selain penurunan nilai ringgit, isu pemilikan rumah juga turut membelenggu rakyat hari ini kerana harga rumah naik melampau-lampau.

Memandangkan isu serius ini perlu diberi lebih perhatian, maka tawaran gaji minimum menerusi bajet Pakatan Pembangkang ini tidak membawa apa-apa makna. Apa yang dapat penulis simpulkan, tiada sebarang pembaharun dilakukan pada bajet 2017 Pembangkang. Malah dalam bajet kali ini, mereka tidak bercadang untuk memansuhkan cukai GST seperti yang dilaung-laungkan selama ini.

Rabu, 19 Oktober 2016

Pemuda DAP Arah UM Tarik Balik Surat Tunjuk Sebab

    10:47:00 PG   1 comment
Anis-Syafiqah-Keldai-Dap

Pemuda DAP (Dapsy) mengarahkan Universiti Malaya supaya menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mahasiswanya, Anis Syafiqah Md Yusof kerana terlibat dalam Perhimpunan Tangkap MO1 Ogos lalu.

Wong berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik

"Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.

"Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ketuanya, Wong Kah Woh berkata universiti itu patut memberikan fokus kepada prestasi akademiknya yang terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

"Namun, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi.

Anis diberikan surat tunjuk sebab kerana didakwa mencemar nama pusat pengajian tinggi awam itu semalam.

Menurut surat itu, Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar U, Prof Datuk Dr Rohana Yusof mendakwa mahasiswa terbabit "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti."

Dakwaan itu dibuat ekoran pembabitannya menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Selasa, 18 Oktober 2016

Mazlan Aliman Rayu Bantuan Kewangan Untuk Elak Muflis

    3:24:00 PTG   No comments
mazlan-aliman-saman

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bakal diishtiharkan muflis sekiranya beliau gagal membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 setelah didapati bersalah memfitnah Felda.

Beliau kini sedang merayu orang ramai terutama sekali Peneroka Felda agar membantu menyelesaikan segera bayaran saman yang dikenakan terhadapnya.

Usaha beliau memeras duit rakyat bagi membayar saman tersebut turut mendapat sokongan padu dari Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mat Sabu.

"Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau," kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman di Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Najib Vs Kapitalis Ciptaan Mahathir

    11:02:00 PG   No comments
mahathir-vincent-capitalist

Kelompok Kapitalis Cina yang pernah dikayakan Dr Mahathir pada suatu masa dulu menjadi penyumbang terbesar dana politik kepada DAP pada hari ini.

Menerusi sumbangan itu juga membolehkan Pakatan Pembangkang bertahan, kuat dan mewah seperti yang dapat kita lihat sekarang.

Oleh sebab itu Daim Zainuddin dapat menjangka Pulau Pinang, Perak dan Selangor bakal tumbang kepada pembangkang dalam PRU12 dahulu.

Menurut pemilik akaun Facebook Jusoh Gobek, undi orang-orang Cina dikawal oleh kapitalis-kapitalis ini melalui persatuan perniagaan mereka. Apabila kapitalis-kapitalis ini mengarahkan orang-orang Cina agar mengundi pembangkang, itulah yang terjadi sejak PRU12.

Kerana itu juga Dr Mahathir yang rapat dengan kapitalis-kapitalis ini tidak tergugat ketika DS Anwar dipecat kerana beliau dapat memegang undi orang-orang Cina ini melalui kapitalis-kapitalis ini, walaupun undi orang Melayu berpecah dua.

Apa yang berlaku hari ini (Dr Mahathir melawan DS Najib) adalah perang kapitalis ke atas kerajaan yang tidak mahu tunduk kepada penguasaan mereka.

Jadi, memenangkan Dr Mahathir adalah sama seperti memenangkan kapitalis-kapitalis ini. Sekali kerajaan tunduk kepada mereka, tiada peluang lagi untuk bebas daripada kapitalis-kapitalis yang sedang memecah-belahkan orang-orang Melayu melalui orang-orang suruhan mereka.

