Selasa, 30 September 2014

Penulis Buku Berjudul 'Pelacur Kelas Pertama' Jadi 'Pelacur' DAP

    10:50:00 PTG   10 comments
Wak J: Ermm..ntah lah, wak sendiri pun tak pasti apa yang minah tudung ni cuba buktikan dengan menyertai DAP. Jangan tertup di atas tapi terbuka di bawah sudah lah. Kita tengok nanti siapa berjaya tarbiyah siapa?

pelacur-dap-purdah

Berpurdah, penulis buku Pelacur mahu masuk DAP

Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.

Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Graduan 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.

Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.

Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.

Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama (kanan) keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur.

Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak.

Sumber

Ahad, 28 September 2014

Dua Adun Parti Islam Buktikan 'Makan Babi' Lebih Sedap Dari Makan Ayam Bersama PAS

    7:06:00 PTG   7 comments
adun pas makan babi

Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang didapati melanggar arahan parti kerana menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baru-baru ini dianggap sebagai 'wira' penyelamat Pakatan Rakyat (PR).

Bagi menghargai jasa kedua-dua Adun PAS tersebut kerana sanggup menjadi 'barua' kepada PKR dan berjaya menghuru-harakan PAS, mereka berdua telah diraikan dalam satu majlis makan malam besar-besaran bersama penyokong Cina yang dianjurkan oleh DAP.

Beberapa pemimpin DAP ketika berucap dalam majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 500 penyokong DAP, telah menggelarkan kedua-dua tali barut Anwar Ibrahim ini sebagai 'Penyelamat Pakatan Rakyat'.

Sebelum ini, Presiden PAS dalam satu ucapanya pada Muktamar PAS kali ke 66 baru-baru ini telah menggelarkan kedua-dua Adun partinya itu sebagi 'broker' dan 'barua' kepada PKR kerana cuba menghasut beberapa Adun PAS lain supaya menyatakan sokongan terhadap perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Dalam satu kenyataan lain, Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU14 akan datang atas tiket DAP.

Ketika berucap dalam majlis tersebut, Hasnul turut menjelaskan dirinya sudah bersedia menerima apa sahaja keputusan dan tidak kisah sekiranya dipeacat atau dikenakan tindakan tatatertib oleh pimpinan Pas Pusat.

Kenyataan sanggup keluar parti dan bersedia untuk bertanding di atas tiket DAP sekiranya dicalonkan lagi pada PRU14 sebagai wakil rakyat yang dizahirkan Hasnil dan Saari itu sudah cukup membuktikan segala dakwaan Hadi Awang sebelum ini terhadap kedua-duan Adun PAS tersbut sebagai 'barua' adalah benar sama sekali.

Sabtu, 27 September 2014

Azmin Beri Jawatan Tim. Speaker Pada PAS Sebagai Ganti Jawatan Exco Yang Diambil PKR

    4:06:00 PTG   3 comments
PKR-SELANGOR-EXCO

Pengurangan jumlah ahli Exco PAS yang baru dilantik bagi menganggotai kabinet baru Azmin Ali di Selangor dirumus oleh pemerhati politik sebagai satu senario yang tidak wajar kerana parti Islam itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dalam PRU13 lalu.

Keputusan Menteri Besar (MB) Selangor, Azmin Ali mengurangkan jumlah Exco PAS kali ini mendapat bantahan  dari PAS Selangor kerana telah melanggar  perjanjian yang dicapai antara ketiga-tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor berhubung isu pembahagian jawatan exco.

Tindakan Azmin Ali memberikan jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor yang sebelum ini disandang oleh PKR dianggap PAS sebagai tidak adil kerana 'nilai' untuk jawatan timbalan speaker yang diberi itu tidak membawa apa-apa erti selain hanya menjadi pengendali ketika dewan bersidang.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika bercakap kepada media telah menafikan kenyataan Azmin Ali sebelum ini yang mendakwa kononya PAS bersetuju dengan pengurangan kerusi exco tersebut.

Jelas Khairuddin lagi, PAS baik di peringkat pusat atau negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bersetuju dengan keputusan yang dibuat Azmin.

Menurutnya lagi, pengusiran dua Exco PAS yang berjaya mencatat prestasi memberangsangkan semasa pentadbiran Khalid Ibrahim adalah tidak berasas sambil menyifatkan ia bermotikan dendam.

Jumaat, 26 September 2014

Azmin Mungkin MB Selangor Paling Singkat Pegang Jawatan Jika Tidak Taat Pada Anwar

    10:00:00 PG   2 comments
sultan-mb-azmin-ali

Kegembiraan seluruh penyokong Azmin Ali yang sedang meraikan ketuanya dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Selangor terencat apabila seorang professor dari sebuah universiti tempatan membuat jangkaan bahawa kedudukan bekas setiausaha sulit Anwar itu hanya akan bertahan sehingga November ini.

Menurut Professor Azmi Hassan, walaupun MB Selangor yang baru mendapat perkenan dari Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun ia tidak menjamin Azmin akan terus merasa selesa menduduki kerusi menteri besar tersebut.

Jelas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu lagi, Azmin berkemungkinan akan berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November depan sekiranya Anwar tetap mahu melantik isterinya untuk jawatan tersebut.

Sebelum ini, kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua Adun PAS telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) sebagai menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi terhadap isteri Anwar itu sebagai pengganti Khalid Ibrahim.
Rumah cantik jangan ingat tak ada jin tinggal. Klik sini
Tindakan Azmin menerima perlantikan dirinya sebagai MB Selangor merupakan satu pekhianatan  terhadap janji setianya kepada Anwar Ibrahim setalah membuat kenyataan terbuka sebelum ini,  tidak akan menerima jawatan tersebut walau mendapat perkenan dari Sultan Selangor.

