Mak Andam 'Banyak Air' Punca Rumah Tangga Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Runtuh
11:56:00 PTGLangit tidak selalunya cerah. Itulah nasib malang yang menimpa ke atas batang tubuh Halimah Mohd Saat apabila dihalau dari rumah oleh suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor.
Hasil perkahwinan mereka dua, keluarganya telah dikurniakan enam orang anak, seoarang menantu dan juga seorang cucu dan hidup bahagia sebelum hadirnya orang ketiga.
Namun, segala-galanya berubah selepas suaminya bergelar Yang Berhormat apabila menang dalam pertandingan Pilihanraya Umum ke 12 untuk kerusi Kuala Lanagt atas tiket PKR.
Apabila sudah bergelar YB, maka selera pun kenalah seiring dengan 'title' yang dimiliki sekarang. Sikap suaminya mula berubah apabila muncul orang ketiga dalam hidup mereka.