Selasa, 30 Oktober 2012

Gagal Urus Negeri, PAS Dakwa Kerajaan Pusat Anak Tirikan Kelantan

    10:43:00 PTG   1 comment

Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Isu Selangor: PR Rancang Hapus Agenda Pembangunan Orang Melayu Di Selangor

    8:00:00 PG   No comments

Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.


2 Terrorists Arrested In Lubnan Are PR Supporters

    3:00:00 PG   2 comments
We are lucky to be born in Malaysian a country free from terrorism or any big natural disaster. Even though there were multiple attempts to cause chaos in this country by a few people, until now all of the attempts managed to be broken or curbed by authorities.

For that, we should appreciate the performance of the national security force and the government's leadership. This is the proof that all of the criticism which told that the government is corrupt and unreliable is untrue.

It is impossible for a country which has a corrupt government and security service to maintain security in the country.

However, it does not mean that the mentality which loves 'terrorism' does not spread in the minds of Malaysians. Perhaps because they are unable to penetrate through Malaysian security system, these Malaysian terrorists then decides to fight in other countries, this include Nordin Mat Top from Johor, who was shot dead in Indonesia for being involved in a bombing attack at the country.

Isnin, 29 Oktober 2012

Anwar Sindir Nik Aziz Menteri Besar Paling Tak Berguna

    11:19:00 PTG   No comments

Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan ‘anugerah Menteri Besar terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. 

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua

    12:00:00 PG   No comments

Esok raya lagi... Dikesempatan ini blog Wak Jengkol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca setia blog wak yang tak seberapa ini.

Sempena hari yang baik ini, wak berharap agar cuti raya yang singkat ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama ahli keluarga tercinta.

Khamis, 25 Oktober 2012

Isu Selangor: Khalid Ibrahim, MB Paling Cemerlang Dalam Bab Gadai Harta Negeri

    10:00:00 PG   No comments

Sejak pengurusan PKNS diambil alih oleh seorang bekas tokoh koprat yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang, matlamat asal penubuhan organisasi ini iaitu untuk meningkatkan sosio ekonomi orang Melayu dan Bumiputera di negeri Selangor nampaknya sudah menyimpang jauh dari tujuan asal ia diwujudkan.

Ingatkan Anwar Ibrahim sahaja manusia rakus yang gemar membalun apa sahaja termasuk lubang berak jantan. Rupa-rupanya Khalid Ibrahim juga tidak mahu kalah menunjukkan kerakusanya dalam menggadai segala aset dan juga harta milik negeri Selangor.

SUARAM Dan Anwar Terlibat Dalam Rancangan Pembunuhan Altantunya?

    8:00:00 PG   No comments

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama.  Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.  Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. 

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.  Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.

Oppositions On Attack Mode But Young Voters Are Wise And Knowledgeable

    4:00:00 PG   No comments

So the opposition parties are making so much noise, diverting the voters’ focus on their planned policies to the purported expose’ of wrongdoings in ruling BN.

With the Dewan Rakyat in session, the oppositions are now on an attack mode, trying to dig further into all kinds of tenders and policies, wishing the Cabinet Ministers would bungle in their replies.

If this happens, they would then shout about it, making sure the voters know the ruling BN bungled in so many things and this would create the impression that the BN has done many wrongs.

Rakyat Disaran Kekalkan Peranan PR Sebagai Pembangkang Di Atas Prestasi Baiknya Hari Ini

    12:00:00 PG   No comments

Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Rabu, 24 Oktober 2012

Isu Selangor: Tadbir Urus Negeri Selangor Bercelaru Di Bawah PR (Penipu Rakyat)

    9:49:00 PTG   No comments

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.

Kelemahan ini telah dilaporkan secara telus oleh pihak Ketua Audit Negara namun Menteri Besar dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut dengan mempertikaikannya. Inikah sikap pemimpin yang berjiwa besar?


Isu Selangor: Khalid Ibrahim Terus Membisu, Kontroversi Pembelian Bas Mewah Masih Belum Terjawab

    11:04:00 PG   No comments

Prihal tentang pembelian bas mewah yang dimiliki oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bagi kegunaan penasihat ekonominya iaitu Anwar Ibrahim terus menjadi bualan hangat rakyat hingga ke hari ini.

Ramai pihak tampil mempertikai tentang kemampuan Menteri Besar Selangor itu untuk memiliki sebuah bas mewah yang hanya boleh membawa beberapa orang penumpang sahaja.