Tambahnya, jika senario yang diramalkan berlaku, Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS harus dipersalahkan kerana suka membuat onar dan membangkitkan keresahan di hati rakyat Selangor dangan permainan politik yang tidak berkesudahan di negeri itu.

Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada Selasa lalu dan dijangka akan mengumumkan senarai exconya tidak lama lagi.

Khamis, 25 September 2014

Boikot DAP, PKR Serta Mulut Celupar Nik Aziz Punca PAS Kalah Teruk PRK Dun Pengkalan Kubor

    11:55:00 PTG   1 comment
Pengkalan-Kubor-Bn-win

KEJAYAAN BN pada Pilihanraya Kecil DUN Pengakalan Kubur dengan menjoriti yang lebih besar kali ini sedikit sebanyak telah disumbangkan oleh faktor Nik Aziz dan kerja boikot yang dilakukan oleh PKR dan DAP.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kekal milik BN setelah calonnya, Mat Razi Mat Ail menang PRK N 01 menewaskan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang ditaja PKR kalah teruk serta hilang wang pertaruhan.

Antara faktor lain yang menjadi penentu BN menang bergaya  hari ini disebabkan oleh sikap pengundi yang sudah bosan dengan pergolakan isu menteri besar di Selangor dan kekecohan di Muktamar tahunan Pas kali ke-60 yang menjejaskan sokongan pengundi kepada parti itu.

Berdasarkan tinjauan pendapat yang dibuat melalui laman sosial seperti Facebook mengenai kekalahan teruk PAS di PRK Pengkalan Kubor, mejoritinya  menyalahkan DAP dan PKR kerana tidak membantu PAS sepanjang minggu kempen pilihanraya kecil berjalan.
Mengapa Penyakit Gangguan Jin Tak Sembuh-Sembuh? Klik sini
Turut dilaporkan, beberapa orang pemimpin PAS Pusat pro Anwar Ibrahim telah mengarahkan pengikutnya memboikot calon parti itu sehingga menyebabkan PAS tewas kerana hendak memberi peringatan kepada Presiden Parti, Hadi Awang supaya berundur.

PRK Dun Pengkalan Kubor terpaksa diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubor semasa PRU13 lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.

Rabu, 24 September 2014

Bagaimana Cara Habiskan RM3 Bilion Rizab Selangor Jadi Keutamaan MB Baru

    12:35:00 PG   1 comment
azmin-mb-selangor

Selepas sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor hari ini, perkara yang pertama sekali terbayang dalam kepala Azmin Ali ialah bagaimana hendak membelanjakan rizab tunai bernilai RM3 bilion yang telah dikumpul Khalid Ibrahim sebelum ini kononya untuk manfaat rakyat negeri itu.

Azmin Ali dalam ucapan sulungnya selepas bergelar menteri besar, berikrar akan menggunakan rizab tunai yang tersimpan dalam perbendaharaan negeri Selangor sebaik mungkin agar semua pihak dapat merasai  manfaat dari wang tersebut.

Adun Bukit Antarabangsa itu turut menegaskan bahawa setiap sen dana negeri Selangor yang tersimpan itu adalah milik rakyat dan tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-semata.

Menurut sumber, Menteri Besar Selangor ke-15 itu dilaporkan akan menyiasat punca penyingkiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Melihat kepada perkembangan terbaru yang berlaku di Selangor, para pemerhati politik berpendapat, perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor  bermakna matlamat Anwar ingin membalas 'budi' bekas setiausaha sulitnya kini sudah tercapai.

Kaedah memulih dan memagar rumah menurut Islam. Klik sini

Sejak dari awal lagi Anwar sememangnya mahu Azmin menggantikan Khalid Ibrahim dengan menjadikan Wan Azizah sebagai pelakon utama untuk mengaburkan mata semua pihak termasuk penyokongnya sendiri.

Paling terkesan sekali dalam permainan Anwar ini adalah PAS, apabila parti Islam itu berjaya dikucar-kacirkan PKR sehingga ada ahli parti itu sanggup menghina Presiden sendiri dan golongan ulama yang menentang rancangan Anwar.

Kemungkinan Azmin  menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Khalid Ibrahim.

Namun semua ini terpulang kepada Azmin sekiranya beliau sanggup direjam dengan lembing yang dipegang semasa upacara angkat sumpah jawatan menteri besar, jadilah boneka Anwar atau pihak tertentu dengan melanggar bai'ah yang dilafazkan.

Isnin, 22 September 2014

Rahmat Berganda Buat Rakyat Selangor Dapat Menteri Besar Suka 'Ais Krim'

    9:42:00 PTG   19 comments

Jika di zaman Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, rakyat di negeri itu diberi air percuma, tapi mulai esok setelah Azmin Ali secara rasmi dilantik menjadi menteri besar, rakyat Selangor bakal mendapat rahmat berganda iaitu subsidi bekalan 'ais krim' percuma sepanjang tempoh Pakatan Rakyat mentadbir di negeri terkaya itu.

Berita perlantikan Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar Selangor yang baru telah membuka satu lagi lembaran baru landskap politik negeri Selangor selepas Khalid Ibrahim secara rasmi melepaskan jawatan yang disandangnya hari ini.

