Selasa, 30 April 2013

Apa Macam Penjawat Awam..Seronok Tak Bila Digelar Kera?

    10:00:00 PG   7 comments
md-hashim-kera-dalam-kerajaan

Nah! amik kaw..Jangan marah naaaa..Baik punya kutuk dari calon PKR yang bertanding di Johor Baharu. Nasib lah wak bukan bekerja dengan kerajaan atau menjadi kakitangan awam di agesi-agensi kerajaan. Kalau tidak, sudah tentu istilah KERA yang digambarkan oleh calon pilihan Anwar ini terpalit pada wak.

Cuba tengok muka calon PKR dekat atas tu, sikit pun tak rasa bersalah bila menggelar dan melabelkan penjawat awam sebagai kera belaan yang diberi makan pisang, kacang dan kelapa. Kenapa lah pemimpin PR suka sangat membuat perbandingan atau perumpaan manusia dengan haiwan?

Macam inikah calon yang kita nak pilih kelak? Tak tahu lah sekiranya masih ada penjawat awam yang buta hati buta mata, pekak telinga sanggup mengundi bekas Jeneral ini yang mana satu sen haram pun tak berguna.

Sejak klip video youtube di bawah ini tersebar, suara-suara penjawat awam yang bengang dengan kenyataan  biadap dan tak berotak yang dilempar calon PKR terhadap mereka.

Sekarang semua dah jelas, terpulang pada penjawat awam samada mahu duduk dalam sangkar macam kera yang diberi makan pisang, kacang dan kelapa seperti yang dibayangkan oleh Jeneral bersara itu atau terus mengekalan BN sebagai sebuah kerajaan yang telah banyak memberi manfaat kepada penjawat awam selama ini.

Pilihan terbaik..undilah BN

Isnin, 29 April 2013

Lim Kit Siang Kena 'Main' Dengan Anwar di Gelang Patah

    11:05:00 PTG   1 comment
tolak-dap-kit-siang-2

Nampaknya Lim Kit Siang betul-betul dah kena main pada PRU13 kali ini. Bukan setakat ditipu Anwar kerana meletakkanya menjadi calon di Gelang Patah sebagai tempat persemadian karier politiknya tetapi turut dimalukan oleh rakyat Johor yang sejak dari dulu lagi begitu anti dengan kepala komunis DAP yang pernah mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini tak lama dulu.

Lim Kit Siang tak relevan di Johor. percaturan parti Komunis DAP meletakkan penasihatnya di Johor diibarat seperti cubaan bunuh diri. Anwar pasti gumbira kerana helahnya untuk mengenakan Lim Kit Siang menjadi apabila dia sendiri kembali bertanding di Permatang Pauh.

Jangan tak percaya, hanya di Johor sahaja Lim Kit Siang boleh dimalukan sedemikian rupa, lihat sahaja kemarahan rakyat Johor apabila kelibat  Lim Kit Siang muncul. Jarang berlaku di tempat lain bukan?

Tahniah kepada rakyat Bangsa Johor, macam ini lah cara yang betul untuk ajar ketua komunis DAP tu supaya beringat bila masuk ke tempat orang. Jangan beri muka kepada mereka walau seinci pun. Jangan bagi DAP bertapak di Gelang Patah jika tak mahu terima nasib yang sama seperti kawasan-kawasan yang pernah diwakili oleh ketua parti Komunis DAP ini. Ingat!

Ahad, 28 April 2013

PRU13: Tolak Husam Jika Tak Mahu Putrajaya Senasib Dengan Kelantan

    11:28:00 PTG   2 comments
bn-putrajaya-tunm-1

Malam semalam Tun M telah turun ke Putrajaya untuk membantu calon BN iaitu Tengku Adnan Tengku mansor berkempen bagi memastikan calon import PAS dari Kelantan iaitu Husam Musa tewas pada PRU13 kali ini.

Macam biasa, walau di mana Tun M berada atau siri ceramah yang disertainya sudah pasti aura yang dibawanya itu mampu menggamit ribuan hadirin hadir mendengar ucapan beliau. Itu lah kelebihan Tun M biarpun sudah bersara.

Dalam ucapanya Tun M menyarankan kepada penduduk Putrajaya yang sebilangan besarnya terdiri dari kakitangan awam agar menolak calon parti Pembangkang, selain itu Tun M turut mempersoal apakah sumbangan Husam dan PAS di Putrajaya selama ini.