Seperti yang kita sedia tahu, gaji sebagai menteri besar tidaklah sebanyak mana kalau hendak dibandingkan dengan gaji seorang tokoh koprat yang berjaya walau Khalid Ibrahim juga merupakan seorang bekas tokoh koprat yang kononya sangat disegani waktu dahulu.

Selasa, 23 Oktober 2012

PAS Tunduk Sujud Bila DAP Muktamadkan Pendirian Malaysia Adalah Negara Sekular

    8:00:00 PTG   1 comment
Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma. 

Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular.  Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.

Anwar Guna NGO Sebagai Alat Untuk Hapus Hak Istimewa Melayu

    6:04:00 PTG   No comments

Agenda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Tuntutan Johor.

Isu Selangor: MB Lemah 'Syahwat', Masalah Air Yang Mudah Pun Tak Mampu Nak Selesaikan

    10:00:00 PG   1 comment

Hingga sekarang, kelibat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim masih lagi tidak kelihatan turun padang meninjau kawasan tadahan air yang berada di sekitar negeri Selangor.

Semalam 22 Oktober, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengurusi Jawatan Kuasa Kabinet Khas mengenai isu air Selangor telah turun meninjau sendiri kawasan sekitar empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Baru.

Tinjauan yang dilakukan oleh TPM ini adalah bukti kerajaan Persekutuan memang serius untuk mengatasi masalah krisis bekalan air yang bakal melanda negeri Selangor pada bila-bila masa sahaja.

Kejayaan Pasukan Bolasepak Kelantan, Bukti Kehebatan BN Dalam Segala Hal

    8:00:00 PG   No comments

Buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia, satu kejayaan yang tentu sahaja amat manis untuk dikenang.

Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai tahtha pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.

Isnin, 22 Oktober 2012

Perhimpunan Grand Final, Talian Hayat Terakhir Buat PR Sebelum Dikerandakan Pada PRU13

    9:32:00 PTG   No comments

Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Nilai Hartanah Talam Meningkat 4 Kali Ganda Dari Nilai Asal, SPRM Buat Apa?

    10:00:00 PG   No comments
Jangan sampai pecah lubang..Ingat!

Setelah bermacam pendedahan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam hal yang berkaitan dengan skandal Talam ini, pihak SPRM didapati masih tidak berbuat apa-apa tentang perkara ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam) yang melonjak empat kali ganda daripada RM90.875 juta kepada RM391.986 juta.

Penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu adalah satu situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat dan tidak mustahil terdapat unsur-unsur penyelewengan berlaku dalam pengambil alihan hutang Talam seperti yang dilaporkan.


Ahad, 21 Oktober 2012

Semakin Ramai Rakyat Selangor Bangkit Menyaman Kerajaan Pakatan Selangor

    10:24:00 PTG   No comments

Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor terus berdiam diri dan buat tak endah terhadap rungutan rakyat Selangor berkenaan isu pemberian air pecuma.

Semalam dilaporkan telah berlaku satu demonstrasi aman yang dilakukan oleh penghuni Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi 500 unit rumah itu mula bertindak dengan menyaman  Kerajaan Negeri Selangor atas dakwaan kerana menipu dalam perjanjian pemeberian air percuma seperti yang termaktub dalam menifesto Pakatan Pembangkang sebelum memenangi pilihanraya 2008.

Fauziah Cheats: Early Strategy To Reject GE Results

    4:30:00 PTG   No comments

The life of PR has always depend on how great their lies to rakyat are, not to mention their sweet promises as well. As for now, a few of PR branches have been caught red handed for cheating such as SUARAM and BERSIH.

SUARAM's lie had forced Cynthia Gabriel to take back her statement and denied that there was a trial proceedings regarding the purchase of scorpene and admitted that the story of subpoena was just another lie.

BERSIH in the other hand somehow made a fool of themselves when Ambiga Sreenavesan acted by committing treason to her own country by asking Australians to 'colonize' Malaysia by intervening in our GE process. Australia however rejected Ambiga's proposal on reasons that the application was made on baseless reason after looking at the facts and figures of previous GEs.

Anwar Bengang Lagi, Al-Qaradawi Puji Komitmen Malaysia

    11:00:00 PG   No comments
Kuala Lumpur: Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuk Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Dalam perjuangan rakyat Palestin ketika ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan mendapat pujian QII menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi.

Utus surat penghargaan

Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di Baitulmaqdis.

“Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya,” katanya dalam surat kepada Najib.

Beliau menambah: “Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.”

Pencapaian terbaru hasil usaha tanpa mengenal jemu Malaysia ialah perjanjian damai dimeterai Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi Bangsamoro di Selatan Filipina.
Jadi pusat rujukan

Al-Qaradawi berkata: “Lebih penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.

“Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda”.

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.

Kejayaan Malaysia menamatkan konflik dan penderitaan kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Katanya, banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima Malaysia untuk memainkan peranan sebagai perantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.

“Pujian al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan kepelbagaian juga membolehkan negara dijadikan rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.

Usaha berterusan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata dalam soal konflik di Selatan Filipina, Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu membabitkan penganiayaan etnik dan umat Islam seperti di Palestin dan Bangsamoro.

Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata Malaysia boleh memainkan peranan dan membantu Kerajaan Filipina dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara.

Menyokong pendirian dan pendekatan sederhana Kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash, berkata setiap komuniti perlu saling membantu demi faedah bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. - BERNAMA

Sabtu, 20 Oktober 2012

Anwar Is Mentally Sick Obssessed And Disatisfied

    2:00:00 PG   No comments
Opposition leader Anwar Ibrahim is just like the Malay saying goes “sakit merian’, the kind of sickness where he feels unsatisfied with his life until he gets what he wanted.

He is sick in the head and his heart is bleeding for he was very near to the post he dreamt of but missed it by ‘an inch’ as the saying goes.

The Prime Minister post is so meaningful to him that when he missed it, he was so very angry and frustrated that he might have promise himself he would die for it – in short get the post at whatever cost.

Thus, the present situation, whether one likes it or not, Anwar is going all out to get the post because he thinks he deserves it, the post was his after Tun Dr Mahathir Mohamad.

Now when Datuk Seri Najib Tun Razak took over the post, Anwar got very pissed off to the extent he would do anything…even splitting the Malays and create chaos and disunity in the country so long as he can achieve what he aims for.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Laporan Audit Dapati Terlalu Banyak Ketirisan Berlaku Dalam Pentadbiran PAS Kedah

    11:27:00 PTG   No comments

Slogan "telus, amanah dan perbelanjaan berhemah' yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan.

"Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Skim TAWAS, Salah Satu Kaedah Pemimpin PR Dan Kroni Rompak Duit Rakyat Cara 'Halal'

    10:00:00 PG   No comments

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya semalam telah memberi jaminan bahawa skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tidak akan lingkup walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Menurut laporan audit negara 2011 yang dibentangkan baru-baru ini mendapati kos operasi dan perlaksanaan skim ini melebihi jumlah pendapatan yang diperolehi.

Khamis, 18 Oktober 2012

InsyAllah..PRU 13 PAS Pasti Bungkus Di Kelantan

    10:54:00 PTG   1 comment

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) d
i lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Anwar Bengang Bila Dunia Iktiraf Kepimpinan Najib

    10:00:00 PG   No comments

Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh kebanggaan, kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim.

Rabu, 17 Oktober 2012

Hujan Hari-Hari Tapi Air Empangan Di Selangor Makin Surut, Bala Allah Atau Krisis Air

    10:58:00 PTG   No comments

Situasi kehilangan air mentah di Empangan Sungai Selangor kini sudah sampai ke peringkat yang mana rakyat negeri itu perlu memberi perhatian secara serius.

Ini memandangkan tahap air di empangan berkenaan semakin berkurangan walaupun hujan turun dengan lebat di kawasan Lembah Kelang sejak beberapa hari lalu.

Kuasa rakyat perlu diketengahkan pada peringkat ini bagi mencapai satu penyelesaian muktamad dalam isu air Selangor.

Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar

    10:00:00 PG   No comments
Akibat seleweng hak rakyat
"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).

Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan.

Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat.

Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

Kepentingan Islam Dipandang Sepi Dalam Bajet PR (Penipu Rakyat)

    8:00:00 PG   1 comment

Pembentangan Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit baru-baru ini telah mendapat sambutan positif semua pihak.  Secara tidak langsung, ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional. Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. 

Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan.

Selasa, 16 Oktober 2012

Nyawa Lebih 4 Juta Pengguna Air Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik

    9:57:00 PTG   No comments
Kesan dari meminum air yang mengandungi Arsenik atau air dari lombong tercemar

Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan.   Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya. 

Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang.  Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.
 

Laporan Audit Bukti Pentadbiran Najib Makin Mantap

    12:52:00 PG   1 comment

Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61.  Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Exco Agama Islam Selangor Guna Taktik Keji Rampas Hak Orang Miskin Dan Anak Yatim

    10:00:00 PG   No comments

Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.

PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor.

Khamis, 11 Oktober 2012

Rakyat Bimbang, Khalid Semakin Panik, Paras Air Empangan Selangor Kini Ditahap Kritikal

    11:32:00 PTG   No comments

Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019.

Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian selain turut memberi kesan buruk pada perkembangan ekonomi.

Sembang Itu Ini Macam Bagus, Akhir Sekali Bajet Alternatif Pembangkang Pun Defisit Juga

    12:21:00 PG   No comments

PUTRAJAYA: "Mengikut perkiraan" bajet bayangan 2013 pakatan pembangkang mengelirukan dan pasti akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) masing-masing kepada 7.2 peratus dan 57.8 peratus, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata dakwaan oleh pembangkang bahawa bajet cadangannya akan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus adalah satu contoh "lemah matematik" yang baik.

Selasa, 9 Oktober 2012

Kalau Tak Mahu Ada Kaitan Dengan Anwar, Keluar Sahaja Dari Pakatan, Bukan Susah Pun!

    10:58:00 PTG   1 comment

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal. 

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.  Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.
  

Anwar Bohong Lagi, Tiada Perbicaraan Isu Scorpene Di Perancis

    1:16:00 PG   No comments

KUALA LUMPUR: Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada 2002.

Yves Charpenel berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

Isnin, 8 Oktober 2012

Mak Lampir Teringin Jilat 'Ice Cream' Bersama Azmin Dalam Jamban

    12:59:00 PG   No comments
Hubungan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah lama keruh apabila Azmin gagal dalam cubaannya merampas kuasa Menteri Besar yang dipegang oleh Khalid Ibrahim pada tahun 2009 dahulu apabila tanpa disangka-sangka, Khalid Ibrahim mendapat sokongan padu daripada DAP dan sebahagian ADUN PKR bukan Melayu di DUN Selangor.

Kempunan Azmin Ali sudah terlalu lama. Justeru mungkin kerana tidak tertahan dengan penantian yang tidak kunjung tiba, dan munculnya ruang atau lebih tepat lagi ‘kebenaran daripada kekasihnya, Anwar Ibrahim’, maka Azmin Ali pun segera mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyinggung Khalid Ibrahim.

Apa yang keluar dari mulut Azmin Ali, sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak mampu bercakap terus-terang dengan Khalid Ibrahim kerana dia sudah banyak ‘termakan budi’ dengan Khalid Ibrahim. Apatah lagi dengan sikapnya yang gemar baling batu sembunyi tangan dan kemudian menuduh orang lain, Anwar memang menjadikan mulut dan lidah Azmin Ali sebagai mulut dan lidahnya sendiri.

Ahad, 7 Oktober 2012

Hutang Talam Dilunasi, Hutang Rakyat Tanggung Sendiri

    2:38:00 PG   No comments

TANJUNG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

Sabtu, 6 Oktober 2012

UiTM Bakal Dibina Di Serendah, Rahmat Besar Buat Rakyat Selangor

    10:00:00 PG   No comments

TANJONG KARANG: Mesyuarat kabinet pada Jumaat bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor pada Khamis.

"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Wahai Rakyat Selangor! Air Empangan Dah Mula Kering, Tak Nak Buat Apa-Apa Ke?

    10:58:00 PTG   No comments

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.  

Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini.  Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas. 

Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam.  Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Khamis, 4 Oktober 2012

Rakyat Selangor Sungguh Bertuah! Pelakon Aksi 'Blow Job' Bakal Jadi Menteri Besar

    2:57:00 PTG   No comments

Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Rabu, 3 Oktober 2012

PAS Sifatkan Penerima BR1M Seperti Penagih Candu

    12:00:00 PTG   No comments

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.

Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.

Isu Air: Antara Keperluan Alam Sekitar & Nyawa Rakyat

    10:00:00 PG   No comments

Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain. Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu.

Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak pembangunan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS).

Rampas Hak Rakyat, Kerajaan Pakatan Selangor Diarah Pulang Balik Tanah YBK

    7:06:00 PG   No comments

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini semalam, memerintahkan kerajaan Selangor mengembalikan semula tanah seluas 323 hektar milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas daripada badan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail dalam penghakimannya berkata, tanah di Serendah itu perlu dikembalikan kepada YBK selepas mahkamah mendapati keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor untuk melucutkan hak tanah terbabit pada 2010 adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau berkata, mengikut Kanun Tanah Negara, entiti selain daripada pemilik tanah berhak membayar cukai tanah bagi pihak pemilik tanah.
 

Selasa, 2 Oktober 2012

Suara Keadilan Kantoi Menipu Lagi

    10:00:00 PG   No comments

Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.   Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku. 

Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan.   Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.
 

Isnin, 1 Oktober 2012

Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana Dalam Bajet 2013

    10:00:00 PG   No comments

Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.