Memetik laporan Bernama yang menyatakan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik Ahli Perlimen Gombak, Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok. Majlis angkat sumpah jawatan itu akan berlansung di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.30 pagi.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi turut mengesahkan surat pelantikan itu dan menyatakan surat perlantikan tersebut telah dihantar kepada Azmin hari ini.
wanita di sihir
Tanda-tanda gangguan jin dan sihir. Klik sini
Sementara itu, Azmin Ali ketika bertemu pemberita dengan wajah yang ceria menjelaskan bahawa perlantikanya sebagai orang no.1 dan paling berkuasa di Selangor telah mendapat restu dari Preseiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum berita perlantikanya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru tersebar, Azmin dilaporkan telah bertemu Anwar Ibrahim dan juga isterinya di ibu pejabat PKR untuk memohon restu.

Anwar dilaporkan terpaksa akur dengan kehendak Istana yang berkenan melantik Azmin sebagai menteri besar baru walau impian sebenar Ketua Umum PKR itu ialah mahu melihat isterinya mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor sebelum dimasukkan ke Penjara Sg. Buloh atas kesalahan meliwat.

Ahad, 21 September 2014

BERSIH Beri Amaran Pada Istana Jangan Masuk Campur Dalam Urusan Pemilihan MB Selangor

    9:47:00 PTG   27 comments
bershit-marian-mb-selangor

Pengurusi BERSIH, Marian Chin Abdullah hari ini memberi amaran kepada Sultan Selangor sekiranya parti mejoriti tidak dibenarkan memilih calonya sendiri untuk jawatan menteri besar negeri itu, tidak mustahil sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia akan hancur.

Dalam kenyataanya, Marian turut menggesa agar semua pihak yang terlibat dalam kemelut perlantikan calon Menteri Besar Selangor termasuk pihak Istana agar menghormati peraturan yang termaktub bukan sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUN) mesti mendapat keyakinan majoriti ADUN lain.

Marian turut memberi peringatan kepada Istana Selangor agar tidak masuk campur secara berlebihan dalam isu perlantikan jawatan menteri besar negeri itu kerana ia boleh menyebakan masa depan rakyat tidak menentu.
Apa itu Bekam Sunnah. Klik sini
Jelasnya lagi, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.

Kenyataan amaran yang dibuat ini adalah sebagai tidak balas terhadap penolakkan yang dibuat oleh pihak Istana Selangor baru-baru ini berhubung isu pencalonan isteri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah untuk jawatan menteri besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Sabtu, 20 September 2014

Presiden PAS Hilang Sabar, Gelar 2 Adun Partinya 'Barua' PKR

    10:15:00 PTG   3 comments
Saari Sungib Hasnul Baharuddin Barua

Tahap kesabaran Presiden PAS, Hadi Awang terhadap gelagat dua ahli partinya yang bertindak membelakangkan parti Islam itu dengan menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong isteri Anwar Ibrahim menjadi calon Menteri Besar Selangor (MB) sampai ke kemuncaknya hari ini apabila secara terbuka menggelarkan dua Adun tersebut sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hadi Awang dalam satu kenyataanya mendakwa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap telah melanggar baiah atau sumpah taat setia kepada parti yang dilafazkan semasa menjadi calon PRU ke-13.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, Presiden PAS itu turut mendakwa rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR telah membeli dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan mejoriti bagi membolehkan isteri kepada Katua Umum PKR dipilih sebagai MB Selangor yang baru.
Sering diganggu makhluk halus? Di sini kaedah rawatanya

Melihat kepada keadaan ini, Hadi turut mengingatkan seluruh ahli PAS agar tidak memandang ringan terhadap kekalutan yang berlaku atau mengambil mudah dengan membiarkan amanah berat yang dipikul oleh menteri besar diserahkan kepada orang yang tidak layak seperti Wan Azizah.

Menurut Hadi, dirinya tidak bersedia dan sanggup membawa ahli PAS ke Neraka Jahanam akibat tersalah pilih sehingga menyebakan berlakunya pertelingkahan dan perpecahan yang boleh mendatangkan mudarat dan mengundang bala Allah.

Bagaimanapun Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Namun sekiranya calon PAS diperkenan oleh pihak Istana, parti itu tidak mempunyai halangan untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Jumaat, 19 September 2014

Perwakilan PAS Aminkan Doa 'Celaka' Mat Sabu

    11:46:00 PTG   8 comments
pas wilayah doa celaka mat sabu

Muktamar PAS buat kali ke-60 yang diadakan di Batu Pahat, Johor hari ini kecoh apabila salah seorang perwakilan dari parti Islam itu menimbulkan kontroversi apabila menggunakan doa sebagai medan untuk 'mencelakakan' Mat Sabu kerana lantang mengkritik ulama sebelum ini.

Amalan mendoakan perkara tidak baik seperti doa pecah perut dan sebagainya bukan asing bagi PAS, malah amalan ini bagai sudah menjadi tabiat kepada ahli PAS untuk melakukan perbuatan tersebut terhadap individu tertentu atau musuhnya dalam politik.

Hari ini PAS dimalukan oleh Allah SWT di atas segala perbuatanya dahulu yang bertentangan dengan adab dan kesopanan ketika berdoa seperti mana yang dituntut dalam Islam.

Dalam kejadian yang amat memalukan nama Islam itu, seorang perwakilan PAS yang lain telah mendesak Abu Kassim Abdullah selakui pengurusi tetap PAS supaya membuat keputusan berhubung tindakan wakilnya dari Wilayah Persekutuan itu.
Jana pendapatan sampingan dengan bisnes printing. Klik sini
Tindakan perwakilan PAS Kedah mempersoal cara rakanya dari Wilayah Persekutuan berdoa sambil mengutuk Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dalam muktamar kali ini umpama menampar mulut-mulut celupar dalam PAS yang sebelum ini begitu galak menggunakan doa sebagai alat poltik untuk memburukkan pihak tertentu.