Isyarat jelas calon parti mana yang harus diundi pada PRU13 nanti telah ditunjukkan. Pandangan Tun M selaku arkitek hebat yang membina Putrajaya wajar diambil penduli supaya kakitangan awam yang menjadi pengundi mejoriti di kawasan tersebut tidak meyesal dikemudian hari. Undilah BN untuk kesejahteraan lima tahun lagi.

bn-putrajaya-tunm-2

bn-putrajaya-tunm-3

bn-putrajaya-tunm-4

bn-putrajaya-tunm-5

 Klik sini kalau nak lebih lagi

PRU13: Masalah Pengangkutan Awam di Kuala Selangor Selesai Jika BN Diberi Mandat

    1:37:00 PTG   No comments
najib-bn-kuala-selangor

KUALA SELANGOR - Masalah pengangkutan awam di kawasan Kuala Selangor akan diselesaikan sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat daripada rakyat Selangor untuk mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Itu antara aku janji tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 3,000 warga Ijok yang menyambut kedatangan beliau di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya, di sini hari ini.

"Kita akan selesaikan masalah pengangkutan awam antara Bestari Jaya ke Kuala Selangor dan Bestari Jaya ke Tanjong Karang," katanya disambut tepukan gemuruh daripada rakyat yang hadir.

Turut hadir Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Parthiban dan calon BN Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.

Bagi SJKT Bestari Jaya, Najib turut mengumumkan bantuan dana untuk pembinaan dewan bagi sekolah tersebut. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlahnya.

Najib berkata, BN berjanji menyelesaikan isu penduduk di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bukit Badong jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.

Bagi kawasan parlimen Kuala Selangor pula, aku janji tambahan BN merangkumi pembinaan hospital di Puncak Alam dan pembinaan 2,000 rumah mampu milik di Kuala Selangor, umum Najib yang juga Pengerusi BN Selangor.

Terdahulu ketika merasmikan bangunan tambahan SJKT Bestari Jaya, Najib berkata ia merupakan satu lagi janji ditepati kerajaan BN.

Pembinaan bangunan tambahan itu dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007.

"Hari ini juga menggambarkan usaha untuk membantu dan membela rakyat Malaysia secara inklusif dan komprehensif...terbukti usaha kita menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan," katanya. Najib berkata BN berjanji menyelesaikan isu penduduk di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bukit Badong jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.

Bagi kawasan parlimen Kuala Selangor pula, aku janji tambahan BN merangkumi pembinaan hospital di Puncak Alam dan pembinaan 2,000 rumah mampu milik di Kuala Selangor, umum Najib yang juga Pengerusi BN Selangor.

Terdahulu ketika merasmikan bangunan tambahan SJKT Bestari Jaya, Najib berkata ia merupakan satu lagi janji ditepati kerajaan BN.

Pembinaan bangunan tambahan itu dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007.

"Hari ini juga menggambarkan usaha untuk membantu dan membela rakyat Malaysia secara inklusif dan komprehensif...terbukti usaha kita menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan," katanya.- Bernama

Jumaat, 26 April 2013

Macam Mana Ni PAS.. PKR Pun Tolak Hudud.. Jatuh Kafir Tak?

    12:00:00 PTG   4 comments
khalid-kafirkah-aku

"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.

Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.

Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.

Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.

Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa, komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara.

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat.

Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud, bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas Khalid. Jika UMNO dianggap kafir, maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid, bukan begitu?

Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.

Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam. Itu sahaja nawaitunya sedari dulu.

PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat, maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.

Hujung-hujungnya kelak, selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.

Tengok Ni! Saat Sedap Anwar Meliwat Masyarakat India

    10:00:00 PG   No comments
anwar-masuk-hindu

Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.

Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.

Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.

Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.

Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?

Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, "ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak."

Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai "pariah" namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.

Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada.

Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis "Undi Keling Siapa Mahu?" yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?

Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.


Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.

Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR.

Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.

Rabu, 24 April 2013

Takbir!! Perancangan Sulit DAP Halau Orang Melayu di Johor Terbongkar

    10:29:00 PG   11 comments
Samada kita sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA.

DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini.

DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu. Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu.

Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.

Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor.

Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini.

Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa.

Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR.

Wahai orang Melayu yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini.

Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita. Jika saudara sebarkan kepada 10 orang dalam tempoh satu jam ia boleh sampai kepada 1 juta umat Melayu. Allah Maha Besar..Takbir

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khalid 'Gagap', Bekas MB Paling Tak Sedar Diri Yang Pernah Dimiliki Rakyat Selangor

    12:02:00 PG   2 comments
khalid-gagap-tak-sedar-diri

Biar betul! Yang kata manifesto bukan janji hari tu siapa? Najib kah? Kerajaan negeri yang paling banyak menabur janji di Selangor dan paling liat menunailan janji dulu kerajaan di bawah pentadbiran siapa? Kerajaan BN kah?