Isnin, 17 Oktober 2016

Bersediakah Umno Johor Berdepan Pilihan Raya Mengejut?

    10:10:00 PTG   No comments
keyboard-warrior-umno

Jika diajukan soalan tersebut pada penulis, jawapanya adalah TIDAK.

Sepanjang penulis berada di Johor, suasana untuk menghadapi pilihan raya di sini bagai tidak dirasai seperti di negeri-negeri lain yang kini sedang sibuk menyiapkan jentera perang masing-masing.

Mungkin kerana Johor masih dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional (BN), maka tidak perlu diadakan persiapan awal untuk mendepani pilihan raya yang dijangkakan berlaku sebelum Anwar Ibrahim keluar dari penjara pada tahun depan.

Melihat pada situasi sekarang, sudah pasti kesempatan ini diguna sebaiknya Pembangkang untuk mewujudkan keadaan huru-hura dan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat melalui propaganda mereka kononya terdapat ramai Adun dari BN akan lompat keluar parti.

Bagaimanapun, tindakan DAP cuba mewujudkan keadaan suasana politik yang tidak tenteram di Johor sekali lagi gagal apabila Menteri Besar, Datuk Khaled Nordin tampil menjelaskan bahawa tiada pilihan raya tergempar akan diadakan di negeri ini.

Beliau turut menegaskan bahawa bahawa Johor tidak akan mengadakan pilihan raya secara berasingan sebelum pilihan raya umum akan datang walau terdapat spekulasi yang tersebar mengenainya.

Pada masa sama, beliau menganggap spekulasi itu sebagai hanya 'cakap-cakap' di kalangan segelintir individu dalam laman sembang kumpulan tertentu.

Khaled yang juga Pengurusi Perhubungan Umno Negeri Johor, turut menafikan terlibat dalam kumpulan tertentu dan mempunyai niat untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong turut dilaporkan sebagai berkata parti itu bersedia menghadapi pilihan raya tergempar itu sekiranya ia berlaku.

Abang Bomba 'Apa Jadah Ni'

    12:20:00 PTG   No comments
abang-bomba-apa-jadah-1

Geleng tak henti-henti kepala penulis bila melihat foto-foto Abang Bomba kita mendukung gadis-gadis cantik.

Walau syok dan seronok yang pasti ia akan mengundang 1001 kecaman dari Netizen.  Jawab lah nanti.

abang-bomba-apa-jadah-2

abang-bomba-apa-jadah-3

'Big Mac' Siti Nordiana Bernilai RM10k?

    11:02:00 PG   1 comment
siti-nordiana-hot-big-mac.jpg

Memandangkan Siti Nordiana kini masih berstatus 'Janda' tak salah rasanya kalau penulis mencuba. Di sini penulis ingin berkongsi berita baik kepada sesiapa yang suka menyanyi menggunakan aplikasi online Smule.

Anda mesti teringin nak menyanyi dengan selebriti pilihan hati masing-masing kan? Tetapi sebelum itu klik sini atau pada gambar di bawa untuk mendaftar dan mengetahui syarat-syarat kelayakkan. Bukan senang tau nak dapat menyanyi dengan artis-artis ini.

Big Mac Chant Challenge ini dijadual  bermula 13hb hingga 31hb Oktober 2016. Kali ini mereka bakal menghadirkan empat (4) artis tempatan untuk bersama-sama memeriahkan lagi cabaran.

Penulis difahamkan, selain Siti Nordiana beberapa selebriti popular lain turut terlibat dalam program yang dianjurkan oleh McDonald Malaysia antaranya ialah Elizabeth Tan yang popular dengan lagu 'Ketuk-Ketuk'.

Kepada pemenang yang bertuah, selaian dapat wang tunai sebanyak RM10,000, pihak MacDonald juga turut bermurah hati untuk membekalkan Big Mac Burger selama setahun berserta hadiah ekslusif iaitu Nanoblock Collector’s Kit.