Terdahulu Azhari mengambil masa hampir 30 minit iaitu melebihi tempoh yang dibenarkan untuk setiap pembahas berucap.

Sejak awal ucapannya, Azhari mengajak peserta muktamar untuk menadah tangan berdoa supaya Allah memberi petunjuk kepada Mat Sabu.

Turut menjadi mangsa doa 'celaka' Azhari ialah dua wakil rakyat PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) kerana membelakangkan parti apabila menyokong pencalonan tunggal isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

doa hancur umno

Khamis, 18 September 2014

MB Selangor: PAS Akan Boikot Perlantikan Calon Sendiri Jika Dipilih Istana

    11:17:00 PTG   17 comments
mat sabu ketawa

Presiden PAS 'dalam pembikinan' iaitu Mat Sabu ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 yang diadakan di negeri selatan tanah air dengan nada serius menolak sekiranya Istana Selangor melantik calon dari parti itu sebagai menteri besar yang baru.

Mat Sabu turut menggesa kepada seluruh pimpinan PAS Selangor supaya memboikot calon menteri besar dari parti itu sekiranya dipilih sebagai tanda menghormati perjanjian yang telah dimetrai bersama pemimpin Pakatanpada 7 September lalu yang telah membuat keputusan hanya isteri Anwar Ibrahim sahaja yang layak untuk jawatan tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baru pada 23 Sepetember depan, bakal presiden parti Islam itu menjelaskan bahawa kerusi no.1  di Selangor itu adalah hak ekslusif milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau lebih tepat lagi milik isteri Ketua Umum PKR (KETUM).
Muka bang Mat lagi..Jom tengok koleksi hot saya
Timbalan Presiden PAS yang juga merupakan bekas pesalah khalwat itu turut membayangkan pimpinan PAS di Selangor akan hancur sekiranya Istana tetap berdegil mahu memilih wakil rakyat parti itu untuk jawatan menteri besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan majlis mengangkat sumpah bagi jawatan menteri besar baru akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa depan.

Pada Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan Pas mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Rabu, 17 September 2014

Tali Barut Anwar Dalam PAS Rancang Malukan Hadi Dalam Muktamar

    11:16:00 PTG   No comments
boikot-hadi-muktamar-pas

Sekarang ini sedang tersebar desas-desus yang mengatakan bahawa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dari PKR dan DAP tidak akan hadir ke Muktamar PAS di Johor esok.

DAP dan PKR dilaporkan hanya akan menghantar beberapa orang bawahanya untuk mewakil parti masing-masing sebagai tanda menghormati Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Menurut sumber, keputusan tidak hadir yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin utama parti dalam Pakatan Rakyat itu disebabkan oleh sikap keras hati Presiden PAS itu yang enggan memberi sokongan terhadap pencalonan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor.
julfekar-min-selgie
Klik foto untuk zoom
Menurut maklumat dalaman PAS yang dipercayai pro Anwar turut memberitahu, sekumpulan perwakilan pemuda dari parti itu  telah merancang untuk memboikot ucapan Hadi esok sebagai tindak balas terhadap kelakuan keluar dewan oleh sekumpulan perwakilan pemuda pro Ulama ketika Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyampaikan ucapanya baru-baru ini.

Sejak berita ini mula tersebar, seorang pemimpin PAS yang didakawa terlibat menjadi dalang utama  untuk memulaukan ucapan ketuanya itu semasa muktamar esok menafikan desas-desus tersebut sambil memberi jaminan bahawa anak buahnya tidak akan melakukan perkara tersebut seperti mana yang dilakukan oleh perwakilan Pemuda pro Ulama sebelum ini.

Isnin, 15 September 2014

Mat Sabu Seru Ulama Dalam PAS Contohi Khomeini Jika Ingin Kekal Relevan

    11:14:00 PTG   2 comments
mat-sabu-rit

BAKAL Presiden PAS, Mat Sabu sekali lagi telah membuktikan bahawa dirinya adalah individu yang paling berkuasa dan layak menggantikan Hadi Awang apabila berani menjentik golongan ulama dalam parti Islam itu agar lebih 'up to date' jika mahu terus kekal relevan.

Mat Sabu yang dibayar gaji hampir RM50,000 setiap bulan serta pelbagai elaun lain dengan menjadi pekerja rasmi Lim Guan Eng di Pulau Pinang telah menyatakan bahawa Islam yang dilekatkan pada PAS, suatu hari nanti tidak lagi relevan dengan jiwa rakyat Malaysia.

Sambil memuji-muji nama Ayatollah Khomeini yang juga merupakan tokoh ajaran Syiah di Iran yang terkenal dengan zaman revolusinya, Mat Sabu menyeru  pada kumpulan ulama dalam PAS supaya  bangkit dan berubah kononya rakyat sudah bosan dengan retorik atas nama Islam.

Menurut Mat Sabu lagi, PAS perlu meniru pendekatan yang digunapakai DAP dalam taktik politik iaitu dengan berpura-pura seperti mengambil berat tentang keadilan sosial walaupun hakikatnya ia hanyalah satu lakonan semata-mata dan bertujuan untuk memancing perhatian dan sokongan semata-mata.
awek-baju-ketat
Bosan tengok muka bang Mat? Mari ke blog saya
Kenyataan Mat Sabu yang cuba merendah-rendahkan martabat ulama dalam PAS mendapat kecaman hebat dari ahli partinya sendiri yang menganggap kenyataan Mat Sabu itu sebagai bongkak dan menghina ulama.