Memang sesuai sangat lah jika lepas tamat PRU13 nanti selepas puas main golf, Khalid Gagap menyertai pertandingan maharaja lawak untuk mengisi masa yang terluang setelah ditendang rakyat Selangor sendiri.

Memang tak patut sungguh kenyataan yang dibuat oleh Khalid Gagap dengan menuduh kerajaan BN hanya pandai menabur janji tapi tak reti nak laksana. Padahal apa yang dikatanya tu merujuk pada dirinya selaku bekas MB Selangor yang paling tak guna kerana gagal menunaikan janji sehingga terpaksa berdepan dengan tuntutan saman dari rakyat.

Cuba rakyat Selangor tanya pada Khalid Gagap, dalam banyak-banyak janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan  Pembangkang pada PRU12 yang lepas berapa peratuskah janji yang tersenarai dalam manifesto tersebut berjaya ditunaikan setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri? Jawapanya, tak sampai 5% pun yang tertunai. Kalau ada yang tertunai itu pun kerana terpaksa.

manifesto-pr-selangor-2008

Khalid 'Gagap' perlu melihat keadaan dirinya di dalam sebuah cermin yang besar sebelum mempersoal atau mempertikai tentang janji yang dibuat oleh BN. Jika hendak dibandingkan antara janji yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak ini, maka wajar lah rakyat Selangor memilih BN  kerana setiap janji yang dibuat itu telah tebukti mampu ditepati.

Selasa, 23 April 2013

PRU13: Najib Tambah Dua Lagi Akujanji Demi Kesejahteraan Rakyat Selangor

    10:00:00 PG   2 comments
pru13-najib-bertemu-pengundi

SUNGAI BULOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Isnin mengumumkan dua Aku Janji tambahan untuk Selangor, termasuk mengkaji semula kadar pertukaran syarat kegunaan tanah dari pertanian kepada perindustrian untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Selangor.

Beliau berkata pada masa kini kadar tukar syarat tanah yang dikenakan kepada SME di Selangor oleh kerajaan pakatan pembangkang adalah tinggi dan BN akan mengkaji untuk menurunkannya.

Selain itu, katanya, BN juga akan membuat jalan baru di kawasan perindustrian SME di sini memandangkan jalan utama di kawasan perusahaan yang kedua terbesar di dalam negara itu tidak lagi sesuai.

"Mula-mula saya hendak naik bas ke sini tetapi tidak boleh kerana jalan sempit, oleh itu saya nak bawa salah satu daripada tambahan Aku Janji kalau BN berkuasa balik di Selangor kita buat jalan baharu untuk kawasan SME di sini," katanya ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Kampung Baru Sungai Buloh.

Najib berkata sekiranya manifesto pakatan pembangkang yang mahu meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 sebulan, maka negara dan pengusaha SME khususnya juga boleh jatuh bankrap kerana tidak mampu membayar gaji pekerja mereka.

"Kita hendak bagi gaji minimum RM900 sebulan pun SME kata nanti mereka bankrap, bayangkan kalau RM4,000 adakah anda mampu, anda bekerja keras tapi kalau kena bayar RM4,000 setiap bulan...anda akan jadi bankrap," katanya.

Beliau berkata pengusaha SME mahu perniagaan mereka berkembang dari semasa ke semasa dan bertambah kukuh tetapi jika mereka terpaksa membayar gaji setiap pekerja sebanyak RM4,000 sebulan sudah pasti mereka akan bankrap.

"Sepatutnya lebihan untung yang mereka perolehi boleh dilaburkan untuk membina kilang-kilang baharu dengan mesin terkini supaya perniagaan mereka boleh menjadi lebih kukuh dan mereka akan mampu membayar gaji yang lebih baik untuk pekerja mereka," katanya.

Najib berkata manifesto pembangkang adalah dokumen yang tidak bertanggungjawab dan boleh membawa kepada kehancuran ekonomi tetapi BN adalah sebaliknya yang sentiasa mahu membantu rakyatnya.

"Saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat, sebagai perdana menteri, saya tidak akan membenarkan negara ini hancur semata-mata hanya kerana mahu undi daripada rakyat.