Jadi, kepada anda yang berbakat dalam bab menyanyi boleh cuba sekarang sebelum tarikh luput pertandingan. Mana lah tahu rezeki tiba-tiba Tuhan nak beri. Dapat ber-Smule dengan artis, dapat wang tunai lagi. Wow! Pakcik Kayo...

Ahad, 16 Oktober 2016

Padah Kemaruk Suami Orang

    8:35:00 PTG   No comments

Seorang lelaki maut selepas ditikam seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta Kompleks Seri Iman, di sini.

Difahamkan Kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 34 tahun bersama keluarga dan suspek ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk membuat semakan status perkahwinan, pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Berita Harian melaporkan, suspek bertengkar dengan mangsa apabila status perkahwinannya terbongkar dan bertindak menikam mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati enam kesan tikaman pada tubuh mangsa.

Bak kata pepatah, ikut hati mati. Jadi, nasihat penulis kepada wanita di luar sana agar tidak terlalu mengikut kata hati. Dengar dan belajar menerima pandangan orang lain terutama sekali dari ahli keluarga sekiranya menghadapi kes seperti ini. 

Orang lelaki hari ini bukan boleh dipercayai sangat kecuali penulis kerana syaitan sekarang sudah berani menyerupai manusia.

Penulis yakin wanita berkenaan pasti menyesal seumur hidupnya apabila kehilangan abang kandung akibat perbuatanya sendiri. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar kepada kita semua.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Bila Kera Di Hutan Sertai Bersatu

    1:16:00 PG   2 comments
ezam-bersatu

Tidak tahu samada hendak menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan gembira penulis sekarang ini bila mendengar khabar mengatakan Ezam Md Nor telah menghantar borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau panggilan popularnya Parti Cap Bunga.

Perkara ini sudah penulis jangka akan berlaku selepas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang dipungut Umno itu membuat keputusan keluar parti baru-baru ini.

Ketika itu ramai tidak percaya apa yang penulis katakan terutamanya rakan-rakan seperjuangan dahulu yang kini menjadi pengikut setia Mahathir bahawa Ezam akan menyertai parti mereka.

Nah! Sekarang apa yang penulis katakan sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan.

Setelah mendapat jawatan Senator dan kemudian dilantik sebagai pengarah komunikasi Kementerian Kewangan serta diberi pelbagai ganjaran kerana meninggalkan PKR, akhirnya Ezam menunjukkan kerektor sebenarnya yang disembunyikan selama ini.

Penulis yakin dengan penyertaan Ezam ke dalam parti Cap Bunga akan membuatkan penyokong serta ahli parti berkenaan merasa tidak senang kerana terpaksa mendukung biawak hidup.

Biarpun dahulu Ezam merupakan individu yang paling lantang mengkritik dan mencaci, menghina Mahathir sebagai Bapa Rasuah namun demi mencapai matlamat masing-masing, kahak hijau yang telah diludah sanggup dijilat kembali.

Begitu juga dengan nasib penyokong parti Cap Bunga, kerana hendak menunjukkan kesetiaan kepada Mahathir, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk bekerjasama dengan syaitan yang selama ini mereka lawan.

Penyertaan Ezam ke dalam parti Mahathir turut menimbulkan beberapa persoalan yang sukar dijawab antaranya ialah sanggupkah ahli Cap Bunga menerima Ezam sebagai ahli parti sedangkan mereka sendiri tahu bertapa jijiknya perangai individu berkenaan dan soalan popular yang banyak ditanya netizen di laman sosial ialah berapa kotak pula kali ini rahsia yang akan dibawanya sebagai modal berkempen bagi pihak Cap Bunga?

Khamis, 13 Oktober 2016

Sila Meninggal Kalau Rasa Muka Tak Lawa!

    3:09:00 PTG   No comments
Johara Nasi Lemak

Tak habis-habis lagi ke cerita pasal Nasi Lemak Anak Dara?