Seorang penyokong tegar PAS yang manyanjungi golongan ulama dalam parti itu dalam satu komentarnya di laman sosial telah menyarankan Mat Sabu supaya menaik taraf dirinya dahulu dengan mendalami ilmu agama atau belajar menghafaz al-Quran sebelum berani mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh ulama.

Seorang lagi penyokong PAS dalam komentar pendeknya telah menyarankan Timbalan Presiden PAS itu membuat permohinan maaf  secara terbuka kerana telah menghina ulama dengan berkata, Mat Sabu harus bertaubat!

Ahad, 14 September 2014

Isu Royalti Minyak, Takiyuddin Patut Tampar Mulut Nik Aziz Dan Penyokong PAS Dulu

    9:00:00 PTG   4 comments
takiyuddin-royalti-minyak-kelantan

Kerajaan Barisan Nasional (BN) disarankan supaya tidak membangkitkan isu royalti semasa berkempen dalam PRK N.01 Pengkalan Kubor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada mahkamah jika isu royalti minyak dibincangkan secara mendalam oleh BN.

Jelas Takiyuddin lagi, isu yang berada dalam mahkamah tidak boleh dibincangkan diluar mahkamah apatah lagi untuk dijadikan modal oleh BN disepanjang tempoh masa berkempen.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam satu ucapanya menganggap tuntutan PAS tehadap royalti minyak di negeri itu satu pembohongan dan ia lebih kepada wang ihsan.
awek-tudung-stim
Awek tudung kantoi webcam..Klik sini
Bagi menjawab dakwaan Muhyiddin, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Nassuruddin Daud menuntut ahli Parlimen Pagoh itu menunaikan janjinya membuka jalan kepada kerajaan negeri memudahkan urusan penubuhan jawatankuasa royalti minyak.

Baru-baru ini pula, bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan satu 'sabda' yang menyifatkan tindakan Kerajaan Pusat tidak menyalurkan wang royalti tersebut ke dalam poket kerajaan negeri sebagai berdosa di dunia dan akhirat.

Kenyataan Takiyuddin yang cuba mengugut BN supaya tidak membangkitkan isu royalti minyak Kelantan dangan membuat laporan kepada mahkamah kononya atas alasan subjudis dan menghina dilihat sebagai perbuatan cakap tidak serupa bikin setelah sekian lama isu ini dijadikan modal politik oleh PAS dan Pakatan Pembangkang untuk memburuk-burukkan Kerajaan.

Sabtu, 13 September 2014

PR Komited Mahu Batalkan Perjanjian Air Selangor

    3:54:00 PTG   7 comments
Dzulkefly-Ahmad-trojan-pkr

Ahli Jawatankuasa Air PR Selangor, Dzulkefly Ahmad ketika mengulas tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah memeterai Perjanjian Utama pengambilalihan perkhidmatan air dengan kerajaan pusat semalam menjelaskan bahawa pihak Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi semula perjanjian  tersebut.

Menurut Dzulkefly lagi, seandainya PR berjaya mengambilalih semula jawatan Menteri Besar (MB) dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, segala pentafsiran yang dibuat sebelum ini termasuk aspek perundangan akan dikaji semula kerana bimbang terdapat unsur-unsur berat sebelah.

'Budak suruhan' Anwar Ibrahim yang diarah supaya menyertai PAS itu turut menegaskan bahawa PR tidak akan mempercayai sepenuhnya segala terma perjanjian pengambilalihan aset air Selangor yang telah diatur oleh Khalid Ibrahim sebelum ini.

Jawatankuasa Air PR itu yang turut dianggotai bersama Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bercadang akan membatalkan perjanjian yang telah dimeterai tersebut dan akan mengemukakan perjajian baru di mana kandunganya akan lebih memihak dan menguntungkan Pakatan Rakyat.

Para pemerhati yang mengikuti perkembangan terbaru penstrukturan semula Industi Air Selangor ini berpendapat, sekiranya PR berhasrat mahu membatalkan perjanjian yang telah ditandatangani di antara kerajaan pusat bersama Kerajaan Negeri Selangor itu, maka rakyat Selangor bakal berdepan krisis air yang lebih buruk berbanding sebelum ini jika projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ditunda sekali lagi.

Jumaat, 12 September 2014

Anwar Akan Sokong Perlaksanaan GST Jika Dilantik Menjadi Menteri Kewangan

    10:40:00 PTG   1 comment
anwar-menteri-kewangan

Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam satu laporan media hari ini telah menafikan bahawa dirinya menyokong perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang ditentang oleh Pakatan Pembangkang (PR) hari ini.

Penafian tersebut terpaksa dilakukan setelah Perdana Menteri, Najib Razak dalam ucapanya baru-baru menyatakan bahawa Ketua Pembangkang PR itu bersetuju terhadap perlaksanaan GST di negara ini semasa menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Dalam kenyataan balas terhadap pendedahan Najib itu, Anwar mendakwa kenyataan Perdana Menteri terhadap isu GST yang mengaitkan dirinya sebagai satu cubaan untuk megelirukan rakyat, tidak jujur dan cuba menjatuhkan reputasinya selaku Ketua Pembangkang.

Menurut rekod, pada 30 Oktober 1992, Anwar pernah menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan (1993) dan turut menekankan kadar cukai baru tersebut mesti bermula pada kadar rendah.

Namun, impian Anwar ingin melihat GST dilaksanakan terbantut apabila suami kepada Wan Azizah itu didapati terlibat dengan amalan seks luar tabe'i sehingga memaksa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Mahathir memecat Anwar dari keahlian UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya.