"Saya adalah pemimpin yang mengambil berat tentang negara ini. Saya akan sama-sama bertanggungjawab bagi memastikan negara ini diurus dengan baik," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor, berharap agar rakyat tidak terus terpedaya dan tertipu selamanya dengan dakyah pembangkang yang sebenarnya tidak sepakat dan berbeza ideologi.

"Aanda boleh menipu rakyat sekali tetapi anda tidak boleh menipo orang sepanjang masa...satu kapal tidak boleh ada tiga kapten, manifesto mereka tidak sebut pasal orang India, tetapi kita banyak sebut pasal orang India.

"Sebab itu sekarang orang India semua sokong, Hindraf pun sudah sokong kita, dulu mereka menentang tetapi sekarang sokong kerana dia ada 'nambikei' iaitu kepercayaan dengan BN sebab kita sudah buat banyak untuk orang India," katanya.

Beliau berkata orang Cina, Melayu dan India di negara ini harus bekerjasama sebagai satu keluarga supaya negara akan kekal aman dan harmoni.

"Kalau bergaduh sesama kita, negara hancur, perniagaan pun hancur, bisnes habis, ekonomi dan saham pun jatuh, kalau nak berjaya perlu mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni," katanya.- BERNAMA

PRU13: 'Ciuman' Mesra Petanda Zul Nordin Mendapat Restu Masyarakat India

    8:00:00 PG   No comments
zulnordin-dicium-laki-india

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pengundi India di kawasan Parlimen Shah Alam sudah menerima dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata ada di antara masyarakat India yang sampai telah mencium Zulkifli.

"Soal cakap 10 tahun dulu, Zukifli sudah meminta maaf dan orang India terima dan cium dia," katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Seksyen 18 Timur di sini Isnin. Gambar Zulkifli dicium oleh seorang pemuda India pada hari penamaan calon tersebar luas apabila dimuatkan di facebook.

Turut mengiringi dalam lawatan Najib petang ini ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Zulkifli.

Pada 1 April, Zulkifli memohon maaf kepada penganut agama Hindu dan mengakui pernah membuat ucapan yang mempersenda agama itu tetapi beliau telah mengakui kesilapannya kerana ucapan itu telah dibuatnya 10 tahun lalu ketika beliau masih berada dalam PAS.

Najib berkata semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pekerja parti dalam jentera pilihan raya BN Shah Alam boleh membantu BN merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dan Batu Tiga dari tangan pembangkang.

Jentera BN perlu berusaha keras merampas kembali Selangor pada PRU13 dan ia adalah penting bagi BN kerana sebahagian besar kekayaan negara bertumpu di negeri itu.

"Kerajaan Selangor telah menghalang projek loji air Langat 2 dan kita akan menghadapi masalah air bersih jika kita tidak ambil alih Selangor ini.

"Demi perjuangan negara, kita akan berjuang habis-habisan," katanya disambut sorakan gemuruh oleh jentera BN Shah Alam.

Najib turut berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan Shah Alam dan akan memenuhi permintaan mereka.

Hujan lebat semasa lawatan Perdana Menteri tidak menghalang penduduk di Seksyen 18, daripada keluar beramai-ramai untuk mendekati dan beramah-mesra dengan Najib.

Sebahagian daripada mereka tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk mendengar sendiri ucapan dan nasihat Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor.

Seorang anggota Pergerakan Puteri Umno dari cawangan Seksyen 18 Timur, Nurul Aqmal Mohd Amin berkesempatan memotong kek sempena hari jadinya ke-25 sambil disaksikan Najib dan Rosmah pada acara itu.

Najib dan Rosmah turut menjamu selera bersama penduduk tempatan pada akhir lawatannya itu. - BERNAMA

Apa Punya Sengkek Daa...Bayar RM20 Jika Ingin Minum Bersama Anwar Dan Aziz Bari

    12:00:00 PG   5 comments
majlis-hi-tea-anwar

SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.

Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.

Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.

Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.

Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.

Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan duduk di luar khemah.

Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang dibayar.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.

Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA

Isnin, 22 April 2013

PRU13: Jaminan Najib..Masalah Rakyat Selangor Selesai Jika BN Diberi Mandat

    9:27:00 PTG   2 comments
pru13-najib-kempen-selangor

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi Selangor dan memastikan negeri itu terus menjadi nadi utama pembangunan negara.

Najib berkata kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Dalam soal air, kita tengok mereka patut memberi tumpuan kepada satu penyelesaian tetapi mereka nak ambil alih syarikat bekalan air (Syabas). Mereka utamakan ambil alih syarikat. Mereka tidak mementingkan cara mana menyelesaikan air untuk rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Ini tersasar fokusnya, ini tidak betul. Ini salah satu contoh kegagalan mereka, keutamaannya tak kena. Fokusnya tersasar dan mereka tidaklah layak (mentadbir), pihak yang layak patut diberi sokongan.