Penulis bukan nak dengki dengan apa yang dia dapat hari ini. Cuma sekadar nak menyampaikan luahan hati para penjual nasi lemak di luar sana yang kurang mendapat pembelaan dan publisiti kerana mereka memiliki rupa paras yang biasa-biasa sahaja.

Lagi satu, bila kisah si Gadis Penjual Nasi Lemak ini terlalu disensasikan oleh pihak tertentu, di media massa, lama kelamaan timbul pula rasa meluat.

Bukan penulis seorang sahaja yang rasa begitu tetapi ramai yang meluahkan perasaan yang sama. Kalau tak percaya, sila baca komen-komen di laman sosial bila kisah anak dara jual nasi lemak ini dimuat naik.

Pesanan penulis kepada pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh atau mengejar rating, cukup-cukup lah mensensasikan kisah gadis ini sebelum orang ramai naik bosan dan berhenti makan nasi lemak.

Macam lah di Malaysia ini hanya dia seorang sahaja menjual nasi lemak. Bagi lah peluang kepada orang lain untuk mempromosikan bisnes mereka. Baru lah adil

Percayalah cakap penulis, tagline Nasi Lemak Anak Dara ini tak akan bertahan lama. Sampai satu masa nanti si anak dara akan kehilangan daranya setelah dia berkahwin.

Lain lah kalau dia tidak berhajat untuk berumah tangga sampai ketua demi nak mengekalkan kedaraanya. Hahaha

Rabu, 12 Oktober 2016

PRU14 Dijangka Sebelum Anwar Keluar Penjara

    1:01:00 PG   No comments
anwar-mahathir-pru14

"Apa sekalipun yang terjadi, aku mesti keluar dari Sg Buloh sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlaku. Jika tidak jahanam Pakatan Harapan dikerjakan Mahathir".

Situasi di atas hanyalah imiginasi penulis yang cuba menggambarkan keadaan bertapa terdesaknya Anwar Ibrahim sekarang.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, ramai menjangkakan PRU14 akan berlaku sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sg Buloh.

Menurut sembang-sembang di laman sosial, tujuan utama dibuat pilihan raya sebelum Anwar dibebaskan adalah untuk memastikan gabungan Pembangkang terus berpecah akibat perbalahan dan perebutan kerusi.

Ramai bersetuju termasuk penulis hanya Anwar sahaja mampu menyatukan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang yang sedang bergolak sekarang ini sekiranya banduan jenayah liwat itu keluar dari penjara.

Penulis difahamkan, Mahkamah Persekutuan pada Rabu, akan mendengar permohonan Anwar sebagai usaha akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Penjara Sg Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.

Isnin, 10 Oktober 2016

Keluarnya Mahathir Dari Proton Membawa 1001 Rahmat

    9:22:00 PTG   3 comments

Perletakkan jawatan Mahathir selaku penasihat Proton beberapa bulan lalu telah membawa 1001 rahmat kepada syarikat pengeluar kereta jenama tempatan berkenaan.

Proton Holdings dalam satu kenyataan hari ini melaporkan model Saga terbaru yang dilancarkan pada hujung September lalu mendapat sambutan amat menggalakkan apabila menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini dan dijangka meningkat pada bulan hadapan.

Menurut CEO Proton Edar, sambutan yang diberikan terhadap Saga baru itu menjadikanya antara model kereta keluaran Proton yang mencatatkan prestasi jualan terbaik dalam masa yang singkat.

Ekoran dari permintaan tinggi terhadap model Saga baru ini sudah pasti ia satu berita gembira serta memberi kelegaan di hati pekerja dan vendor Proton yang sebelum ini bimbang tentang nasib mereka jika operasi pengeluaran kereta dihentikan akibat jualan merosot.

Menerusi perkembangan terbaru mengenai jualan kereta baru Proton ini secara automatiknya telah menutup mulut dan menafikan segala dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Malaysia akan bankrap tahun ini.

