Rabu, 30 November 2011

Pengaruh Artis Dalam Politik, Sejauh Mana Kesanya?

    3:53:00 PTG   No comments
 
 Sejuk mata memandang

Memang hangat betul apabila pelakon jelita tahap gaban, Lisa Suriani muncul di Perhimpunan Agung UMNO. Dengan kemunculan pelakon wanita yang disukai ramai dan lemak berkerim ini, sedikit sebanyak telah menyebabkan tumpuan lensa kemera yang sedang membuat sesi pengambaran diperhimpunan agung UMNO, lebih terarah kepada pelakon wanita tersebut.

Sudah tentu dengan kemunculan Lisa Suriani telah membuatkan perhimpunan agung UMNO, lebih berseri-seri dan juga menjadi bahan penyedap mata kepada seluruh perwakilan yang hadir terutama sekali bagi kaum lelaki.

Adakah ini sebahagian daripada strategi UMNO untuk menarik minat golongan muda dan belia agar menyertai parti keramat bagi orang Melayu pada masa akan datang apabila terlihat idola kesayangan mereka muncul di perhimpunan agung ini.

Memang tidak dinafikan pengaruh artis turut memainkan peranan penting untuk mempengaruhi orang lain terutama dari kalangan peminat setia untuk menyertai sesebuah organisasi seperti parti politik. Jika pendekatan ini membawa kesan yang baik pada parti, memang tidak menjadi kesalahan parti-parti politik menarik gologan artis ini menyertai mereka.


Selain dari Lisa Suriani, kelibat pelakon lelaki terkenal tanah air, Zed Zaidi juga turut terlibat sama hadir dalam perhimpunan agung UMNO yang berlangsung ketika ini.

Pakatan Haram Pembangkang tentunya sakit hati, sakit mata apabila melihat ramai artis tempatan meyertai UMNO dan mereka ini juga mempunyai ramai peminat. Jika sebelum ini mereka begitu berbangga dengan penyertaan pelakon dan pelawak tua, Bob Lokman ke dalam Parti Islam Pas, dengan tertonjolnya Lisa Suriani di perhimpunan agung UMNO ini, membuatkan lebai-lebai Pas menggit jari kerana pelakon jelita dambaan mereka itu tidak menyertai partinya.

Pembabitan artis dalam organisasi sesebuah parti politik tentulah ia akan memberi kesan dalam menarik undi golongan muda masa kini, jika ia dilakukan dengan strategi yang betul. Namun sejauh mana kesanya aura yang dimiliki oleh artis-artis ini, hanya boleh dententukan dengan sokongan yang diterjemah dalam bentuk kertas undi.

Wak J: Sudah terkesan...Lisa Suriani punya pasal...sanggup wak turun dari atas pagar untuk menyertai UMNO...oh! Lisaaaaaaaa...

Boleh Ke UMNO Berubah?

    12:58:00 PTG   No comments
Jika kita dengar, lihat, baca dan hayati amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO malam tadi, ia memang sesuatu yang agak memberansangkan dan mampu beri semangat luar biasa kepada siapa sahaja yang mendengarnya terutama sekali pada para perwakilan.

Walau ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Muhyiddin dengan gaya bersahaja dan makan dalam bagi siapa yang terasa. Namun apa yang hendak ditekankan di sini ialah mampukah para pemimpin UMNO yang duduk terangguk-angguk dan tergeleng-geleng di barisan belakang serta para perwakilan yang duduk di hadapan bersorak sorai dengan tepukan pada malam tadi, membuat satu anjakkan pemikiran pada diri sendiri dan parti keramat orang Melayu ini untuk berubah atau hanya dudu-duduk sahaja di dalam dewan berhawa dingin, menanti masa untuk rebah menjilat tanah.

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk para pengkritik UMNO meluahkan apa yang terbuku selama ini di benak hati, di atas segala tingakah laku dan gerak geri pemimpin dan ahli UMNO adakalanya, apa yang ditunjukkan oleh mereka ini amat jelik sekali pada pandangan mata rakyat.

Apa-apa pun perjalan perhimpunan Agung UMNO ini masih jauh lagi, dah tentu banyak isu menarik dibahaskan oleh perwakilan dan akan dikupas oleh sesiapa sahaja yang mengikuti rapat perhimpunan ini hingga hari terkahir iaitu ucapan penangguhan yang akan digulung oleh Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Selamat bersidang dan jangan tertidur dalam dewan dan menunjukan perangai yang tidak senonoh sepanjang perhimpunan berlangsung  jika tidak mahu gambar anda popular dihentam oleh penyokong Pakatan Haram Pembangkang.

Selasa, 29 November 2011

WiFi Percuma Bikin Perut Rakyat Selangor Kenyang

    2:57:00 PTG   No comments

Berita baik untuk pengguna internet yang tinggal di setiap daerah atau ceruk kampung yang berada dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid Gagap akan menyediakan kemudahan internet PERCUMA kepada seluruh rakyatnya tidak lama lagi.

Pada masa akan datang rakyat Selangor tidak lagi perlu melanggan mana-mana syarikat telco yang menyediakan perkhidmatan kemudahan internet kerana syarat-syarat untuk mendapat kemudahan wifi percuma ini adalah mudah sekali iaitu dengan hanya mengundi semula Pakatan Haram yang diwakili oleh Dap, Pkr dan Pas pada PRU13 akan datang.

Untuk langkah permulaan kerajaan Negeri Selangor telah memilih beberapa lokasi strategik seperti di cawangan McDonal, KFC dan Kedai Mamak yang terpilih, bagi mempromosikan program wifi percuma untuk rakyat kerana tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan orang ramai.

Sudah tentunya dengan kemudahan internet (wifi) percuma yang bakal dilaksana di seluruh Selangor ini, ia akan menggalakkan golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah membeli gadjet IT semata-mata untuk merasai bertapa nikmatnya apabila dapat melayari internet secara percuma pada kadar kelajuan yang tinggi dan tanpa had. Dan yang paling hebat sekali ialah rakyat tidak perlu membayar sesen pun untuk kemudahan ini kerana ianya PERCUMA.

Dengan kemudahan wifi percuma yang bakal direalisasikan sekiranya Pakatan Haram menang sekali lagi pada PRU akan datang di Selangor, sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan rakyat yang kurang berkemampuan ini, kerana dengan meluangkan lebih banyak masa di rumah sambil melayari internet tanpa perlu bekerja mencari duit, sudah cukup membuatkan kita terlupa bahawa masih ada mulut lain yang perlu disuap dengan nasi, bukan dengan wifi.

Walau ia hanya sekadar janji pilihanraya namun penyokong tegar Pakatan Haram tetap gembira dengan pengumuman ini, seolah-olah ia memberi sinar baru dalam kehidupan mereka. Padahal setelah tiga tahun Pakatan Haram mentadbir di Selangor ini, masih banyak lagi janji-janji yang terkandung dalam menifesto pilihanraya pada tahun 2008 tidak ditunaikan lagi. Bila dengar percuma semua hilang ingatan sekejap.