"Saya beri jaminan sebagai Pengerusi BN negeri Selangor bahawa keutamaan pertama kita ialah untuk menjamin bekalan air berterusan, untuk keperluan rakyat dan pembangunan Selangor," kata beliau ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Taman Sri Muda, di sini, Isnin.

Najib berkata kegagalan menyelesaikan isu air di Selangor akan membantutkan pembangunan negara secara keseluruhana kerana negeri itu menyumbang 60 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Justeru, beliau meminta rakyat negeri itu memberi mandat semula kepada kerajaan BN bagi memastikan pembangunan dan kejayaan yang telah dilakukan sebelum ini diteruskan semula.

Menurutnya, kelemahan dan ketidaksefahaman pakatan pembangkang juga jelas kelihatan setelah parti-parti dalam pakatan itu bertanding sesama sendiri pada pilihan raya umum kali ini.

"Kerajaan pakatan pembangkang yang tak boleh berpakat kerana mereka telah meletakkan calon antara parti di tujuh kerusi di seluruh negara. Ia jelas menunjukkan bahawa pakatan mereka itu sudah pun rapuh dan mungkin retak menunggu belah, kerana mereka tak boleh bersatu dan bersama," katanya.

Beliau juga berbangga dengan sokongan rakyat negeri itu terhadap BN meningkat.

"Saya berbangga dan melihat sentimen rakyat di Selangor ini jelas menjurus untuk menyokong BN. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat khususnya di Selangor telah dapat menilai bahawa masa depan mereka akan lebih baik lagi," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN sekali lagi mengingatkan semua pemimpin dan anggota BN agar melupakan soal pemilihan calon dan menumpukan pada kemenangan calon yang mewakili BN.

"Bukan mudah menentukan siapa jadi calon, lebih susah daripada memilih menantu. Memilih calon amat sukar. Tetapi kita telah cuba buat yang terbaik. Saya berharap ketepikanlah kalau ada apa-apa perasaan.

"Jangan fikir soal jadi calon, tak dapat jadi calon, dunia ini gelap, tidak begitu. Masih ada hari esok untuk semua pihak," katanya.

Beliau juga memuji Aku Janji calon BN yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja serta DUN Sri Muda dan Seri Andalas untuk membawa perubahan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan itu.

Najib turut menunaikan solat Asar berjemaah dengan penduduk tempatan di Masjid Al-Falah dan kemudiannya sertai oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anak-anak mereka, Ashman Najib dan Nooryana Najwa Najib, minum petang bersama para penduduk kawasan itu di Plaza Sri Muda.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, calon BN bagi berusi Parlimen Kota Raja Datuk S. Murugesan, calon BN bagi kerusi DUN Sri Muda Mohd Abdul Raof Mokhtar dan calon BN bagi kerusi DUN Seri Andalas T Mohan. - BERNAMA

Akujanji BN: Permata Pendidikan Selangor, Jaminan Masa Depan Yang Lebih Baik

    10:00:00 PG   No comments
Permata Pendidikan Selangor merupakan satu lagi inisatif yang terkandung dalam akujanji BN Selangor. Walau tidak semuluk dan seindah seperti tawaran Pakatan Pembangkang yang menwarkan pendidikan percuma, namun ianya sesuatu yang realisitik untuk ditunaikan dan bukanya satu janji kosong.

Melalui akujanji ini juga menunjukkan bahawa BN Selangor benar-benar komited ingin memberi peluang yang saksama kepada anak-anak Selangor untuk menikmati kualiti pendidikan yang lebih baik dan sempurna di semua peringkat.

Kini pilihan di tangan anda selaku rakyat Selangor, samada hendak hendak memilih masa depan yang lebih baik dan terjamin di bawah kepimpinan Barisan Nasional atau terus ditipu oleh Pakatan Pembangkang dengan segala janji munafiknya selama lima tahun lagi, semua itu terpulang pada diri anda sendiri.

P/S: Wak cuma ada satu cadangan...pilih lah BN untuk masa depan yang lebih baik pada hari pengundian nanti..Terima kasih..