Tindakan Anwar cuba berdolak-dalik menafikan sokonganya terhadap perlaksanaan GST sebelum ini dilihat sebagai usaha untuk menutup sikap hipokritnya supaya tidak diketahui oleh penyokong dan rakan sekutunya dalam Pembangkang walau ada di antara mereka sudah menyedari akan perangai sebenar manusia  yang pernah digelar 'Anugerah Tuhan' oleh isteri sendiri.

Khamis, 11 September 2014

Bocor Kertas Peperiksaan UPSR Dipercayai Kerja Puak Pembangkang!

    10:45:00 PTG   7 comments
Wak J: Inilah padahnya jika diberi muka sangat kepada penyokong tegar Pembangkang bekerja dengan Kementerian Pendidikan termasuk menjadi ahli Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bila-bila masa sahaja mereka ini akan melakukan sabotaj terhadap kerajaan dengan apa cara sekalipun termasuk membocorkan kertas soalan peperiksaan.

Wak cukup yakin tak lain tak bukan ini sememangnnya kerja kakitangan awam pro Anwar dan Pembangkang yang bekerja dengan Kementerian Pendidikan buat dajal untuk memburuk-burukkan pemimpin tertentu dalam Kerajaan.

Bab bocor membocor ini sememangnya sinonim puak Pembangkang sebagaimana ketua mereka, Anwar Ibrahim yang telah banyak 'membocorkan' belakang jantan. Wak bukan nak tuduh atau serkap jarang....tapi itulah kenyataan!

upsr-soalan-bocor

VIENTIANE - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak polis menyiasat insiden kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke akar umbi supaya mereka yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media di sini untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kebocoran itu mungkin dilakukan dengan sengaja sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Katanya beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa dalang di sebalik insiden itu tetapi mahu pihak polis tidak menolak kemungkinan itu - Petikan BERNAMA
aksi-cium-awek
Kantoi tengah bercium..Klik sini

Selasa, 9 September 2014

Anwar Terpaksa Mohon Ampun Pada Sultan Untuk Redakan Kemarahan Rakyat

    10:28:00 PTG   1 comment
anwar-derhaka-sultan-selangor

Demi menjaga hati rakyat Selangor yang kini sedang marah dengan kelakuan biadap pemimpin DAP dan PKR yang cuba menderhaka terhadap Sultan negeri itu maka hari ini seoarang demi seorang pemimpin Pakatan Pembangkang (PR) tampil membuat permohonan maaf di atas kebiadapan mereka.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam satu sidang medianya berpura-pura memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana tidak menghantar lebih dari dua nama untuk calon Menteri Besar (MB) Selangor bagi mewakili parti milik ahli keluarganya seperti yang dititahkan sebelum ini.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
beach-girl-foto
Aksi potong stim ketika bercuti. Klik foto untuk banyak lagi

Pada masa sama, Baginda dilaporkan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada Pakatan Pembangkang (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Permohonan maaf yang dibuat Anwar bagi mewakili partinya itu dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai tidak ikhlas dan mempunyai muslihat tertentu.

Memetik beberapa komentar yang diluah melalui laman sosial menganggap kenyataan maaf Anwar itu sebagai satu perkara aneh kerana sebelum ini sepanjang hidup suami kepada Wan Azizah itu tidak pernah meminta maaf atau memohon ampun kepada sesiapa pun samada mewakili partinya atau diri sendiri.

Isnin, 8 September 2014

Giliran Ketua Dewan Muslimat DAP Tibai Presiden PAS

    10:23:00 PTG   12 comments
Chong-Eng-mulimat-dap

Sejak Hadi Awang membuat kenyataan secara terbuka menolak pencalonan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar (MB) Selangor, Presiden PAS itu telah dikecam hebat oleh rakan sekutunya dalam Pakatan Pembangkang (PR).

Hari ini giliran Wanita DAP pula menyelar pendirian Hadi Awang kerana enggan menyokong pencalonan isteri kepada Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai MB Selangor yang baru.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng menyifatkan Presiden PAS itu sebagai seorang 'Munafik' kerana sering berubah pendirian terutama sekali berhubung isu perlantikan menteri besar di Selangor di mana DAP dan PKR telah sepakat mencalonkan nama isteri Anwar Ibrahim untuk memangku jawatan tersebut.
jilboobs-malaysia
Makanan ringan punca kanser buah dada

Chong turut menyelar sikap Hadi Awang dan menganggap Presiden PAS itu sebagai pemimpin Islam yang tidak berotak apabila cuba merendah-rendahkan kemampuan isteri Anwar Ibrahim secara terbuka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam tampil membela ketuanya dengan membidas kenyataan Chong dan menuntut Wanita DAP terbuka menerima kritikan. Menurut Dr Rosni lagi, PAS mempunyai alasan yang kukuh menolak pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Baru-baru ini ketika berucap di Marang, Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka  menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor di hadapan penyokongnya. Presiden PAS itu juga turut mempertikai kemampuan Wan Azizah dan menolak keputusan Anwar Ibrahim yang terus berdegil mahu melantik isterinya untuk jawatan itu.

Ahad, 7 September 2014

DAP Ungkit Kembali Kegagalan PAS Ketika Mentadbir Kedah Dan Terengganu

    10:07:00 PTG   4 comments
hadi-awang-mb

Selepas Hadi Awang mempertikai kemampuan dan kelayakkan isteri Anwar Ibrahim untuk jawatan Menteri Besar (MB) Selangor, kini tiba pula giliran Presiden PAS itu dipersoal kemampuanya semasa diberi peluang mentadbir negeri Terengganu dahulu.