Sekali lagi duit pembayar cukai di Selangor, akan digunakan untuk menampung segala kos penyediaan internet percuma sekiranya kerajaan Pakatan benar-benar ingin menunaikan janji baru yang telah ditaburnya ini. Sebelum ini juga, duit rakyat telah digunakan bagi membayar pampasan kepada keluaga mangsa yang mana anaknya didapati membunuh diri. Jangan kita terlupa akan hal ini.

Jangan mudah terpedaya dengan janji PERCUMA yang ditawarkan oleh Pakatan Haram. Kerana pada akhirnya nanti ia akan kekal sebagai janji. Jika benar pihak kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Haram ingin menyediakan kemudahan wifi percuma untuk rakyat Selangor, ia tidak perlu menunggu selepas menang PRU. Sekarang ini pun boleh dilaksanakan sebagai bukti dan jaminan bahawa kerajaan negeri benar-benar mampu menggotakan segala janjinya.

Buat rakyat Selangor terutama sekali gologan susah. Tolong fikirkan, adakah dengan kemudahan wifi yang tidak banyak memberi manfaat dalam hidup seharian anda ini boleh membuatkan perut berasa kenyang dan hidup akan lebih bahagia denganya?

Jangan gadaikan masa depan dengan hanya bermodalkan janji wifi percuma. Rakyat Selangor perlu lebih bijak dalam membuat pilihan. Kerana setiap yang kita buat itu, ia akan menentukan nasib kita pada masa akan datang. Pilih lah sama ada mahu, wifi percuma atau bebanan kos sara hidup diringankan.

Wak J: Nak dapat barang atau perkhidmatan PERCUMA sekarang ni pun kena bayar juga walau sedikit.

Signal Pilihanraya Dah Menyala

    10:37:00 PG   No comments


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Najib telah berusaha keras untuk tujuan itu walaupun berhadapan keadaan sukar ekoran pelbagai masalah disebabkan mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen.

Katanya, keadaan itu tidak seperti beliau dahulu yang boleh menangani masalah oleh pembangkang kerana mempunyai majoriti yang besar.

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020, tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dr. Mahathir mengulas ucapan Najib ketika merasmikan forum tersebut yang bertemakan Transformasi Politik, Ekonomi Dan Sosial Di Era Krisis Global dengan mengatakan era pentadbiran beliau begitu mencabar serta memerlukan perubahan besar.

Sehubungan itu tambah Najib, UMNO dan BN perlu memastikan parti itu dipilih semula oleh rakyat untuk terus memerintah.

Menurut Dr. Mahathir, perkembangan politik dalam UMNO kini lebih baik daripada 2008 kerana ketika itu ramai ahli parti mengundi pembangkang bukan kerana mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin pada waktu itu.

Katanya, kerajaan telah melakukan yang terbaik supaya rakyatnya hidup lebih sempurna sejak negara merdeka, oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang ‘berjangkit’ akibat globalisasi.

“Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri daripada apa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, usaha pemulihan tidak serupa untuk semua negara berikutan persekitaran yang berbeza.

“Anda perlu sesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda. Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur,” katanya.
Sementara itu, Dr. Mahathir menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan agar jangan sesekali menyalah guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Katanya, tujuan rakyat memilih pemimpin untuk membantu mereka dengan membangunkan negara dan bukannya menjadi orang kaya.

“Dalam era sekarang, pemimpin berdepan dengan rakyat yang bijak. Mereka akan bertanya sekiranya pemimpin melakukan sesuatu yang tidak menggembirakan, malah mereka turut melakukan demonstrasi disebabkan perkara itu.

“Lebih malang apabila pemimpin sudah tidak berkuasa lagi, rakyat akan menghantar pemimpin tersebut ke penjara dan inilah yang berlaku dalam keadaan dunia sekarang,” ujarnya. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Isnin, 28 November 2011

UMNO-BN Akan Tumbang Jika Masih Tidur Lagi

    10:00:00 PG   3 comments
 
Wak masih tak nampak lagi apa yang dah berubahnya UMNO serta pemimpinya. Dan wak juga tak dapat rasakan bahawa UMNO-BN akan menang besar pada PRU13 akan datang kalau beginilah sikap setiap pemimpinya.Sebab itu hati wak belum tergerak atau terbuka lagi untuk menyertai parti keramat orang Melayu ini. Baca teguran ikhlas dari SANGGAH TOK JANGGUT di bawah, yang ada menyebut tentang kelemahan UMNO yang tak pernah diperbaiki hangga ke hari ini.