AkuJanji BN Selangor-Permata Pendidikan


Ahad, 21 April 2013

Akujanji BN: Inilah Masanya Untuk Rakyat Selangor Memiliki Rumah Sendiri

    10:00:00 PG   1 comment
Wahai rakyat Selangor yang dikasihi, cuba kita ingat kembali sepanjang lima tahun lepas semasa Pakatan Pembangkang (PKR, DAP & PAS) mentadbir negeri anda, berapa banyak jumlah rumah mampu milik yang dirancang dan dibina untuk rakyat oleh kerajaan negeri?

Jawapannya, tiada sebuah pun rumah mampu milik dibina oleh kerajaan Pakatan Selangor selama permerintahanya. Yang dibina oleh mereka ialah rumah mewah untuk orang kaya dan juga warga asing yang banyak duit, contohnya projek kondo super mewah Datum Jelatek.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Dato Sri Najib telah terbukti mampu melaksanakan segala janjinya disepanjang empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Ini kali lah..masanya buat rakyat Selangor untuk melakukan perubahan. Apa yang ditawarkan oleh BN Selangor dalam akujanjinya bukan satu omongan kosong seperti mana manifesto Pakatan Pembangkang. Ia adalah satu janji yang akan ditepati,

Sekarang peluang sudah terbentang, bukan senang hendak memiliki rumah sendiri pada waktu ini terutamanya di negeri Selangor yang semakin berkembang maju walau ia hanya sekadar rumah mampu milik. Buatlah pilihan yang tepat dan jangan mengulangi kesilapan lepas dengan mengundi Pakatan Pembangkang.

akujanji bn selangor rumah mampu milik


Jumaat, 19 April 2013

PRU13: Hari Penamaan Calon, Jangan Bagi Lawan Menang PERCUMA!

    10:18:00 PG   4 comments
pru13-undi

Biarpun negara kita sudah menghadapi banyak kali pilihanraya tidak kira pilihanraya kecil atau umum, suka diingtakan kepada calon-calon yang bertanding pada PRU13 nanti tidak melakukan kesilapan mudah samasa hari pedaftaran esok sekaligus memberi kemenangan PERCUMA pada pihak lawan.

Walaupun ada sebilangan calon yang sudah banyak kali bertanding dan faham tentang selok-belok aturan pilihanraya namun kesilapan-kesilapan kecil ini tidak mustahil boleh berlaku disebabkan oleh faktor kelalaian calon itu sendiri dalam membuat persediaan.

Cuba elakkan perkara remeh seperti ini dari berlaku semasa hari penamaan calon. Bagi penyokong parti pula perlu diingatkan supaya tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan jangan buat perkara yang tidak senonoh dan merugikan parti.

Untuk mengingatkan kembali pada para calon dan penyokong parti tentang tataetika pilihanraya, di bawah ada disediakan beberapa maklumat penting yang perlu diteliti dan difahami supaya semasa hari penamaan calon nanti segala proses yang perlu berjalan dengan lancar.

P/S: Jangan lupa bawa butiran pengenalan diri seperti kad pengenalan, borang pendaftaran, dan wang pertaruhan yang cukup, pastikan juga PENCADANG dan PENYOKONG berada dalam keadaan sihat dan waras.

Tataetika Pilihan Raya

Hari Penamaan Calon.

Perarakan Calon dan penyokong-penyokong ke Pusat Penamaan Calon pada Hari Penamaan Calon sama sekali TIDAK DIGALAKKAN. Bagaimanapun, jika Perarakan perlu juga diadakan, maka Pihak Penganjurnya hendaklah mematuhi peraturan berikut:

1. Mengikut prosedur & arahan yg ditetapkan oleh SPR & PDRM semasa berkumpul dan berarak ke Pusat Penamaan Calon

2. Tidak mengadakan apa-apa Ucapan @ Ceramah semasa berarak @ berkumpul

3. Tidak menggunakan alat muzik @ pembesar suara semasa berarak @ berkumpul

4. Tidak memasuki sempadan jarak 50 meter @ di dalam mana-mana jarak kawasan dari Pusat Penamaan Calon tertentu yg ditetapkan oleh SPR

Hanya Calon, Pencadang dan Penyokong Penamaan Calon serta mana-mana orang lain yg diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki Bilik Penamaan Calon

Kumpulan Penyokong Calon yg ditetapkan jumlahnya oleh SPR dibenarkan berada di dalam kawasan Jarak 50 meter dari Sempadan Pusat Penamaan Calon iaitu di Tempat Khas yg disediakan oleh SPR

Selamat bertanding dan mengundi untuk semua..

Sabtu, 13 April 2013

Sendiri 'Main' Sendiri Jawab Lah! Susah Sangat Ke Nak Mengaku?