Pengurusi DAP Selangor, Tony Pua dalam satu kenyataan medianya hari ini mengungkit kembali rekod buruk Hadi Awang semasa PAS memerintah Terengganu yang pada ketika itu juga beliau adalah menteri besar negeri tersebut.

Tony Pua turut menyalahkan Hadi Awang kerana menjadi punca Pakatan hilang negeri Terengganu selepas dilantik menjadi menteri besar dan kehilangan negeri Kedah setelah gagal menggantikan menteri besarnya yang ketika itu terlantar sakit di hospital sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
awek-tudung-hisap
Macam harem je perangai...klik sini
Kenyataan Presiden PAS ketika memberi penjelasan dihadapan penyokongnya di Marang, Terengganu baru-baru ini berhubung isu kelayakkan Wan Azizah bagi jawatan MB Selangor benar-benar telah menguji tahap kesabaran pemimpin Pakatan Pembangkang (PR) yang menyokong pencalonan isteri Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Dalam ucapanya, Hadi Awang menegaskan bahawa faktor penolakan PAS  terhadap pencolonan Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR untuk jawatan menteri besar di Selangor bukan kerana faktor jantina. Menurut Hadi lagi, keputusan penolakkan tersebut terpaksa dibuat kerana isteri Anwar itu benar-benar tidak  berkebolehan untuk menjadi seorang pentadbir kepada sebuah negeri yang kaya.

Hadi Awang Sindir Isteri Anwar Ibrahim Pemimpin 'Menopause'

    12:04:00 PG   5 comments
wan-azizah-hadi-menopause

Faktor kebolehan atau kelayakkan isteri Anwar Ibrahim untuk menyandang jawatan ketua pentadbir negeri Selangor menjadi punca utama kenapa Preseiden PAS, Hadi Awang menolak pencalonan Wan Azizah untuk jawatan tersebut.

Hadi Awang dalam satu kenyataan medianya hari ini menafikan bahawa isu penolakan pencalonan Wan Azizah sebagai calon pilihan untuk jawatan Menteri Besar (MB) Selangor itu berkaitan dengan faktor jantina.

Ketika bercakap dihadapan sekumpulan penyokongnya di Marang, Terengganu semalam, Hadi Awang menjelaskan bahawa isteri kepada Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak dan tidak memiliki kebolehan untuk menjadi seorang ketua atau pentadbir.

Hadi Awang turut mempertikai kewibawan Wan Azizah selaku wakil rakyat dengan mepersoalkan kemampuanya untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan samada di Parlimen atau dalam perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam ucapanya, Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa faktor penolakan PAS  terhadap pencolonan Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR untuk jawatan menteri besar di Selangor bukan kerana faktor gander. Menurut Hadi lagi, keputusan penolakkan tersebut terpaksa dibuat kerana isteri Anwar itu benar-benar tidak  layak dan berkebolehan untuk menjadi seorang ketua.

Pada 17 ogos lalu, Jawatankuasa PAS Pusat telah bermesyuarat dan membuat keputusan sebulat suara mencadangkan nama Wan Azizah, isteri kepada Ketua Pembangkang PR itu serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Namun selang beberapa hari kemudian, Presiden PAS telah mengemukakan tiga nama calon dari parit itu untuk pertimbangan pihak Istana bagi jawatan MB Selangor yang akan dikonsongkan setelah Khalid Ibrahim secara rasmi meletak jawatan.

Jumaat, 5 September 2014

Mat Sabu Kecewa Tindakan Hadi Awang Membelakangkan Keputusan Parti

    10:19:00 PTG   5 comments
mat-sabu-presiden-pas

BAKAL Presiden Pas, Mat Sabu hari ini dalam kenyataan medianya berkata bahawa tiga nama ahli exco parti itu yang dicalonkan oleh Hadi Awang sebagai pilihan untuk jawatan Menteri Besar (MB) Selangor tidak mencerminkan pendirian sebenar parti Islam itu.

Pada Khamis lepas, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mengesahkan bahawa beliau mengetahui senarai  nama ahli Exco Pas  untuk jawatan tersebut.

Mustafa berkata, tiga nama itu dihantar bagi menghormati titah Sultan yang mencadangkan supaya semua parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan Baginda.

Bagaimanapun, Mat Sabu dalam kenyataan kepada pemberita menafikan bahawa pencalonan tiga nama Adun parti itu sebagai calon menteri besar ada dibincangkan dalam mesyuarat parti.
Klik foto untuk imej lebih jelas

Jelas Mat Sabu lagi, tindakan Presiden Pas, Hadi Awang mengemukakan tiga nama exco Pas Selangor kepada Istana tanpa pegetahuan dan persetujuan ahli jawatankusa tertinggi Pas Pusat sebagai membelakangkan parti.

Timbalan Presiden Pas yang pernah ditangkap kerana berkhalwat itu juga turut menegaskan  bahawa partinya tetap berpegang teguh dengan keputusan yang telah dicapai sebelum ini iaitu mengekalkan nama isteri Anwar Ibrahim sebagai calon MB Selangor yang baru.

Khamis, 4 September 2014

Sah! Hadi Hantar 3 Nama Calon Pas Selangor Lawan Wan Azizah

    11:13:00 PTG   5 comments
mb-selangor-pas

IMPIAN Anwar Ibrahim yang ingin melihat isterinya menjadi Menteri Besar (MB) Selangor bakal berkecai apabila Presiden Pas, Hadi Awang telah menghantar tiga nama dari parti itu untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar.