Anwar rela apa saja!
PEMBANGKANG cukup banyak helahnya dan jangan sesekali Barisan Nasional ataupun kerajaan menganggap tindakan pembangkang sejak akhir-akhir ini membayangkan mereka ketandusan isu,kosong atau tiada tujuan dan mereka ketika ini menyusun strategi dengan cukup rapi dan kalau silap percaturan ataupun  kegagalan UMNO untuk menyerap tindakan mereka ini, UMNO dan BN akan terus ketinggalan dan hilang segala-galanya.
Sebelum ini mereka telah berjaya menjadikan Badan Kehakiman,SPRM,institusi Raja-Raja Melayu dan berbagai-bagai lagi badan berkanun dicemuh dan diperlekehkan rakyat,sasaran mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti,mereka akan lebih memberikan tekanan demi tekanan sehingga UMNO dan BN terkial-kial untuk menepis segala fitnah yang mereka rekayasakan.
BN jangan sesekali menganggap serangan demi serangan,portal-protal yang  pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Malaysian Chronicle, Free Malaysia Today dan lain lain lagi terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai serangan desperate, kosong atau tidak bertujuan.
BN terlalu bodoh kalau mereka menganggap begitu kerana Anwar ada pakar-pakar strategi politik yang menyusun gerakan-gerakan politk untuk dilihat mendahului UMNO dan BN.Mereka ini adalah agen-agen pengkhianat yang sangat berpengalaman dan lahir dari UMNO sendiri yang sentiasa akttif mencari kesilapan UMNO dan kerajaan yang mereka boleh manipulasikan untuk membantu politik pembangkang. Kita jangan sesekali menganggap mereka sudah bangkrap isu untuk diketengahkan.
Salah satu strategi mereka yang cukup berjaya adalah memastikan UMNO dan BN sentiasa bersikap bertahan ataupun defensive hingga kepimpinan UMNo dan kerajaan terpaksa menjawab banyak isu yang mereka bangkitkan dan kita harus percaya mereka akan sentiasa membangkitkan segala jenis isu untuk memastikan Barisan Nasional atapun kerajaan dalam keadaan kelam kabut untuk menjawab segala yang mereka rekayasakan.
Barisan Nasional dilihat gagal menangani isu-isu yang ditimbulkan pembangkang kerana kebanyakan mereka yang sepatutnya ke depan mempertahankan parti tidak efektif,mereka tiada bahan baru dan sudut pandang yang luas untuk menyanggah segala isu-isu yang pembangkang mainkan dan sebab itulah mereka ini dilihat menggelabah tidak tentu arah, Ini kejayaan pembangkang! Dan kerana pembangkang sedar,Barisan Nasional tiada keupayaan itu,mereka akan terus menyerang dan memaksa Barisan Nasional bertahan dan terus bertahan.
Lihat bagaimana mereka menyerang Shahrizat dalam isu National Fedlot (NFC) dengan mengelirukan rakyat seolah-olah Shahrizat terlibat dalam projek tersebut sedangkan NFC adalah dibawah kendalian suaminya tetapi Barisan Nasional lupa,seorang kakitangan Cina DAP  berkerja sebagai akuantan di syarikat itu yang dipecat oleh anak Shahrizat kerena menyeleweng lebih RM1 juta Ringgit.Semua data dan perincian ada di tangan Cina DAP ini dan kenapa UMNO terikut dengan rentak yang pembangkang mainkan?
Kita percaya bukan sahaja isu NFC ini akan dimanipulasikan oleh pembangkang malah ada 35 lagi isu besar yang sedang diteliti oleh pakar-pakar strategi yang Anwar lantik termasuklah isu Kedai Rakyat 1Malaysia yang membuatkan kita lupa bagaimana isu ini dimainkan oleh DAP bagi menjaga kepentingan kaum Cina dan paling hampir isu yang bakal mereka mainkan untuk mengelirukan rakyat adalah isu Zahid Hamidi yang menaiki pesawat persendirian.
Kita lihat nanti bagaimana isu ini direkayasakan sebagai fitnah semau-maunya oleh pembangkang hingga UMNO terpaksa berdepan dengan serangan terbaru ini dan ini pun tujuan sebenar pembangkang.Soal betul atau tidak,itu soal kedua kerana yang paling penting rakyat harus terus dikelirukan.
Seperti kata Anwar, pembangkang akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun negeri yang mereka menang seperti Selangor,kedah,Kelantan dan Pulau Pinang.Percayalah dalam mahu mempertahankan kemenangan ini mereka akan berusaha untuk mencari segala silap kepimpinan sebelum ini seperti projek Science Park di Selangor dan menyerang isteri Noh Omar yang mereka dakwa ketika ini memiliki beberapa bidang tanah di Shah Alam.
Rakyat lupa akaun Swiss Bank Nurul!
Ini semua cuma sedikit dan di peringkat pengatur strategi media Anwar,semua isu dan fitnah yang mereka kumpulkan ini tidak  akan dilambak secara sekaligus. Ianya akan di guna secara berkala dan berperingkat- peringkat. Mereka guna pendekatan "blitzkrieg iaitu Lightning war “ yang cepat dan akan menyebabkan UMNO,kerajaan dan Barisan Nasional  terpaksa bertahan hingga rakyat lebih banyak melihat kesalahan UMNO dari kejayaan parti itu membangunkan rakyat dan Negara. 
Setakat ini taktik  fitnah mereka ini sedikit mencapai kejayaan dan ditambah lagi dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri membuka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan dan terlibat dengan tamak maka ianya akan memberikan lagi banyak modal kepada pembangkang untuk mereka menyerang kerajaan.
Sebagaimana ketika ini PKR menyerang Johor,fokus serangan politik mereka bertali temali dan berkemungkinan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Percayalah dan kita yakin mereka akan menyerang mantan Menteri Besar Kedah sebelum ini iaitu Mahdzir Khalid dan semua orang yang rapat dengan mantan Menteri Besar ini. Banyak data sedang mereka kumpul selalunya data sebegini datang dari orang UMNO sendiri dan segala yang mereka kumpulkan itu akan dilambak satu demi satu  menjelang Pilihanraya Umum nanti.
Anwar mahukan blitzkrieg ini dijayakan sepenuhnya bagi menutup isu moral beliau yang terpaksa beliau hadapi ketika ini.Sehingga ke hari ini, mana ada rakyat yang bercakap soal anwar meliwat,melanggan pelacur Cina? Sebaliknya sekarang Isu lembu hingga ke kondo lebih menjadi bual bicara orang termasuklah  di kalangan UMNO. Keadaan ini cukup merbahaya dan UMNO,kerajaan serta Barisan Nasional terus diserang kerana kurang efektif ataupun idea baru untuk menyanggah segala yang pembangkang tohmahkan.
R.Azmi kawan baik di MCKK
Rakyat juga tidak didedahkan punca kematian sebenar penyanyi R.Azmi dan penyanyi ini mati kerana sakit apa kerana beliau juga adalah lepas daripada Kolej Melayu Kuala Kangsar,rakyat hari ini tidak tahu pun misteri di sebalik kematian penyanyi ini.KMKK atau MCKK ini cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.

Kita juga tenggelam dengan kelicikan Kalimullah yang sentiasa Berjaya melindungi dirinya daripada ditohmah sedanngkan ada sumber yang mendakwa bahawa beliau adalah Penasihat Ekonomi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dan kita seperti melupakan bahawa seorang bekas Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa Kalimullah ini adalah agen asing dan kita tidak pernah tahu siapakah yanfg rekomen Kalimullah untuk bertugas sebagai Setiusaha Ghafar Baba (Tun) dan orang yang mengatur stratgei ini adalah Anwar Ibrahim.
Tapi sehingga hari ini Kalimullah dan sekutunya diberikan layanan serta peluang perniagaan cukup besar dan disnilah kelemahan UMNO yang paling nyata,gagal mengenal musuh dalam selimut.Orang yang seharusnya bertanggungjawab menelanjangi segala kepincangan pembangkang ini masih lena diulit intan.

Cara yang Anwar mainkan dengan pakar-pakar yang dilantiknya cukup hebat hingga rakyat terlupa bagaimana anaknya Nurul Izzah mempunyai akaun di Bank Swiss,rakyat boleh jadi lupa usaha Anwar yang mahukan Malaysia ini kucar kacir sama seperti yang berlaku di Mesir ataupun Libya,rakyat seperti besekongkol dengan Anwar yang berusaha untuk kali terbarunya menyerang Negara dan Badan Kehakiman di Indonesia.Rakyat jadi buta kerana kesilapan UMNO.

Bukan sahaja kepimpinan UMNO dan kerajaan, rakyat juga harus sedar dan sentiasa diberikan kesedaran tentang apa yang didedahkan dalam youtube yang menceritakan bagaimana USA dan MOSSAD memainkan peranan untuk menggunakan orang-orang Islam dan rakyat sendiri untuk mencapai objektif jahat mereka.