    10:00:00 PG   12 comments
mustafa-ali-peguam-jawab-skandal-seks

Macam gampang je kan bila Setiausaha Agung Parti Islam PAS ni suruh peguamnya  jawab segala persolan yang timbul berkenaan skandal video seksnya. Macam lah si peguam tu ada bersama melihat aksinya ketika sedang bersetubuh pada waktu tu.

Sebelum buat kerja terkutuk tu, tak ada pula Stopa Ali ni meminta nasihat dari peguamnya samada boleh atau tidak kalau nak 'main' dengan perempuan tu. Hebat mana pun peguam yang diupah Stopa Ali, kini segala-galanya sudah jelas terbukti siapa sebenarnya lelaki tua tak sedar diri dalam video tu.

Kan senang kalau si Stopa Ali ni jawab terus pada media bahawa lelaki tua yang  sedap berehenjut atas katil hotel tu bukan dirinya tapi individu lain yang hampir serupa denganya. Anwar Ibrahim tak ada ajar kah?

Apa Hadi Awang Akan Kata Kalau Yang Kantoi Dirakam Berzina Tu Najib Razak?

    12:00:00 PG   11 comments
hadi-video-seks-mustafa-ali-fitnah.jpg

Hadi Awang dalam satu sidang medianya dengan yakin menyatakan bahawa video seks yang melibatkan Setiausaha Agung Pas itu adalah FITNAH semata-mata.

Macam biasa lah kalau dah rakan baik sendiri yang juga merangkap pemimpin kanan Pas pusat buat kerja terkutuk tu mesti lah kena cover sahabis mungkin. Mana nak letak muka kalau rakyat tahu pemimpin parti Islam terjebak dengan zina.

Yang peliknya selaku permimpin parti Islam, boleh pula Hadi Awang menganggap perbuatan zina yang dilakukan oleh pemimpin kanan Pas itu sebagai perkara remeh dan tidak penting sedangkan semua umat Islam sedia tahu bahawa zina adalah sebahagian dari DOSA BESAR yang mana jika dihukum mengikut undang-undang Islam boleh dikenakan Rejam sampai mati sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan zina tersebut.

Beginikah gambaran Hudud Islam yang ingin dilaksanakan PAS jika berjaya mentadbir negara ini (minta dijauhi). Sekiranya perkara zina tersebut berlaku pada rakan pemimpin sendiri dikecuali dari dikenakan hukum. Kalau orang UMNO yang terlibat atau Najib Razak, wajib di Hudud.

Nafi lah selagi boleh wahai Hadi Awang, rakyat mahu lihat sampai bila kamu boleh bertahan menanggung, menutup perbuatan terkutuk pemimpin sendiri. Bangkai gajah tetap akan berbau walau ditutup dengan serban, inikan pula video seks yang boleh di-copy dan dimuat turun. Terima sajalah ketentuan Tuhan ini, pintu taubat masih terbuka buat Mustafa Ali selagi masih hidup. Pas ni bukanya parti MAKSUM!

Jumaat, 12 April 2013

Alamak Jahanam PAS! Setiausaha Agung Parti Islam Ada Video Seks?

    12:21:00 PG   1 comment
mustafa ali sex wanita warga asing

Hehehe..Boleh kena stroke Hadi Awang bila dapat tahu Setiausaha Agungnya merangkap kawan baik  ada video seks. Tak pasal-pasal nanti bila tiba hari penamaan calon dia tak jadi bertanding kerana tak sanggup menahan malu perbuatan rakan baik sendiri.

Walau dah tua tapi boleh tahan juga nafsu dan selera pemimpin pujaan seluruh ahli PAs ni. Cuma sayangnya pandai makan tapi tak pandai simpan. Agak-agak siapa punya angkara? Tak kan UMNO lagi.

Tahniah lah kepada kumpulan PARASIT yang diupah Anwar untuk menjatuhkan pemimpin PAS yang tak disukainya. Ini kali lah, PAS bersama Pakatan Haram tubang pada PRU13 yang akan berlangsung awal bulan depan.

PAS dan Pakatan Pembangkang kini diambang kehancuran. Dek kerana LUBANG habis semua terjun longkang.

Lepas ni jangan pula cuba-cuba bagi alasan video tu besi, Mustafa Ali dah tua, anu pun tak larat nak naik, mana mungkin dia boleh balun wanita warga asing style macam tu! Memang tolol lah!

Undilah BN.......'Barang Naik' beb walau dah tua ganyut..Cayalah

Sabtu, 6 April 2013

PRU13: Selepas Ghani..Siapa Lagi Agaknya Layak Jadi MB Johor?