Nampaknya usaha Perdana Menteri, Najib Razak menyelamatkan Proton dengan menyuntik dana kepada syarikat pengeluar kereta nasional berkenaan bagi meningkatkan kualiti dan menaikkan semula jualan keretanya membuahkan hasil.

Ahad, 9 Oktober 2016

Sikit-Sikit Salah Kerajaan

    8:09:00 PTG   3 comments

Keluhan Datuk Terlajak Laris kerana hasil jualan produknya menurun akibat krisis ekonomi yang sedang melanda negara hari ini mendapat kecaman netizen.

Sikap beliau yang dilihat cuba menuding jari kepada kerajaan kerana produknya tidak laku telah dibidas oleh salah seorang Facebookers bernama Marissa Rose.

Marissa dalam status Facebook miliknya telah meminta supaya Datuk Terlajak Laris tidak menyalahkan sesiapa terutama sekali pihak kerajaan jika produk jualannya tidak mendapat sambutan atau tidak laku.

Namun sebaliknya, Marissa menasihatkan agar Datuk Terlajak Laris melihat kembali kualiti produk yang dihasilkan samada cukup bagus dan berkesan atau tidak.

Jelasnya, jika Datuk Terlajak Laris sangat yakin dengan tahap keberkesanan produk jualanya, apa yang hendak dirisaukan lagi.

Menurutnya lagi, sekiranya sesuatu produk itu bagus dan memberi kesan seperti yang diharapkan, sudah pasti pengguna akan tetap setia membeli produk berkenaan walau keadaan ekonomi teruk macam mana sekalipun.

Tetapi, sekiranya produk itu berkualiti rendah dan setelah sekian lama menggunakkanya tetapi tidak memberi kesan yang diharapkan, sudah pasti pengguna akan berhenti membeli produk yang dijual.

Bagi penulis, memang ada benarnya apa yang dinyatakan oleh Facebookers berkenaan. Tapi apa boleh buat, memang beginilah sikap orang Melayu. Bila sudah kaya dan hidup senang ucap terima kasih pun tidak.

Apabila ditimpa kesusahan, produk tidak laku, kerajaan pula disalahkan. Pada hal selama ini kerajaan lah yang telah banyak membantu.

Wahai Datuk Terlajak Laris, nikmat Tuhan apa lagi yang hendak kamu dustakan!

Isnin, 3 Oktober 2016

Bermodalkan Kopiah Putih, Muhyiddin Cuba Perbodohkan Ahli PAS

    12:04:00 PTG   No comments
muhyiddin-pas-1mdb

Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.

Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.

Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.

“Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu,” katanya.

Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Memahami Propaganda Politik Mahathir

    12:00:00 PTG   1 comment
mahathir-propaganda

Rakyat telah menuntut suatu kebenaran dibongkar mengenai pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB dan ramai rakyat telah prejudis terhadap 1MDB dengan menuduh 1MDB memalukan, meletakkan duit simpanan haji pada tahap risiko tinggi, bertentangan dengan nilai2 agama. Isu ini menjadi panas dan kontroversi apabila pembangkang dan Tun Mahathir menuduh DS Najib telah melakukan penyalahgunaan kuasa terhadap isu pembelian tanah ini.

The Malaysian Insider telah membongkar beberapa urusniaga Lembaga Tabung Haji (LTH) yang nampak seperti ‘bail out’ untuk Kumpulan Maju yang telah menyebabkan pendeposit Tabung Haji hilang wang mereka. http://www.themalaysianinsider.com/…/not-first-time-tabung-…

Sentimen yang dimainkan oleh The Malaysian Insider merujuk kepada perilaku politik Tun Mahathir (memetik Wall Street Journal), berkenaan kerajaan telah melakukan ‘bail out’ kepada syarikat sdn bhd dengan menggunakan duit tabung haji.

Tun Mahathir seakan-akan telah lupa bahawa beliau juga pernah memanipulasi kan Wang Tabung Haji, antaranya;

1. Tahun 1996

LTH telah melabur RM67 juta di dalam projek Maju Holdings di Johor di mana ianya telah mengalami masalah. Pelaburan Tabung Haji telah kerugian sebanyak RM67 juta.