Paling ketara sehingga ke hari ini UMNO masih seronok berperang sesama sendiri. Melondehkan antara satu sama lain sedangkan pembangkang sudah mula menyusup masuk ke setiap penjuru gelanggang politik.Menunggu masa UMNO lalai sepenuhnya dan ketika itulah baru mereka sedar,mereka sudah hilang segala-galanya.Kita tunggu dan lihat bagaimana aksi sarkas mereka ini dalam Perhimpunan Agung nanti!:-SANGGAH TOK JANGGUT



Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah dari Wak J

    12:00:00 PG   No comments
Salam Maal Hijrah buat pelayar blog Wak J, sahabat blogger dan facebookers

Wak doakan semoga hari esok dan hari-hari yang mendatang akan membuatkan hidup kita lebih bermakna dan sempurna.

Semoga negara tercinta, Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, damai dan harmoni disamping rakyatnya yang berbilang kaum.

Azam baru?..Rahsia

Harapan?..Bila lah Anwar Ibrahim nak masuk resort Sg Buloh sekali lagi, tak sabar sangat dah nih...

Sabtu, 26 November 2011

Habis Rabak!..Kantoi Besar Anwar Kali Ini

    12:48:00 PTG   No comments
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu - myMetro

Wak J: Berat mata memandang..berat lagi tangan yang hendak memikul..apa-apa pun Anwar Al Juburi sudah KANTOIIIII....slurpppp

Kaki Seks Depan Belakang Berangan Nak Jadi Perdana Menteri..Tuihhh

    10:00:00 PG   No comments
JOHOR BARU: Pakatan Rakyat (PR) berharap mereka akan dapat menyelesaikan isu kawasan bertindih bagi memastikan hanya ada seorang calon sahaja akan diletakkan untuk bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, polisi PR adalah untuk meletakkan calon satu lawan satu dengan BN.

Bagaimanapun beliau siang-siang lagi membuat andaian bahawa BN atau Umno akan 'menaja' calon dari parti kecil yang lain untuk turut sama bertanding bagi memastikan terdapat pertandingan tiga penjuru dalam usaha mereka memecah undi.

“Kami dalam Pakatan pada dasarnya telah bersetuju untuk meletakkan calon satu lawan satu dengan BN. Dan saya berharap PR akan menyelesaikan soal pembahagian kawasan menjelang hujung tahun ini," katanya ketika ditemui pada Konvensyen Nasional Cabang Pemuda dan Wanita PKR di sini, Jumaat.

Menurut Azmin, soal pembahagian kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri telah pun diselesaikan pertengahan Ogos lalu.

Kini yang tinggal hanyalah kerusi parlimen dan jumlahnya menurut Azmin hanya sedikit.

Ditanya apakah PR sudah mengenalpasti calon-calon menteri besar di negeri yang lain seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan negeri, Azmin berkata perkara itu boleh dibincangkan kemudian.

Yang telah dipersetujui secara konsensus ialah sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan pusat nanti, calon perdana menterinya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim

Azmin juga berkata, untuk pilihan raya akan datang, PR akan memberi fokus kepada beberapa kawasan luar bandar kawasan Felda serta kawasan majoriti pengundi Melayu, termasuklah Sabah dan Sarawak.

Mengenai calon pula, Azmin menegaskan, PKR akan mencalonkan lebih ramai calon muda dan wanita.

Wak J: Wakil rakyat dari Parti Islam Pas takde ke yang layak jadi PERDANA MENTERI? Kenapa la pembalun CHINADOLL ni juga yg dipilih...mampuiiii

Orang Melayu Jangan Jadi Barua DAPig

    12:33:00 PG   No comments
PENGUNGKAIAN Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP,parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka darip[ada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969. Cilok dari SANGGAH TOK JANGGUT

Jumaat, 25 November 2011

Nurul Izzah Meroyan Lama Tak Pekena 'Torpedo'

    10:00:00 PG   No comments
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam mendapat pengajaran bermakna di Dewan Rakyat semalam, apabila beliau 'dibelasah' Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Latiff Ahmad.

Abdul Latiff yang tidak senang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas Nurul Izzah walaupun isu tersebut telah dijelaskan berulang kali berkata, kontrak perolehan setiap kementerian dibuat mengikut prosedur yang sama, tetapi kenapa hanya kementerian itu menjadi mangsa.

"Ini bukan komisen, semua yang berkait dengan pembelian termasuk kos latihan kepada kru kapal selam di Perancis tertera dalam kontrak. Bodohlah kerajaan kalau selepas kontrak tersebut sudah diberi kepada Syarikat Peri Mekar kemudian kita beri lagi komisen Yang Berhormat,'' tegasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Latiff menegaskan perkara tersebut telah diterangkan berulang kali menerusi jawapan lisan tetapi Nurul Izzah tidak hadir dalam Dewan.

''Berbuihlah mulut kalau kita nak bercakap benda yang sama berulang kali. Yang Berhormat apa yang saya katakan adalah benar, benar, benar dan benar belaka.

"Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan kita ini bodoh sangat nak bagi komisen suruhlah peguam dari Perancis itu sapina. Bukan setakat Menteri Pertahanan, sapina saya pun tiada masalah," tegasnya.

Dalam pada itu beliau mengesahkan wujud gangguan seksual oleh seorang komandan sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Ledang, Johor, ke atas seorang pelatih wanita pada pertengahan Oktober lalu.

Beliau berkata, tindakan tatatertib serta-merta telah diambil ke atas komandan tersebut selepas siasatan mendapati aduan mangsa berasas dan selepas ini, tindakan undang-undang pula akan menyusul.

"Kes ini masih lagi dalam siasatan polis Tangkak tetapi di peringkat kementerian, kita telah menukar komandan ini dengan serta-merta. Pada masa yang sama dia tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang mengikut perkhidmatan dalam tentera," katanya menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Khamis, 24 November 2011

Wahai Pemimpin FELDA... BERSATULAH!

    12:00:00 PTG   No comments
"Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"... Sepatutnya inilah perumpamaan yang di hayati oleh pemimpin-pemimpin di dalam Felda. Di dalam keghairahan untuk menaikkan nama Felda di mata masyarakat dan dunia, pemimpin-pemimpinnya seperti mahu menjatuhkan sesama sendiri.

Sudah agak lama saya menyepi dari memberikan komen berkaitan perkara ini, dengan harapan ianya akan berhenti, namun ianya semakin rancak. Semalam, satu blog terkenal berbahasa Inggeris telah membuat ulasan dan secara tidak lansung ianya menjadikan situasi semakin parah.

Tidak ada satu pun yang sempurna di dalam satu-satu organisasi. Sepatutnya menjelang PRU 13 yang semakin hampir, semua mempersiapkan untuk menghadapi pembangkang yang sememangnya bercita-cita untuk merampas undi dari kawasan Felda. Bukannya pemimpin-pemimpin ini menggunakan blogger-blogger untuk memburukkan masing-masing dari belakang.