    1:02:00 PG   4 comments
ghani-osman-pru13

Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh berita di bawah, Datuk Ghani Osman akan bertanding kerusi parlimen, wak selaku anak jati Johor memang sokong sangatlah hasratnya itu. Lagipun Datuk Ghani Osman sudah lama duduk dikerusi empuk sebagai MB. Sudah masanya diganti orang lain pula tapi bukan dari Pakatan Pembangkang lah.

Sekiranya benar ura-ura yang mengatakan bekas MB Johor ini akan berentap dangan Lim Kit Siang di kerusi parlimen Gelang Patah pada pilihanraya kali ini, sokongan yang tidak berbelah bahagi perlu diberi kepadanya.

Kalau lah BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya di Johor sekali lagi, siapa agaknya calon-calon dari parti keramat orang Melayu ini yang anda semua rasa layak untuk menyandang jawatan MB?

Wak J

KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa cakap-cakap kini semakin jelas yang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding kerusi parlimen dan dalam kes ini di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dengan sendirinya memberi indikasi yang negeri itu akhirnya akan menerima seorang menteri besar baru.

Lagi pun spekulasi ini tidak dapat dielakkan lagi kerana Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal iaitu sejak Mei 1995.

Jika beliau masih lagi bertanding di dewan undangan negeri, bermakna beliau akan terus memimpin Johor untuk penggal kelima berturut-turut. Dan ini tidak mungkin akan berlaku.

Pengantinya pula, mestilah orang kelahiran Muar - sebagaimana mengikut tradisi sejak turu temurun di negeri itu.

Johor mempunyai satu tradisi tidak bertulis, menteri besar mestilah datang dari kalangan anak kelahiran Muar.

Sejak 1886, iaitu era Johor moden, negeri itu telah memiliki 14 orang menteri besar.

Dalam hal ini, calon yang menjadi tumpuan ramai sebagai calon menteri besar Johor akan datang ialah seorang lagi anak kelahiran Muar yang juga Menteri Pengajian Tinggi, iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, 54.

Apatah lagi umum mengetahui yang Khaled dan Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Takzim telah mengenali satu sama lain sejak sekian lama. Mereka adalah rakan persekolahan di English College, Johor Baharu.

Khaled sendiri apabila ditanya mengenai spekulasi tentang beliau akan kembali sebagai menteri besar Johor bukan sahaja sekadar memberikan senyuman sinisnya yang terkenal itu malah berkata yang dirinya telah menjadi subjek kepada spekulasi itu sejak tiga penggal yang lalu.

Ini pun satu fakta yang benar lebih-lebih lagi beliau sepatutnya kembali ke Johor pada pilihan raya yang lalu tetapi ia tidak menjadi kenyataan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, mStar Online difahamkan yang Khaled telah pun menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Umno dan BN, Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Khamis (4 Apr) berhubung keputusan pucuk pimpinan pusat yang mahukannya bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.

Beliau khabarnya diminta supaya menyelesaikan bagaimana hendak menukar kerusi dengan MIC yang sejak terbentuknya Parlimen Pasir Gudang (di mana Khaled adalah wakil rakyatnya) bertanding di Dewan Undangan Negeri Permas.

Permas secara semulajadinya adalah kerusi yang sesuai untuk Khaled. Di samping ia terletak dalam Parlimen Pasir Gudang, DUN ini juga mempunyai 54.25% pengundi Melayu berbanding DUN Johor Jaya yang diwakili oleh MCA.

Namun Khaled sentiasa mempunyai pilihan kerana satu lagi kerusi DUN yang selamat untuknya ialah Tanjung Puteri dalam Parlimen Johor Baharu yang mempunyai 62% pengundi Melayu.

DUN Tanjung Puteri juga sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing buat Khaled kerana beliau pernah mewakili Parlimen Johor Baharu selama dua penggal dan pernah menjadi ketua pemuda dan ketua Umno Bahagian sebelum berpindah ke Pasir Gudang apabila persempadanan semula kawasan dilakukan.

Bagaimana pun nama Khaled bukannya satu-satunya nama yang disebut sebagai calon menteri besar.
Dua lagi nama yang menjadi pilihan ialah ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Umno Tajung Piai yang juga ADUN Kukup, Datuk Md Othman Yusof iaitu pemilik majalah kartun Ujang.

Khabarnya kedua-dua mereka juga berada dalam senarai pemimpin yang diterima dan diperkenan oleh Sultan.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.