2. Tahun 1998

LTH membayar RM436.38 juta kepada Maju Group untuk 2 buah hartanah yang masih belum siap dibina yang dinilaikan berharga RM267.92 juta.

Natijahnya; Kerugian yang dialami oleh Tabung Haji adalah RM168.46 juta.

Terdapat juga perkara2 lain yang berkait rapat dengan salah guna kuasa oleh Tun Mahathir pada ketika itu, seperti;

a. Beliau telah melantik abang iparnya menjawat jawatan Pengerusi Tabung Haji iaitu Tan Ahmad Razali Mohamed Ali. Beliau telah mewujudkan kes jelas nepotisme.

b. Meluluskan bayaran pendahuluan RM220 juta untuk sebuah bangunan yang masih lagi belum memulakan pembinaan walaupun Pembedaharaan telah menetapkan bayaran maksimum hanya RM5 juta yang dikira daripada nilai 15% kerja2 pembinaan.

Perbezaan perjanjian ketika itu dengan masa kini;

a. Tahun 1990-an, Perjanjian dengan Maju Holdings yang mana Tabung Haji telah membayar RM504 juta untuk syarikat tersebut untuk satu aset yang dinilai berharga RM267.92 juta yang mengakibatkan kerugian kepada Tabung Haji sebanyak RM235.5 juta.

b. Tahun 2015, Perjanjian TRX 1MDB dengan Tabung Haji, dimana Tabung Haji membayar RM188.5 juta kepada syarikat milik kerajaan 100% untuk aset yang dinilai berharga RM195 juta (dan menambah lagi satu aset bernilai RM370 juta) Tetapi ianya akan dijual pada keuntungan beberapa juta ringgit.

Perbezaan diantara Kedua2 perjanjian tersebut adalah;

a. Tun Mahathir telah menyebabkan berlakunya KERUGIAN kepada TH. Bayaran dari TH kepada satu syarikat tersebut telah melenyapkan sejumlah wang yang tidak diperolehi semula untuk satu aset yang bernilai tidak sampai separuh pun dari apa yang dibayar.

b. DS Najib telah merangka satu KEUNTUNGAN kepada TH. Bayaran dari TH kepada syarikat 100% milik kerajaan dimana wang pelaburan tersebut akan diperolehi semula di dalam seminggu kerana aset yang bernilai lebih dari apa yang dibayar.

Berlaku adillah apabila membuat pertimbangan kes antara tingkahlaku kepimpinan Tun Mahathir dan kepimpinan DS Najib. Gunakan segala kesungguhan dan semangat yang sama untuk mencari kebenaran mengenai perjanjian di zaman Tun Mahathir dan zaman DS Najib.

DS Najib telah disiasat oleh SPRM, AG, PDRM di dalam kes 1MDB dan Tabung Haji. Bagaimanahkah sekiranya ada cadangan untuk SPRM, AG, PDRM melakukan perkara yang sama terhadap Tun Mahathir supaya menyiasat Maju holdings Sdn Bhd dan Tabung Haji?. Adakah Tun Mahathir akan menjawab segala2 persoalan yang dilontarkan?. Adakah rakyat akan mengkritik beliau?.

Nota Kaki : Untuk makluman Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 (zaman Najib) telah mencatat untung bersih sebanyak RM3.53 billion dan satu keuntungan bersih paling tinggi dalam sejarah operasi Tabung Haji

Kezaliman IPP Ciptaan Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu

    11:13:00 PG   No comments

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Bagaimanapun, legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun Mahathir telah berkubur. Akhirnya IPP ciptaan Mahathir sebagai pembekal tenaga kepada TNB yang dianggap paling kejam di dunia tutup buku.

Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September 2015 yang lalu. Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu adalah DS Najib Razak yang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad & sekutunya cuba gulingkan sekarang ini.