Wahai pemimpin Felda, ketahuilah bahawa rakyat terutamanya peneroka benar-benar mengharapkan kalian untuk menguruskan Felda dengan baik. Hingga ke hari ini, saya dan rakan-rakan mempertahankan Felda dari di cemuh dan di fitnah. Kami tidak akan berhenti berjuang untuk Felda kerana kami terhutang budi dan nyawa kepada Felda. Felda lah yang telah memberi ruang kepada kami hingga kami berjaya di dalam kehidupan.

Janganlah kalian hancurkan Felda. Marilah sama-sama kita menyusun kembali barisan kita sebelum PRU ke 13. Kami benar-benar memohon supaya kepimpinan Felda dapat mendengar luahan hati kami ini.

Akhir kata, marilah kita teruskan dengan kempen "NYAH MAZLAN ALIMAN DARI FELDA"  

Nukilan oleh: Anak Jati Felda

Rabu, 23 November 2011

Ostad 'Khawarij' Pas Terlupa Bahawa Dia Yang 'SESAT' Sebenarnya

    3:00:00 PTG   No comments
Syaitan akan menagis gembira apabila benih-benih penyakit hati yang disemai ke dalam hati gologan manusia yang bergelar 'ustaz' ini, hidup subur sehingga melahirkan sifat riak, ujub dan takbur di dalam diri mereka kerana terlalu bermegah-megah dengan ilmu yang hanya dipinjamkan Allah kepadanya untuk sementara waktu sahaja.

Jika golongan cerdik pandai agama ini berjaya dipalingkan hati mereka dari menyatakan kebenaran atau menjaga tingkah lakunya, itu merupakan kejayaan bermakna dan darjah kepuasan yang tertinggi bagi syaitan yang direjam, kerana ia bukanlah kerja mudah untuk dilaksana berbanding dengan kerja menyesatkan manusia 'biasa' yang lain.

Perbuatan suka 'menggelar' atau 'melabel' pihak lain dengan gelaran-gelaran yang buruk sering kali terpacul keluar dari mulut manusia yang bergelar USTAZ. Terutama sekali bagi ustaz-ustaz yang menjadikan politik sebagai wadah untuk menyebarkan dakwah atau mencela orang lain.



Adakah dengan kelebihan ilmu agama yang dimiliki oleh golongan ustaz-ustaz seperti ini memberikan mereka 'green light' untuk berkata atau membuat apa sahaja yang mereka sukai tanpa mempedulikan sensitiviti perasaan orang lain.

Adalah amat menjelikan apabila 'ustaz-ustaz' ini tergamak menggatakan saudara seIslam lain yang juga bergelar ustaz tetapi berbeza pandangan denganya dalam sesuatu hal, sebagai sesat dan yang paling dahsyat sekali sanggup mengatakan bahawa pihak itu sudah terkeluar dari Islam iaitu jatuh KAFIR.

Memang tidak menjadi kesalahan, sekiranya ada ustaz atau penceramah yang ingin menjadikan lawak jenaka, guruan, untuk menarik perhatian hadirin yang hadir mendengar ceramah agamanya. Tapi biarlah ia disampaikan dengan cara yang elok tanpa menyinggung hati mana-mana pihak.

Namun, amalan gemar melabelkan pihak lain sesat atau kafir yang sering diamalkan oleh segelintir ustaz dari Parti Islam Pas ini, seolah-olah ia sudah sebati menjadi darah danging mereka, sehingga tanpa segan silu sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan dan cacian sesama manusia yang seagama, tanpa berfikir sesungguhnya perbuatan yang dilakukan itu tidak sepatutnya ditonjolkan oleh mereka yang bergelar USTAZ.

Ustaz-ustaz akhir zaman, beginilah rupa dia yang sebenar...

Kesan Radiasi LYNAS Punca Alat Sulit Anwar Bengkok

    12:00:00 PTG   No comments
Menteri Besar Pahang dengan nada selamba berkata, kelulusan diberikan kepada Lynas untuk beroperasi di Pahang kerana kilang tersebut selamat dan tidak terdapat sebarang radiasi nuklear seperti yang cuba dimomok-momokkan oleh Fuziah Salleh dan 'pakar-pakar'nya yang tidak tahu apa-apa pun tentang nadir bumi atau rare earth.

Agensi Atom Antarabangsa yang jauh lebih berkelayakan berbanding Fuziah Salleh juga telah memberi perakuan bahawa kilang Lynas adalah selamat dan radiasi nuklear seperti yang dimomokkan Fuziah tidak berlaku.

Cabaran Fuziah Salleh agar pengurusan dan pentadbiran Lynas tinggal berhampiran dengan kilang itu juga telah disambut tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun, Fuziah Salleh yang diminta datang bersemuka dengan pengurusan Lynas bagi mendapatkan penjelasan, enggan berbuat begitu. Dan kalau dia datang pun, dia akan datang dengan peguam sebagai ancaman serta ugutan kepada pengurusan Lynas.



Yang Fuziah Salleh tidak dapat jawab ialah MENGAPA DIA SAKIT HATI SANGAT dengan kilang Lynas yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di sekitar Gebeng dan Pahang amnya, tanpa sedikit pun mengancam keselamatan penduduk di sekitar kilang berkenaan. Dakyah dan hujah Fuziah Salleh dengan dibantu oleh 'pakar-pakar kepala hotaknya' hanya berkisar tentang leukimia dan barah yang dihidapi oleh beberapa orang kanak-kanak, padahal kilang Lynas belum lagi beroperasi di Gebeng.

Dan yang paling malang sekali, Fuziah Salleh tidak dapat membezakan antara tahi bijih atau amang dengan nadir bumi... dan yang mengesahkan dia seorang Ahli Parlimen yang bodoh tolol ialah, dia tidak dapat membezakan antara kilang Lynas dengan loji nuklear!!!

Apakah kegilaan dan kemeroyanan Fuziah Salleh itu disebabkan dia menghidap penyakit barah pangkal rahim tahap empat kerana terlalu terdedah dengan radiasi nuklear yang datang daripada kilang Lynas yang belum beroperasi itu?

Barangkali jugalah sebab Fuziah Salleh memang sudah cukup terkenal sebagai orang yang sangat kuat berkhayal dan khayalannya kadang-kadang melampaui batasan sebagai seorang manusia yang diberikan akal!!!..SUMBER THE FLYING KICK

Wak J: Fauziah Salleh, MP paling bangang selepas Johari Abdul yang pernah dimiliki oleh Pakatan Haram. Macam mana lah orang yang sebegini boleh terpilih menjadi wakil rakyat. Serba serbi buruk, dari paras rupa hingga ke tingkah laku.

Selasa, 22 November 2011

Pasukan Bola Sepak Indon Kalah Lagi..KAPOK!!

    10:00:00 PG   No comments
TAHNIAH!.. TAHNIAH!..TAHNIAH!

120 minit yang mendebarkan akhirnya berkahir dengan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia merangkul pingat EMAS, sekali gus membenam ego pemain dan kebiadapan penyokong Indonesia jauh ke dalam tanah.