Hadi Awang dalam satu kenyataan kepada media menjelaskan bahawa surat yang ditandatanganinya dan di hantar ke Istana itu turut menamakan tiga Adun Pas Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Pembantu kanan Presiden Pas ketika dihubungi mengesahkan surat tersebut yang mengandungi tiga nama Exco Pas itu telah dikemukakan kepada pihak Istana dan kini terpulang kepada budi bicara Tuanku dan kepimpinan parti untuk membuat keputusan tentang perkara ini.

Menurut kenyataan beberapa pemimpin PKR yang mengetahui berita tersebut menyifatkan tindakan Hadi Awang menamakan calon Pas untuk jawatan MB Selangor tersebut sebagai satu tindakan yang bertentangan dan telah melanggar perjanjian yang dimetrai sebelum ini untuk menyokong isteri kepada bakal banduan Penjara Sg. Buloh yang didapati bersalah meliwat bekas pembantu pribadinya sebagai MB Selangor yang baru.

Tindakan Hadi Awang menghantar tiga nama calon Pas  untuk berentap dengan Wan Azizah dalam pemilihan calon MB Selangor dilihat sebagai tanda-tanda awal bahawa parti Islam itu  sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pakatan Pembangkang pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad ketika ditanya tentang kebenaran perkara tersebut menafikan  bahawa namanya turut dihantar sebagai calon Menteri Besar.

Isnin, 1 September 2014

Anwar Bakal 'Sultan' Selangor Yang Baru Selepas Isteri Diangkat Jadi MB

    3:00:00 PTG   1 comment
sultan anwar
Pendirian Penasihat PKR, Anwar Ibrahim atau lebih mesra dengan jolokan KETUM (Ketua Umum) yang bermati-matian mahukan isterinya Wan Azizah Wan Ismail Menjadi Menteri Besar sudah menjadi isu keingkaran ketua pembangkang Pakatan Rakyat (PR) itu atas titah Sultan Selangor.

Agak menghairankan  apabila Anwar bersikap begitu ekstrem. Bapa kepada Nurul Izzah ini tentunya faham bahawa  Sultan Selangor ada kuasa bukan sahaja untuk meminta lebih nama calon selain Wan Azizah, malah dalam melantik Menteri Besar sebagaimana telah termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959.

Sangat menyedihkan  kerana pemimpin Melayu sendiri yang sesuka hati mengambil tafsiran  dan tindakan yang songsang  ke atas titah Tuanku sehingga menimbulkan persoalan siapa sebenarnya Raja, Sultan Selangor atau Anwar Ibrahim?.

Sepatutnya jika benar Anwar mahu berjuang demi kepentingan rakyat, mengapa ketua pembangkang PR itu tidak bersikap terbuka untuk mecalonkan lebih dari satu nama selain diri nama isterinya.

Tindakan Anwar yang berkeras mahukan isterinya menjawat jawatan menteri besar seolah-olah bakal banduan Sg. Buloh itu tidak mempercayai Adun-Adun dari partinya yang lain. Anwar memerlukan seorang yang boleh dijadikan boneka untuk menjaga kepentingan dirinya dan sudah tentu individu itu mestilah dari kalangan ahli keluarganya.

Tidak mengejutkan sekiranya sele[as ini Wan Azizah sudah tidak berupaya menjadi Menteri Besar, Anwar pula mahukan anak sulungnya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mewarisi jawatan tersebut dari ibunya dan yang terus kempunan dalam hal ini ialah Azmin Ali walau berjawatan nombor dua dalam parti.

Perkembangan terbaru yang berlaku ini menyerlahkan lagi amalan politik kotor dan jijik PKR. Dari budaya demostrasi liar, rusuhan dan isu pergaduhan sesama sendiri hinggalah melawan titah Sultan. Apakah ini yang Anwar mahu corakkan?

Pihak yang paling banyak mengaut keuntungan dalam kemelut perebutan jawatan menteri besar di Selangor sudah tentulah DAP kerana ada pemimpin Melayu sedia menjadi alat untuk menjayakan agenda mereka turtama sekali usaha untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi penghalang selama ini.

Nota: Nukilan Awang Selamat yang diubah suai

Dua Tali Barut Anwar Dalam Pas Terima Kecaman Dari Dewan Ulama Dan Akar Umbi Parti

    10:00:00 PG   2 comments
tali-barut-anwar-pas

Desakan dari akar umbi Pas yang mahu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama akhirnya mendapat maklum balas positif apabila Dewan Ulama Pas Selangor hari ini meluluskan usul mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kedua-dua Adun tersebut.

Kedua-dua wakil rakyat itu yang juga merupakan tali barut Anwar Ibrahim yang dihantar untuk memporakperandakan Pas dikecam kerana tindakan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong isteri kepada Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baru tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Menurut kenyataan Dewan Ulama Pas Selangor, usul mengecam dan mengutuk tindakan kedua-dua Adun tersebut telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam muktamar yang diadakan di Dewan Al-Munirah, Klang dekat sini pada Ahad.

Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat juga turut dimaklumkan berhubung perkara tersebut untuk mengenakan tindakan lanjut ke atas dua Adun berkenaan mengikut Fasal 82, Perlembangaan Pas (Pindaan) 2011.

Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin dalam satu kenyataan media yang dibuat bersama kepimpinan PKR baru-baru ini telah menyatakan  sokongan mereka secara terbuka terhadap pencalonan isteri kepada Ketua Umum (KETUM) PKR, Wan Azizah sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu secara terbuka telah menyokong Khalid, yang dipecat daripada PKR kekal memegang jawatan MB Selangor.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.