Ia perjanjian paling kejam kerana TNB dipaksa membeli "Tenaga" dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan Tarif Elektrik di Malaysia mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia.

Bos YTL sebelum ini dalam satu majlis forum pernah dgn angkuh menyatakan kejayaan YTL adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.

YTL yang merupakan kroni Tun M semasa dia jadi PM memang pembohong besar.

  • Apakah IPP bukan projek kerajaan?
  • Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central?
  • Apakah projek 1Bestarinet yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan?


(Sekarang terbukti, projek 1Bestarinet gagal terutama untuk sekolah di kawasan pendalaman.)

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat tycoon Cina YTL mengaut "wang percuma" selama 21 tahun.

Tetapi terima kasih Najib Razak kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat dan kesemua ini berlaku melalui #1MDB yang membeli beberapa IPP tersebut.

Dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli "tenaga" dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak perlu tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai "lebihan" tenaga. Beli tetap kena beli walaupun tidak digunakan.

Sebab itu perjanjian PPA ciptaan Mahathir itu dianggap paling kejam di dunia. Paling kejam sekali ialah dalam PPA tersebut ada klausa yg mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah.

Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL.

MEMANG KEJAM DAN LINTAH DARAT !!!!

TS Arne Arope mendedahkan kos sebenar kepada TNB untuk mengeluarkan "tenaga" ialah RM0.08 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Mahathir memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM0.23 sen.

Akibatnya Arne Arope bersemuka dgn Mahathir dan menyatakan "Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it". Dianggarkan YTL untung RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun.

Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?

1 Oktober 2015 sepatutnya hari terakhir jalinan kontrak antara TNB dan YTL. Matlamat awal Najib sekiranya apa yg dirancang menerusi 1MDB berjalan lancar maka TNB akan tidak lagi sambung lesen YTL Energy. Namun, gara-gara reputasi 1MDB yang teruk tercalar angkara musuh kerajaan, di dalam dan di luar menyebabkan 1MDB dan Najib Razak terpaksa membatalkan perancangannya itu, dan hanya menumpukan kontrak-kontrak dari luar Malaysia.

Mengikut laporan terkini, hanya 3 syarikat yang membida untuk mendapatkan lesen dari TNB, antaranya sudah tentulah YTL Energy, MALAKOFF dan sebuah lagi syarikat..seperti dijangka dan seperti yg dikehendaki oleh ramai musuh Najib dan kerajaan, YTL berjaya memenangi bidaan untuk kontrak sementara..

SUMBER lain pula menyatakan bahawa IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni Mahathir dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996.

Namun tindakan Najib Razak menghapuskan subsidi untuk IPP itu telah menyebabkan kroni-kroni belaan Mahathir 'naik minyak'.

Mereka kemudiannya telah menghasut agar mantan Perdana Menteri itu mengunakan seribu satu cara untuk memastikan Najib 'disingkirkan' agar pendekatan dan sistem lama yang digunapakai sebelum ini dapat dikembalikan.

Ini kerana tindakan 'berani mati' yang dilakukan Najib Razak untuk menyelamatkan kewangan negara dari terus mengalir kepada golongan yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan mereka kehilangan 'saluran kewangan'.

Atas sebab itu 'gerakan' perlu dilakukan agar Najib Razak berundur dan individu yang paling layak melaksanakan tugas tersebut ialah Mahathir.

Dengan populariti yang ada pada Mahathir ditambah dengan 'jasa' beliau mentadbir negara selama 22 tahun, rakyat sudah pasti akan percaya bulat-bulat apa yang keluar dari mulutnya.

Ditambah dengan ayat-ayat manis Mahathir 'saya lakukan ini untuk rakyat dan negara' sudah pasti masyarakat akan menelan bulat-bulat setiap butir perkataan yang keluar.

Sedangkan pada hakikatnya semua tindakan yang dilakukan oleh Mahathir ini adalah untuk menjaga 'periuk nasi' kroninya dan bukannya untuk rakyat.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.