Dengan kejayaan yang dikecapi oleh skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee ini telah membuktikan bahawa pasukan Indonesia tidak lah sehebat yang disangka seperti mana yang sering digembar-gemburkan oleh pihak media dan portal berita di Indonesia.

Memang sangat berpuas hati apabila melihat pasukan Indonesia kalah, terpancar  kekecewaan di wajah hampir 120 ribu penyokong Indonesia apabila sepakan penalti terkahir yang disempurnakan oleh pemain Malaysia ditepis masuk ke gawang gol.



Sebagai penutup kata, Blog Wak J & fB Wali Terompah sekali lagi ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada skuad Harimau Muda dan jurulatih kerana telah menyajikan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mutu permainan bola sepak yang sangat menarik dan menterujakan.

Dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh kesebelsan utama skuad Harimau Muda di Stadium Gelora Bung Karno semasa perlawanan akhir penentuan pingat emas sukan SEA. Sememangnya anda semua layak bergelar WIRA negara...SYABAS dan TAHNIAH...

Isnin, 21 November 2011

Ayuh! Harimau Muda Kita Ganyang Indon

    8:30:00 PTG   No comments
Blog Wak Jengkol & fB Wali Terompah akan berehat sebentar dari bersiaran di alam maya bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir bola sepak sukan SEA, pertemuan antara pasukan Malaysia dan Indonesia.

Wak doakan semoga pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee dapat bermain dengan baik, sambil menunjukan mutu persembahan permainan yang menarik buat tontonan seluruh penyokong skuad bola sepak di tanah air.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, wak menyeru agar dapat memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dengan menonton perlawanan akhir ini hingga ke minit akhir perlawanan.

Sekali lagi sukad Malaysia akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah Indonesia. Berjayakah Harimau Muda membenam ego pasukan Indonesia buat kali ke dua?. Samasa-sama kita saksikan sekarang. Debaran semakin terasa..

Go Malaysia..Go Harimau Muda..

Pesalah Moral Pakatan Haram Tak Pula Disuruh Letak Jawatan..Memang hamPAS Betul

    12:00:00 PTG   No comments
Bersungguh benar sekarang ini keldai-keldai dari Parti Islam Pas, bertungkus lumus mendesak agar Sharizat Jalil melepaskan kesemua jawatan yang disandang samada di dalam kerajaan dan juga parti ekoran dari kisah lembu fidlot kepunyaan syraikat NFC milik suaminya.

Tahap kekhusyukan yang dipamerkan oleh keldai-keldai Pas ini ketika mengintai lembu fidlot kepunyaan NFC yang sedang asyik menguyah rumut di sebalik semak samun berhampiran kawasan kandang, membuatkan mereka terlupa ada dari kalangan pemimpin Pakatan Haram sendiri yang sepatutnya lebih awal meletakan jawatan dalam kerajaan negeri dan juga parti akibat daripada skandal moral yang amat memalukan.
Wak ingin mengingatkan kembali kepada keldai asuhan Pas ini bagaimana kisah 'Hutan Dara' milik Eli Wong boleh diceroboh kesuciannya oleh seorang pemuda MELAYU, kemudian keindahan setiap lokasi yang terdapat di kawasan hutan dara milik Eli Wong itu disebarkan ke pengetahuan ramai melalui dunia maya.

Sekiranya keldai Pas ini masih tidak ingat atau buat-buat lupa. Cuba pula ingat peristiwa yang berlaku ke atas batang tubuh ketua pembangkang Malaysia yang sangat terkenal dengan skandal seksnya. Bukan sahaja berdepan dengan pertuduhan meliwat malah dikaitkan pula dengan skandal video seks terbaru yang melibatkan seorang wanita cina di sebuah apartmen.
 
Adalah lebih baik keldai-keldai Pas ini menasihatkan dahulu pesalah-pesalah moral yang berada dalam Pakatan Pembangkang agar melepaskan segala jawatan yang dipegang sekarang ini sebelum ingin menasihatkan orang lain agar melakukan perkara yang serupa.

Jangan asyik sibuk menjaga tepi kain orang lain, sehingga tidak sedar kemaluan sendiri terjojol keluar dilihat orang. Pas memang hamPAS..

Ahad, 20 November 2011

Nik Ajis: Biarpun Air Paip Kelantan Warna Kuning Tapi Tetap BERSIH

    9:50:00 PTG   No comments
Terkejut apabila membaca lapuran berita berkenaan isu air tercemar di Kelantan yang ditulis oleh akhbar Utusan Malaysia. Sudah pasti segala maklumat yang terdapat dalam akhbar Utusan ini tidak akan dipercayai oleh penyokong tegar Pakatan Haram terutama sekali dari kalangan totok PAS Kelantan.

Selagi surat khabar atau portal berita milik Pembangkang, Harakah, Malaysiakini dan Suara keADILan tidak menyiarkan berita mengenai permasalahan air yang berlaku, rakyat Kelantan tidak seharusnya perlu berasa takut atau risau dengan masalah ini kerana, segala maklumat yang tertulis dalam akhbar milik Umno tersebut adalah tidak benar dan tipu belaka.

Buat rakyat Kelantan, jangan berasa khuwatir kerana dengan berkat doa mustajab dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku menteri besar Kelantan juga merangkap 'ulama junjungan' para pentaksub Pas, segala permasalahan air seperti yang digambarkan oleh akhabar Umno itu akan selesai dengan sendirinya apabila mendapat batuan dari Allah.

Oleh itu setiap rakyat Kelantan diseru supaya memperbanyakan doa serta bersolat hajat meminta pertolongan Allah agar air paip di Kelantan yang didakwa mengandungi logam berat dan bakteria e-Coli seperti yang dilapurkan itu akan hilang secara automatiknya tanpa perlu berbuat apa-apa.



Sentiasa ingatlah kepada pesanan yang pernah disampaikan oleh Ustazah Ambgia dalam demo 9hb Julai lepas, bahawa sesungguhnya warna KUNING itu melambangkan kesucian dan BERSIH. Rakyat Kelantan tidak perlu terlalu bimbang jika membuka paip air, didapati air yang keluar dari kepala paip tersebut bukan berwarna jernih seperti mana yang biasa dilihat dalam air botol mineral yang telah dirawat, anggap sahaja itu perkara biasa kerana hampir 20 tahun kerajaan Pas mentadbir Kelantan, air warna kuning dan kotor itu jugalah yang kalian guna dan minum setiap hari.

Sekiranya rakyat Kelantan berkehendakan kepada air yang bersih, berwarna jernih seperti di negeri-negeri lain. Tukar la 'Kepala Paip' yang sudah terlalu usang dan uzur itu kepada kepala paip yang baru. Apa-apa pun semua ini terpulang kepada rakyat Kelantan sendiri kerana pilihan di tangan ada.

Pemimpin Pas Pernah Gelarkan Syed Husin Ali Sebagai 'Anak Komunis'

    12:00:00 PTG   No comments
Setelah membaca pendedahan yang dibuat oleh ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin di dalam blognya, dapat disimpulkan di sini bahawa pengaruh wang, kuasa dan jawatan memang menjadi mainan dalam parti Keadilan. Walau di mana jua organisasi yang dia duduki atau parti politik yang dihinggapi oleh sesumpah bernama Anwar ini, perkara seperti yang disebut tadi memang sudah tidak dapat dielak kerana ia telah sebati menjadi darah dangingnya.

Demi untuk mengekal kuasa atau kedudukan individu tertentu dalam parti, apa sahaja sanggup digadai termasuk maruah diri dan juga kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Budaya politik yang diamalkan oleh Anwar ini bukan perkara baru, malah ia sudah bermula semenjak berada dalam Umno lagi. Lihat sahaja indivdu yang setiasa setia dan rapat denganya, kemudian perhatikan gaya dan cara hidup mereka ini.

Adalah tidak mustahil rancangan 16 September yang pernah direncanakan oleh Anwar untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang suatu masa dahulu dengan memujuk rayu wakil rakyat dari Barisan Nasional agar melompat parti, sudah pasti ada berlaku tawar menawar antara kedua-dua belah pihak yang tentunya melibatkan sejumlah wang yang besar atau jawatan-jawatan penting yang ditawar dalam kerajaan untuk sesiapa yang sanggup menjadi 'katak lompat'.

Tapi sayang, hari ini masih ramai lagi yang tidak menyedari bahawa mereka sedang dikencing oleh manusia bergelar 'Anugerah Tuhan' ini, terutama sekali penyokong tegar dari Pakatan Haram Pembangkang dek kerana terpesona dan terkesima dengan 'ayat power' yang dinyayikan Anwar ke dalam corong telinga mereka ibarat seperti mendengar lagu Oh! Azizah.

Begitu beremosi sekali Zul Kulim dalam penulisnya terhadap orang tua bernama Syed Husin Ali sehingga menggelarkan orang tua itu sebagai 'Anjing Pencen'. Untuk mengikuti kisah sebenar yang terbuku dalam benak hati MP Kulim Badar Baru ini, sila baca DI SINI

Sabtu, 19 November 2011

Fakta Menarik Tentang 'Lembu Berkaki Pendek' Pakatan Haram Pembangkang

    10:03:00 PTG   No comments
Di bawah ini ada beberapa fakta menarik yang perlu kita tahu jika ingin lebih faham akan situsai sebenar yang berlaku dalam projek ternakan lembu berskala besar yang telah diusahakan oleh syraikat National Feedlot Corporation (NFC). Seperti mana yang kita sedia maklum syarikat NFC ini dimiliki oleh 100% bumiputera.

Jadi tidak hairan sekiranya ada pihak yang begitu iri hati dengan kejayaan yang telah ditempa oleh NFC walau baru tiga tahun beroperasi. Masih ada 27 tahun lagi yang menanti sebelum perjajian asal tamat.

Perjalanan NFC masih panjang dan banyak perkara penting yang perlu dilakukan untuk memastikan bekalan daging lembu mencukupi untuk memenuhi keperluan pasaran di Malaysia.

Fakta-fakta yang dinyatakan di bawah ini juga telah menjawab segala tuduhan liar yang dilemparkan oleh 'lembu berkaki pendek' yang bergenetik babi hasil dari kacukan lembu Pkr dan Babi Dap dalam kandang Pakatan Haram.

Semoga dengan 9 fakta yang telah dirungkai oleh pihak NFC, akan dijawab kembali oleh ketiga-tiga ekor 'lembu' PKR yang sebelum ini begitu galak menyondol bahawa projek ternakan lembu feedlot yang diusahakan oleh NFC ini  berlaku banyak penyelewengan.

Ada terdapat 9 fakta, setiap seekor 'lembu' PKR perlu menjawab 3 bahagian dari fakta yang dikemukakan oleh pihak NFC. Sekiranya gagal menjawab segala fakta tersebut maka ternyata lah bahawa Pakatan Haram yang diwakili oleh PKR, PAS dan DAP adalah sebuah gabungan parti politik yang sangat terkanal dengan tabiat suka membuat dan menyebarkan FITNAH.


FITNAH NO.1
DS Najib dan TS Muhyiddin berbohong menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta dan bukannya RM250 juta.

Dana pinjaman RM250 juta ditempatkan didalam Akaun Pinjaman Khas (Special Loan Account) oleh MOF. NFC memperolehi dana RM181 juta pada tahun 2009 setelah diluluskan pengeluarannya oleh MOF. Baki pinjaman RM69 juta hanya boleh dikeluarkan setelah NFC mampu memberikan justifikasi (justification) dan pengesahan serta perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

FITNAH NO.2
Penyelewengan harga seekor lembu NFC RM4,481.00 cukup mahal berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500.00 hingga RM2,700.00

Prinsip pengurusan akaun menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX - Operating Expenditure) dalam harga seekor lembu termasuk perbelanjaan perjalanan dan utiliti dalam menentukan harga jualan lembu.

Sama juga seperti prinsip unit kos, semakin tinggi kuantiti yang dikeluarkan ... semakin rendah unit kos sesuatu barangan dijual.

NFC baru beroperasi dalam tempoh 3 tahun (kontrak operasi sehingga 30 tahun) masih lagi belum mencapai 'break even point' dan pengeluaran lembu masih ditahap rendah. Pada peringkat awal ini, harga seekor lembu NFC adalah lebih mahal berbanding dengan lembu tempatan. Namun perbandingan dengan lembu tempatan kurang tepat berdasarkan lembu dari ladang ternakan NFC lebih berat 70 - 100 peratus dari lembu tempatan.

FITNAH NO.3
Hanya rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran bagi NFC dan menidakkan hak-hak pembeli berdaftar.

Kesemua 70 pembeli berdaftar dengan RFC sebenarnya menerima diskaun RM2.9 juta, bukan hanya Restoran Meatworks.

FITNAH NO.4
Kerajaan melupuskan pinjaman kepada NFC berikutan ketidakcekapan pengurusan dan kerugian RM7 juta hingga RM11 juta pada tahun 2009.

Perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan NFC masih berada dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dilakukan dalam tempoh tertentu. Kontrak operasi sehingga 30 tahun membolehkan NFC menganggarkan (projected) keuntungan bakal dicatat pada tahun 2015.

FITNAH NO.5
NFC salurkan dana pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC untuk dikaitkan dengan Shahrizat Abdul Jalil.

NMLC diwujudkan bagi operasi impot lembu, penyembelihan dan pemprosesan. RFC diwujudkan bagi operasi pengedaran dan peruncitan. Tidak berlaku ketirisan dana kerana saluran dana pinjaman hanya dilakukan atas nama NMLC dan RFC dan bukannya atas nama individu.

FITNAH NO.6
Penyelewengan dan pembaziran dana pinjaman atas pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta oleh NFC.

Lembaga pengarah NFC bersetuju dengan pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta atas dasar pelaburan jangka pendek (short term investment).

Pulangan (ROI - Return On Investment) dari pelaburan hartanah memberikan keuntungan tahunan 12.9 peratus (RM2.76 juta) beserta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama menjangkau RM360,000. Keuntungan yang bakal dijana dalam setahun RM3.12 juta.

Manakala ROI dari simpanan tetap (fixed deposit accounts) hanya menghasilkan keuntungan pada kadar 2.75 peratus (RM379,500) sahaja dalam setahun.

FITNAH NO.7
Kronisme dan nepotisme NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

NFC hanya mendapat pinjaman (soft loan) bukan geran dengan jaminan pinjaman perlu dibayar kembali seperti mana-mana pinjaman bank komersial yang lain. Selain dari itu, NFC mempunyai tanggungjawab sosial (corporate responsibility) mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini tanpa menitikberatkan soal menguntungkan.

FITNAH NO.8
Pembaziran dan penyelewengan perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 dimana hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Perbelanjaan perjalanan NFC untuk bertemu perunding dan urusniaga pembelian lembu melibatkan sekitar 0.3 peratus daripada RM250 juta (bersamaan RM750,000) lebih kecil berbanding dengan nilai projek.

FITNAH NO.9
Rafizi Ramli mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

NFC tidak wujud pada tahun 2006. Dakwaan Rafizi Ramli lebih bersifat peribadi dan serangan terhadap Menteri.

'Lembu' PKR Berdaging Liat, Kulit Menggerutu Tapi Bernilai Jutaan Ringgit

    10:48:00 PG   No comments
 
GEMAS: Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat ekonomi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap syarikat dan ahli keluarganya. Sumber BERITA HARIAN


Memang wajar sangat jika ketiga-tiga ekor 'lembu' belaan PKR ini disaman demi menjaga reputsi syarikat. Jika pihak NFC mahu menyaman lembu-lembu ini, saman biar sampai bankrap, jangan ada satu pun bulu yang tertinggal pada tubuh lembu-lembu berdaging liat dan mempunyai kulit menggerutu ini.

Ini adalah peluang terbaik buat syarikat National Feedlot Corporation (NFC) untuk mendapat duit dengan cara yang paling mudah dan cepat bagi menampung segala kos operasi ladang lembu ternakan mereka.

Walaupun ketiga-tiga ekor 'lembu' PKR ini dari baka lembu yang berdaging liat, namun keuntungan yang bakal diperolehi dari hasil penjualan dagingnya adalah berlipat kali ganda.

Cuba syarikat NFC bayangkan jumlah saman yang bakal dituntut sekiranya harga sekor 'lembu' PKR ini bernilai RM200 juta untuk satu kepala, kalikan sahaja dengan 3 ekor, sudah pasti jumlahnya cukup untuk menampung kos operasi ladang lembu untuk bebrapa tahun.
Diharap pihak NFC tidak melepaskan peluang untuk menyaman ketiga-tiga ekor 'lembu' PKR ini. Peluang sebegini hanya datang sekali. Jangan sesekali berasa kasihan terhadap 'binatang' peliharan Anwar Ibrahim kerana mereka lahir dari spesis baka lembu bergenetik babi yang mana jenis ini tak makan saman dan amat sukar diajar.

Jumaat, 18 November 2011

Tahap Keselamatan Bank Israel Lebih Baik Dari Bank di Malaysia?

    10:26:00 PTG   No comments
Saya mesti pilih!

Sekarang ini tengah heboh di ruang siber berkenaan spekulasi yang mengatakan bahawa anak perempuan sulong Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah memiliki wang jutaan ringgit yang tersimpan di dalam akaun sebuah bank yang terletak di negara haram Israel.

Jika dahulu seluruh penyokong tegar Anwar begitu galak melemparkan tuduhan terhadap keluarga Tun Mahathir kononya mempunyai akaun bank di negara Yahudi Zionis, kemudian disebarluaskan cerita bohong tersebut semasa zaman reformasi. Kini tiba pula hari pembalasan untuk keluarga Anwar di atas segala perbuatan jahat lagi keji yang pernah dilakukan oleh papanya.

Sejauh mana kebenaran terhadap perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan sehingga tuan punya badan sendiri tampil untuk memberikan penjelasan sekaligus menafikan segala khabar-khabar yang bercerita mengenai hal ini, adalah tidak benar sama sekali.


Baru kau rasa Nurul..
Puak Pakatan Haram melalui juak-juaknya kini sedang sibuk menangkis isu hangat ini di laman sosial dan di dalam blog dengan mejelmakan kembali rekod-rekod lama yang mana pernah digunakan oleh mereka ini suatu masa dahulu, dalam memfitnah Tun M dan keluarganya.

Niat Jahat Pakatan Haram di Sebalik Dakwat Kekal

    10:00:00 PG   No comments
Habis Jahanam!!..Papa Gomo sudah kasi bikin rosak itu Pakatan Haram punya program..

Pendedahan yang telah dibuat oleh blog Papa Gomo berkenaan isu dakwat kekal yang 'tidak kekal' ini memang satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku atau didedahkan kepada umum di saat penyokong Pakatan Haram sudah mula berangan-angan meraikan kemenangan menawan Putrajaya.

Berikutan dengan pendedahan yang telah dibuat ini sudah tentu ia akan membuka mata ramai pihak,  tentang kewajaran kenapa penggunaan dakwat kekal tidak lagi releven hari ini.



Mohon juga pencerahan dari pihak Ambiga selaku ketua turus Angkatan BerShit, kenapa beriya-iya sangat ingin mengekalkan pengunaan dakwat ini dalam sistem pilihanraya di Malaysia, sedangkan di negara maju lain sudah tidak lagi menggunakan keadah kuno ini.

Apakah muslihat yang cuba disembunyikan disebalik tuntutan yang dibuat bagi menuntut satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Setelah menonton video demo khas cara-cara untuk menghilangkan kesan dakwat kekal yang tidak perlu mengambil masa lama untuk membersihkanya. Sudah tentu membuatkan minda kita brfikir sejenak, apakah jaminan yang boleh diberi oleh pihak Pakatan Pembangkang bahawa dengan penggunaan dakwat kekal ini, ia tidak akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggujawab.

Sekiranya dakwat kekal ini digunakan pada PRU13 akan datang, dan keputusan akhir pilihanraya terebut tidak memenangkan Pakatan Pembangkang untuk membentuk kerjaan yang baru, sudah pasti ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati atau pertikaian oleh pihak yang kalah.

Dah tentunya Dakwat Kekal ini akan dijadikan sebagai modal alasan untuk mewujudkan keadaan huru-hara di dalam negara seperti mana yang diimpikan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang selama ini, terutama sekali manusia yang bergelar 'Anugerah Tuhan' iaitu Anwar Ibrahim.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.